Advertisements

Tag: PPBM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU

Permohonan Menjadi Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM

Sila klik pautan dibawah:

Bayaran secara online kad kredit atau debit RM 2 Pendaftaran dan RM 2 Yuran setahun

Permohonan Ahli BERSATU

Sila gunakan pautan yang sama bagi menghidupkan semula yuran yang telah tamat tempoh.

Memandangkan sistem keahlian bukannya diaktifkan sepanjang masa, sila ambil peluang sementara diberikan masa permohonan secara mudah dihujung jari anda.

Maklumat yang diperlukan ialah Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Ahli masing masing. Jika nombor ahli terlupa, anda perlu merujuk kepada Bahagian, Negeri atau Pusat semula.

Advertisements

Hampir semua pindaan perlembagaan BERSATU diluluskan dalam Perhimpunan Khas di MAEPS Serdang

PERHIMPUNAN AGUNG KHAS BERSATU LULUS HAMPIR SEMUA PINDAAN PERLEMBAGAAN:

SERDANG: Perhimpunan Agung Khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini meluluskan hampir semua usul dikemukakan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BERSATU 2019.
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata antara pindaan perlembagaan dipersetujui termasuk mewujudkan keahlian bersekutu dalam kalangan bukan Melayu dan Bumiputera.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, hampir 900 perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Khas berkenaan menolak satu usul berkaitan membenarkan kaum bukan Melayu/Bumiputera terbabit pemilihan atau memegang jawatan dalam BERSATU.

Kebanyakan perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Khas hari ini bersetuju dengan semua usul dibentangkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan kecuali satu perkara saja tidak dipersetujui iaitu membenarkan ahli bersekutu dalam kalangan bukan Melayu/Bumiputera terbabit pemilihan dan memegang jawatan tertentu dalam parti.

“Disebabkan itu pendapat majoriti perwakilan yang hadir, maka kita (pucuk pimpinan tertinggi parti) menerima bahawa golongan bukan Melayu/Bumiputera atau ahli bersekutu tidak boleh memegang jawatan dalam jawatankuasa tertentu BERSATU,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Khas BERSATU di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau percaya pindaan perlembagaan berkenaan akan menjadikan BERSATU sebuah parti lebih kemas dan mantap.

Dr Mahathir berkata, beliau juga berharap pindaan berkenaan membolehkan BERSATU mengadakan pemilihan pertama parti berkenaan seawal menjelang akhir tahun ini.

“Perwakilan juga membangkitkan soal sistem satu undi untuk pemilihan nanti, tetapi kita tegaskan secara praktikalnya ia amat sukar dilaksanakan ketika proses pemilihan peringkat majlis pimpinan tertinggi BERSATU.

“Bagaimanapun, sistem berkenaan akan diguna pakai pada proses pemilihan pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian BERSATU,” katanya.

Pak Wan mahukan agar Pengerusi baru BERSATU Sarawak dilantik dari warga Sarawak sendiri

Penyelaras PBBM Sarawak Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof (dalam baju hitam) bercakap kepada pemberita, 7 Julai 2019. – Gambar oleh Sulok TawieMore

KUCHING, 7 Julai – Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan memilih salah satu ketua bahagian bahagian Sarawak untuk menjadi pengerusbi negeri, kata penyelaras parti Sarawak, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof.

Beliau berkata kepimpinan pusat parti akan menentukan siapa antara ketua bahagian yang paling sesuai untuk menjadi pengerusi negeri.

“Terdapat faktor kepimpinan yang akan diambil kira, seperti pengalaman dan ciri kepimpinan, di kalangan ketua bahagian,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata parti itu hanya akan memilih ketua bahagian sebagai pengerusi Sarawak.

Ditanya kelewatan dalam melantik pengerusi yang dilancarkan pada Disember tahun lepas, Redzuan berkata ia tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa.

Beliau berkata memilih orang yang tepat untuk menjadi pengerusi adalah penting kerana dia akan menjadi pemimpin dalam mengukuhkan kedudukan parti di negeri ini.

“Kami juga ingin memastikan parti kami dapat bekerjasama bersama parti komponen Pakatan Harapan yang lain di Sarawak, seperti DAP, PKR dan Amanah,” kata Redzuan, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan Persekutuan.

Beliau berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin mengenai bagaimana menguatkan parti, terutama di peringkat akar umbi.

“Adalah penting untuk menguatkan diri kita kerana kita percaya bahawa pilihan raya negeri Sarawak boleh dipanggil menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Beliau berkata beliau telah meminta pemimpin bahagian untuk persiapan diri mereka menghadapi pilihan raya negeri.

Redzuan juga menolak dakwaan bahawa kemasukan parti di Sarawak adalah untuk menghalang rakyat Sarawak yang sudah berada di dalam parti berpangkalan semenanjung seperti DAP, PKR dan Amanah, dan parti-parti tempatan seperti PBB, PRS, SUPP dan PDP.

“Kemasukan kami adalah untuk menyatukan Bumiputera di Sarawak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawatan Ketua Srikandi Malaysia dan Ketua Srikandi Melaka dijangka dicabar muka baru

KENAPA PULA RINA HARUN PERLU KEKAL (TIDAK DICABAR) UNTUK MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI KETUA SRIKANDI BERSATU MALAYSIA???

Kita akan kekal mempertahankan konsep demokrasi dalam BERSATU, jawatan Ketua Srikandi Malaysia juga akan dipertandingkan kerana kita lihat ada yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut – Kenyataan Umum Srikandi Melaka

Kami dapati kini ada calon yang lebih mementingkan perjuangan orang Melayu dan tidak ‘derhaka’ kepada ketua seperti apa yang berlaku segelintir dalam Srikandi Melaka sekarang ini. Jawatan Ketua Srikandi Melaka juga sudah ada Srikandi yang bersedia akan mencabar Azalina. Malahan orang Sungai Rambai sendiri telah menolaknya dan sedang bersedia untuk membuat PC bagi menjawab persoalanan Azalina tentang isu isu yang dibangkitkan di ‘bawah pokok’ tempohari di Ayer Limau.

 

☆ KENYATAAN AZALINA AB RAHMAN KETUA SRIKANDI MELAKA.

Assalamualaikum wbkt.

Merujuk kepada kenyataan dari Bernama bertarikh 2hb Julai 2019

Laporan penuh : http://bernama.com/bm/politik/news.php?id=1741316

Sayap Srikandi BERSATU Melaka menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi sepenuhnya terhadap kepimpinan YB Datuk Seri Rina Harun sebagai Ketua Srikandi BERSATU Malaysia.

Sayap Srikandi BERSATU Melaka yakin tiada calon lain yang dapat menandingi kuatnya semangat, pergerakkan, tindakan serta perancangan beliau dalam mengukuhkan dan memperkuatkan sayap Srikandi BERSATU.

Tugas dan gerakkerja yang dirintis oleh YB Datuk Seri Rina Harun dari zaman sebelum kemenangan PRU14 perlulah dipertingkatkan lagi dan tentunya hanya beliau layak memimpin sebuah sayap paling kanan BERSATU yang dibarisi Srikandi-srikandi hebat bersilat memperjuangkan agenda utama perjuangan BERSATU .

Dengan sokongan lebih padu dan kukuh dari semua barisan Kepimpinan Srikandi diperingkat negeri-negeri seluruh Malaysia, YB Datuk Seri Rina Harun boleh menumpu dan memastikan matlamat dan kesinambungan jua kelestarian aspirasi SRIKANDI BERSATU MALAYSIA tercapai, disamping memimpin sayap Srikandi menjadi tulang belakang BERSATU sebagai sebuah parti politik yang kukuh dan disegani ramai.

AZALINA ABDUL RAHMAN
Ketua Srikandi BERSATU Melaka

FB_IMG_1561366794619 (1)20190705_173028

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding untuk mengekalkan jawatan itu pada pemilihan parti akan datang.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat agung luar biasa pada 20 Julai ini, kerana buat masa ini beliau mahu agar mesyuarat itu, yang membabitkan beberapa pindaan dalam perlembagaan parti, berjalan lancar dan mendapat persetujuan daripada mereka yang hadir.

“Saya terlibat juga memberi pandangan termasuk dalam jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Timbalan Presiden Bersatu), yang pentingnya pindaan-pindaan itu dibuat untuk kebaikan parti, jadi kita tunggu 20 Julai ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata parti itu akan memperkukuhkan perlembagaan sedia ada menerusi proses pindaan yang dijangka dilakukan pada bulan hadapan sebelum melaksanakan pemilihan parti itu.

Pindaan perlembagaan yang akan dilakukan menerusi mesyuarat agung itu akan melibatkan perubahan besar beberapa klausa dalam perlembagaan sedia ada.

Sementara itu, Rina berkata masih terdapat beberapa lagi agenda Srikandi yang perlu diberi tumpuan khususnya membabitkan kepimpinan dan pengurusan pentadbiran dan tidak sekadar memfokuskan kepada usaha memenangi pilihan raya sahaja.

“Kali ini kita ingin lahirkan ramai pemimpin dari segi pengurusan pentadbiran, suara kepada wanita, menggalakkan Srikandi jadi mata dan telinga kepada kerajaan sedia ada dan melahirkan lebih ramai lagi usahawan dalam kalangan wanita,” katanya.- BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/rina-harun-belum-putuskan-bertanding-kekalkan-jawatan-ketua-srikandi-bersatu/