Advertisements

Tag: PELANCARAN DASAR KEUSAHAWANAN nasional

Siaran Media: Pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan Pembukaan Semula Pendaftaran Kontraktor Kerja Kelas G1 Bumiputera.
Pak Wan

Banyak juga perkara yang YB Menteri telah buat yang terakhir yang banyak memberikan impak terutamanya kepada golongan B40 untuk menumpang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia.

Pembentukan Dasar Keusahawanan National 2030 juga juga dengan beberapa kerangka penting serta strategi dan inisiatif yang telah diumumkan baru baru ini menjadi haluan untuk rakyat Malaysia membina ruang perniagaan dalam memperbaiki ekonomi keluarga, masyarakat dan negara kita.

Terima kasih kepada,

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Advertisements

Kumpulan Sasar dalam Minggu Usahawan 2019 dari 29 Ogos hingga 1 September 2019; Penyelarasan rentas sempadan yang mencabar keupayaan MED.

Jangan lepaskan peluang kerana setiap dasar yang dibawa memberi makna kepada segenap lapisan dan jaringan usahawan yang berada di pelbagai kementerian

Apakah kaedah yang akan digunakan bagi menyelaras pencapaian sesebuah kementerian yang juga mempunyai usahawan tetapi dibawah kawalan Jabatan dan Agensi yang berlainan??

PENYELARASAN DAN SISTEM MAKLUMAT YANG DIBANGUNKAN APAKAH BERKESAN AGAR SEMUA USAHAWAN MENERIMA SENTUHAN DARI DASAR KEUSAHAWANAN NEGARA 2030 INI??

Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 memberi fokus kepada beberapa kumpulan khusus yang merangkumi pelbagai latar belakang. MUN 2019 menyasarkan penyertaan usahawan dan vendor tempatan, syarikat Goverment-Linked Companies (GLCs), kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi kewangan, institusi pengajian tinggi awam & swasta, golongan belia dan B40.

Minggu Usahawanan 2019 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan

http://www.med.gov.my/mun2019

https://youtu.be/aQeSA_0tfzs

Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 merupakan satu program susulan hasil daripada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2019.

Penganjuran MUN 2019 secara julung kalinya oleh MED ini akan bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

MUN 2019 merupakan inisiatif MED untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti/program keusahawanan merentasi kementerian/agensi serta pihak swasta dalam satu platform atau ekosistem yang menyeluruh. Di samping itu, penganjuran MUN 2019 ini juga akan bertindak sebagai pemangkin serta roadmap ke arah mencapai Negara Keusahawanan Unggul 2030.

Secara idealnya, penganjuran MUN 2019 adalah untuk menyokong peranan utama MED dalam memacu pembangunan keusahawanan negara di mana program ini bertindak sebagai tapak mengukuhkan lagi lanskap keusahawanan sedia ada. Selain itu, MUN 2019 juga berperanan sebagai program utama berorientasikan keusahawanan di peringkat nasional yang diselaraskan oleh MED melalui kerjasama jabatan dan agensi kerajaan serta pihak lain yang berperanan besar dalam menyumbang kepada industri keusahawan negara.

Hari ini jam 2.30 PM Pak Wan di Seksyen 15 Shah Alam dan siaran langsung mengenai DKN2030.

Rakyat Malaysia perlu lah ambil tahu tentang dasar keusahawanan Negara ini. Ambil mudah maknanya anda akan rugi sekiranya dasar ini tersasar dari keperluan anda yang mungkin berlainan dari apa yang anda harapkan.. Usahawan mencuci kereta keperluannya belum tentu sama dengan usahawan yang mengeksport manggis ke Melbourn. Sementara masih diawal perlaksanaannya maka dapatlah ditarik semula kelaluan yang anda harapkan.

Sebagai perbandingan, Dasar Agro Makanan Negara sudah sampai kepenghujung tempuh perlaksanaannya, anda tahu tak berapakah nilai impak kepada dasar yang akan tamat pada tahun hadapan itu? Anda sendiri perlu cari sendiri sebelum anda pula gelak. Apakah anda tahu berapa ramai usahawan tani yang setiap hari membanting tulang mencari rezeki sekarang ini? Jika saya katakan laluan yang dibawa itu ramai tidak sedar rupanya sesat, tetapi malangnya mereka yang bijaksana kononnya itu lah yang memimpin dan dipandang tinggi sebagai orang yang Berjaya mencapai 100% kpi serta dianugerahkan perkhidmatan cemerlang setiap tahun.

Jauh lebih malang jika pelaksana yang telah mencanang itu dilihat seolah oleh dasar itu telah Berjaya dan mencapai objektif yang diharapkan dan berimpak. Petani pun gelak sahaja, walaupun sepatutnya patut menangis. Jadi elok anda usah gelak, cuba dengar betul betul dan kemukakan soalan yang biar Nampak bijak yang perlu diajukan kepada ahli penel yang dihadiri sendiri oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Ketua Jabatan Agensi beliau. Jangan sudah terantuk baru nak terngadah, sebab nasi sudah jadi bubur.

Tahukah anda sesungguhnya di negara maju dalam bidang seperti pertanian baik Australia, New Zealand dan Belanda sekarang ini, jawatan paling tinggi dinegara itu yang sentiasa menjadi pengerusi dalam mana mana mesyuarat pembuat dasar dan memantau perjalanan dasar ialah penternak sahaja, bukannya PTD. Gelak lah lagi !!!