Advertisements

Tag: Kg Parit Sidang Seman

Persatuan Petani Muda Kg Sungai Rambai, Melaka; Kampung Parit Sidang Seman Kampung Warisan berusaha menjana ekonomi pemuda di desa.

Sungai Rambai 12 OKT Pemuda Kampung Warisan itu kini dalam perancangan penyatuan tenaga anak muda bagi mengukuhkan kembali ekonomi Kampung khususnya memberi fokus kepada anak-anak muda bagi menyatukan mereka di dalam satu pertubuhan yang dipanggil Persatuan Tani Anak Muda Kampung Sungai Rambai.

Projek pertanian yang kini diusahakan di Kampung Warisan, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai.

Persatuan yang baru ditubuhkan itu terbuka kepada seluruh penduduk kampung khususnya pemuda dan antara aktiviti utama mereka ialah dalam menjana ekonomi penduduk kampung antaranya ialah projek berkelompok tanaman nenas hybrid.

Projek pengeluaran bahan bahan pertanian lain ialah dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita yang kebanyakannya masih sangat rendah kadar sara diri negara iaitu sekitar 20-30 peratus sahaja.

Di samping itu Persatuan ini juga akan memfokuskan tentang industri asas tani IAT lainnya seperti pengeluaran minuman diproses dari nanas; dan buat masa ini telah menjadi diantara projek utama ‘up stream’ dan ‘juga down team’ aktiviti dari bahan makanan pertanian yang sedang dimajukan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia MoA dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita.

Pak Abu menunjukkan baka halia Bentung yang juga akan dikembangkan selain tanaman nanas kepada anak muda di kampung beliau

“Anak muda boleh dijadikan tulang belakang kepada kemajuan kampung dalam bidang pertanian yang ketika ini kurang mendapat sambutan berbanding industri pembinaan, pembuatan dan pelancongan di Melaka” kata Abdul Rashid Bahari ketika dihubungi pihak media yang ingin mengetahui tentang perkembangan terbaharu aktiviti ARMADA di DUN Sungai Rambai.

Pemuda menjadi tulang belakang dalam memperkasakan ekonomi pertanian di Sungai Rambai pada masa akan datang

Tanaman nanas dipilih menjadi projek perintis Pemuda di Sungai Rambai dengan bantuan khidmat nasihat penanaman nanas dan pemasarannya melalui pengalaman dan ilmu perniagaan yang diwar-warkan oleh Cikgu Jumat Mat Lani iaitu Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat; yang dicadangkan menjadi peneraju kepada industri tanaman nanas Bumiputra di Daerah Jasin dan Melaka.

Cikgu Jumat ketika memberikan penerangan tentang peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada pemuda di desa
Khidmat nasihat dari peneraju Cikgu Jumat dan pengembangan oleh Jabatan Pertanian dijangka akan melonjakkan penawaran nanas di Melaka
Advertisements

Mahathir Manan otai awal BERSATU mulai aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilancarkan di DUN Sungai Rambai.

Mahathir Manan bersama SETPOL Menteri ketika pelancaran event tersebut

“BELADIRI WANITA” DILANCARKAN OLEH SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI DUN SG RAMBAI:

Majlis pelancaran Event Beladiri Wanita telah disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, Ketua Cawangan Parit Putat, pagi tadi di Kg Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Mohamad Rahim menerima plug program Biladiri Wanita dari Ketua Jurulatih Mahathir Manan sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat, Cikgu Hj Mutalib Che Man

Turut hadir ialah Srikandi BERSATU dan AJK Cawangan di DUN Sungai Rambai. “Program ini dilihat sangat menarik dan penting dipelajari oleh semua wanita bagi mempertahankan diri ketika menerima ancaman, elok kita sediakan payung sebelum hujan” ujar Mak Yam, wakil Srikandi dari Bahagian Masjid Tanah yang terpanggil untuk hadir bagi meninjau tentang event yang diadakan hari ini.

Event TOT Jurulatih Beladiri sehari yang paling terhampir pula dijangka akan diadakan di RTC Sungai Rambai pada 20 Oktober 2019 ini. Ianya bagi mencari bakal jurulatih untuk persiapan menjalankan aktiviti dibanyak tempat secara sukarela itu.

Borang permohonan untuk menjadi pelatih sedang diedarkan kepada yang berminat, jumlah peserta sangat terhad dan akan bergantung kepada siapa yang awal memohonnya.

Penaja yang berminat membantu mengembangkan aktiviti kemasyarakatan ini bagi membantu kaum hawa mempelajari teknik pertahanan diri ketika diancam dan membentuk jatidiri dan kesetiaan bolehlah juga menghubungi pihak penganjur melalui;

Nazri Adan, Setiausaha BERSATU Cawangan Parit Putat – Nombor Talipon 019-8895503

Anda juga digalakkan dengan meninggalkan komen di webpage ini atau Facebook MediaP134mt dan lain lain webpage hebahan kami atau bolehlah juga whatapp kami di nombor 0139335503 ini juga untuk mendapatkan keterangan lanjut dan kami akan hantarkan borang permohonan penajaan atau menyertai event-event anjuran program kemasyarakatan kami yang akan diadakan secara berterusan dipelbagai lokasi seluruh Malaysia.

Ketua Cawangan Parit Putat yang juga Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Jasin ketika melancarkan program yang dijangka akan berterusan itu

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan melawat projek pertanian DRambai Tani ENT di Kg Sungai Rambai, Melaka

Abdul Rashid Bahari memberikan penerangan tentang kualiti baja siraman yang beliau jual dan digunakan di ladang pertanian yang diusahakannya

Dalam suasana ekonomi di kampung Sungai Rambai sekarang ini, Mejor (B) Mohamad Rahim Osman yang merupakan Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat, Sungai Rambai, Melaka juga berpendapat bahawa aktiviti ekonomi kepada rakyat di desa-desa sementara kini, eloklah juga difokuskan kepada pengeluaran dan usaha meningkatkan kuantiti hasilan produk pertanian sebagai sumber bahan mentah bagi hasilan makanan tempatan, ianya adalah dalam usaha menambah jumlah pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan negara kepada kuantiti makanan yang di import.

Menurutnya lagi bahan pertanian sebagai sumber makanan mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat setiap tahun akibat peningkatan populasi rakyat penduduk negara kita semenjak dahulu lagi. Kadar sara diri negara Malaysia kepada kebanyakan bahan mentah dari petani tempatan masih rendah termasuklah dalam pengeluaran halia seperti yang sedang diusahakan oleh saudara Abdul Rashid kini.

Mohamad Rahim meninjau penanaman pelbagai jenis hasilan pertanian seperti halia, cili dan lain lain tanaman yang sedang diusahakan di Kg Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka

Pendekatan petani yang dengan melibatkan lebih ramai usahawan tani secara berkoperasi di kampung-kampung seperti di DUN Sungai Rambai ini juga sangatlah digalakkan dan diyakini boleh berjaya dalam usaha menyatukan sumber modal yang diperolehi.

Pendapatan akan juga turut meningkat jika usaha dilakukan dengan keluasan tanah yang yang ekonomik; ditambah pula jika usahawan tani itu mengaplikasilan teknologi baru serta mendapat sentuhan bantuan kepakaran bertani cara terbaharu dari mereka yang jelas ada kepakaran yang telah dibuktikan.

Pengurusan koperasi yang mantap boleh diujudkan dengan budaya pengurusan koperasi yang baik dan jujur dalam membentuk rantaian pemasaran yang kompetatif harga pasarannya, berusaha mempelbagai hasil jualan produk termasuk juga pemprosesan produk tambah nilai; serta mengujudkan rantaian serta jaringan sumber input dan kontrak pemasaran yang meyakinkan.

Berbekalkan usaha yang gigih dan bantuan modal seperti dari Tekun National (jika layak) seperti yang dikatakan sedang dipohon oleh Abdul Rashid kini itu akan turut membolehkan sesuatu perniagaan itu menjadi lebih cekap dan berkembang dengan baik, berkemampuan mengaplikasikan teknologi jentera terkini dan menggunakan jentera ladang secara optimum dan yang sesuai itu pula dapat digunakan bagi mengurangkan kos operasi buruh dan sekali gus menambah kecekapan penggunaan kos buruh kerja diladang beliau.

Insyaallah ianya akan membuahkan kejayaan kepada usahawan dan menjanjikan pulangan yang baik kepada pelaburan yang dikeluarkan oleh usahawan atau dalam peegerakan sesebuah koperasi yang menjadi engin ke-3 terpenting dalam memangkin ekonomi negara kita.

Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat mengambil kesempatan meninjau tanah pertanian yang berpotensi lagi ditanam dengan sayuran samada halia, cili dan nanas di DUN Sungai Rambai
Membincangkan usaha usaha ekonomi yang lain dengan Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat

DRAMBAI TANI ENTERPRISE: TANAMAN HALIA –  “DARI LADANG KE MEJA MAKAN”

PENDAHULUAN

Sungai Rambai – 19 September 2019. Projek tanaman halia ini telah dilaksanakan dan sebagai sumber pendapatan kepada syarikat Dilambai

VISI SYARIKAT

Menjadi pengeluar utama halia di Negeri Melaka dan berpotensi untuk eksport ke luar negara mengambil, peluang dari potensi Halal Malaysia bagi beberapa produk nilai tambah berasaskan halia.

MISI KAMI

Memaksimumkan pengeluaran halia dengan potensi tanah sedia ada dan proses penyatuan tanah tanah terbiar sekitar DUN Sungai Rambai bagi mendapatkan keluasan penanaman dan ekonomi.

Mengoptimakan pengeluaran halia dalam di negeri Melaka melalui aplikasi teknologi fertigasi yang mantap dengan menggunakan teknologi terkini sumber input pertanian. Antara info penting yang diberikan penekanan oleh syarikat kami ialah penggunaan baja, racun dan benih bagi mengoptimumkan produktiviti penghasilan halia di ladang kami.

Penerokaan dalam bidang pengilangan produk minuman berasaskan halia bagi menambah Nilai pendapatan syarikat. Matlamat akhir pemasaran kami ialah produk dari halia yang menjadi sumber minuman yang diproses berasaskan halia, ianya dirumus dengan campuran halia bersama sumber bahan mentah yang lain secara minuman sedia diminum (botol dan kotak) untuk pasaran segar ke negara Timur tengah China Taiwan dan lain-lain negara.

Projek tambah nilai produk yang lain dalam perancangan kami juga adalah seperti halia segar yang dikapsulkan, manisan gula-gula dan manisan jelly yang dikilangkan di bawah skim ‘Small and medium industry’ yang menepati keperluan persijilan Halal Malaysia, Good Manufacturing Practice GMP yang memenuhi keperluan standard operating procedure ISO dan hazard analysis critical control point HACCP.

Syarikat kami juga mempunyai perancangan untuk menambah saiz pengeluaran dalam usaha pengeluaran baka benih buah-buahan dalam pelbagai jenis khususnya durian baka ‘duri hitam’, durian belanda, jambu batu cerry, sentul rambai dan lain-lain jenis buah-buahan lagi.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan baka tanaman yang kami nyatakan sila berhubung dengan:

Maklumat Lanjut:

012 -6021664 – En Rashid:

Pengarah Syarikat.

E-mail: drambai@melakaonline.org

Alamat Perniagaan:

Km 32, Jalan Parit Sidang Seman,

Sungai Rambai, Melaka.

Kg Parit Sidang Seman, Sungai Rambai – Sambutan malam Hari Raya Haji dimulakan dengan Takbir beramai-ramai dari rumah ke rumah.

Tradisi program Tadbir Hari Raya di Kampung Parit Sidang Seman iaitu Kampung Warisan Sungai Rambai ini sememangnya masih dibudayakan semenjak dahulu lagi hingga kini. Kumpulan Tadbir dan Marhaban (bagi Raya Puasa) ini bergerak mengalunkan Tadbir dari serumah kerumah yang lain, yang bermula dari pangkal kampung sehinggalah habis setiap rumah kampung itu.

Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Hj Rosnan iaitu Ketua Kampung Warisan itu yang hingga kini masih lagi mengetuai pasukan ini semenjak dari beliau muda lagi, kalau dahulu mereka mempunyai beberapa rentak takbir hari raya yang agak unik, kini mungkin rentak marhaban itu sudah tidak dipraktiskan lagi kerana ianya agak susah untuk diikuti khususnya oleh generasi muda.

Program tadbir berkumpulan ini juga berupaya membuat kutipan untuk menambah dana tabung persatuan Pakatan Kampung mereka. Semoga program ini diteruskan kerana telah banyak kampung atau taman perumahan yang telah tidak mempraktiskan lagi.

Kg Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka sambut baik kempen sambutan Hari Kebangsaan seperti selalu.

“Alhamdulillaah. Rumah rumah di Kg Parit Sidang Seman, Perkampungan Warisan di Sungai Rambai, Negeri Melaka mulai mengibarkan bendera Malaysia sempena bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang tahun 2019 bertemakan Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih”

Kata Tuan Hj Rosnan semalam melalui sebuah laman Kumpulan WhatApp. Beliau juga merupakan anak jati kampung Sungai Rambai itu juga merupakan Pengerusi Surau dan Madrasah Kampung Warisan tersebut.

“Mari kita bersama sama meraikan hari bersejarah negara yang kita cintai. MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!”, tambah Hj Rosnan lagi.

Tinjauan kami mendapati kampung Warisan ini sedang giat memasang bendera disepanjang jalan jalan kampung itu secara bergotong royong bersama anak anak penduduk kampung, ianya wajarlah dicontohi oleh kampung yang lain di Sungai Rambai; begitu juga hendaknya dengan kampung yang lain di Melaka.