Advertisements

Uji minda: Indah kata dibibir sahaja. Apakah anda benar benar bersemangat kebangsaan?

Sila pilih jawapan yang paling tepat. Keputusan undian akan kami maklumkan kemudian (20 September 2019)

Adakah anda benar benar mengambil berat tentang semua Pindaan Perlembagaan terbaharu yang melibatkan Daftar Pemilih?

Apakah anda juga mengambil berat tentang semua pekeliling berkaitan dan kenyataan media berkenaan dengan Daftar Pemilih?

Apakah anda telah memastikan seluruh ahli keluarga anda yang layak telah benar benar berdaftar dengan SPR?

Apakah anda cukup yakin yang anda benar benar melunaskan tanggungjawab anda kepada negara kita Malaysia?

Jangan sekadar cakap sahaja, tetapi anda sendiri tidak melakukan semakan daftar pemilih.

Elok tidak usah mempertikaikan hak bangsa lain terhadap tanggungjawab mereka jika anda sekadar cakap sahaja tetapi tidak melakukan apa apa untuk bertindak bijak hal daftar pemilih.

Untuk membuat semakan daftar pemilih sila klik pautan di bawah:

https://pengundi.spr.gov.my/

Semakan Daftar Pemilih Online

“NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

Advertisements
%d bloggers like this: