Advertisements

Tag: YB salahuddin

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Kita mengharapkan perlantikan ini nanti akan mampu menjadikan perusahaan nanas sebagai satu dari sumber utama pendapatan negara dan juga pendapatan orang ramai.

Ramai juga maklum bahawa tanaman nanas boleh membawa sumber pendapatan yang agak lumayan apabila diusahakan menepati SOP yang sudah tentu akan menghasilkan kualiti produk berkualiti yang menepati keperluan negara pengimport. Semuanya boleh dilakukan jika menurut Amalan Pertanian Yang Baik.

Nanas juga boleh dipelbagaikan jenis pengeluaran output selepas tuai yang jika ditinkan mengikuti amalan pengilangan yang baik GMP dan menurut standard HACCP, produk akhir nanas akan menepati piawaian negara maju dan pengeksport serta pengilangnya menerima harga yang jauh lebih menarik.

Tetapi bagaimanakah Kementerian patut menyediakan program pengisiannya agar dasar kerajaan baru Pakatan Harapan kali ini khususnya berkaitan dengan pengeluaran nanas dari ladang ke meja pengguna, ianya membuatkan petani, pemborong, peruncit, pengilang dan pengeksport akan menarik nafas lega.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, pelantikan itu dibuat selaras kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 3(2) (a) Akta LPNM 2957 (Akta 427).

“Pemilihan Abdul Malik dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk pengalaman yang dimiliki beliau yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Exco Pulau Pinang dan bekas ADUN Batu Maung.

“Saya juga yakin dengan kemampuan beliau (Abdul Malik) untuk menerajui LPNM dan seterusnya dapat menjadikan agensi itu sebuah organisasi yang terus ke hadapan dan memainkan peranan untuk memajukan industri nanas negara yang kian berkembang pesat.

“Kementerian melalui LPNM juga terus komited dan mengambil peluang serta potensi yang terbuka luas dalam industri nanas yang mendapat permintaan tinggi terutamanya untuk pasaran eksport,” katanya pada sidang akhbar sebaik selesai Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan di kementeriannya di sini semalam.

Beliau berkata, pembabitan meluas Abdul Malik dalam bidang korporat termasuk Ahli Mesyuarat Majlis Halal Malaysia juga bersesuaian dengan hala tuju yang diingini kementerian.

“Kementerian akan memastikan setiap individu yang dipilih (terajui organisasi kerajaan) mampu mengikuti dasar yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tanaman nanas, Salahuddin optimis sektor tersebut kini menjadi salah satu tanaman penting dalam negara dan selaras pelantikan Abdul Malik yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang diharap mampu melonjakkan lagi industri berkenaan.

“Kementerian yakin dengan permintaan tinggi terutamanya untuk pasaran eksport mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada pekebun dan pengusaha yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, jawatan Pengerusi LPNM disandang oleh ADUN Semarang Johor, Datuk Samsolbahri Jamali yang berkhidmat dari Julai 2013 hingga Jun 2018.

Tanaman nanas di Malaysia mampu menjadikan usahawan berpendapatan tinggi??

Persoalannya adakah bidang pertanian seperti projek pengeluaran nanas di Malaysia juga mampu untuk sama-sama menjadi tulangbelakang dalam memenuhi aspirasi negara untuk menjadi negara keusahawanan menjelang tahun 2030? Jika tiada perancangan dari sekarang maka sudah tentulah projek nanas juga menjadi sebahagian projek yang sentiasa mengharapkan subsidi berterusan dari pihak kerajaan.

Hingga kini bagaimana pihak Kementerian Pertanian MoA telah membuat persiapan untuk bersama mengembeling tenaga dan sumber agensi masing masing bagi mencapai Visi Tun Dr Mahathir Mohamad itu nanti pula?

Advertisements