Advertisements

Tag: Menteri Pembangunan Usahawan

Tun M perjelaskan isu kekeliruan istilah tidak patut diperbesarkan oleh pembangkang

Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

 Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

Sila perbetulkan persepsi tentang istilah ‘kereta terbang’

Langkawi semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun meminta rakyat Malaysia terutama parti pembangkang memperbetulkan persepsi mereka berhubung istilah projek dron besar – di bawah pemudah cara Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diketuai Datuk Mohd Redzuan Yusof.

Hanya kerana kekeliruan isu istilah, projek dron tersebut dikritik hebat oleh pembangkang sehingga sering diuar-uarkan mereka sebagai `kereta terbang’.

Padahal, kata Perdana Menteri, istilah sebenarnya adalah dron besar atau super drone (air mobility) yang boleh membawa penumpang.

Ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah itu, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan Mohd Redzuan dalam membangunkan projek super drone berkenaan.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima,” kata Perdana Menteri.

Kita akui, mana-mana pembaharuan di sesebuah negara biasanya akan menempuh kritikan daripada pembangkang di negara berkenaan. Tetapi tidaklah seteruk penangan pembangkang di Malaysia, yang akan sentiasa memperlekeh atau memutarbelitkan kebaikan dan manfaat sesuatu pembaharuan.

Namun bak kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, Menteri yang mengetuai MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini pun telah membetulkan istilah `kereta terbang’ berkenaan kepada super dron. Malangnya dek terikut-ikut propaganda parti pembangkang, mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) peliknya turut menghentam rakan sendiri.

Memasuki tahun baharu 2020 tidak sampai sebulan ini yang penuh cabaran getir dalam daya saing kerajaan untuk meletakkan kembali ekonomi negara di landasan kukuh, pembangkang terutamanya haruslah bersikap terbuka dan positif kepada sebarang idea pembaharuan.

Lagipun dalam projek dron besar (super drone) ini, MED hanya menjadi pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri terutama dalam aspek sokongan industri dan kapasiti syarikat tempatan dalam membangunkan industri ini.

Kerajaan atau MED sendiri tidak memberikan sebarang dana dalam projek super drone ini dan ia adalah 100% dibiayai oleh syarikat tempatan tersebut iaitu Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

Seperti yang dinyatakan juga oleh Kamarul A Muhamed iaitu pemilik syarikat AVSB, tiada dana langsung diberikan oleh kerajaan untuk projek Air Mobility ini. Malah, AVSB turut mengalu-alukan sebarang audit untuk projek tersebut.

Juga, MED bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam sektor yang sama. Bukan hanya AVSB. Sebab itu, MED hadir memberi sokongan kepada syarikat tempatan lain seperti EastCap Bhd (syarikat tempatan yang sedang bekerjasama dengan EHang Intelligent Equipment) untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di negara ini.

Dalam hal ini, ramai juga yang keliru dan menyangka EastCap Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan super dron pertama anak tempatan. Walhal, tidak sama sekali. Yang betul dan dimaksudkan itu adalah Aerodyne Ventures Sdn Bhd.

Bahkan, dalam projek super drone ini, MED menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 bagi memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Advertisements

Setiausaha Politik Menteri ‘ziarah Kasih’ ke Kg Barangan Enam

Diiringi oleh Puan Wada Ketua Cawangan BERSATU Umbai

Umbai 08 Dis 2019 Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Mejar (B) Mohamad Rahim Osman telah mengadakan lawatan ke Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka petang tadi.

Beliau bersama Ketua Cawangan UMBAI iaitu Puan Wada telah menyampaikan sumbangan peribadi dari YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.

Fitnah boleh merosakkan masa depan bangsa dan menjejaskan kesejahteraan negara – Melakaonline.org

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian dron dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI) tempatan, Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed, berkata perbincangan awal yangmelibatkan pihaknya dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada awal tahun ini menegaskan inisiatif itu adalah semata-mata untuk menyumbang dalam pembentukan masa hadapan negara.
“Saya tidak jangka ia akan jadi sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi tadi.

Beliau turut menegaskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah memanggil mana-mana wakil Aerodyne untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan mobiliti udara.
Bagaimanapun, katanya, syarikat itu menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun pelaburan tersebut adalah adalah 100 peratus bagi pembangunan perniagaan dron.

Katanya, pembangunan UAM juga ditangguhkan sejak Ogos 2019 untuk memberi fokus dan tumpuan penuh kepada teras perniagaan Aerodyne di peringkat global.

Cikgu Juman dipilih selaku Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat.

Seri Mendapat Jasin, 03 OKT – Malam tadi baru sahaja berlangsung Mesyuarat Penubuhan Cawangan Seri Mendapat. Cikgu Juman secara sebulat suara telah dilantik menerajui BERSATU cawangan tersebut. Tahniah diucapkan.

“Kita bercadang merubah misi anak muda (Armada) agar memberi fokus untuk berjaya meneruskan usaha masing masing dalam menjadi usahawan yang dinamik dan mentransformasi minda mereka agar berjaya sebelum mencapai usia 45 tahun lagi” ujar Juman ketika berucap dihadapan mejoriti penyokongnya malam tadi.

Juman (pesara guru) yang kini berlatarbelakang sebagai usahawan dan pemimpin dibeberapa gerakan koperasi berucap selepas diisytiharkan sebagai Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat

Semoga barisan kepimpinan baru ini dengan daya kepimpinan korporat, melalui Ketua Cawangan baru ini nanti berupaya mertabatkan masyarakat agar menyokong PPBM sekaligus membawa anak muda kearah bidang usahaniaga dan keusahawanan; demi kesejahteraan masyarakat di Felcra Seri Mendapat.

Menurut Haji Mutalib Cheman, Timbalan Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat yang turut hadir dan ketika diminta memberikan pendapatnya bagi mengulas mengenai mesyuarat penubuhan Cawangan Seri Mendapat itu pula berkata, “Saya bagi pihak Ketua Cawangan saya iaitu Tuan Mejar (B) Mohamad Rahim Osman mengucapkan tahniah kepada barisan AJK yang telah diberikan mandat serta amanah oleh rakyat di Felcra Seri Mendapat malam ini agar terus berusaha memperkasakan parti serta melaksanakan agenda demi kesejahteraan rakyat”.

Laungan Hidup Pak Wan
Mutalib tekun mendengar ucapan penangguhan mesyuarat oleh wakil Cawangan Seri Mendapat
Tetamu yg datang memberikan sokongan terhadap Penubuhan Cawangan Seri Mendapat
Santai selepas mesyuarat ditangguhkan

“Barisan AJK baru ini juga dilihat akan terus memberikan sokongan jitu kepada kepimpinan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Ketua Pimpinan BERSATU Negeri Melaka” ujar saudara Mahathir Manan pula apabila ditanya tentang kehadirannya sebagai pemerhati sahaja dan ingin melihat perkembangan mesyuarat ini walaupun masih ahli di Cawangan BERSATU Parit Putat dan kini menjadi Ketua Penaja di Cawangan Merlimau Utara pula; iaitu Cawangan pertama yang cuba dibuka di DUN Merlimau akibat desakan dan semangat ingin melihat BERSATU bertambah mantap di Melaka.

Saudara Kalah Husin pula berkata, beliau ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah dipermudahkan urusan ini walaupun perancangan awal mesyuarat telah ditunda ke tarikh 03 Oktober, manakala tempat mesyuarat juga telah terpaksa juga berubah dari Balai Raya Kg Seri Mendapat kelokasi lain akibat masalah teknikal disaat akhir, sebelum mesyuarat penubuhan cawangan Seri Mendapat ini dapat dimulakan dalam semangat kekeluargaan BERSATU.

DUN SUNGAI RAMBAI
PARLIMEN JASIN

Program Jejak Usahawan Tekun Nasional

Anda dijemput hadir dalam program Jejak Usahawan yang akan diadakan pada 20 September 2019 ini, jam 2.00 petang di Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.

Turut hadir dalam program ini juga ialah Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Mohd Ridzuan Bin Yusof, beliau juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah.

Siaran Media: Pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan Pembukaan Semula Pendaftaran Kontraktor Kerja Kelas G1 Bumiputera.
Pak Wan

Banyak juga perkara yang YB Menteri telah buat yang terakhir yang banyak memberikan impak terutamanya kepada golongan B40 untuk menumpang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia.

Pembentukan Dasar Keusahawanan National 2030 juga juga dengan beberapa kerangka penting serta strategi dan inisiatif yang telah diumumkan baru baru ini menjadi haluan untuk rakyat Malaysia membina ruang perniagaan dalam memperbaiki ekonomi keluarga, masyarakat dan negara kita.

Terima kasih kepada,

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Dasar Keusahawanan Negara 2030

APAKAH HANYA DENGAN SEBANYAK 62 INISIATIF OLEH KEMENTERIAN, TIDAK CUKUP UNTUK PENCAPAIAN DKN2030 ? :

Pasti ada yg menyatakan bahawa apa yang ditawarkan oleh kerajaan dalam Dasar Keusahawanan Negara DKN2030 itu adalah tidak memadai untuk menjadikan negara kita diiktiraf sebagai negara keusahawanan.

BAGAIMANA ANDA CUKUP YAKIN IANYA TIDAK AKAN BERJAYA?

Kita gembira jika ada yang kritik terkenal kerana suka yakin untuk menegakkan benang basah, bahawa dasar itu akan gagal atau sebaliknya akan berjaya.

Bagi pembangkang, perkara baik pun dikatakan tidak elok, tetapi jika anda sekadar untuk menyedapkan fitnah atau hanya dijadikan modal cakap cakap, sembang kedai kopi sahaja, tanpa berpegang kepada angka metermatik sebagai fakta, dan juga tanpa berpandukan kepada pengiraan statistik dan metrix; tetapi menganggap yang realistik. Kita suka juga tumpang tenguk sembang anda.

Apakah DKN 2030 Dirancang Bersama Rakyat Akar Umbi?: Bagi saya, YA !

Berikanlah komen yang membina, jangan hanya terima buta bulat bula apa yang telah dilancarkan oleh Tun M itu, Iaitu petanda kerajaan PH akan berpenggal penggal; kerana dasar dasar kerajaan baru kita kini diterima rakyat sangatlah bagus bagus. Ianya jauh berbeza dengan Kerangka “National Blue Ocean Plan” nBOS Najib Razak.

Akhirnya yamg terjadi ialah apa malu ‘BOS KU’.

▪︎ APAKAH ANDA YAKIN WAWASAN 2020 BOLEH TERCAPAI,? JIKA TIDAK, KENAPA?
▪︎ MENGAPA DASAR EKONOMI BARU DEB SENTIASA BERUBAH HALA TUJUNYA?
▪︎ BUMIPUTRA & MENTALITI SUBSIDI APAKAH RELEVANNYA?.

3 TONGGAK: Dengan 6 Teras Strategik utama, 19 Strategi dan 62 inisiatif, DKN2030 adalah strategi jangka panjang pihak kerajaan

KETIKA pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 pada 11 Julai lalu, YAB Perdana Menteri menegaskan pentingnya dasar keusahawanan nasional menjadi tonggak pemberdayaan usahawan dalam menggerakkan ekonomi negara. Tun Mahathir Mohamad juga menekankan tentang gagasan ‘Kemakmuran Bersama’ (Shared Prosperity) dalam ucaptama beliau sebagai satu agenda utama pembangunan nasional dan berharap DKN2030 mampu membentuk semangat keusahawanan yang jitu, bukan sahaja dalam kalangan para usahawan, malahan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Perdana Menteri meletakkan keyakinan apabila Malaysia mencapai matlamat Negara Keusahawanan Unggul menjelang 2030 menerusi pelan DKN2030 ini, limpahan ekonomi akan turut membawa kesan positif kepada wawasan ‘Kemakmuran Bersama’. Ia akan menjadi manifestasi kesungguhan kerajaan dalam mengalas agenda Malaysia Baharu yang inklusif dengan keadilan ekonomi yang saksama untuk semua kaum.

Dalam mengerakkan kerangka DKN2030 – Malaysia Negara Keusahawanan Unggul 2030, adalah penting kerjasama yang kolektif wujud di antara pihak kerajaan dan semua pihak berkepentingan agar perlaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah DKN2030 memberi impak kepada ekosistem keusahawanan yang dibina. Seluruh komuniti usahawan mesti menggembleng tenaga membina ekosistem keusahawanan ideal yang selari dengan DKN2030 supaya segala bentuk aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan menjurus kepada persekitaran yang melahirkan usahawan berjaya.

Selain akses kepada pasaran; elemen-elemen ideal lain yang harus ada dalam ekosistem keusahawanan wajar dipacu sepenuhnya oleh komuniti keusahawanan merangkumi pembinaan budaya keusahawanan, peningkatan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan serta menggalakkan penglibatan usahawan dalam bidang berinovasi dan berkepakaran teknologi. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan pula seharusnya mengambil mandat menerajui usaha mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif dengan penekanan kepada halatuju dasar dan polisi kerajaan serta menjadi tonggak kepada sokongan infrastruktur dan pembiayaan kewangan kepada usahawan.

DPIM telah menyuarakan maklumbalas jujur ketika kunjungan rasmi kepada YAB Perdana Menteri selepas 4 hari DKN2030 dilancarkan serta turut berpeluang mengusulkan pandangan-pandangan konstruktif dan membentangkan kertas cadangan untuk menyokong dasar kerajaan tersebut. Sebagai dewan perdagangan yang memayungi komuniti usahawan Islam, DPIM bersedia menawarkan sumbang bakti dalam menjayakan pelbagai strategi dan inisiatif di dalam DKN2030.

DPIM berkeyakinan dalam membina budaya keusahawanan dan meningkatkan pengetahuan keusahawanan, para usahawan wajar dilatih dan diselia oleh mentor-mentor dari pemain industri sendiri yang telah melalui perit jerih dunia keusahawanan dan mampu memberi panduan dan nasihat terbaik agar kesilapan dan kegagalan mereka tidak diulangi.

Dalam mendepani era persaingan ekonomi global dan ledakan arus perubahan teknologi yang berkait langsung dengan Industri 4.0. para usahawan juga perlu diterapkan dengan ruh berbisnes agar cekal

dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan perniagaan. Semangat urusniaga secara berjemaah dengan meletakkan redha Ilahi sebagai asas berbisnes perlu ada di dalam sanubari setiap usahawan mengatasi seluruh tuntutan nafsu-nafsi dan prinsip kapitalis. Ini merupakan antara intipati kertas cadangan Program Pembangunan dan Pemakmuran Usahawan Muslim Negara (PEMAKMUR) 2020-2023 DPIM kepada kerajaan sebagai mengimbangi peranan yang dimainkan pihak kerajaan melalui kementerian dan agensi bertanggungjawab.

Berbekalkan dengan keupayaan membina ruh keusahawanan dan bisnes di kalangan ahli dengan menanamkan kekuatan motivasi, DPIM menyediakan modul latihan untuk membina lebih ramai usahawan yang mengejar kejayaan perniagaan menerusi konsep Jihad Bisnes yang berpegang dengan falsafah ‘Al yadul ulya khairun minal yadis suflaa’ (HR Muslim) ertinya: Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. DPIM berkeyakinan sumbangan kecil melalui PEMAKMUR ini akan memberi impak yang besar sekaligus mampu diduplikasi kepada lebih banyak kumpulan usahawan untuk melahirkan 40 syarikat multi billion muslim negara menjelang tahun 2050.

Ini merupakan komitmen DPIM dalam mengisi makna ‘kemakmuran bersama’ sebagai satu perjuangan Jihad Ekonomi kerana pengakhirannya adalah sebuah ekosistem keusahawanan yang memartabatkan ekonomi Islam halal dan thoyyibban serta memakmurkan seluruh rakyat Malaysia selain turut melahirkan ramai usahawan Muslim Malaysia bertaraf global .

Dengan 6 Teras Strategik utama, 19 Strategi dan 62 inisiatif, DKN2030 adalah strategi jangka panjang pihak kerajaan yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan dalam semua pelan tindakan secara berkala mahupun berterusan agar pengisian 11 tahun dasar ini berupaya menjadi aspirasi kepada sebuah negara Malaysia yang lestari serta mempunyai pertumbuhan ekonomi yang progresif yang mampu diagihkan limpahan kekayaan ekonomi tersebut kepada setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan demografi.
Sumber Rujukan:

i. Kementerian Pembangunan Usahawan. (2019) Dasar Keusahawanan Nasional. Putrajaya: MED

ii. Abdul Razak Shahbudin (2019) Kertas Cadangan Program Pembangunan & Pemakmuran Usahawan Muslim Negara : DPIM


*Mohsein Shariff adalah Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI

#MED – Pak Wan