Advertisements

Tag: Kereta terbang

Tun M perjelaskan isu kekeliruan istilah tidak patut diperbesarkan oleh pembangkang

Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

 Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

Sila perbetulkan persepsi tentang istilah ‘kereta terbang’

Langkawi semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun meminta rakyat Malaysia terutama parti pembangkang memperbetulkan persepsi mereka berhubung istilah projek dron besar – di bawah pemudah cara Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diketuai Datuk Mohd Redzuan Yusof.

Hanya kerana kekeliruan isu istilah, projek dron tersebut dikritik hebat oleh pembangkang sehingga sering diuar-uarkan mereka sebagai `kereta terbang’.

Padahal, kata Perdana Menteri, istilah sebenarnya adalah dron besar atau super drone (air mobility) yang boleh membawa penumpang.

Ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah itu, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan Mohd Redzuan dalam membangunkan projek super drone berkenaan.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima,” kata Perdana Menteri.

Kita akui, mana-mana pembaharuan di sesebuah negara biasanya akan menempuh kritikan daripada pembangkang di negara berkenaan. Tetapi tidaklah seteruk penangan pembangkang di Malaysia, yang akan sentiasa memperlekeh atau memutarbelitkan kebaikan dan manfaat sesuatu pembaharuan.

Namun bak kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, Menteri yang mengetuai MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini pun telah membetulkan istilah `kereta terbang’ berkenaan kepada super dron. Malangnya dek terikut-ikut propaganda parti pembangkang, mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) peliknya turut menghentam rakan sendiri.

Memasuki tahun baharu 2020 tidak sampai sebulan ini yang penuh cabaran getir dalam daya saing kerajaan untuk meletakkan kembali ekonomi negara di landasan kukuh, pembangkang terutamanya haruslah bersikap terbuka dan positif kepada sebarang idea pembaharuan.

Lagipun dalam projek dron besar (super drone) ini, MED hanya menjadi pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri terutama dalam aspek sokongan industri dan kapasiti syarikat tempatan dalam membangunkan industri ini.

Kerajaan atau MED sendiri tidak memberikan sebarang dana dalam projek super drone ini dan ia adalah 100% dibiayai oleh syarikat tempatan tersebut iaitu Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

Seperti yang dinyatakan juga oleh Kamarul A Muhamed iaitu pemilik syarikat AVSB, tiada dana langsung diberikan oleh kerajaan untuk projek Air Mobility ini. Malah, AVSB turut mengalu-alukan sebarang audit untuk projek tersebut.

Juga, MED bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam sektor yang sama. Bukan hanya AVSB. Sebab itu, MED hadir memberi sokongan kepada syarikat tempatan lain seperti EastCap Bhd (syarikat tempatan yang sedang bekerjasama dengan EHang Intelligent Equipment) untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di negara ini.

Dalam hal ini, ramai juga yang keliru dan menyangka EastCap Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan super dron pertama anak tempatan. Walhal, tidak sama sekali. Yang betul dan dimaksudkan itu adalah Aerodyne Ventures Sdn Bhd.

Bahkan, dalam projek super drone ini, MED menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 bagi memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Advertisements

Fitnah boleh merosakkan masa depan bangsa dan menjejaskan kesejahteraan negara – Melakaonline.org

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian dron dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI) tempatan, Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed, berkata perbincangan awal yangmelibatkan pihaknya dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada awal tahun ini menegaskan inisiatif itu adalah semata-mata untuk menyumbang dalam pembentukan masa hadapan negara.
“Saya tidak jangka ia akan jadi sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi tadi.

Beliau turut menegaskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah memanggil mana-mana wakil Aerodyne untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan mobiliti udara.
Bagaimanapun, katanya, syarikat itu menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun pelaburan tersebut adalah adalah 100 peratus bagi pembangunan perniagaan dron.

Katanya, pembangunan UAM juga ditangguhkan sejak Ogos 2019 untuk memberi fokus dan tumpuan penuh kepada teras perniagaan Aerodyne di peringkat global.

Parti Gerakan mencadangkan empat menteri digugurkan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat merombak Kabinet.

Mengapa Gerakan jadi panas pula terhadap 4 menteri itu? Jika tidak kerana mereka berprestasi dan sangat releven dalam situasi Malaysia Baru?

Jika hanya sekadar isu yang tidak sampai 0.5% dari keseluruhan perancangan dan dasar baru Kementerian MED iaitu bersangkutan dengan projek inovasi kereta terbang oleh anak tempatan (Bumiputra) yang dibesar-besarkan pula? Ianya satu isu yang tidak releven dengan tajuk yang diketengahkan oleh Parti Gerakan. Lebih lagi ianya tidak melibatkan peruntukan kerajaan. Manakala Menteri dan kementerian itu bolehlah diumpamakan kini sebagai baru lagi.

Sedangkan peranan menteri itu kini penting dalam mengatur suatu dasar baru negara dan strategi bagi mengujudkan Malaysia sebagai sebuah negara usahawan visi 2030, mengapa pula ianya perlu digugurkan? Apakah anda juga terlupa tentang peranan yang menteri mainkan bagi membantu golongan B40? Komenlah dan sentuhlah tentang isu yang lebih popular itu.

Tetapi malangnya tiba-tiba Parti Gerakan itu mencadangkan agar empat menteri tersebut digugurkan pula tidak bersesuaian dengan kehendak Malaysia Baru.

Maka apabila pihak pembangkang yang mengutarakannya, sudah pasti ianya berkaitan dengan isu politik dan bukannya isu lebih mustahak iaitu untuk mengsejahterakan rakyat dan meningkatkan kemakmuran Malaysia, yang penting ialah apa-apapun yang dilakukan oleh pihak kerajaan PH ianya perlulah dibangkang.

Pemimpin Gerakan juga diharapkan lebih fokus sedikit tentang telah banyak perkembangan terkini yang telahpun berlaku di Kementerian Pembangunan Usahawan yang kini biarpun masih diibaratkan baru sahaja ‘setahun jagung’ jika dibandingkan dengan parti BN yang telah memerintah lebih 60 tahun; tetapi PH diyakini mampu membawa negara kepada perubahan yang lebih baik lagi.

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (kanan). –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA