Advertisements

Tag: kementerian Pembangunan Usahawan

Program CSR@MED KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN ‘BACK TO SCHOOL’ DILAKSANAKAN SERENTAK DI MELAKA

BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK – BACK TO SCHOOL CSR@MED – TEKUN NASIONAL; SEDERHANA TETAPI MERIAH HARI INI.

Sungai Rambai 22 Dis Tahniah semua pihak yang bersama menghulurkan subangan. Penerima kali ini ialah dari kawasan Umbai, Sekam, Berangan Enam; termasuk dari Taman Pertam, Jalan Datuk Nawar, Sebatu, Ayer Tawar dan Seri Mendapat, Parit Perawas, Parit Penghulu, Benteng, Parit Sidang Seman, Parit Putat, Tambak Merah, Batu Gajah, Parit Alai, Merlimau Utara, Merlimau Pasir dan dari pelbagai kawasan yang terpilih kali ini.

Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman berucap bagi menyempurnakan pelancaran program ‘back to school’ di Cawangan BERSATU beliau sebagai Ketua Cawangan

“Lebih ramai pelajar akan menerima bantuan persekolahan ini” ujar Penyelaras Acara DUN Sungai Rambai serta keluarga bakal penerima yang akan datang agar bersabar sedikit masa lagi kerana akan disempurnakan kepada ibu bapa terhadap anak anak mereka dalam SIRI KE-2 nanti yang dijangkakan pada 26 Disember 2019 atau tarikh lain pula di sekolah yang sama. Sebarang maklumat akan disampaikan melalui media sosial Parti Pribumi Bersatu Malaysia – Parit Putat atau layari laman web https://melakaonline.org sebagai media utama BERSATU Cawangan Parit Putat.

Walaubagaimanapun penerima akan datang akan difokuskan kepada kumpulan sasar lain dari B40 yang perlu dibantu bagi merengankan bebanan ibu bapa menjelang pembukaan persekolahan tahun 2020 seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Pihak keluarga yang menerima bantuan kasih itu merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.

Pelaksanaannya mulai jam 8.30 pagi tadi telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik beliau sendiri iaitu Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, beliau juga merupakan Ketua BERSATU Cawangan Parit Putat,
DUN Sungai Rambai, Melaka.

“Pengagihan bantuan yang dilakukan serentak disemua Parlimen di Melaka semenjak pagi tadi telah melibatkan seramai lebih 1800 orang murid mendapat manfaat, manakala seramai lebih 7000 orang pelajar diseluruh negara telah dan dalam proses penyampaian bantuan ini kepada pelajar diperingkat sekolah rendah dan menengah” menurut Mohamad Rahim ketika berucap dihadapan keluarga penerima bantuan itu.

Antara keluarga yang mendapat manfaat diluar Parlimen Jasin hari ini
Antara pelajar yang bersedia mendapatkan bantuan pakaian sekolah

Menurutnya lagi mereka yang menerima bantuan ini juga tidak mengira fahaman politik masing masing, sebagai rakyat mereka sememangnya layak dibantu disaat ibu bapa terpaksa berbelanja besar untuk menyempurnakan kemasukan pelajar anak jagaan mereka agar dapat bersekolah dan belajar dengan baik sama seperti anak anak lain yang berkemampuan menanggung perbelanjaan persekolahan anak mereka.

Penghargaan juga disampaikan oleh
Guru Besar dan PIBG Sek Rendah
Kebangsaan Batu Gajah kerana telah memilih sekolah beliau sebagai tempat pelaksanaan event ‘back To school’ kali ini. Sedikit sumbangan juga turut disampaikan oleh Mohamad Rahim kepada pihak sekolah bagi membantu menyempurnakan pembinaan bangunan bacaan yang telah 80% siap kini diatas inisiatif guru guru dan pentadbir sekolah tersebut.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Melaka berucap bagi menjelaskan konsep bantuan kepada murid sekolah

Disamping bantuan kewangan yang disediakan oleh Tekun Nasional melalui Syarikat Canggih dengan dibantu oleh pentadbiran Tekun Sungai Rambai dalam melaksanakan event tadi; AJK BERSATU Cawangan Parit Putat juga turut sama menyelaraskan kerja kerja agihan pakaian sekolah, kasut, bag sekolah serta menyediakan perkhidmatan percuma gunting rambut kepada murid lelaki juga.

Majlis Back To School disekitar Melaka siang tadi

Advertisements

Sambutan program ‘Back To School’ di DUN Sungai Rambai esok dijangka lebih meriah.

Sungai Rambai 22 Disember Sambutan program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan tahun ini dengan menyediakan ‘Bantuan Kasih’ untuk seramai sekitar 7,000 orang murid yang menuntut disekolah rendah dan menengah telah mendapat sambutan luar biasa dari ahli keluarga masing masing.

Redzuan bersama murid sekolah dalam gimik pelancaran BTC di MITC Melaka

Pelancaran yang telah diadakan pada 17 Disember yang lalu di MITC, Melaka telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof iaitu Menteri Pembangunan Usahawan. Dalam ucapan ringkas beliau melaksanakan inisiatif ini dibawah program CSR@MED Tekun Nasional dan Bank Rakyat; bermatlamatkan untuk membantu meringankan bebanan keluarga khususnya yang ramai anak untuk masuk kesesi persekolahan tahun 2020 nanti.

Lebih 1,800 murid sekolah telah mendapatkan bantuan ini di Negeri Melaka. Gimik pelancaran bersama anak anak yang telah menerima sendiri bantuan tersebut dari Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan. Keluarga penerima bersama anak anak mereka juga turut diraikan dalam majlis makan malam bersama wakil penerima setiap Parlimen di Melaka sambil beramah mesra dengan Redzuan dan isteri.

Wakil-wakil penerima di Peringkat Parlimen di Melaka
Keluarga penerima bantuan bersama murid-murid sekolah diraikan oleh Redzuan dalam majlis makan malam Kementerian Pembangunan Usahawan

Seorang keluarga penerima dari Masjid Tanah yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Samad dan isterinya Puan Timah berkata;

“Ini adalah pertama kali 2 orang cucunya diberikan peluang oleh kerajaan PH sebagai penerima baju, seluar, bag serta kasut sekolah dan setokon serta lain alatan yang lengkap; saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada Ketua Cawangan BERSATU Kampung Pinang kerana saya tidak menyangka dihubungi oleh wakil cawangan parti itu untuk datang ke MITC bagi menerima bantuan persekolahan cucu saya.

“Saya bukanlah ahli parti bunga, tetapi hairan bagaimana nama saya turut tersenarai juga” ujar Pak Samad yang kelihatan bersyukur dengan bantuan yang beliau terima malam itu.

“Pengagihan bantuan turut dilakukan kesemua parlimen di Melaka dan setiap wakil parlimen akan menyenaraikan Pendik nama murid dan akan menyerahkan bantuan itu mengikut jadual program yang disusun oleh Penyelaras masing masing” menurut Encik Rosdi ketika ditemubual oleh wartawan media sosial melakaonline ketika pelancaran tersebut.

Unit Siaraya memasang banner program bagi Parlimen Jasin bagi pengagihan bantuan DUN Sungai Rambai dan Umbai pada 22 Disember 2019 ini

Bagi Parlimen Jasin khususnya DUN Sungai Rambai dan Umbai, pengagihan ‘Bantuan Kasih’ tersebut akan diadakan pada 22 Disember 2019 bermula jam 8.30 pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau, Melaka. Sekitar 400 orang murid akan mendapat manfaat bagi membantu bagi meringankan bebanan keluarga masing masing.

Pelancaran di DUN Sungai Rambai juga dijangka akan disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat. Program ini juga telah mendapat sokongan serta kerjasama baik dari Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, DUN Sungai Rambai.

Pihak Media Melakaonline juga yakin hubungan baik yang terjalin antara pihak Ketua Setiausaha Kementerian, Pengerusi Agensi CSR@MED, Setiausaha Sulit Kepada YB Menteri serta wakil penyelarasan disetiap Parlimen telah ada menjadikan program ‘Back To School’ kali ini adalah yang paling berjaya dan bermakna.

Tun M perjelaskan isu kekeliruan istilah tidak patut diperbesarkan oleh pembangkang

Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

 Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

Sila perbetulkan persepsi tentang istilah ‘kereta terbang’

Langkawi semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun meminta rakyat Malaysia terutama parti pembangkang memperbetulkan persepsi mereka berhubung istilah projek dron besar – di bawah pemudah cara Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diketuai Datuk Mohd Redzuan Yusof.

Hanya kerana kekeliruan isu istilah, projek dron tersebut dikritik hebat oleh pembangkang sehingga sering diuar-uarkan mereka sebagai `kereta terbang’.

Padahal, kata Perdana Menteri, istilah sebenarnya adalah dron besar atau super drone (air mobility) yang boleh membawa penumpang.

Ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah itu, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan Mohd Redzuan dalam membangunkan projek super drone berkenaan.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima,” kata Perdana Menteri.

Kita akui, mana-mana pembaharuan di sesebuah negara biasanya akan menempuh kritikan daripada pembangkang di negara berkenaan. Tetapi tidaklah seteruk penangan pembangkang di Malaysia, yang akan sentiasa memperlekeh atau memutarbelitkan kebaikan dan manfaat sesuatu pembaharuan.

Namun bak kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, Menteri yang mengetuai MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini pun telah membetulkan istilah `kereta terbang’ berkenaan kepada super dron. Malangnya dek terikut-ikut propaganda parti pembangkang, mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) peliknya turut menghentam rakan sendiri.

Memasuki tahun baharu 2020 tidak sampai sebulan ini yang penuh cabaran getir dalam daya saing kerajaan untuk meletakkan kembali ekonomi negara di landasan kukuh, pembangkang terutamanya haruslah bersikap terbuka dan positif kepada sebarang idea pembaharuan.

Lagipun dalam projek dron besar (super drone) ini, MED hanya menjadi pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri terutama dalam aspek sokongan industri dan kapasiti syarikat tempatan dalam membangunkan industri ini.

Kerajaan atau MED sendiri tidak memberikan sebarang dana dalam projek super drone ini dan ia adalah 100% dibiayai oleh syarikat tempatan tersebut iaitu Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

Seperti yang dinyatakan juga oleh Kamarul A Muhamed iaitu pemilik syarikat AVSB, tiada dana langsung diberikan oleh kerajaan untuk projek Air Mobility ini. Malah, AVSB turut mengalu-alukan sebarang audit untuk projek tersebut.

Juga, MED bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam sektor yang sama. Bukan hanya AVSB. Sebab itu, MED hadir memberi sokongan kepada syarikat tempatan lain seperti EastCap Bhd (syarikat tempatan yang sedang bekerjasama dengan EHang Intelligent Equipment) untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di negara ini.

Dalam hal ini, ramai juga yang keliru dan menyangka EastCap Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan super dron pertama anak tempatan. Walhal, tidak sama sekali. Yang betul dan dimaksudkan itu adalah Aerodyne Ventures Sdn Bhd.

Bahkan, dalam projek super drone ini, MED menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 bagi memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan melawat projek pertanian DRambai Tani ENT di Kg Sungai Rambai, Melaka

Abdul Rashid Bahari memberikan penerangan tentang kualiti baja siraman yang beliau jual dan digunakan di ladang pertanian yang diusahakannya

Dalam suasana ekonomi di kampung Sungai Rambai sekarang ini, Mejor (B) Mohamad Rahim Osman yang merupakan Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat, Sungai Rambai, Melaka juga berpendapat bahawa aktiviti ekonomi kepada rakyat di desa-desa sementara kini, eloklah juga difokuskan kepada pengeluaran dan usaha meningkatkan kuantiti hasilan produk pertanian sebagai sumber bahan mentah bagi hasilan makanan tempatan, ianya adalah dalam usaha menambah jumlah pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan negara kepada kuantiti makanan yang di import.

Menurutnya lagi bahan pertanian sebagai sumber makanan mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat setiap tahun akibat peningkatan populasi rakyat penduduk negara kita semenjak dahulu lagi. Kadar sara diri negara Malaysia kepada kebanyakan bahan mentah dari petani tempatan masih rendah termasuklah dalam pengeluaran halia seperti yang sedang diusahakan oleh saudara Abdul Rashid kini.

Mohamad Rahim meninjau penanaman pelbagai jenis hasilan pertanian seperti halia, cili dan lain lain tanaman yang sedang diusahakan di Kg Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka

Pendekatan petani yang dengan melibatkan lebih ramai usahawan tani secara berkoperasi di kampung-kampung seperti di DUN Sungai Rambai ini juga sangatlah digalakkan dan diyakini boleh berjaya dalam usaha menyatukan sumber modal yang diperolehi.

Pendapatan akan juga turut meningkat jika usaha dilakukan dengan keluasan tanah yang yang ekonomik; ditambah pula jika usahawan tani itu mengaplikasilan teknologi baru serta mendapat sentuhan bantuan kepakaran bertani cara terbaharu dari mereka yang jelas ada kepakaran yang telah dibuktikan.

Pengurusan koperasi yang mantap boleh diujudkan dengan budaya pengurusan koperasi yang baik dan jujur dalam membentuk rantaian pemasaran yang kompetatif harga pasarannya, berusaha mempelbagai hasil jualan produk termasuk juga pemprosesan produk tambah nilai; serta mengujudkan rantaian serta jaringan sumber input dan kontrak pemasaran yang meyakinkan.

Berbekalkan usaha yang gigih dan bantuan modal seperti dari Tekun National (jika layak) seperti yang dikatakan sedang dipohon oleh Abdul Rashid kini itu akan turut membolehkan sesuatu perniagaan itu menjadi lebih cekap dan berkembang dengan baik, berkemampuan mengaplikasikan teknologi jentera terkini dan menggunakan jentera ladang secara optimum dan yang sesuai itu pula dapat digunakan bagi mengurangkan kos operasi buruh dan sekali gus menambah kecekapan penggunaan kos buruh kerja diladang beliau.

Insyaallah ianya akan membuahkan kejayaan kepada usahawan dan menjanjikan pulangan yang baik kepada pelaburan yang dikeluarkan oleh usahawan atau dalam peegerakan sesebuah koperasi yang menjadi engin ke-3 terpenting dalam memangkin ekonomi negara kita.

Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat mengambil kesempatan meninjau tanah pertanian yang berpotensi lagi ditanam dengan sayuran samada halia, cili dan nanas di DUN Sungai Rambai
Membincangkan usaha usaha ekonomi yang lain dengan Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat

Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pembangunan Usahawan akan bersama penduduk Sungai Rambai dalam program Ziarah Kasih petang ini.

Parit Putat -27 September 2019, selepas Jumaat hari ini beliau akan mengadakan beberapa siri lawatan kerja dan politik ke projek usahawan di sekitar Kampung Parit Sidang Seman, Parit Putat iaitu di DUN Sungai Rambai, Parlimen Jasin.

Perbincangan juga akan diadakan dengan Biro Biro di bawah Cawangan BERSATU Parit Puntat bagi mendepani dan menangani isu rakyat yang berkaitan dengan kebajikan, ekonomi, sukan dan lain-lain yang akan dikemukakan oleh masyarakat di dun tersebut.

Program Jejak Usahawan Tekun Nasional

Anda dijemput hadir dalam program Jejak Usahawan yang akan diadakan pada 20 September 2019 ini, jam 2.00 petang di Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.

Turut hadir dalam program ini juga ialah Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Mohd Ridzuan Bin Yusof, beliau juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah.