Advertisements

Tag: BERSATU MASJID TANAH

Amalan Demokrasi Tetap Segar Diamalkan parti BERSATU di Bahagian Masjid Tanah.

Mesyuarat untuk 6 buah Cawangan BERSATU lagi akan diadakan pada hari ini. Manakala dimaklumkan sebelum ini beberapa cawangan telah bermesyuarat lebih awal termasuk di Cawangan Kampung Pinang dimana Ketua Bahagian Masjid Tanah (Lantikan) iaitu YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan, dan beberapa AJK lainnya telah terpilih di Cawangan tersebut ketika itu.

Beberapa orang calon dan muka baru telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan di peringkat cawangan, malahan ada diantara mereka telah mulai menonjolkan diri ke peringkat Bahagian. Selain itu kami menjangkakan ramai akan dicalonkan dan mencuba nasib masing masing seawal pagi ini.

Antara calon dijangka popular yang disebut orang ramai mungkin akan bertanding ialah Saudara Khatib Salam, beliau adalah penggerak awal yang telah membawa masuk ramai ahli baru BERSATU khususnya dari Cawangan Sungai Baru Hulu, Masjid Tanah.

Menurut orang ramai, beliau berkemungkinan akan ditentang oleh Team B yang mungkin menjadikan persaingan 3 penjuru termasuklah Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah sendiri iaitu Saudara Nazri Ramli. Apapun dan siapakah yang sebenarnya akan bertanding, kita perlu tunggu sehingga diakhir Mesyuarat Cawangan Cawangan itu nanti.

Jadual Aturcara pemilihan pagi ini adalah seperti berikut:

Pendaftaran & pencalonan : jam 9 – 11 pagi

Perasmian : jam 11 – 11.30 pagi

Pemilihan : jam 11.30 pg – 2.30 ptg

Sebarang perkembangan lanjut mengenai program ini akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.

Setakat ini terdapat sedikit masalah teknikal tentang senarai daftat nama ahli ahli BERSATU di Bahagian Masjid Tanah yang berlaku banyak pertindihan sehingga seorang ahli mempunya 2 hingga 4 nombor ahli seperti tercatat dalam daftar keahlian yang dikemukakan kepada urusetia acara. Semoga ianya tidak menjadi halangan terhadap kelancaran mesyuarat Cawangan ini nanti.

Tiada rahsia lagi.

Advertisements

Bangsa Melayu Diunjurkan Semakin Bersatu, semua komponen Pakatan Harapan diseru mengukuhkan keahlian masing masing.

MASJID TANAH SEMAKIN HARI SEMAKIN MANTAP:

Sudah berapa orang AJK di Bahagian Masjid Tanah mendaftarkan Ahli Baru 3 minggu ini? KB dah arahkan agar setiap AJK mendaftarkan 10 orang Ahli Baru seminggu.

Kita suka sekadar cakap cakap sahaja atau kita benar benar buat? Serius ikut arahan Boss? Saya yakin anda sudah buat, kalu dicongak seper ini:

20 AJK @ 10 Ahli Baru @ 3 minggu = 600 sudah sampai ditangan En Asman (penyelaras keahlian Masjid Tanah). Maka kita tentu yakin pemilihan tahun ini berpihak kepada siapa😁??? Pak Wan lah kan??

Aidilfitri Di Melaka Disambut Meriah

Pak Wan mengucapkan Selamat Hari Raya Dan Bermaafan, Politik Yang Matang Demi Kemajuan Bangsa – Majls YB Datuk Seri Idris Hatun turut diadakan pada tarik yanh sama di Tangga Batu.
Bukan senang mereka nak sembang, masing-masing sebuk dengan tugas mereka.
Penyampaian Duit Raya Oleh YAB Saudara Adly Zahari Sememangnya Dinantikan

Ketua Menteri Melaka juga turut meraikan Aidilfitri BERSATU Masjid Tanah

Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Ramai Pimpinan Pelbagai Peringkat Hadir

Tan Sri A Rahim Tamby Chik , Mantan Ketua Menteri Melaka juga turut hadir bagi memeriahkan program Rumah Terbuka Pak Wan ini