Advertisements

Tag: Bahagian Masjid Tanah

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian Masjid Tanah

Mengapakah Parti BERSATU ini ditubuhkan?

Sudah tentu mereka yang mula-mula bersama saya di Melaka tahu dan faham erti perit dan jerih membawa masuk Parti ini ke Negeri Melaka.

Mencari pengerak-pengerak awal yang benar-benar berani tampil kehadapan memang tidak ramai. Ketika itu, masing-masing takut dan gentar.

Namun, hari ini setelah Parti BERSATU tumbuh mekar. Segelintir yang hadir selepas Pakatan Harapan menang PRU 14 lalu ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Malah ada yang menjadi dedalu, menumpang di dahan pokok tinggi dengan tanpa segan silu mengambil manfaat dan khasiat dari pokok terbabit. Akhirnya, dedalu itu meninggi tanpa melihat lagi ke bawah.

Pak Wan bukanlah lahir dari golongan orang politik. Dengan berkat tunjuk ajar YB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku rakan akrab, tatkala UMNO menyisihkan beliau. Kamilah yang datang membantu memberikan sokongan dan dokongan daripada terus rebah.

Hari ini, Pak Wan semakin faham erti politik. Sepak terajang politik adakalanya tidak terjangkau dek akal. Tangan yang memberi inilah yang digigit dan digonggongnya semula. Namun atas niat suci dan murni mahu membantu YAB Tun Dr Mahathir membetulkan semula negara. Saya hadir dengan lapang dada untuk membantu.

Pemilihan BERSATU Bahagian Masjid Tanah akan diadakan pada 23 Feb 2020 (Ahad). Justeru, Pak Wan mohon kepada seluruh ahli Parti BERSATU Bahagian Masjid Tanah untuk terus kekal bersama Pak Wan. Kelemahan yang ada perlu perbaiki dan bukan dirosakkan lagi.

Dengan lafaz Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pak Wan dengan rendah diri mahu mengambil tanggungjawab menawarkan diri sebagai Calon Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah.

#Mediap134mt

https://melakaonline.org

Advertisements

Bahagian Masjid Tanah mendahului jumlah pembukaan Cawangan PPBM berbanding Bahagian BERSATU lain di Melaka

Sehingga kini lebih 11 Cawangan parti BERSATU telah sah dibuka di Bahagian Masjid Tanah. Sementara itu 4 lagi Cawangan iaitu di Bahagian Tangga Batu juga telah mengadakan Mesyuarat Cawangan mereka pada minggu lalu. Bahagian Jasin; 1 Cawangan iaitu Cawangan Parit Putat, yang telah bersidang beberapa bulan yang lalu,

Gambar ketika mesyuarat 6 cawangan di Japerun Lendu hari semalam

– dikatakan berkemungkinan telah terbatal akibat masalah dokumen yang tidak lengkap yang diserahkan ke Bahagian Jasin.

Gambar kenang kenangan semalam bersama Pak Wan

Kami dimaklumkan adalah menjadi prasyarat agar semua Bahagian BERSATU digalakkan menambah jumlah ahli serta Cawangannya. Hanya Bahagian yang mempunyai 10 atau lebih Cawangan yang sah menurut ROS Pendaftar Pertubuhan sahaja yang akan layak dikategorikan sebagai Pemilih dalam Perhimpunan parti itu nanti. Jika sebaliknya mereka hanya akan menjadi pemerhati sahaja.

Persiapan Terakhir oleh Urusetia Pemilihan di Dewan Japerun Lendu, Majid Tanah

Sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan lanjut tentang penubuhan Cawangan dari Bahagian BERSATU yang lain seperti Bahagian Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Kota Melaka. Kami akan kemaskini maklumat sekiranya mendapat perkhabaran sahih dari Bahagian berkenaan. Kami jangka ada Cawangan di Bahagian yang telah bermesyuarat beberapa bulan yang lalu.

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika merasmikan mesyuarat tersebut pada 04 Ogos 2019 yang lalu

Momentum bagi Mesyuarat Cawangan agak sejuk sebelum ini walaupun kebanyakan Bahagian telah menerima kelulusan dari pihak ROS, sebahagian besarnya kelulusan tersebut dahulu telah tamat tempuh hayatnya kerana tidak mengadakan mesyuarat. Masalah ini timbul akibat proses pemilihan peringkat Bahagian dan Pusat telah ditangguhkan beberapa kali, menurut beberapa orang ahli BERSATU yang kami hubungi.

Arahan Perhimpunan yang bertukar tukar inilah mengakibatkan proses penubuhan Cawangan dilengahkan, yang sepatutnya masa yang lama itu sebaiknya digunakan untuk mengumpul lebih ramai ahli dan juga memberikan masa kepada Ketua Ketua Bahagian (Lantikan) agar dapat menubuhkan lebih banyak cawangan.

Kami juga difahamkan bahawa Tun M sering memberikan teguran kepada ahlinya terutama penggerak awal agar tidak menyekat kemasukan ahli baru tidak kira dari UMNO atau lain lain parti. Ini terjadi akibat ahli yang lama dalam BERSATU cuba menghalang ahli baru dari menguasai Cawangan dan Bahagian serta menolak kepimpinan ahli lama yang sedia ada.

Ini khususnya bagi mereka yang telah berjuang sebelum PRU14 lagi yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan UMNO BN ketika itu. Menurut Tun M seseorang pemimpin BERSATU perlulah mempunyai ramai pengikut dibelakangnya. Tanpa pengikut maka seseorang itu tidak sesuai dipanggil pemimpin.

Bersambung..

Amalan Demokrasi Tetap Segar Diamalkan parti BERSATU di Bahagian Masjid Tanah.

Mesyuarat untuk 6 buah Cawangan BERSATU lagi akan diadakan pada hari ini. Manakala dimaklumkan sebelum ini beberapa cawangan telah bermesyuarat lebih awal termasuk di Cawangan Kampung Pinang dimana Ketua Bahagian Masjid Tanah (Lantikan) iaitu YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan, dan beberapa AJK lainnya telah terpilih di Cawangan tersebut ketika itu.

Beberapa orang calon dan muka baru telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan di peringkat cawangan, malahan ada diantara mereka telah mulai menonjolkan diri ke peringkat Bahagian. Selain itu kami menjangkakan ramai akan dicalonkan dan mencuba nasib masing masing seawal pagi ini.

Antara calon dijangka popular yang disebut orang ramai mungkin akan bertanding ialah Saudara Khatib Salam, beliau adalah penggerak awal yang telah membawa masuk ramai ahli baru BERSATU khususnya dari Cawangan Sungai Baru Hulu, Masjid Tanah.

Menurut orang ramai, beliau berkemungkinan akan ditentang oleh Team B yang mungkin menjadikan persaingan 3 penjuru termasuklah Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah sendiri iaitu Saudara Nazri Ramli. Apapun dan siapakah yang sebenarnya akan bertanding, kita perlu tunggu sehingga diakhir Mesyuarat Cawangan Cawangan itu nanti.

Jadual Aturcara pemilihan pagi ini adalah seperti berikut:

Pendaftaran & pencalonan : jam 9 – 11 pagi

Perasmian : jam 11 – 11.30 pagi

Pemilihan : jam 11.30 pg – 2.30 ptg

Sebarang perkembangan lanjut mengenai program ini akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.

Setakat ini terdapat sedikit masalah teknikal tentang senarai daftat nama ahli ahli BERSATU di Bahagian Masjid Tanah yang berlaku banyak pertindihan sehingga seorang ahli mempunya 2 hingga 4 nombor ahli seperti tercatat dalam daftar keahlian yang dikemukakan kepada urusetia acara. Semoga ianya tidak menjadi halangan terhadap kelancaran mesyuarat Cawangan ini nanti.

Tiada rahsia lagi.