Advertisements

Tag: Ketua Srikandi MELAKA

Azalina ditolak dari terus memegang jawatan Penyelaras DUN Sungai Rambai.

Abdol Mutalib ketika mencalonkan Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat iaitu Mejor (B) Mohamad Rahim Bin Osman

PARIT PUTAT: Usul yang ingin dicadangkan itu pada awalnya ialah dari 2 orang ahli BERSATU Cawangan itu, tetapi akhirnya hanya seorang sahaja yang mengemukakan kepada hadirin kerana isu yang dicadangkan untuk dibahaskan itu mempunyai objektif yang serupa. Ianya mengenai cadangan penolakan beliau terhadap Azalina Ab Rahman, Ketua Srikandi Melaka dari dikekalkan oleh Ketua Pimpinan BERSATU Melaka sebagai Penyelaras DUN Sungai Rambai.

Proses pendaftaran kehadiran mesyuarat Cawangan Parit Putat

Cadangan untuk tidak terus menerima Azalina, yang mendapat sokongan sebulat suara ahli mesyuarat, tanpa sesiapa pun yang membantahnya, walaupun cuba diajukan oleh Pengerusi Sementara dengan membuka ruang suara demokrasi rakyat; jika ada ahli yang ingin membantahnya tetapi malangnya usaha Pengerusi Sementara itu akhirnya gagal. Mereka telah ‘seia sekata’ untuk mencadangkan agar Azalina tidak kekal menerajui DUN Sungai Rambai.

Dengan mengemukakan beberapa isu masyarakat yang nampak serius itu suasana yang pada awalnya yang menjadi riuh rendah itu akhirnya ditenangkan oleh Pengerusi Sementara mesyuarat Cawangan Parit Putat.

Mesyuarat kemudiannya telah berakhir dalam suasana kekeluargaan BERSATU yang baik, tiada sedikitpun insiden buruk, malahan berjalan dalam suasana harmoni sepanjang dari permulaan ianya berlangsung, sehinggalah selesainya mesyuarat melibatkan penajaan Koperasi dan Persatuan Penduduk Parit Putat. Ianya yang telah juga diadakan selepasnya bagi menjimatkan belanja dan masa yang perlu diambil dalam menjemput orang ramai dan tenaga kerja untuk menyelaras mesyuarat itu juga.

Walaupun memakan masa yang agak panjang khususnya dalam memberikan penerangan kepada orang ramai tentang prosedur mesyuarat, serta beberapa isu yang dibahaskan dalam ucapan penangguhan ahli BERSATU akhirnya perjalanan mesyuarat kali ini mendapat pujian kebanyakan ahli yang hadir.

Mesyuarat yang dijangkakan panas tetapi berjaya dikawal sebaik mungkin oleh Pengerusi Sementara Cawangan

PARIT PUTAT: Kami dimaklumkan bahawa kuasa memutuskan kedudukan Azalina sebagai Penyelaras DUN adalah dibawah Ketua Menteri Melaka. Antara hadirin yang berbual diluar dewan mesyuarat telah mencadangkan agar satu memorandum diserahkan kepada YAB Adly Zahari oleh AJK Cawangan pada suatu tarikh yang sesuai nanti.

Advertisements

Srikandi Melaka jangka ada pertandingan sihat tentang Rina dalam pemilihan sayap nanti

YANG TULAR KINI:

RINA HARUN PERLU DIGANTIKAN KEPADA SAYAP KEMPIMPINAN SRIKANDI YANG BAHARU

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Merujuk kepada kenyataan Ketua Srikandi Negeri Melaka yang bertajuk RINA HARUN PERKU KEKAL PERTAHANKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA SRIKANDI BERSATU MALAYSIA dengan merujuk daripada laporan penuh dari Bernama bertarikh 2hb Julai 2019

Laporan penuh : http://bernama.com/bm/politik/news.php?id=1741316

Dari beberapa pendapat terbuka sayap Srikandi Negeri Melaka mengalu-alukan kehadiran kepimpinan baru Srikandi Bersatu Malaysia memandangkan beberapa aspek yang ditekankan seperti berikut:

  1. Setelah 3 tahun memegang tampuk Ketua Sayap Srikandi, sentuhan beliau tidak begitu padu di bawah pimpinan yg di lantik. Perpecahan berlaku di akar umbi. Sayap adalah penting untuk kekuatan induk parti. Ini disebabkan sikap beliau yang tidak mengamalkan dasar mendengar secara terbuka dari seluruh suara Srikandi umumnya. Hal ini berlarutan dan telah menjadi perhatian oleh Srikandi – Srikandi yang mana telah mengenali beliau dari awal. Tambahan, sikap kurang mesra yang ditunjukkan dapat dilihat dari mata kasar, berbanding sikap beliau yang merendah diri seperti awal dilantik menjadi Ketua Pimpinan Srikandi Bersatu malaysia.
  2. Semasa perlantikkan, beliau telah dilantik, dan bukanlah di pilih. Ketika perlantikan, pimpinan pusat tidak mempunyai pilihan dan Rina di lantik atas dasar beliau antara ahli terawal yang memasuki Bersatu.
  3. Kini parti sudah berkembang. Akar umbi menentukan kepimpinan yg lebih baik melalui pemilihan. Kegagalan sesebuah kumpulan adalah kegagalan dari Ketua.
  4. Kami Srikandi Melaka gagal mendapat satu suara sepakat yang sekata memandangkan kami tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama Ketua Pimpinan Srikandi Negeri Melaka, dan kami juga tidak dapat bersuara terus kepada Ketua Pimpinan Srikandi Bersatu Malaysia memandangkan mereka mengamalkan dasar sikap terbuka dan secara tidak langsung, tiada inisiatif untuk menyatukan ukhuwah sesama Srikandi Malaysia. Mudah dirumuskan, komunikasi antara Srikandi sesama Srikandi adalah GAGAL sama sekali.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, tempat Rina Harun perlu diganti oleh orang baharu. Masih ada lagi Srikandi yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pimpinan Bersatu Malaysia dan lebih layak dari segi pendidikan, kerjaya dan juga daya pemikiran yang lebih strategik sebagai Ketua.

SRIKANDI MELAKA