Advertisements

Tag: Mohd Redzuan Yusof

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian Masjid Tanah

Mengapakah Parti BERSATU ini ditubuhkan?

Sudah tentu mereka yang mula-mula bersama saya di Melaka tahu dan faham erti perit dan jerih membawa masuk Parti ini ke Negeri Melaka.

Mencari pengerak-pengerak awal yang benar-benar berani tampil kehadapan memang tidak ramai. Ketika itu, masing-masing takut dan gentar.

Namun, hari ini setelah Parti BERSATU tumbuh mekar. Segelintir yang hadir selepas Pakatan Harapan menang PRU 14 lalu ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Malah ada yang menjadi dedalu, menumpang di dahan pokok tinggi dengan tanpa segan silu mengambil manfaat dan khasiat dari pokok terbabit. Akhirnya, dedalu itu meninggi tanpa melihat lagi ke bawah.

Pak Wan bukanlah lahir dari golongan orang politik. Dengan berkat tunjuk ajar YB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku rakan akrab, tatkala UMNO menyisihkan beliau. Kamilah yang datang membantu memberikan sokongan dan dokongan daripada terus rebah.

Hari ini, Pak Wan semakin faham erti politik. Sepak terajang politik adakalanya tidak terjangkau dek akal. Tangan yang memberi inilah yang digigit dan digonggongnya semula. Namun atas niat suci dan murni mahu membantu YAB Tun Dr Mahathir membetulkan semula negara. Saya hadir dengan lapang dada untuk membantu.

Pemilihan BERSATU Bahagian Masjid Tanah akan diadakan pada 23 Feb 2020 (Ahad). Justeru, Pak Wan mohon kepada seluruh ahli Parti BERSATU Bahagian Masjid Tanah untuk terus kekal bersama Pak Wan. Kelemahan yang ada perlu perbaiki dan bukan dirosakkan lagi.

Dengan lafaz Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pak Wan dengan rendah diri mahu mengambil tanggungjawab menawarkan diri sebagai Calon Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah.

#Mediap134mt

https://melakaonline.org

Advertisements

Sambutan program ‘Back To School’ di DUN Sungai Rambai esok dijangka lebih meriah.

Sungai Rambai 22 Disember Sambutan program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan tahun ini dengan menyediakan ‘Bantuan Kasih’ untuk seramai sekitar 7,000 orang murid yang menuntut disekolah rendah dan menengah telah mendapat sambutan luar biasa dari ahli keluarga masing masing.

Redzuan bersama murid sekolah dalam gimik pelancaran BTC di MITC Melaka

Pelancaran yang telah diadakan pada 17 Disember yang lalu di MITC, Melaka telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof iaitu Menteri Pembangunan Usahawan. Dalam ucapan ringkas beliau melaksanakan inisiatif ini dibawah program CSR@MED Tekun Nasional dan Bank Rakyat; bermatlamatkan untuk membantu meringankan bebanan keluarga khususnya yang ramai anak untuk masuk kesesi persekolahan tahun 2020 nanti.

Lebih 1,800 murid sekolah telah mendapatkan bantuan ini di Negeri Melaka. Gimik pelancaran bersama anak anak yang telah menerima sendiri bantuan tersebut dari Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan. Keluarga penerima bersama anak anak mereka juga turut diraikan dalam majlis makan malam bersama wakil penerima setiap Parlimen di Melaka sambil beramah mesra dengan Redzuan dan isteri.

Wakil-wakil penerima di Peringkat Parlimen di Melaka
Keluarga penerima bantuan bersama murid-murid sekolah diraikan oleh Redzuan dalam majlis makan malam Kementerian Pembangunan Usahawan

Seorang keluarga penerima dari Masjid Tanah yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Samad dan isterinya Puan Timah berkata;

“Ini adalah pertama kali 2 orang cucunya diberikan peluang oleh kerajaan PH sebagai penerima baju, seluar, bag serta kasut sekolah dan setokon serta lain alatan yang lengkap; saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada Ketua Cawangan BERSATU Kampung Pinang kerana saya tidak menyangka dihubungi oleh wakil cawangan parti itu untuk datang ke MITC bagi menerima bantuan persekolahan cucu saya.

“Saya bukanlah ahli parti bunga, tetapi hairan bagaimana nama saya turut tersenarai juga” ujar Pak Samad yang kelihatan bersyukur dengan bantuan yang beliau terima malam itu.

“Pengagihan bantuan turut dilakukan kesemua parlimen di Melaka dan setiap wakil parlimen akan menyenaraikan Pendik nama murid dan akan menyerahkan bantuan itu mengikut jadual program yang disusun oleh Penyelaras masing masing” menurut Encik Rosdi ketika ditemubual oleh wartawan media sosial melakaonline ketika pelancaran tersebut.

Unit Siaraya memasang banner program bagi Parlimen Jasin bagi pengagihan bantuan DUN Sungai Rambai dan Umbai pada 22 Disember 2019 ini

Bagi Parlimen Jasin khususnya DUN Sungai Rambai dan Umbai, pengagihan ‘Bantuan Kasih’ tersebut akan diadakan pada 22 Disember 2019 bermula jam 8.30 pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau, Melaka. Sekitar 400 orang murid akan mendapat manfaat bagi membantu bagi meringankan bebanan keluarga masing masing.

Pelancaran di DUN Sungai Rambai juga dijangka akan disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat. Program ini juga telah mendapat sokongan serta kerjasama baik dari Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, DUN Sungai Rambai.

Pihak Media Melakaonline juga yakin hubungan baik yang terjalin antara pihak Ketua Setiausaha Kementerian, Pengerusi Agensi CSR@MED, Setiausaha Sulit Kepada YB Menteri serta wakil penyelarasan disetiap Parlimen telah ada menjadikan program ‘Back To School’ kali ini adalah yang paling berjaya dan bermakna.

Program Jejak Usahawan Tekun Nasional

Anda dijemput hadir dalam program Jejak Usahawan yang akan diadakan pada 20 September 2019 ini, jam 2.00 petang di Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.

Turut hadir dalam program ini juga ialah Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Mohd Ridzuan Bin Yusof, beliau juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah.