MELAKAONLINE.ORG

Masih ramai lagi peminat Salem Iklim Kini


Els Warouw membuat cover lagu Mimpi Yang Hilang; kini dilihat sangat menggalakkan di YouTube.

Antara lagu-lagu Salem yang menusuk ke hati ramai peminat Salem. Bukan hanya di negara kita Malaysia, tetapi juga di Singapura dan Indonesia masih setiap hari mendendangkan lagu-lagu Salem itu.

Lirik:

Mimpi Yang Pulang

Lyrics by: Adinda Amiro   Composed by: Syarum Saidin

Sumpah yang mana Yang dapat merebut seri Kalung cintamu

Jurang yang mana Yang mampu memisahkan Rasa setiaku

Takkan ke mana seandai di mulut Kau tak sepenuh hati

Lidah siapa Yang manis bermadu dulu Mungukir janji

Wajah siapa Berbayang seribu rupa Meragut kalbu

Tak ke mana seandai di hati Bertakhta palsu ragu tak henti Moga jadi pengalaman Dan pengajaran antara kita Tidak menjadi dendam aku takkan muram Oh kerananya…

Pedih ku buang mimpi pun pulang Bersama engkau yang telah hilang

Moga jadi pengalaman Dan pengajaran antara kita Tidak menjadi dendam aku takkan muram Oh kerananya…

Pedih ku buang mimpi pun pulang Bersama engkau yang telah hilang

Dunia yang mana Dapat kau sembunyi diri lari dari ku

Alam yang mana dapat menyisihkannya Benar kasihku Pasti nanti engkau merasai Jangan tangisi Cinta yang pergi..

Alfatihah

Dapatkan Kurma Ajwah Madinah



مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَالْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Pendawaian Elektrik Secara Ekonomik


Buat perancangan kos, kualiti tetapi ekonomik

Pada musim PKP kerana wabak Covid 19 di Malaysia maka kami tidak memilih kerja janji ada kerja kepada anak-anak buah dari terus menganggur dan mengharapkan Ehsan kerajaan semata-mata; kita cuba berusaha sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Maklumat lanjut.

Pemasangan dan pendawaian litar elektrik mata mentol ‘down light’, Kalimantang atau jenis antik


Photo by Pixabay on Pexels.com

Syarikat kami berpengalaman agak lama juga dalam menjalankan kerja pendawaian elektrik di premis sama ada rumah pejabat atau bangunan komersial

Pemasangan lampu down light di plaster siling rumah. Projek ini sedang kami siapkan.

Kami boleh mendapatkan bekalan pelbagai jenis lampu yang sesuai dengan ruang rumah anda sama ada di bilik tidur di ruangan tetamu ataupun di dapur.

Kami juga boleh menjalankan kerja-kerja pendawaian bagi pemasangan suis lampu premis anda dan manakala tuanpunya premis bangunan sendiri membeli peralatan peralatan elektrik tersebut mengikut minat dan cita rasa masing-masing; kami hanya mengambil upah bagi kerja tersebut. terpulanglah kepada pemilik premis bangunan itu yang mana satu yang lebih selesa.

Iman adalah tentang kepercayaan seseorang insan betapa tebalnya kepercayaan umat diakhir zaman ini?


Video: Watak yang digambarkan itu hanyalah untuk memudahkan manusia yang nipis iman termasuk editor akan mudah memahami. Mukjizatnya tidak dapat ditontonkan kepada kita ketika ini.

“Biar apakah sekali alasannya yang anda ada, pengikut Islam sangatlah dilarang untuk berurusan dengan jin samada jin Islam atau disebaliknya.

Itu adalah pesanan alim ulamak kepada kita semua.

Apakah kaitannya tuduhan yang mengatakan bahawa semakin banyaknya fitnah yang berlaku diakhir zaman kini, ianya adalah petanda bahawa kita kini sudah semakin menghampiri kepada hari kiamat, dajjal dan imam Mahadi yang tertulis dalam kitab suci Islam.

Usahlah orang Islam dan Bangsa Melayu berterusan berpecah belah.

Bersatulah, Beramanahlah dan Bermaruahlah.

Tahukah anda bahawa pergeseran tuntutan antara umat Islam dengan bani Yahudi telah berlaku semenjak dari zaman Rasul dan Nabi Nabi dengan bangsa Israil.

Sejarah tamadun Islam telah lama mencatatnya juga ditulis dalam AL Quran. Oleh itu semua fahaman ini termasuklah Islam sendiri mempertahankan Baitulmuqaddis yang merupakan kiblat kepada Muslim sebelum bertukar ke tanah Makkah.

Oleh hal demikian pengorbanan umat Islam di Palestin mempunyai relevannya biarpun ramai yang telah terkorban, tetapi jiwa mereka kental tanpa senjata berbekalkan senjata moden dalam menuntut hak dan terus terusan mempertaruhkan nyawa masing-masing secara berprinsip.

Berikan semangat kepada mereka dan usah anggap ianya bukanlah urusan anda.

WALLAHUAKLAM SUBHANALLAH

Bukan mereka sahaja PN juga


Kita contohi kekuatan semangat rakyat negara mereka. Kita mantapkan usaha memeranginya di negara sendiri. Kini kita jadikan agenda utama rakyat. Kita Boleh!

Kita usahakan lebih baik dari mereka. Harungilah bersama sama. Doakan.

https://www.facebook.com/najibrazak/videos/795293584658539/

Video: Rakyat Malaysia yakin dengan kemampuan yang telah sudah. Mereka berjaya, anda perlu fikir fikirkan kemampuan sendiri. Negara sendiri.

Ayuh rakyat Malaysia kita bersama ratakan lengkung jangkitan Covid 19


Patuhilah kepada SOP KKM, melalui kerjasama dan fokus yang diberikan oleh pemimpin politik dan rakyat diharapkan kejayaan boleh kita capai sekali lagi.

UTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT KHASNYA DALAM MENANGANI COVID 19 BERBANDING KEPERLUAN YANG LAINNYA:


Jangan ambil mudah. Bersama patuh SOP KKM

KPDNKK MASIH MELAKUKAN SEMAKAN TENTANG KENAIKAN HARGA BARANGAN ASAS DI KEDAI RUNCIT SEKITAR MERLIMAU DAN SUNGAI RAMBAI TAK?

KALAU ADA BAGUS, YANG DAH SUDAH SENYAP SUNYI AJA.. MELAYAN KESAH MEJORITI UNTUK MENEWASKAN MUHYIDDIN? MAKA PENCATUTAN SEMENJAK BEREBUT NAK JADI PM INI? LUPA FOKUS ATAU BUKAN TAJUK YG PEMBERITA MINAT UNTUK DITULIS ?

HARGA CILI PADI SEMAKIN BAIK ATAU SEMAKIN SEBUK MENGIMPORT CILI DARI INDONESIA? HAH.. SEBOK POLITIKING?

UTAMAKAN MENGSEJAHTERAKAN RAKYAT, MENANGANI PENULARAN PENYAKIT COVID 19; BERBANDING ISU YANG LAINNYA KHUSUSNYA POLITIK

Ramai sudah muak hal cerita politik yang tiada kesudahannya itu.

Kami menjunjung kasih dan mengambil maklum terhadap Kenyataan Istana Negara dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan memperhalusi mengikut keutamaan khususnya terhadap kepentingan rakyat dan melindungi rakyat terhadap penularan wabak Covid 19 di Malaysia.

Kepercayaan YDPA terhadap Kerajaan yang berfungsi kini menurut kenyataan Istana Negara sangatlah lah dihargai dan BERSATU menjunjung kasih terhadapnya.

Ayuh bersama kekang penularan virus Corona di negara kita.
Bersatu Menjunjung kasih titah YDPA

Lalang paling teruk alaf ini dalam UMNO


Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah tiba masanya semua ahli politik melakukan gencatan politik atas nama perdamaian nasional bagi memikirkan penyelesaian terbaik untuk rakyat.

Sudah dapat jawatan apa dia ini?. Dia yang mulakan dia pula nak tutup cerita. Besar punya lalang.

Tuduhan merogol sangatlah melampau


Tiada angin masakan pohon bergoyang. Jika ianya benar maka amatlah dahsyat perangai pembesar Negeri Melaka ini dan rakyat perlulah menyingkirnya agar tidak bersekongkol diatas perkara yang menyalahi agama dan juga tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja ini.

Memandangkan yang empunya diri sendiri telah menyatakan ianya fitnah maka hanya Allah sahaja yang menentukannya kerana Allah maha bijaksana. Semoga kebenaran akan ditunjukkan dalam keadaan yang lebih mengaibkan suatu masa nanti.

Bersubahat akan membawa bencana kepada sipengadu. Itu yang kita tahu. Hidup anda juga tidak aman.

Berita sangat tular beberapa hari ini. Ianya merosakkan nama parti yang didokongnya di Melaka. “Banyak duit semua boleh “sattle”, itu pendapat ramai pihak terhadap cerita ini.

Buat Magic

Bersatu Jasin telah lumpuh? Negeri Melaka pula semakin tenat?


Benarkah hubungan Bersatu Melaka semakin tidak berdaya seperti yang diperkatakan ketika ini mungkin menjadi kenyataan? Sekiranya UMNO Pusat menolak kepimpinan Perikatan Nasional (PN) apabila syarat yang UMNO nyatakan itu tidak dapat dipenuhi maka sudah jelas beberapa pemimpin akan kehilangan jawatan mereka dalam Kerajaan Negeri Melaka.

Ketika ini dilihat jawatan yang disandang oleh YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Ketua Bahagian Bersatu Tangga Batu dan YB Datuk Afendi yang tewas pula dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian Kota Melaka baru-baru ini akan menjadi pertaruhan. Kemungkinan UMNO akan menyingkirkan keduanya amatlah tinggi seandainya syarat-syarat yang ditetapkan oleh UMNO mendapat tentangan besar ahli Bersatu diperingkat Pusat.

CAWANGAN ‘MAGIC’ BATU GAJAH DAN SEBATU YANG UJUD KINI DILIHAT DI JASIN SENDIRI IANYA TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN LAGI

Apakah Bersatu boleh lumpuh seperti semangat 46 suatu ketika dahulu?

Sekiranya ianya terjadi maka 2 orang ADUN Bersatu ini nasibnya seumpama telur dihujung tanduk dan jawatan exco mereka kemungkinan digugurkan oleh UMNO.

Ahli Bersatu Sungai Rambai semakin keliru dengan permainan KB Jasin yang baru itu yang dilihat tidak kompiten dan tidak profesional apabila Cawangan ‘Magic’ Batu Gajah dan Sebatu tiba-tiba muncul.

Bagaimanakah nasib dan masa depan ahli Bersatu seluruh Melaka khususnya Bersatu Jasin? Ianya yang semakin menyepi kini hanya akan ditentukan beberapa hari sahaja lagi oleh UMNO Pusat.

Jumlah ahli Bersatu yang kecil itu kini berikutan perpecahan yang telah berlalu kerana sebagiannya telah menyokong Tun Mahathir Mohamed yang mendaftar sebagai parti Pejuang pula dilihat akar umbi Bersatu sebagai terumbang ambing dan tidak menentu.

Kes Hospital Besar Melaka Covid 19 jangan sampai PKPB pula nanti.


Lapan anggota perubatan Hospital Melaka disahkan positif Covid-19, dan bukannya 11 sebagaimana yang tular di media sosial hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan lapan anggota perubatan itu kini menerima rawatan di hospital berkenaan, manakala kontak rapat mereka telah disaring dan kini menjalani kuarantin di rumah masing-masing, dan bukannya di hospital.

Khabarnya kawasan bukit katil yang melibatkan sebuah sekolah juga terjejas yang ada kaitan dengan kontak rapat kepada sebuah keluarga yang menghantar anak mereka ke sekolah tanpa lebih awal mengetahui beliau telah positif Covid 19. Kini keadaan mulai terkawal dan yang ada kontak rapat telah disaring dan kuarantin.

Cawangan ‘Magik’ Bersatu Kampung Batu Gajah atau Kg Sebatu jika telah dilakukan dipohon bermesyuarat kembali akibat notis mesyuarat yang tidak menyeluruh.


SURAT PENGIKUT MELAKAONLINE ORG

NAIB PRESIDEN PPBM KALI INI DARI MELAKA:

KB berkepak lah? lebih power dari MPT kan. Sekarang Timbalan Ketua Pimpinan Negeri, kira besaulah, bolehlah buat ‘magik’ di Batu Gajah. Sebab orang Batu Gajah bodoh2 agaknya dan MPKK pun tak layak. Apatah lagi CM Sabah?.

Mohd. Rafiq bin Naizamohideen adalah ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sejak Mac 2020 dan dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Ketua Menteri Adly Zahari dari Mei 2018 hingga kejatuhan pentadbiran negeri PH pada Mac 2020. Dia juga anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Naib Presidennya sejak Ogos 2020.

Aku juga faham rakyat sangat marah ni, YDPA pun tegur. Aku pun sama naik muak mual citer politik, berebut jawatan sedangkan Covid 19 dah memuncak lebih 800 kes.

Aku pun benci dengau dan baca kisah politik nih. Nak tolong Covid 19 MKN tak panggil aku. Nasib baik ‘KITA PRIHATIN’ 26 hb Okt boleh cocok 600, tq boss Presiden.

BILA HAL KERJA BERI AKU, JAWATAN UTAMAKAN PERUT SENDIRI

Yang demand jawatan ialah yg 222 orang tu aja. Aku tak terlibat, jadi citer politik tak payah nak marah, elaun tak ada orang politik beri aku pun. Aku bukan hebat atau baik body hingga tak pernah desak kpd boss pasal jawatan semenjak PH berkuasa dan kini PN pula .

Aku memerhati je tinguk perangai buruk politik ni. Tak caya tanya Pak Wan ada aku tanya jawatan Pegawai Khas kepada Menteri, tidur baring di bilik gerakan dengan Pak Wan dan Mejar Rahim. Rasanya aku layak kalau berminat. SETPOL Tun M pun ada master ke?

PJK PUN AKU TAK PERLU, DAH BERCUCU AKU NI

Patut2 lah kalu bekas Pengarah Bilik Gerakan PRU14, Ketua Unit Media dan AJK Bahagian Masjid Tanah lah, walaupun P134 tewas hari tu, ehh surat tawaran sebagai Pemeriksa Kira-Kira selaku MPKK Batu Gajah pun tak ada orang sorong kek aku? bukan layak aku pun, pasal itu BN tak tawar kot. Dua puluh lapan tahun dalam kerajaan agak2 apa yg aku tak tahu nak urus? Buka pesen aku nak sarung baju kot semula dengan name tag. Muak…

Jika prestasi Kerja dalam jabatan, kita tak boleh tipu kerana rekod masih disimpan oleh JPA atau Jabatan lama kita. Pingat Khidmat Cemerlang sampai aku menolak tak mahu ambil kerana dah banyak kali aku terima. Naik malu macam orang lain tak pandai buat kerja pengurusan organisasi.

AKU SEMBANG BUKANNYA NAK MEMBANGGAKAN DIRI

Yang aku coretkan sekadar perkongsian orang tua kepada orang muda yg baru belajar pakai tali leher, supaya beringat sedikit agar sejarah PH yg gagal itu usah diulang lagi. Selain itu tradisi politik yang lebih suka staff lebih bodoh dari anda juga perlu diubah.

Dari segi perlembagaan, tiada peruntukan dalam Tatacara Tetap (Standing Orders) yang boleh menghalang usul ini daripada dibentang di dewan yang mulia ini sebagai suatu keutamaan mendesak.
“Dengan hormatnya, saya mohon jaminan agar Usul Tidak Percaya ini akan dibentang di Dewan Rakyat sebagai suatu keutamaan pada persidangan akan datang.

Besar kemungkinan Tengku Li dijemput keistana negara kerana YDPA ingin mendapat penjelasan mengenai cadangan Tengku Li mengenai undi tidak percaya ini. Ianya kerana akan memberikan implikasi sehingga PM boleh tewas dan memaksa Pilihanraya Umum terpaksa diadakan yang boleh mengancam kesihatan orang ramai terhadap Covid 19.

Orang ramai menjangkakan bahawa ianya tidak ada kena mengena dengan spekulasi untuk melantik beliau sebagai PM 9. YDPA mungkin ingin menyatakan implikasi terhadap isu yang hangat ketika ini itu. Senario yang berlaku ini kita boleh menjangkakan bahawa sekiranya Muhyiddin tewas dalam undian November ini nanti, ini akan lebih memaksa YDPA terpaksa juga melantik Muhyiddin sebagai PM Interim untuk suatu tempuh yang paling selamat bagi memberikan laluan kepada PRU 15.

MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) PERNAH TERJADI AKIBAT PERISTEWA 13 MEI 1969

Penularan Covid 19 akibat PRN Sabah baru-baru ini sehingga mencapai angka melebihi 800 kes sehari sudah tentulah merubah keputusan YDPA untuk meneruskan PRU 15 ketika jumlah penyakit itu sedang memuncak. Titiga orang PM dalam tempuh setahun tidak akan menggambarkan setuasi terbaik kepada kesetabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Walaupun jika YDPA sanggup menilai dan meneliti kembali 222 SD seperti yang dilakukannya sebelum ini, YDPA boleh menjangka bahawa kaedah itu telah berlaku dan kemungkinan PM yang berjaya dengan mempunyai mejoriti yang lebih ketika ini juga boleh sekali lagi ditolak oleh MP sekali lagi. Oleh itu adakah sekali lagi YDPA akan melakukan tidakan yang sama berkali-kali dan melantik PM ke 4 pula dalam setahun?

Darurat langkah terakhir, reda kemelut politik negara – Pakar perlembagaan

Perlantikan orang lain juga tidak mungkin menjadi pilihan YDPA kerana justifikasi perlantikan individu lain tidak berapa kukuh diatas dasar tahap sokongan MP yang lainnya diragukan juga atau kurang mempunyai pengalaman menjawat jawatan PM walaupun seseorang MP itu berpengalaman lama menjadi MP atau sebagai menteri sekali pun; belum tentu boleh mengurus dengan berkesan apabila memegang jawatan nombor 1 pula kali ini yang terpaksa membuat keputusan sendiri berbanding dengan tugas menteri dibawah; yang membolehkan rujukan keputusan boleh dibuat kepada menteri yang lebih kanan.

Nampaknya pilihan terbaik hanyalah perlu mengadakan pilihanraya umum juga. YDPA tiada banyak pilihan kerana individu yang berpengalaman menjadi PM pula telah hilang sokongan mejoriti biarpun mempunyai pengalaman menjadi PM beberapa kali. Maka kita jangkakan Muhyiddin akan menjadi PM sementara untuk tempuh beberapa tahun juga atau Mageran perlu dikuatkuasakan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Siapakah yang untung? FIKIR-FIKIRKAN LAH.

UCAPAN TAHNIAH

Tahniah kepada semua yang telah memenangi perebutan jawatan dalam politik dari Cawangan, Bahagian, Srikandi dan Armada. Begitulah juga Presiden, Timbalannya dan MPT. Ketua Pimpinan Negeri dan barisan AJK beliau.

Sementara tidak terlupa tahniah Azalina, hati hati tentang pencabar Ketua Srikandi Jasin itu, angka tidak besar. Tahniah juga kepada Ketua Cawangan Bersatu Batu Gajah ‘MAGIK’. Siapa dia eh? Bila mesyuarat Cawangan?. Siap atur?
Bersambung/..

Nukilan,


MENCARI PENGALAMAN
DALAM POLITIK.

LEO 1963.
NO AHLI: 4402


Terima kasih dari,
MELAKAONLINE ORG
Tunggukan coretan akhir,
dan bersambung.


MAKLUMAN:

Surat yang dihantar kepada MELAKAONLINE ORG seperi ini dan dimuat naik untuk perkongsian antara penulis dan pembaca adalah pandangan dari penulis sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendapat MELAKAONLINE ORG terhadap sebarang isi yang dikupas.

BERSATU sentiasa membuka pintu untuk UMNO menjadi ahli Bersatu.


Jika undi tidak percaya itu berjaya di Dewan Rakyat sekalipun, belum tentu UMNO akan memerintah Malaysia. Kemungkinan parti lain yg ada mejoriti besar; makanya UMNO perlu bersyukur kerana berjaya menjadi pemerintah semula setelah rakyat benci ketika itu.

Tajudin dan UMNO wajarlah juga bersyukur kerana masih berpeluang menjadi kerajaan semula setelah ditumbangkan di PRU14 oleh Bersatu dan PH.

Video: Kes positif Covid ¹9 yang luar biasa jumlah kes hariannya. Apakah anda yakin kita mampu menangani jika sehari telah menjangkau lebih 800 sehari? Apakah kita terus mengejar jawatan sedangkan ramai yang menderita? Apakah patut Malaysia mempunyai 3 Perdana Menteri hanya dalam tempuh setahun?

Apakah patut Malaysia mempunyai 3 Perdana Menteri hanya dalam tempuh setahun? Apakah pelabur sanggup melabur dalam situasi sebegini nanti?

UMNO tewas akibat kebangkitan rakyat menentang UMNO dan BN yang dilihat terlibat dengan skandal besar seperti 1MDB.

Tajudin mengajak Muhyidin kembali kepada UMNO, Presiden Bersatu pernah ditanya tentang kemungkinan itu diawal perjuangan bersatu, Presiden Bersatu menafikannya 4 tahun yang lalu.

Banyak kes SPRM masih belum selesai yang melibatkan pemimpin parti itu termasuk pemimpin di negeri.

Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan ‘kleptokrasi’, bukannya tidur sebantal. Tajudin orang lama UMNO seharusnya sedar.

Usahlah untuk memujuk Muhyiddin seorang untuk kembali kepangkuan UMNO, kita tidak fikir kepentingan diri mengatasi kepentingan parti juga ianya turut ada dalam Bersatu.

Tajuddin berkata Umno tidak bermusuh dengan Bersatu mahupun menjauhkan daripada PN, sebaliknya mahu parti itu menghargai jasa Umno sebagai parti yang membentuk kerajaan PN.

Sifat berpecah belah sesama melayu bukannya semudah boleh diselesaikan dengan Muhyiddin masuk UMNO, ketika ini pun rakyat lihat UMNO sendiri menunjukkan keretakan antara yg menyokong Anuar dan penyokong Muhyidin.
Bukankah majoriti jawatan di kampung DUN dan negeri kini dimonopoli oleh UMNO? Tuduhan bersatu tidak seimbang dan anak tirikan UMNO itu tidak betul.
Tamak tanpa mementingkan hal jangkitan Covid 19, kini pengundi semakin membenci pemimpin politik.

Usah risau ada kerja sedikit sahaja lagi yang sedang diselesaikan tiada rombakan kabinet


Tiada keperluan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merombak Kabinet semata-mata untuk memuaskan hati sesetengah pihak. Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang berkata tindakan itu tidak perlu dibuat memandangkan barisan anggota Kabinet sedia ada mampu melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.

Siapa yang ada simpan maklumat tolong berikan kami

Najib Razak telah menyenaraikan ketidakpuasan hati ahli UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN)


Apa yang rakyat sedang perhatikan gelagat pemimpin UMNO kini (terutamanya yang ada kes di mahkamah) adakah sebenarnya, mereka (pemimpin atasan UMNO) yang diatas itu yang berlebihan tidak berpuas hati terhadap PN.

Sebenarnya bukan ahli UMNO dibawah yang bising, tetapi meletakkan kononnya ahli bawahan yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati. Yang lebih lagi tidak berpuas hati sebenarnya ialah mereka yang tidak berjawatan dalam kabinet Muhyiddin Yassin.

Tidak berpuas hati kebanyakannya kerana jawatan yang diperuntukkan kepada UMNO kini ialah jawatan yang tidak setaraf, ini adalah kerana mejoriti kerusi UMNO adalah yg paling banyak di Dewan Rakyat.

Yang peliknya ialah orang yang bersalah di bawah Akta SPRM dengan nama terpampang di portal SPRM pula yang bersuara. Awak tu bukankah pesalah?

Rakyat naik muak dengan sikap pemimpin atasan UMNO kini yang mempertikaikan tentang jawatan yang besar-besar itu sahaja. Yang kecil kecilan di kampung tidak pula disentuh. Mengapa ya?

Kini langsung rakyat tidak dengar tentang cadangan memperbaiki taraf hidup rakyat, kawalan kenaikan kos sara hidup dan usaha mengawal Covid 19 khususnya dari pemimpin kanan UMNO.

Semua media membuat liputan tentang perkara ini (politik dan jawatan besar) sedangkan perjuangan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus hilang dari mulut pemimpin.

Jawatan yang direbut itu adalah semuanya jawatan besar-besaran yang melibatkan menteri dan ketua menteri.

Tiada siapa pun khususnya Ahli Bersatu akar umbi yang menyentuh tentang jawatan dibawah. Yang dibawah pun perlu ditinjau. Atau itu anda telah berpuas hati?

Tidak bolehkah mereka yang berebut jawatan ini sedikit bersabar? pada hal selama 22 bulan sebelum ini mereka adalah team pembangkang, bukannya kerajaan seperti Parti Bersatu.

Bukankah baik belajar bersabar sedikit sehingga Pilihanraya Umum Ke 15 nanti. Hendak lawan dipersilakanlah, apa nak buat? Bukannya lama lagi.

Jika tidak kerana tertubuhnya PN, tentulah UMNO masih kekal sebagai parti pembangkang, tetapi telah menjadi kerajaan lebih awal lagi, itu juga perlu disyukuri.

Tak habis habis mempersoalkan tentang jawatan seolah olah penyakit Covid 19 yang sedang melanda negara bukannya perkara penting untuk diperkatakan dengan lebih serius.

Wallahualam.

IKLAN Produk batang buluh


Untuk digunakan sebagai tiang bendera dan pancang pagar. Jenis buluh ialah buluh tumpat. Harga antara RM 3.00 – RM 3.50 sebatang. Minimum panjang ialah melebehi 8 kaki setiap batang.

Video: Proses mengambil batang buluh.

Batang buluh tumpat. Buluh rebung madu, stesyen jualan dari Kg Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Encik Marzuki, Rezqi Runner.
Batang buluh untuk dijual.

Buluh 1 set 01

Jenis buluh tumpat dengan panjang minimum 8 kaki/sebatang. 1 set (1 ikat) ialah 10 batang.

25.00 RM

Sila hubungi kontak dibawah untuk rundingan pembelian tersebut, sertakan juga nama dan nombor telefon anda untuk kami hubungi :

Hubungi kami gunakan borang pesanan dibawah. Keterangan lanjut boleh juga dikemukakan.

Kerajaan Perikatan Nasional mulai menyalurkan bantuan kepada rakyatnya mulai 26 Oktober ini.


Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion yang akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang dibuat secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Semakan boleh anda buat melalui portal LHDN mulai sekarang. Elakkan berpusu pusu ke LHDN atau Bank Simpanan National bagi mengawal penyakit Covid 19.

Inisiatif dari Kerajaan Perikatan Nasional dan PM Muhyiddin Yasin itu telah mengumumkannya baru baru ini

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober ialah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300

Jom patuhi amanat YDPA. Politik yang tamak dan gila kuasa ini perlu ditolak.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Bantuan kepada orang ramai melalui program Kita Prihatin dari kerajaan Perikatan Nasional
Gunakan penutup hidung mulut dan patuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia serta kerap membasuh tangan. Peringatan dari KKM.

Kenapa Tun M muncul bersama Tengku selepas Anuar tidak berjaya?


“Rakyat Malaysia perlu perkukuhkan Perikatan Nasional dan berada dibelakang YDPA serta elakkan negara tergadai maruahnya”

Video: Semakin mengarut percaturan politik di Malaysia masa kini. Betulkah kedua dua pemimpin ini semakin mengarut? orang dah tua bukan hanya mengarut tetapi mudah nyanyuk.

Yang mana satu yang betul kini? Kita perlu berada kukuh dibelakang YDPA dengan Muhyiddin sebagai perdana menterinya. Apakah Tun M, Tengku dan Anuar sebenarnya dibayar oleh Bank Dunia untuk menghancurkan ekonomi dan jangkitan penyakit Covid 19 iaitu kesihatan Malaysia? penduduk Malaysia?

1.7 juta ton kelapa sawit akan dibeli oleh negara China? tetapi ianya gagal akibat percaturan kuasa? Rakyat bertambah keliru kini.


Makluman: Sila semak kelulusan Bantuan di LHDN

Muhyiddin ketika mengumumkan peruntukan Kita Prihatin kepada rakyat Malaysia baru-baru ini.

Bekalan vaksin Covid 19 Corona virus dari Amerika dan Israel bukan menjadi pilihan. Pilihan juga ditawarkan oleh China? Demi memelihara kesihatan awam, kenapa ianya tidak disegerakan? Elakkan kerajaan Perikatan Nasional nyanyuk bersama mereka yang telah mencecah usia nyanyuk itu.

Gambar lama: Tun M bersama Tengku Razaleigh ketika makan malam sebulan yang lalu.

Apakah benar undi tidak percaya kali ini terhadap Muhyiddin akan membawa kepada keruntuhan kerajaan Perikatan National?

Sungai Rambai merupakan sebuah kampung di Selatan Melaka iaitu pintu masuk ke Bandar Maharani, Muar, Johor

Dr Mahathir Mohamad sangat hebat apabila menjawab pertanyaan isu antarabangsa, tetapi bagaimana PH boleh tumbang?


Video: Tun M berada di Colombia. Tempoh setahun PH memerintah, Tun M hanya mengumpul anugerah antarabangsa kerana negara luar kagum dengan kemampuan beliau . Jadi bilakah PH sempat fokus untuk membangunkan negara sendiri?

KERAJAAN PH BUKAN TIDAK BIJAK TETAPI BELUM MATANG

Kehandalan beliau menjawab sebarang isu yang dikemukakan, memberi pandangan secara berfakta apabila melibatkan forum diperingkat antarabangsa setakat ini tidak nampak siapakah yang boleh menandingi dan menggantinya kehandalannya itu. Tempoh awal PH memerintah, banyaklah anugerah yang beliau terima bagi mengenagkan jasa Tun Mahathir Mohamed (Tun M).

Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.

Kenapa kehebatan itu tidak mampu memperkukuhkan kedudukannya? sehinggalah kerajaannya tumbang hanya selama tempoh 22 bulan sahaja mereka memerintah?

Kenapa pula team Pakatan Harapan (PH) tidak dapat membantu Tun M dengan berkesan dalam mengukuhkan kekuatan PH itu sendiri?. Jelaslah team PH sebenarnya tidak menyangka akan memenagi PRU14 ketika itu. Oleh itu tiada persediaan rapi yang dapat PH lakukan bagi mengurus sebuah kerajaan, jika ianya dibandingkan dengan parti UMNO yang telah mempunyai pelapis yang baik dan matang kerana telah berkuasa menjadi kerajaan melebihi 60 tahun; satu tempoh yang sangat lama.

KERAJAAN SEPENGGAL

Ramai rakyat yang berang dengan Pakatan Harapan (PH) dari awal ianya memerintah negara dan menjuluk PH sebagai Kerajaan Sepenggal, ianya semakin meluap-luap sehinggalah ke kampung-kampung dan kedai-kedai kopi dengan mengajuk PH adalah Kerajaan Sepenggal dan ianya menjadi-jadi lebih-lebih lagi setelah PH tumbang dibeberapa Pilihanraya Kecil (PRK).

Walaupun populariti PH semakin menurun bulan demi bulan, rakyat terus melihat seolah-olah tiada juga perubahan yang dibawa oleh kepimpinan PH. Semacam mereka ini langsung tidak mendengar keluhan akar umbi yang sebelum ini telah membantu mereka menumbangkan UMNO dan Najib Razak dalam Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu.

Malangnya belum pun sempat menggenapkan tempuh sepenggal pemerintahnya di Malaysia, Tun M pula meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) ke-8 Kenapa beliau bertindak sebegitu serius sekali?

Tiada lain jalankan kepada Tun M untuk menyelamatkan kerajaan PH itu dari terus berkuasa? selain dari PM yang disokong dalam gabungan parti-parti PH itu bertindak meletak jawatan? Kenapa beliau tidak langsung berbincang dengan sekutunya dibawah PH sebelum bertindak meletakkan jawatan?

Tindakan beliau yang tidak melantik Anuar Ibrahim yang selama ini disebut-sebutnya sebagai pengganti beliau sangatlah menghairankan banyak pihak.


Post sebelum ini

RAKYAT KELIRU DIATAS PELETAKAN JAWATAN TUN M SEBAGAI PM

Tindakan Tun M itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapakah ianya terjadi dan kenapa sebegitu kritikal seorang Perdana menteri (PM) PH itu membuat keputusan sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia?

Orang ramai seluruh Malaysia gempar dan mengikuti secara rapat wayang kulit politik yang tiba-tiba dimainkan diseluruh media perdana dan media sosial. Aksi yang paling hangat ketika itu tentulah di istana negara, rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setiap saat menunggu bagi mendapatkan liputan media yang terbaik untuk sajian rakyat Malaysia.

Pelbagai reaksi orang ramai sehingga ke kedai-kedai kopi yang membahaskan isu sensasi itu. Kebanyakannya memberikan pendapat bahawa Tun M semenjak akhir-akhir ini semakin membenci dan sudah tidak mampu mengawal perangai wakil parti DAP dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinannya.

Yang lainnya pula melihat dan mentafsir sendiri bahawa menterinya sendiri dalam kabinet Tun M sukar dikawal dan diajar, tidak fokus dalam kerja-kerja masing masing malahan ramai yang baru belajar berpolitik tetapi terpaksa juga menjadi menteri persekutuan dan exco di negeri-negeri. Ada juga berpendapat bahawa lantikan menteri tanpa timbalan menteri amatlah membebankan dalam menyusun gerak kerja menyantuni rakyat bawahan. Tidak kurang juga membuat persepsi negatif bahawa menteri-menteri baru ini tidak mendapat kerjasama mantap dari Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) di negeri-negeri.

Gelagat yang membosankan oleh ketua-ketua agensi baru dibawah anak syarikat kerajaan Persekutuan dan Negeri, GLC dan jabatan-jabatan persekutuan atau negeri yang secara tiba-tiba berubah perangai dan menjadi asing kepada rakyat yang menyokong kemenangannya dalam PRU14 juga dikritik setelah mendapat ‘lombong emas’ serta setelah mulai belajar mengenakan tali leher dan baju kot di pejabat tempat mereka bertugas. Walaupun isu nampak remeh tetapi itulah realiti yang dilihat dan disembangkan oleh orang awam.

Selain itu ada juga menteri yang dilihat lebih kuat berangan mat jenin sahaja, projek dan isu yang dibawa dan diketengahkan tidak relistik, tersasar dari keperluan semasa rakyat Malaysia yang ketika itu sedang dirundung isu kegawatan ekonomi. Tetapi membawa projek pembangunan R&D kereta terbang pula sedangkan apa yang lebih mustahak didahulukan ialah bagaimanakah perlu membawa pembangunan bagi menjana pendapatan bagi mengsejahterakan rakyat dalam jangka pendik?.


Ke Post Lain

Sementara itu menteri yang lainnya pula dianggap tidak berpengalaman dalam pengurusan sebuah organisasi kerajaan dan belum sempat melatih jentera politik dibawah PH agar bijak mengurus sumber ekonomi, mengkoordinasi bersama jentera dan kakitangan kerajaan dibawah kelolaannya.

Keadaan menjadi semakin meruncing apabila pemimpin yang memegang jawatan atasan dirasakan gagal mengambil berat akan ahli partinya sendiri, sementara itu ada juga telah meninggalkan pejuang awal yang telah bersama berusaha memenangkan mereka itu dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

Institusi pendidikan politik yang sebelum ini ujud secara tidak langsung juga belum sempat dibangunkan oleh PH dan ada pula yang dihapuskan oleh PH seperti JASA yang sekian lama menjaga kepentingan politik UMNO; tetapi PH menganggap ianya adalah satu pembaziran sumber. serta menguntungkan pihak UMNO.

ARAHAN (MUNGKIN TIDAK RASMI) SUPAYA WAKIL RAKYAT DAN MENTERI TIDAK MENYOKONG DALAM DOKUMEN TERHADAP MANA-MANA PROJEK KECILAN DI NEGERI DAN KAMPUNG

Asas berparti politik ialah saling sokong menyokong antara pemimpin dan penyokongnya. Arahan supaya tiada menteri yang boleh menyokong mana-mana permohonan dari rakyat termasuk ahli parti sendiri di era PH sebenarnya terus membunuh sokongan orang bawahan terhadap pemimpinnya sendiri.

Surat yang dibawa untuk perhatian wakil rakyat atau menteri tidak dapat disokong kerana arahan pihak atas adalah cara berpolitik paling bodoh yang pernah kami jumpa. Bukan kelulusan yang dipinta, hanya sokongan sahaja pun adalah dilarang.

Sedangkan pengundi yang beratur panjang ketika membuang undi di pusat pusat mengundi SPR itu adalah tanda sokongan rakyat kepada pemimpinnya. Bagaimana mungkin apabila rakyat memohon sokongan pula wakil rakyat dilarang menyokongnya. Sebab itulah PH jadi tidak popular dan tewas sebelum genap penggalnya.

Oleh kerana mendapat kemenangan PRU14 secara mengejut dan tiada barisan pelapis telah akibatkan pemegang jawatan politik ini tidak memelihara hubungan politik akar umbi dengan baik, mencari teman baru dengan mwninggalkan pejuang lama yang selama ini membantu mereka menumbangkan Najib Razak.


IKLAN

PRODUK TFN BROWNIE 0 TUDUNG MUSLIMAH 0 MADU KELULUT 0 KURMA NAJWA

Kedudukan pemimpin DAP dalam kerajaan yang tidak membantu secara berkesan tentang pembangunan bangsa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, padahal menjaga Kementerian Kewangan, menyentuh isu isu sensitif seperti keagamaan dan institusi pembangunan Islam menyebabkan orang orang Melayu semakin membenci Tun M.

Akhirnya semua PRK telah dimenangi oleh BN kembali yang memberikan nafas baru kepada kebangkitan BN ketika ini.

Semoga UMNO dan BN belajar dari kelemahan mereka yang lalu dan untuk ianya diperkukuhkan maka sesiapa sahaja yang menjadi libaliti kepada UMNO kerana telah dituduh di SPRM kerana rasuah dan salah guna kuasa hendaklah disisihkan. Barulah ada sinar baru dalam kebangkitan UMNO.

Sekiranya tiada perubahan dan keberanian ahli UMNO untuk berubah, ramai berpendapat bahawa PRU 15 nanti belum tentu membawa kemenangan mantap dengan majoriti besar melebihi dua pertiga.

UMNO USAH MULAI SOMBONG, RAKYAT MEMERHATI; BELUM TENTU MEJORITI RAKYAT AKAN MEMILIH MEREKA DI PRU 15 NANTI

PRU15 kali ini nanti kemungkinannya UMNO tidak semestinya dipilih oleh rakyat kembali dan menjadi sebuah parti politik yang kuat seperti di zaman era pemerintahan Tun M.Beliau ketika itu hebat dan kekal sebagai PM selama tempoh 22 tahun; serta diyakini rakyat serta bangsa Melayu sendiri.

KITA SOKONG MUHYIDDIN

Melalui kesetabilan politik akan menyebabkan ekonomi negara dapat dipacu dengan baik dan berkesan demi kearah kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Sudahkah anda membuat semakan melalui portal LHDN secara online tentang kelulusan ini?

Tiada siapapun mampu menjalankan kerja seperti ‘Superman’ kerana tempuh 6 bulan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) itu adalah masih sangat singkat untuk membawa sebarang perubahan positif untuk kesejahteraan rakyat. Berikan masa yang mencukupi untuk Muhyiddin Yassin menyusun jenteranya bagi menangani isu Covid 19, politik dan menjana ekonomi di Malaysia.

Kesukaran dan kerumitan pasti timbul ketika ini untuk menyusun semua jentera kerajaan dan agensinya untuk bergerak secara pantas dan efektif demi kestabilan ekonomi Malaysia, kerana kekangan wabak Covid 19 ketika ini telah mengancam nyawa seluruh dunia. Seluruh dunia amatlah terkesan ekonominya ketika ini termasuklah juga di Malaysia.

TERSALAH PILIHAN BURUK AKIBATNYA

Tiada siapapun pemimpin yang ada ketika ini yang mempunyai ciri-ciri terbaik yang boleh kita harapkan berbanding Muhyiddin untuk menjadi PM, ramai yang ada ialah mereka yang tamak, gila kuasa, perompak wang rakyat, itu semua akan memusnahkan agama, bangsa dan tanahair kita.

Mereka ini bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa, kualiti peribadi yang kurang baik, kurang pengalaman mengurus negara dan tidak berkalayakan kerana taraf pendidikan yang rendah. Sebahagiannya pula kesnya belum selesai dan masih di bicarakan di mahkamah.

Calon-calon PM seperti itu tidak wajar kita pilih kerana kualiti peribadi yang buruk itu boleh mengancam negara. Kepentingan diri sahaja yang tinggi serta pentingkan perebutan jawatan PM sahaja yang dilakukan akhirnya rakyat diketepikan dan menjadi mangsa.

Permohonan Geran Prihatin Nasional bagi yang belum memohonnya atau ditolak sebelum ini bolehlah kembali memohonnya secara dalam talian LHDN.

Ianya tidak boleh membantu negara dan rakyat untuk menangani ekonomi dan kesukaran rakyat masa kini. Perubahan kepada kebaikan tidak boleh direalisasikan dalam masa singkat. Jadi bersabarlah.

JAGA DIRI ANDA DARI COVID 19

113 laporan polis terhadap Anuar Ibrahim ? dan dipanggil polis esok tuduhan penipuan yang akibatkan ketidak tenteram awam?


Penipuan terhadap nama YDPA kononnya Anuar menerima sokongan mejoriti beliau sebagai PM Makaysia ke Malaysia. Apakah beliau akan ditahan dan dibawa ke mahkamah untuk tindakan jenayah beliau ini.

Tindakannya itu adalah salah dari sudut undang-undang negara kita kerana menipu rakyat melalui sidang media beliau tempohari kerana cita cita besar menyingkirkan PM 8 iaitu Muhyiddin Yassin untuk menjadi PM9.

Menipu YDPA adalah salah menurut Perlembagaan Persekutuan?

Beliau dijemput oleh Bahagian Siasatan Jenayah Polis PDRM.

Kedudukan status penyakit Covid 19 di Melaka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anuar sedang menjual kedaulatan negara kepada IMF?


Mendapatkan dana melalui IMF ? untuk menjadi PM? pengumuman beliau Jusfazli adalah palsu? Harap saman kenapa takut? jika ini berita tidak benar.

Tuduhan ini amatlah serius dan sepatutnya menyaman Jusfazli di Mahkamah, sekiranya ianya berita palsu. Merbahaya kepada kedaulatan, mengancam kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Jika kita lihat sekarang ini sememangnya tiada pengumuman untuk menjadikan Anuar sebagai PM Malaysia oleh YDPA.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman semenjak Anuar menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Tun M menjadi Perdana Menteri sebelum dipecat oleh Tun M ketika itu. Isu IMF telah ditimbulkan akibat bantuan yang dipohon kepada kuasa besar kononnya untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Isu PRU15 menjadi hubungkait dengan wang IMF dan menyebabkan ancaman kesihatan awam sekiranya ianya benar benar berlaku, seperti yang terjadi dalam PRN Sabah. Kini rakyat menjadi mangsanya.

Semenjak dahulu lagi Tun M cuba menghalang penglibatan IMF dalam ekonomi Malaysia. Kami amat menyokongnya.

Rakyat Malaysia tidak sewajarnya diperjudikan nasibnya dengan membuat pinjaman besar kewangan dari IMF sehingga dijajah ekonomi kita oleh kuasa besar.

PERTIMBANGKAN APAKAH PERLU MENYOKONG ANUAR KETIKA INI?

Maka penyokong Anuar dan BN yang kononnya menyokong Anuar menjadi PM hendaklah mempertimbangkan isu propaganda yang dimainkan kerana sekiranya benar sangatlah merbahaya kepada kedaulatan negara kita.

Sila semak samada nama anda telah tersenarai sebagai penerima bantuan ini mulai hari ini secara online di portal LHDN ?

Bagi menyelamatkan negara samada ianya berita benar atau muslihat politik maka yang paling mudah ialah mengekalkan Muhyiddin Yasin sebagai PM Malaysia sahaja, kerana sehingga kini tiada nama yang lebih kompiten berbanding Muhyiddin Yassin dan mengekalkan beliau terus menjawat jawatan itu.

Pertimbangkanlah semasaknya. Janganlah gadai kedaulatan negara tercinta ini.

Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online Bermula Hari Ini


Semua rakyat Malaysia digalakkan berurusan secara dalam talian dengan dibantu oleh keluarga masing-masing. Hanya bagi kes yang tidak dapat dibantu melalui pertolongan saudara mara terdekat, untuk tujuan semakan atau membuat permohonan baru; maka bolehlah datang ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)ditempat masing-masing.

Sukacita diingatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berurusan dengan LHDN nanti.

APA KHABAR SEMUA RAKYAT MALAYSIA. HARI INI ABAH TAK ADA ROTAN. ADA SIKIT-SIKIT DUIT TU BERJIMATLAH YA, TAK TAHU BILA ADA DUIIT LAGI. SEMENTARA NAK TUNGGU JANUARI TAHUN HADAPAN. MAKLUMLAH KEBELAKANGAN INI DAH BERGURAU PUN TAK BOLEH LAGI.

Bersatu tetap bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cintakan kesetabilan politik


Bersatu teguh bercerai porak peranda. Itu yang rakyat perlukan. Anuar Ibrahim kini tiada mejoriti di Parlimen, BN dan PAS kekal berdiri teguh bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bersatu menghargai sokongan semua pihak terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin

Masak pun sendiri jika tidak bersatu. Bercerai cari lain parti pun tak serupa TSMY. Covid 19 boleh diatasi sekiranya ada kesetabilan politik di Malaysia.

Video: Pandangan penganalisis politik. bebas.

Politik matang Anuar Musa sebagai SUA diyakini mampu memacu dan membawa kesetabilan Malaysia


Siapapun sebagai Setiausaha Agung (SUA) dalam Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN) wajiblah mempertahankan prinsip yang telah digariskan untuk Perikatan Nasional (PN)

“Kebelakanan ini ada ahli UMNO mempertikaikan kenyataan dan tindak-tandul Anuar Musa samada menjaga kepentingan UMNO dan BN atau telah hanyut dengan agenda Perikatan Nasional?”

Dari Saudara Zamani Zaman, Bangi – Surat Pembaca EDITOR MALAYSIA.

Ianya kerana 10 prinsip-prinsip itu yang dipakai untuk PN telah diputuskan oleh parti maknanya ianya adalah dasar BN sendiri serta arahan pucuk pimpinan parti. Maka sellagi dasar itu tidak dipinda maka Tan Sri Anuar Musa yang diamanahkan selaku Setiausaha Agung (SUA) ketika ini wajiblah melaksanakan dasar (10 prinsip) itu.

Kenyataan Anuar Musa itu jelas dan selagi tiada pelanggaran kepada prinsip yang diputuskan oleh BN sendiri terhadap PN maka SUA wajib mempertahankan dan menjalankan kerja-kerja selaras dengan dasar yang dipersetujui bersama.

Oleh itu tiada sebab untuk BN tidak mempertahankan an Sri Muhyidin asin untuk terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, manakala BN dan MN perlulah terus menyokong Muhyiddin tanpa berbelah bahagi. Pada kami kenyataan Anuar Musa itu mudah difahami dan tiada sebab jika ada pemimpin yang mempersoalkan mengapa BN terus berdiri teguh menyokong Muhyiddin.

“PAS sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas” – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan

Bagi kami tidak usah dilayankan sangat dua tiga kerat pengkritik dan citro yang membidas kepimpinan Muhyiddin mahupun mengkritik Anuar Musa yang dilihat menyebelahi Perdama Menteri Ke-8 itu. Kalaupun ada yang terus mengkritikpun itu hanyalah untuk melepaskan geram untuk menarik perhatian Muhyiddin atau Anuar Musa, jadi panggil-panggillah mereka ni sekali sekala minum kopi bersama.

Dalam situasi Covid 19 ini sebenarnya cubalah dan sebaiknya elakkan perkara-perkara sensitif yang akibatkan telinga mudah menjadi panas. Mungkin ianya akan mencetuskan hilang pertimbangan terhadap kepentingan Kesihatan Awam yang memerlukan suatu Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU 15) terpaksa juga diadakan segera. Maka terlalu bessarlah resiko yang terpaksa kita ambil.

  • Masih ramai lagi peminat Salem Iklim Kini
    Antara lagu-lagu Salem yang menusuk ke hati ramai peminat Salem. Bukan hanya di negara kita Malaysia, tetapi juga di Singapura dan Indonesia masih setiap hari mendendangkan lagu-lagu Salem itu. Lirik: Mimpi Yang Pulang Lyrics by: Adinda Amiro   Composed by: Syarum Saidin Sumpah yang mana Yang dapat merebut seri Kalung cintamu Jurang yang mana Yang mampu memisahkan Rasa setiaku Takkan ke mana seandai di mulut Kau tak sepenuh hati Lidah siapa Yang manis bermadu dulu Mungukir janji Wajah siapa Berbayang seribu rupa Meragut kalbu Tak ke mana seandai di hati Bertakhta palsu ragu tak… Read More
  • Kerana Kau Isteri
    Tidak semudah yang kita janjikan.. kerana engkau seorang isteri; agaknya lah.. Atok

Antara Kesihatan Awam dan politik kedua-duanya pada situasi tertentu menjadi lebih penting manakala dalam situasi lain pula antara satunya pula menjadi lebih mustahak diselesaikan. Jangan ingat bahawa politik di Malaysia ini perkara remeh. Jika benar remeh masakan sehingga Perdana Menteri sebelum ini boleh ditumbangkan oleh rakyat sehingga disabitkan kesalahan dalam isu SRC International. Hukumnya berat kerana boleh dipenjarakan. Covid 19 itu boleh dikawal dengan kepakaran, pengalaman lalu, kerjasama mematuhi SOP dan sumbangan dana dalam mengekang dan memperbaiki kembali ekonomi rakyat sahaja.

Waemah apapun isu yang negara kena tempuhi sesungguhnya kepimpinan yang ada kini dilihat mempunyai kekuatan dan kompetensi yang jauh lebih baik berbanding dengan negara maju. Jadi patuhilah SOP, jika kita sendiri tidak patuh ketika menguruskan kehidupan seharian, maka resikonya bakal kita hadapi. Ibarat gopoh ketika memandu dilebuhraya maka ramai yang menjadi mangsa seperti kematian yang jumlahnya mendadak ketika dimusim perayaan. Mati itu wajib maka berdoalah dan berusaha mengawalnya.

Video: Inilah politik tidak memasal Hisyamudin pula masuk percaturan

Sememangnya ada kita dengar keluhan natizen dan kritikan disana sini tentang pemimpin yang ingkar, natizen pun ramai yang ingkar mematuhi SOP; jadi seeloknya kita pertimbangkan dengan hati terbuka tentang peranan mereka dan kita sendiri. Dalam mencari jalan tengah jika boleh kita cuba elakkan memperbesarkan tak sudah sudah perkara kecil yang tidak menjadi kudis hanya kerna kepuasan diri mendapat like dan komen yang ramai di media sosial.

Menang jadi abu kalah jadi arang, apa gunanya. Tetapi jika yang mengkritik itu adalah pembangkang, faham-faham sudahlah walaupun tiada siapapun dari kluster politik yang meninggal dunia, tetapi malangnya semacam hendak pecah cawan gelas dan meja dikedai kopi. yang terjadi.

Macam kita juga sebuk dari pagi sampai malam, orang politik pun macam itu juga banyak yang hendak diselesaikan. Siapapun menjadi PM ketika mejoriti Dewan Rakyat yang tipis, belumpasti pengganti PM yang baru boleh hadapi dan tangani isu rakyat. Silap haribulan jauh lebih buruk yang akan terjadi, begirulah yang kita sangkakan ketika membantu Tun M berkempen menumbangkan Najib.

Apabila BN tumbang, apa yang kita harapkan tidak pun berlaku malahan lebih memedihkan. Selagi mejoriti Dewan Rakyat tenggelam dan timbul, maka bukan mudah untuk mendapatkan sokongan untuk membawa kebaikan dan perubahan.

Pada pandangan saya jika pemimpin yang berkuasa itu dilihat menjalankan tugas dengan baik, maka alhamdulillah, tiada apa nak kita rebutkan dari mereka ni. Jika diberikan semangat, mungkin hasil kerja mereka bertambah terbaik. Sebab seorang pemimpin itu bukan hanya perlu mempunyai kualiti peribadi yang baik sahaja, tetapi juga perlu dilihat oleh orang ramai sememangnya amanah, berwawasan, berketrampilan dan tidak rasuah.

Pada hemat saya pemimpin yang dilantik kini bolehlah diharap-harapkan menjalankan tugas dengan penuh didikasi, jika kita sendiri pun belum tentu lagi hasil kerja kita itu lebih baik. Tetapi kalau sudah rezeki saudara ianya tidak kemana. Kita sama-sama doakan dan berikan bisik-bisikkan pandangan yang positif jika ada secara berhemah serta berserah kepada ketentuan selepas diusahakan sebaik mungkin.

INSYAALLAH YANG BAIK ITU AKAN TERBUKTI JUGA SELAGI YANG TELAH JELAS MUNGKAR TIDAK PULA KITA SORAK DAN SOKONG. SEMOGA ANAK-ANAK GENERASI BARU NANTI BERUPAYA MENILAI MANA SATU YANG RASUAH YANG WAJIB DIBENCI DAN ELAK DARI MENDEKATINYA DAN YANG MANA PULA KEBAIKAN YANG PATUT KITA GALAKKAN.

Video: Pandangan penganalisis politik bebas di Malaysia.

Mercedes benz E230 – 2395cc – petrol RM 12k – 2002


Mercedes benz E230 – 2395cc – petrol RM 12k – 2002

Kondisi boleh tahan.

Aircond sejuk

Engine lembut.

Tayar boleh tahan

Rosd tex insuran sendiri bayar.

Minat, isi borang pengesahan dibawah: Nama dan e-mail wajib.

Perkembangan terbaru akan dimaklumkan. Tk.

Rakyat Malaysia merasakan amat bersyukur kerana mendapat seorang Perdana Menteri yang tidak merompak atau penyamun (Kleptokrasi)


PM Malaysia sebelum ini disanjung tinggi sebagai BossKu biarpun disahkan menyamun duit SRC International. Negara Barat memerhati dengan penuh kehinaan. Mereka tidak boleh menerima bagaimana orang Melayu Islam di Malaysia telah hilang pelajaran asas keagamaannya kerana kuasa.

Gambar terpampang di Laman Web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sebagai orang bersalah menunggu rayuan. Adoi malunya.

HINA HINA KITA !!! APABILA ULAMAK SUDAH TIDAK MENEGUR PERBUATAN JAHILIAH.

HILANG NILAI AGAMA MALAYSIA NEGARA ISLAM. HILANG PEGANGAN KERANA WANG.

Usah turuti perangai mungkar agen mereka, sudah tidak mengenali mana satu dosa, kebaikan dan pahala diatas perbuatannya.

Hanya dizaman jahiliah sahaja sanjungi pemimpin mereka yang mungkar. Jangan kelirukan anak anak generasi baru antara kebaikan dan kemungkaran. Rasuah dan salahguna kuasa. ni

Peniaga Kecil Bumiputra – Sila Iklankanlah perniagaan anda secara percuma.


Sila tuan isikan maklumat produk untuk diiklankan secara percuma diborang disediakan dibawah halaman ini.

Kerajaan Perikatan National menerima banyak aduan daripada peniaga kecil yang tetap tidak menerima Geran Bantuan Prihatin National baru-baru ini.

Kepada yang telah memohon sebelum ini, tetapi masih gagal, Kita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan khalifah; kerajaan akan meluluskannya dengan 2 kali bayaran. Oktober ini insyaallah. Begitulah.. yang bakinya pula akan dibayar pada awal Januari tahun 2021.

Kepada yang telah menghantar borang tetapi gagal, maka tidak perlulah lagi untuk anda mengisi borang baru. Insyaallah semuanya telah kami beri kelulusan dibayar.

– Tan Sri Muhyiddin Yasin. PM Malaysia.

UNTUK DIJUAL: PEUGEOT 308 RM 14K



GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN SG RAMBAI BERCADANG UNTUK MENGEMUKAKAN MEMORANDUM KE JPM BAGI USAHA CADANGAN MEMBENTUK DASAR BARU DALAM E COMMERCE KEPADA USAHAWAN BUMIPUTRA

“The government along with the private section will also conduct a ‘Shop Malaysia Online’ campaign to encourage Malaysians to shop online, with promotional codes and discount vouchers that will be given out on various e-commerce platforms,” Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced today” – Muhyiddin Yassin, PM- 05 Jun 2020

Gambar atas: Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ketika mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Bernilai 35 billion.

Biar apa pun, semua yang layak akan menerima bantuan itu tidak mengambil kira apakah parti yang dia ikuti. Pembangkang sekalipun akan merasainya. Yang setiap hari menghentamnya pun akan diberi.

Tahu malu dan berprinsip pun kerajaan prihatin ini akan membayarnya. Awal pagi dah terjenguk dihadapan BSN.

Tak mengapa kononnya ianya juga hak mereka. Padahal yang mengkritik isu kecilan itu sekerat dua sahaja. Riuhnya macam orang banyak duit.

Masih ramai lagi peminat Salem Iklim Kini


Antara lagu-lagu Salem yang menusuk ke hati ramai peminat Salem. Bukan hanya di negara kita Malaysia, tetapi juga di Singapura dan Indonesia masih setiap hari mendendangkan lagu-lagu Salem itu. Lirik: Mimpi Yang Pulang Lyrics by: Adinda Amiro   Composed by: Syarum Saidin Sumpah yang mana Yang dapat merebut seri Kalung cintamu Jurang yang mana Yang mampu memisahkan… Read More

Kita tahu yang hentam itulah orang susah macam Najib. Sebab itu kurang cerdik dan jumlah kecilpun sangup menunggu panjang.

Dalam Pelan Penjana yang diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini, kerajaan bukanlah perlu mengutamakan kenaikan KDNK yang dijangka semakin menguncup kerana kegiatan ekonomi yang perlahan didunia akibat wabak Covid 19. Nyawa rakyat dan bantuan lebih penting dari itu.

MENJANA PENDAPATAN NEGARA 35 BILION

PM berkata di bawah Penjana, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama.

Menurutnya, pertama ialah memperkasakan rakyat dan kedua, melonjakkan perniagaan serta ketiga, merangsang ekonomi.

Dalam bajet 2021 nanti pun pastinya jumlah bajet defisit yang lebih besar akan diunjur tahun hadapan.

Ketika itu bajet yang ada adalah lebih mustahak untuk kegunaan meringankan bebanan rakyat, tidak menyokong tidak mengapa kerana lebih gemar menyokong DAP, Lanun Filipina atau sama sama berperangai perompak berjuta ringgit. Itu lebih disokong, kerana sebahagiannya telah menjadi budaya menjadi pembangkang. Tak tahu nak buat ape dalam kerajaan.


Jika ‘Muhyiddiout’ siapa pula pengganti beliau?


Video: Telah ditularkan selepas sidang khas Covid 19 baru-baru ini.

Ramai melihat Malaysia sedang menghadapi krisis kepimpinan dimana tiada seorang calon pun ketika ini berupaya menggantikan Muhyiddin sekiranya beliau berjaya ditumbangkan.

Sudah tentulah YDPA juga turut sama berfikir tentang calon yang lebih layak menggantikan Muhyiddin dengan kemungkinan untuk mendapatkan jumlah undi majoriti di Parlimen. Tiada juga yang layak, siapa yang ada sebagai calon terdekat?



Mahathir sendiri tempuhari telah menolak jawatan itu ketika Pakatan Harapan memerintah.

Tidak ada kemungkinan beliau akan dipilih semula. Mahathir sendiri telah menyatakan beliau tidak mahukan jawatan itu kembali lebih-lebih lagi Pejuang merupakan parti yang terlalu kecil dan terlalu mentah untuk diterima oleh rakyat Malaysia. Kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS pun masih belum diperolehi sehingga kini.

Shafie Afdal? lebih tidak diyakini kerana beliau sendiri tumbang di Sabah. Bagaimana pula kemampuan beliau untuk diterima di Semenanjung? Juga tidak masuk akal.

Maka jelaslah bahawa Muhyiddin juga yang paling layak sehinggalah satu Pilihanraya Umum Ke 15 PRU15 perlu diadakan dan biarlah rakyat Malaysia sendiri yang menentukan Calon nya.

Najib? atau Zahid? atau mungkin juga Tuan Guru Hadi? atau Abang Mat Sabu sendiri yang dilihatkan cukup popular kini? Anda sendiri boleh memberikan jawapannya.

Video: Masih fake news. Mengeksploitasi YDPA?

Azmin sedang menjalani kuarantin dirumahnya, dan sihat walafiat.


Lim Guan Eng kena jawab dahulu kes di mahkamah. Boboi? jagailah anak sendiri dahulu baik-baik, biarlah jadi orang.

Anuar? Masakan YDPA hendakkan bekas banduan pula menjadi PM kita? Dia juga manusia biasa malu menjawab tentang kesnya di Mahkamah dahulu itu kes apa ya? Boleh jadi PM ? Rakyat Malaysia mengiktiraf perbuatan terkutuk itu?


Video: Kerajaan Halimunan Anuar dan YDPA akan berjumpa Anuar Selasa nanti?

Tapi diberitakan bahawa beliau ‘popular’ sebagai pengganti Muhyiddin? Dia hanya popular kepada mereka yang ada kes di mahkamah sahaja. Kononnya Anuar akan dilepaskan dari kesnya dan kes orang politik lain yang sedang dalam perhatian pihak mahkamah. Itu tidak masuk akal, buat sedap cerita bolehlah.


Video: Macau Scam menipu wang rakyat Malaysia.

Muhyiddin dikecam natizen? Sebenarnya yang memaklumkan bahawa beliau PM yang berjaya jauh sangat ramai.


Video: Ucapan Muhyiddin gagal melegakan rakyat?

Tanda pagar ‘muhyiddinout’ dilihat tidak memberikan kesan politik malahan ianya sebagai motivasi untuk beliau dan kabinet PN kini bekerja kuat membawa keluar isu Covid 19 dari membelengu rakyat ketika ini. Ianya hanyalah tindakan cytro pembangkang PH dan juga cytro BN yang membencinya.

Rakyat diminta bertenang sementara kerajaan sedang mengaturkan bayaran bantuan Kita Prihatin penghujung bulan Oktober ini.

Yang jelas ketika ini rakyat penuh yakin bahawa kerja kerja beliau berimpak yang lebih baik berbanding kerajaan PH yang hanya memerintah dalam tempuh 22 bulan itu sahaja.

Tindakan pihak pembangkang yang tidak mampu gelak lagi biarpun sekadar hanya sebagai jenaka merotan sahaja oleh ‘abah’, itu sahaja pun telah akibatkan pembangkang tertekan.



Itu tentulah menggambarkan bahawa pihak pembangkang sangat stress akibat kehilangan Sabah dalam PRN tempuhari.

PN yang berjaya melandaikan kes Covid 19 sebelum ini, diyakini akan beroleh kejayaan semula bagi melandaikan semula kes itu sedikit masa lagi. Ianya melalui komitmen semua pihak dalam membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara MKN bersama KKM.



Statistik Covid 19 Malaysia

Berdoalah agar kita sama-sama dapat menyelesaikan isu kesihatan rakyat di negara kita Malaysia; semoga ‘kau tiubkanlah’ ketenangan kepada jiwa-jiwa kami agar terus dapat berkhidmat kepada rakyat dengan jayanya.

Sebahagian daripada kita dijanjikan bahawa Perikatan Nasional adalah baik untuk Bersatu demi menghadapi PRU15.


APA PENDAPAT ANDA PULA DALAM SENARIO POLITIK KEBELAKANGAN INI?

“Yang untung dan yang rugi pada PRU15 nanti? Sebahagian daripada kita dijanjikan bahawa Perikatan Nasional adalah baik untuk Bersatu demi menghadapi PRU15?”

– Dr Mazlee

Yang pasti jika Bersatu benar-benar mahu kekal bersama UMNO dan PAS dalam PN sewaktu PRU15, Zahid Hamidi tidak akan dicabar oleh Bersatu, Najib Razak akan kekal di Pekan, Azeez akan kekal di Baling, Ku Nan akan kekal di Putrajaya.

Ini kerana Bersatu logiknya hanya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu. Kini dengan PN, Bersatu tidak akan bertanding di kesemua Kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO dan PAS.

Apakah relevannya lagi bahagian-bahagian Bersatu di kawasan-kawasan tersebut? Apakah nanti PRU15 mereka hanya akan menjadi jentera untuk memenangkan Zahid, Najib, Azeez, dan Ku Nan?

Berdasarkan logik ini jugalah, di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Bersatu akan menjadi paling tidak relevan.

Jika Bersatu tidak akan bertanding di kerusi-kerusi UMNO dan PAS, maka bahagian-bahagian Bersatu di ketiga-ketiga negeri tersebut boleh melupakan hasrat untuk menjadi Ahli Parlimen atau ADUN di sana.

Mereka hanya mempersiapkan diri untuk menjadi jentera kepada UMNO dan PAS tanpa berpeluang menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah.

Jika dipanjangkan perhitungan ini kepada negeri-negeri lain pula, Bersatu tidak akan memerintah mana-mana negeri selepas PRU15, kerana itulah status quo yang ada pada hari ini.

Melainkan mereka sanggup berkorban dengan menfaraidkan kawasan mereka kepada Bersatu. Tetapi adakah Annuar Musa, Zahid Hamidi, Najib Razak, Azeez Rahim, Ku Nan dan tokoh-tokoh lain dalam UMNO dan PAS sanggup menyedekahkan kerusi mereka kepada Bersatu?

Bacaan kasar ini sahaja pun sudah boleh kita bayang siapa pemenang dan pihak yang akan mendapat laba paling besar nanti, sudah tentu bukan Bersatu.

Jika ada yang masih ragu-ragu dan masih yakin Bersatu akan terus menjadi parti yang besar dan megah di dalam PN, bolehlah kita rujuk data dan fakta dari PRU lalu.

Pada PRU14 lalu, Bersatu telah bertanding di 52 kerusi.

Kita berjaya menang sebanyak 13 kerusi (termasuk di Parlimen Tg. Piai yang kemudiannya dirampas oleh BN).

Jumlah undi yang dikutip oleh Bersatu di kesemua kerusi yang kita masuk bertanding ialah 718,648.

Jumlah ini bersamaan dengan 28% dari jumlah keseluruhan iaitu 2,573,505 pengundi yang keluar di 52 parlimen tersebut.

Kesimpulannya, semasa ‘menumpang rumah dan bendera PKR’, Bersatu cuma mampu meraih maksima 28% sokongan rakyat.

Perlu diingat, 718,648 undi untuk Bersatu di 52 tempat ini datangnya tentu dari pengundi asas PKR, sebahagian dari UMNO, selebihnya dari Amanah dan DAP.

Jika kita tidak bersama PH, bererti kita akan hilang sekurang-kurangnya 80% daripada 718,648 pengundi tadi.

Jika Bersatu bersama Muafakat Nasional, Bersatu hanya akan bergantung kepada kekuatan UMNO-PAS, itupun jika benar mereka mahukan Bersatu secara ‘en bloc’, bukan hanya menyokong individu tertentu dalam Bersatu seperti Perdana Menteri sahaja.

Jadi persoalan yang lebih penting untuk kita tanyakan kepada diri kita sendiri, adakah hanya ini yang kita mahu?

Apakah kita hanya berpuas hati dengan 25 kerusi parlimen yang ada (12 asal dimenangi Bersatu dan 13 dari kalangan mereka yang melompat ke Bersatu)? Itupun kalau kita berjaya mencapai persetujuan supaya kerusi ini dikekalkan kepada Bersatu yang pada pengamatan saya, sangatlah mustahil.

Dan apakah ahli-ahli dan Ketua-ketua Bahagian Bersatu hari ini redha dengan kerusi parlimen setakat 25 itu sahaja? Dan menutup peluang kepada mereka untuk memenangi kerusi-kerusi parlimen dan ADUN yang baharu buat Bersatu?

Apa yang lebih menarik, dengan jawatan-jawatan di kementerian dan juga GLC yang telah difaraidkan kepada UMNO, UMNO akan menjadi semakin bertenaga dan mengumpulkan dana yang lebih, serta semakin bersedia untuk kembali menjadi kuasa dominan yang memerintah Malaysia selepas PRU15 nanti.


“Apakah sebab sebenarnya Mazlee meletakkan jawatan Menteri PH?”


Apakah untuk ini kita menubuhkan Bersatu?

Apakah untuk menjadikan UMNO kembali berkuasa merupakan tujuan kita semua menyertai parti keramat ini?

Tepuk dada tanyalah selera.

YB Dr Maszlee Malik
Mantan Ahli MPT Bersatu

MANTAN MENTERI PENDIDIKAN DIZAMAN PAKATAN HARAPAN.

Tiada tarikh baru untuk berjumpa Yang Dipertuan Agung?


Video: Kenyataan Dari Istana Negara telah dikeluarkan sebelum ini yang mana YDPA Kuarantin di Istana, kita fahami sahajalah.

Tunggu sahajalah Pilihanraya Umum Ke15 yang akan datang dan tunjukkanlah kekuatan politik parti-parti yang ingin bertanding.

Utama kan kerja-kerja mengawal penularan penyakit Covid 19 dari mencatur jawatan Perdana Menteri. Kita pentingkan nyawa rakyat dari perebutan kuasa ketika Covid 19 sedang memuncak.

Usah hairan jika tiada tarikh baru dari YDPA untuk Anuar Ibrahim berjumpa dengan Tuanku.

PENAANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT BAGI KEMASUKAN OKTOBER 2020


Sidang media Khas PM Malaysia semalam

Kerajaan tiada pilihan dalam keputusan menangguhkan pendaftaran fizikal anak-anak dan pelajat akibat penularan Covid 19 yang berisiko besar dijangkiti kepada mereka pada

Aktiviti perkumpulan pelajar seperti program suaikenal boleh mengakibatkan penularan cepat Coronavirus.

Orang ramai menaruh keyakinan kepada kerajaan ‘Kita Prihatin’ akan mengambil kira kesukaran dan kesusahan yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga pelajar terhadap perbelanjaan yang telah mereka keluarkan.

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad yang sebelum ini tampil menenangkan pelajar dan keluarga pelajar.
Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Antara belanja yang telah dikeluarkan tentulah perbelanjaan tambang dan petrol, makan, tol serta sebahagian yang telah mengeluarkan duit bagi membayar deposit sewa bilik di kampus pengajian.

Kenyataan penangguhan itu dibuat oleh Kementerian akibat peningkatan kes kebelakangan ini, kes COVID-19 mencatatkan peningkatan mendadak, dengan yang mencatatkan 260 kes baharu, yang mana 259 kes adalah penularan tempatan yang terjadi 5 hari yang lalu. Kini jumlah kes memuncak yang sangat membimbangkan.

Semalam YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan sidang media khas bagi memaklumkan kegusaran beliau tetapi pelajar dan keluarga diminta bertenang dengan menjaga diri mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pastinya semuanya dalam pertimbangan Muhyiddin kerana ada implikasi kewangan yang perlu sedikit penelitian. Silalah ikuti arahan KPT dan beliau pastinya maklum ramai YB Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat telah mengutarakan isu penting ini khususnya menteri KPT sendiri.

[Lagi]

Peningkatan ketara akan ditangani dan orang ramai harap terus bekerjasama agar penularan wabak yang pendemik Covid 19 ini akan segera diatasi.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah mengumumkan 394 kes daripada 691 kes hari semalam itu dari Kluster Tembok dan di Sabah pula, 219 kes adalah dari zon-zon merah. Hanya 9 daerah dalam zon merah iaitu 7 di Sabah (PKPB telah dan akan dilaksanakan) dan 2 di Semenanjung – Kota Setar (Kluster Tembok) dan Klang.

[Lagi]

Abah hendak berjumpa jam 6.00 PM sebentar lagi.


Perutusan Khas Perdana Menteri.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ingin menyampaikan amanat beliau kerana ancaman Covid 19 sedang memuncak ketika ini dengan beberapa Kluster baru di Malaysia.

Tiadakah manusia berketerampilan yang mampu menasihati seseorang apabila bercita cita ingin menjadi pemimpin?


Jika belum layak maka bersekolah lah dahulu. Usah menganiaya pengikut anda.

ANDA TAHU KE TIDAK STRATEGI NAK JADI PEMIMPIN YANG BERJAYA.

Sudah tiada lagikah manusia yang hebat dan berani seperti Mr Profesor ‘Tom’ ini yang boleh dijadikan model contoh yang berkelayakan dan dihormati untuk menasihati pemimpin politik kita apabila inginkan digelar PEMIMPIN?

Beliau,

  1. Profesor Akedemik dalam Strategi Kepimpinan yang dihormati
  2. CEO berjaya dalam beberapa syarikat mega.
  3. Peguam
  4. Berani.
  5. DLL ciri terpuji.
  • Jika tiada maka punahlah negara kerana tiada keupayaan melahirkan manusia seperti ini. Yang tinggal hanyalah yang jadi perebut jawatan tetapi tidak kompeten dengan pelbagai masalah peribadi, tidak menyerlah daya kepimpinan/Tidak boleh diterima memimpin dalam jangka panjang. Agaknya semua pemimpin ini perlu dihantar ke sekolah semula kerana bukan rol model yang patut diangkat sebagai pemimpin.

Lantikan baru AJK Bersatu Bahagian Jasin.


Surat Pemakluman untuk jawatan lantikan. Barisan AJK Bahagian Jasin telah ada edaran sebegini kah? Maklumat tak sampai juga?

Jasin 06 Oktober 2020 Lantikan Datuk Nazari Azim baru-baru ini yang sememangnya berpengalaman yang sangat lama dalam politik UMNO di Melaka itu sebagai AJK baru Bahagian Jasin Melaka, dilihat mampu menggerakkan semula Bahagian itu pada masa akan datang.

Tahniah dari semua ahli BERSATU Sungai Rambai. Semoga dengan lantikan ini walaupun nombor ahli berjela, tetapi memberikan semangat kepada beliau untuk terus memberikan khidmat bakti. Bukan hanya memegang jawatan atau mengumpul jumlah jawatan yang berjaya ditambah.

Ketika ini ianya (Bersatu Jasin) kelihatan sejuk dan hampir membeku. Ahlinya pula semakin melompat lompat ke UMNO, atau juga senyap sunyi kerana keliru. Jika hanya ahli yang keliru, itu biasa sahaja. Tetapi jika Bahagian yang ‘kompius’ itu adalah luar biasa.

KINI AHLI BERSATU TAMBAH KELIRU

Alasan untuk terus tiada perancangan yang rapi, tiada penyaluran maklumat kepada cawangan secara efektif, ahli gagal mengakses data dan maklumat dari Cawangan dan Bahagian, ahli tidak menggunakan saluran yang betul ketika berurusan, hebahan telah dilakukan melalui media sosial tetapi ahli tidak mencapainya; manalah boleh dijadikan alasan ketika Malaysia antara negara termaju dalam dunia teknologi maklumat kini.

Apakah misi, visi, objektif, program, aktiviti dan impak setiap satunya itu? tentulah telah disediakan oleh Setiausaha setelah ianya dilantik memegang jawatan dalam cawangan atau Bahagian.

Atau semua jawatan itu masih belum dilantik sekian lama ini? Covid 19 juga menjadi alasan? Sedangkan semasa anda dilantik jawatan dalam politik atau dalam kerajaan, alasan itu tidak pula anda timbulkan. Dok diam sahaja apabila elaun diterima?

Mungkin juga mesyuarat peringkat pimpinan tertinggi baru sahaja berakhir? dan ketika itu anda masih menunggu keputusan pertandingannya? Tanpa anda tahu menang atau kalah, kerja-kerja parti tidak boleh dijalankan? Maka sememanglah anda hanya gilakan jawatan sahaja. Kerja tak payahlah dibuat.

NAIB PRESIDEN ORANG MELAKA

Alasan itu tidak kena tempatnya, kerana ianya boleh dilakukan. Pemilihan peringkat atasan boleh dibuat pula manakala PRK Sabah juga sudah tamat. Alasan Covid 19 tidak pula mereka katakan sebagai alasannya. Janganlah cari alasan. Jika anda masih sayangkan jawatan yang anda sandang. Biarlah ianya berimbang. Bukankah Naib Presiden pun juga dari Melaka?

Pertembungan orang Melaka dalam pemilihan Naib Presiden Bersatu, Rafiq berjaya tempohari.

Cubalah lihat ke Masjid Tanah, kenapa mereka aktif dalam aktiviti Bersatu? Berapa orang telah dijangkiti oleh virus Corona ? Bukan memuji tetapi ianya realiti.

Berapa ramaikah telah terjangkit Corona virus semenjak beberapa bulan lalu diadakan program untuk ahlinya di Masjid Tanah?

Malaysia didalam zaman Teknologi Informasi (ICT) ini tidak dapat diterima jika penyaluran maklumat dijadikan alasan untuk terus sunyi dalam pergerakan Bersatu. Ketua Penerangan belum ada lagikah? Biro-Biro pula gagal menjalankan tugas kah?

Atau tiada bajet? Itu semua juga bukan alasan apabila jawatan telah lengkap diisi. Menteri dari bersatu pun cukup ramai, ada Exco dalam Kerajaan Melaka, ramai menteri orang Bersatu. Manakala Naib Presiden dan Ketua Pimpinan Melaka kita kali ini dari Melaka. Siapa pula Timbalan Ketua Pimpinan Melaka?

PM dari UMNO kah? itu kita tidak dikira yang telah diagihkan jawatan dalam GLC dan Agensi Kerajaan yang lain. Lantikan politik dalam kementerian dan kerajaan Melaka Bersatu tidak dapat kah?

Atau anda masih menunggu siapakah yang akan disahkan sebagai PM yang baru? Itu kerja anda? Atau Pak Wan atau mungkinkah Mejor Rahim ‘tidak mahu dengar cakap’ seperti yang selalu kita dengar sebelum ini juga lah yang dikatakan tidak memberikan bajet yang diperlukan?

Pak Wan lagi yang bersalah? Mejar jugalah yang tak betul? Bagaimana dengan anda yang sengaja kan elaun dibayar ke nombor akaun bank anda sendiri, tidak pula anda pertikaikan? buat senyap sahaja.

KALAU BUKAN SEKARANG DIBANGKITKAN KEMUDIAN PUN ANDA TIDAK BELAJAR

Ini adalah Siri pertama yang ditulis oleh mereka yang ingin mendapatkan jawapan dari 3 siri yang telah dihantar ke melakaonline untuk perhatian follower laman blog ini.

Pihak editor melakaonline akan mengeluarkan Siri 2 dan 3 jika tiada perubahan yang dilakukan dalam Bahagian. Semoga perubahan anda itu nanti boleh memberikan kekuatan untuk menghadapi PRU15 manakala jumlah ahli yang keluar dari Bersatu dan kembali ke UMNO semula semakin terkawal jumlahnya.

Semoga masih ada sinar untuk anda terus benar-benar mendokong slogan BERSATU BERAMANAH BERMARUAH.

Tulisan,

AHLI BERSATU YANG BELUM LOMPAT KE UMNO ATAU PEJUANG.

Kita kekal macam ini, Sungai Rambai ni Pemeriksa Kira-Kira pun kalau ujud jawatan tu dalam MPKK, sudah habis semua UMNO kebas. Lepas itu nak bising yang Sabah CM nya dari BERSATU.

Covid 19 semakin meningkat.


Penularan dalam negara Malaysia kini pada 06 Oktober 2020 lebih 400 kes ini amat luar biasa dan memerlukan SOP yang lebih ketat dan tegas oleh Majlis Keselamatan Negara MKN.

Corona virus di Malaysia dari sumber Corona Tracker
Sumber Corona Tracker

Geraf: Kes naik mencanak.

Muhyiddin sebelum ini ada kontak rapat dengan menterinya iaitu Menteri di JPM (Jabatan Perdana Menteri) oleh itu beliau sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau hadir di mesyuarat pada Sabtu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, yang pada Isnin mengesahkan beliau disahkan positif bagi Covid-19. 

Istana Negara akan buat laporan polis jika terus perburukkan Istana


Kenyataan rasmi istana negara

Dalam tempuh 24 jam ini telah tular kononnya Anwar mempunyai lebih 120 kerusi MP yang telah menyokongnya dan kebanyakannya dikalangan MP UMNO.

Istana Negara 05 Oktober 2020 Kenyataan yang telah tular 24 jam yang lalu itu sangatlah mengecewakan pihak istana dan dilihat memburuk-burukkan institusi itu yang kononnya Perdana menteri yang baru akan dilantik.

Ketika ini YDPA masih menjalani kuarantin 14 hari sendiri di istana dan satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi menjelaskan situasi sebenar dan pembohongan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu amatlah mendukacitakan baginda.

Untuk maklumat orang ramai bahawasanya Perdana menteri Malaysia masih kekal YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiada isu mengenai pertukaran tampuk pemerintahan negara itu.

VIAGRA: NASIHAT INFORMASI PENGGUNAANNYA YANG BETUL DARI DOKTOR PERUBATAN


Akan Datang

KEMUSKILAN ORANG RAMAI DAN KESIHATAN AWAM

VIAGRA IALAH NAMA GENERIK

Silalah mendapat nasihat penggunaan dari Ahli Farmasi dan Pegawai Perubatan sebelum ianya digunakan. Tentukan yang anda boleh menggunakannya setelah mendapatkan pemeriksaan oleh Pegawai yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia.

Dadah ini terbukti secara klinikal klinikal untuk merawat lelaki yang bermasalah ereksi.

JIKA ANDA PILIH JENAMA VIAGRA, PASTIKAN YANG TULIN DIATAS NASIHAT AHLI FARMASI

Preskripsi anda mungkin diisi dengan versi generik dan bukannya nama jenama VIAGRA. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan anda menerima jenama yang ditetapkan oleh doktor anda dan, jika layak, simpan preskripsi anda.

Gambar:

Hanyalah hiasan sahaja.

Status penyakit Covid 19 di Malaysia kini, keadaan semakin membimbangkan.

Di Semenanjung Rumah sudah siap pahat berbunyi


Menang 14 dari 32 yang BN bertanding – Bung Mokhtar

“Kita sudah lama belajar dari tradisi samada rakyat di Sabah apatah lagi di Sarawak, meja rundingan menjadi amalan sebagai tempat yang digunakan untuk menyelesaikan sebarang isu kritikal”

Jelaslah kelihatan bahawa tiada rakyat Sabah yang biasa-biasa itu kini menyentuh isu sensitif yang timbul selepas Pilihanraya PRN Sabah, khususnya siapakah akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru. Janji anak Sabah. Hajiji pun juga anak Sabah yang luas pengalaman politiknya disini.

Perpaduan bagi mereka (rakyat Sabah) akan memberikan kekuatan untuk mempastikan ianya memberikan ruang kepada pemimpin yang mereka pilih kini terus fokus untuk jaminan mencapai kejayaan dalam pembangunan Sabah.

Kerjasama dan rundingan meja bulat antara semua pemimpin negeri khususnya Bung Mokhtar (BN) dan Hajiji Noor (Bersatu) telah memperjelaskan sendiri dan mereka akan terus memberikan tumpuan kepada janji-janji pilihanraya PRN Sabah.



Semuanya telah menjadi sejarah, apa yang lebih utama ialah bagaimana YB terpilih perlu menggalas amanah yang dipikul serta kerjasama rapat dengan Perdana Menteri Malaysia bagi meneruskan usaha memakmurkan Sabah seperti yang dijanjikan.

Isu kononnya Sabah akan dikawal oleh Semenanjung hanyalah cakap cakap politik untuk mengeruhkan suasana, hubungan itu perlu ujud agar Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Kami sangat yakin ianya akan terjalin kerana hubungan rapat Bung Mokhtar dan Hajiji Noor sudah terlalu lama terjalin.

SANTAI

Video: Pengajaran yang ditonton dari video pihak Pembangkang ini ialah gabungan Pakatan Harapan PH sangat khuatir jika Muhyiddin mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan mengakibatkan Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU 15) perlu diadakan dengan segera dalam tempuh terdekat ini.
Video: Teguran kepada Kerajaan Malaysia tentang SOP bagi kawalan penyakit Covid 19 semasa Pilihanraya PRN Sabah. Pastikan SOP itu dikaji semula agar Pilihanraya Umum Ke 15 jika diadakan dalam masa terdekat ini yang boleh mengawal penularan lebih teruk menjadi gelombang ke 2 pula terjadi di Malaysia.

Tahniah kepada Ketua Menteri Sabah yang baru dilantik.


Persatuan Usahawan Wanita Unggul Negeri Melaka.

Persatuan Sukarelawan Komuniti Sungai Rambai, Melaka.

Persatuan Koordinator Acara Teguh Negeri Melaka.

“Pengerusi dan barisan kepimpinan Persatuan-Persatuan Berdaftar di Kampung Sungai Rambai, Melaka ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan YAB Datuk Seri Hajiji Bin Noor serta barisan Menteri-Menteri Kerajaan Negeri Sabah”

– Semoga rakyat Sabah sejahtera dibawah pimpinan Ketua Menteri yang baru sahaja dilantik.

Kota Kinabalu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah baharu selepas mengangkat sumpah, 10.32 pagi, semalam.

Jasin 01 Oktober 2020 Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan-persatuan kami sangat yakin dengan kemampuan Datuk Seri Hajiji untuk meneraju Kerajaan Sabah serta membawa Sabah di ambang kemajuan.

Melalui pengalaman yang sangat lama sebagai Ahli Yang Berhormat Wakil Rakyat kawasan semenjak tahun 1990 lagi sehinngalah kini, Setiausaha Politik kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba serta ketika menjawat pelbagai jawatan dalam pentadbiran Awam Kerajaan Malaysia, maka sudah tentu akan dapat mencurahkan khidmat bakti beliau demi kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sabah Insyaallah.

Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Turut mengangkat sumpah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Manakala, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Dua serta jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Tiga dipegang Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam selain dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun dipilih memegang jawatan Menteri Kerja Raya Sabah dalam Kabinet negeri manakala Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

TAHNIAH

Siapa kata Bung Mokhtar tak layak jadi Ketua Menteri?


Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin bersama isteri Zizie Ezette A Samad semasa keluar dari ruang mahkamah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah, 3 Mei, 2019

Kita lihat telah ramai orang politik Melayu yang membuat ulasan dan kritikan tentang perkara ini. Ramai juga berpendapat lantikan Hajiji itu memudahkan kemenangan Perikatan National dalam Pilihanraya Umum Ke 15 PRU 15 yang akan datang ini nanti.

Saya fikir Bung Mokhtar atau Datuk Seri Bung Moktar Radin Ahli Parlimen Kinabatangan,  tentunya sedar kenapa Hajiji yang dilantik dan wajar bersyukur apabila beliau juga turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini – 13/6/2020

Dalam kenyataan itu, Mahathir menyebutkan enam ahli parlimen Umno itu ialah Najib Razak (Pekan), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Ahmad Maslan (Pontian) dan Bung Moktar Radin (Kinabatangan).


Untuk apa memanjangkan lagi atau bertekak tentang isu Ketua Menteri Sabah. Bersyukurlah ketentuan Allah itu. Terdahulu beliau dan isteri berhadapan dengan tuduhan rasuah di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Secara kebetulan sahaja Ketua Menteri baru Sabah itu rupanya benar-benar disandang Hajiji padahal Muhyiddin Yassin ketika dihari penamaan calon itu hanya sekadar cakap-cakap politik, itupun kerana Muhyiddin adalah Presiden Bersatu manakala Hajiji pula sebagai Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.

Bukankah seperti juga kata Muhyiddin bahawa pengesahannya tertakluk keputusan Gabungan Rakyat Sabah sendiri yang perlu putuskan. Adakah ianya secara rasmi nama Hajiji dihantar kepada TYT? Tidak bukan?

Keputusan dibuat secara bersama malahan Bung sendiri bersetuju ketika sebelum istiadat mengangkat sumpah agar Hajiji sahaja di lantik. Itu bukanlah bermakna Hajiji lebih hebat dari Bung. Begitu jugalah Hajiji bukanlah tidak berkelayakan mengambil tanggung jawab ketika peralihan kuasa dari Warisan kepada GRS. Situasi peralihan ketika ini tentunya amat sensitif. Macam-macam boleh berlaku.

Kita melihat tempuh peralihan kuasa dengan majoriti mudah sahaja kini menggambarkan bahawa Shafie masih diterima oleh rakyat Sabah. Ini yang perlu difokuskan melalui strategi baru pembangunan Sabah untuk kesejahteraan rakyat.

Kerja yang utama kini bukannya melayan kritikan pimpinan UMNO Pusat yang kita tahu tidak dapat mengelak diri dari mempertahankan kes mahkamah yang belum berpihak kepada mereka. Maka tentulah melakukan protes tidak langsung agar diberikan perhatian oleh Perdana Menteri. Hukuman yang Najib terima itu tentunya menghantui mereka.

Rakyat masih memberikan undi dengan kepercayaan yang agak besar kepada Shapie apabila memperolehi 32 kerusi dalam Warisan Plus.

Antara berita dari Penyokong Pembangkang yang perlu diketahui

Perlembagaan Sabah juga jelas memperuntukkan bahawa jawatan Ketua Menteri boleh pula dilantik oleh TYT kepada Warisan dan Shapie jika faktor itu sahaja diberikan pertimbangan.

Iaitu berdasarkan parti yang memperolehi jumlah kerusi terbanyak. Tidakkah ini yang lebih penting kepada barisan pemimpin Sabah yang baru? bukannya pula mencurah petrol agar api semakin marak tentang isu perebutan kuasa dalam GRS itu? Mengapa ianya perlu diperbesarkan khususnya oleh Pimpinan UMNO sendiri.

Muhyiddin perlu mainkan peranan agar tidak semakin melarat sehingga ke PRU15 walaupun terpaksa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan sebelum PRU15 selesa diadakan.

Masih ada 3 tahun lagi, boleh tahan? Gabungan Perikatan National tanpa UMNO wajib diperbetulkan. Hubungan akrab dengan PAS perlu juga diperkukuh berikutan isu PAS tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding di Sabah.

Dalam masa yang sama segala kemungkaran, rasuah, salah guna kuasa, penggubalan wang haram yang terjadi semasa UMNO BN memegang kuasa bersama Najib Razak tidak boleh diperjudikan. Yang dilihat salah perlu terus diadili oleh mahkamah secara bebas dan adil tanpa campur tangan Muhyiddin.

Semua orang politik kenalah faham dengan kenyataan Bung Mokhtar bahawa ‘undur selangkah kebelakang bukan bermakna kalah atau sudah tewas’.

UMNO dan orang Melayu belum tewas. Cuma perlu memperuntukkan masa ditempat yang betul, kurangkan cakap-cakap politik. Buatlah kerja untuk rakyat. Biarkan sahaja tugas mengkritik itu kepada media sosial serta pengkritik bebas menegur demi kebaikan rakyat.

Bagi saya dan berpendapat bahawa Bung Mokhtar apabila dilantik oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Sabah semacam ‘pengiktirafan telah bersih’ dari kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Semoga Bung jujur bersyukur, kerana bersih dari tuduhan adalah lebih besar maknanya dari jawatan baru lantikan yang diamanahkan oleh rakyat itu.

Pada April lalu Bung dan isteri dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 daripada ejen pelaburan Madhi Abdul Hamid, 38, melalui Zizie Ezette (isteri Bung), sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual ketika beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra.

Dia juga didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui Zizie Ezette bagi tujuan sama.

Usah layan politik pecah belah diatas agenda peribadi seperti yang mereka suarakan di media sosial dengan mengkritik pimpinan baru di Sabah ketika ini. Ada muslihat ‘udang disebalik batu’. Elok lah kerja kuat untuk kemakmuran rakyat dan negeri Sabah.

Bagaimana Coronavirus Akan Berakhir


Video: Rencana Covid 19 di dunia

Hampir setahun kita bersama sama hidup dengan wabak ini dan kita belum lagi nampak tanda tanda ia akan berhenti merosakkan dunia dalam masa terdekat.

Setakat ini, jumlah kes coronavirus telah melebihi 33 juta, dan menyebabkan hampir 1 juta kematian. Sejak pertama kali muncul di Wuhan, China pada bulan Disember 2019, ia telah merebak ke 213 negara di seluruh dunia.

Walaupun para saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia telah bekerja dengan cepat dalam menghasilkan vaksin ini, tetapi ada 1 persoalan yang mungkin semua ingin tahu – iaitu bagaimana wabak itu akan berakhir? Teruskan menonton

Bagaimana Coronavirus Akan Berakhir

“Usah dikenangkan perkara dah berlalu. Sikit lagi kuat kerja boleh menang tu penggal berikutnya”


DIALOG 1 JAM DENGAN PEGUAM TENTANG SABAH.

Video: Mari kita dengar penjelasan dari peguam Tun M tentang perbezaan Perlembagaan Sabah dan Persekutuan.

Kita tidak mengatakan Shafie tak kuat bekerja bagi membantu rakyat Sabah. Cuma kemungkinan team tak berapa ngam dengan yang lain kot. Prestasi Warisan + dengan 32 kerusi adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana pun parti tunggal yang lain. Tahniah.

Mungkin juga perlembagaan Sabah ada sedikit mengacau perasaan YB mereka. Apa pun sokongan majoriti pakatan dengan kawan sepasukan tidak membawa majoriti yang boleh membentuk kerajaan.

Walaupun Perlembagaan Sabah menekankan bab parti yang mempunyai sokongan terbanyak sahaja, itu tidak boleh membawa jumlah majoriti untuk pastikan semua dasar yang dibawa ke Dewan, akan tiada jaminan mendapat sokongan majoriti dewan.

Jadi untuk apa pegang jawatan tanpa kuasa yang mencukupi?

Papan Carta usahlah ditenung lagi atau disesalkan. Ketentuannya”

– Ramai minta agar Warisan + bawalah berehat dahulu.

Lain kali boleh usaha lebih lagi untuk menjadi CM yang 2/3. Baru power. Perlembagaan Sabah yang secara kebetulan sahaja memihak kepada Warisan, Ianya tidak bermakna apa-apa walaupun diberikan masa untuk berpakat seperti kejadian 2 tahun lalu itu. Rasanya sukar berulang lagi. Shafie dah menang waktu itu.

Tahniah Bersatu. Elakkan Berpecah.

Majoriti lebih penting. Tetapi lebih mustahak ialah supaya rakyat yang dibantu agar sejahtera. Bukannya pemimpin sahaja yang mencapai kejayaan.

Disitulah ada sedikit perbezaannya antara Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Sabah. Tak mengapa, biarkan ianya kekal pun tak jadi masalah. Yang mustahak pakat pakat baik baik dengan komponen parti lain. Sedikit lebih kurang sahajalah asalkan rakyat gembira. Pemimpin tak usah berduka sangat, banyak kerja yang sedang menunggu tu.

Tahniah Bung !! Pemimpin Hebat.

ROS Melaka mendidik Pertubuhan Baru Dan Lama Bagi mencapai Visi, Ianya Telah Dijalankan Secara Berterusan Sebaik Covid19 Terkawal.


Ucapan YBhg Puan Masyati Bte Abang Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyampaikan amanatnya dengan harapan agar 2 juta ahli-ahli Persatuan di seluruh Malaysia ini dapat menmanfaatkan gerakan pertubuhan yang kita sama-sama tubuhkan itu. Kini Versi baru eRoses diharapkan akan dapat digunakan Apps dan kemudahan IT ini dinaik taraf. Ianya dijangka dapat mempercekapkan proses pengurusan pentadbiran dokumentasi dan maklumat ‘on time’ elert pengguna untuk mendorong sistem dikemaskinikan dalam talian sepenuhnya apabila berlaku perubahan dalam pertubuhan. Versi terbaharu ini dijangka banyak mengurangkan bebanan tugas AJK; dimana dokumen penting mudah dikemaskinikan dengan lebih sistematik.

“Peranan NGO dalam sektor ketiga yang berdaftar itu kini telah memberikan manfaat terus kepada rakyat. Ianya diatas kepentingan masyarakat dan keperluan negara yang mengutamakan pembangunan IT dan telikominikasi.

Jauh lebih utama juga, saya ingin mengingatkan agar ahli-ahli persatuan seluruh Malaysia wajiblah berusaha mengelakkan dan mengekang segala bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram”

Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari persatuan juga memegang watak utama dan saya terus mendoakan mudah-mudahan watak penting ini kekal aktif dan sentiasa memperbaiki diri serta terus mengamalkan sistem tadbir urus yang baik didalam persatuan masing masing.

Tambah beliau lagi, “Budaya menyantuni masyarakat yang terkesan akibat Covid 19 oleh gerakan NGO dimana jua, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah serta terima kasih.

Sangatlah jelas sekali NGO kita sepanjang tempoh PKP telah membantu masyarakat secara jujur sedangkan negara sedang diancam pendamik Covid 19 yang mudah terjangkit”

Tegas Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia kepada semua peserta kursus sebentar tadi.

Video: Kursus kini sedang berlangsung di Pejabat KDN Ayer Keroh, Melaka.

Antara yang saya ingin pesankan ialah tentang sebarang Pindaan kepada Perlembagaan Pertubuhan yang diputuskan oleh AJK, masing-masing hendaklah dibuat menggunakan capaian eROS tiada secara manual lagi boleh dipraktiskan.

Anda hanya ada masa terluang tidak lebih 60 hari sahaja. Sebarang perubahan perlulah segera di kemaskinikan dalam eRoses. Kuatkuasa hanya setelah mendapat kelulusan pihak ROS.

Puan Nur Fadhilah BT Muhammad, Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia menyampaikan taklimat Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan.

Contoh-contoh dokumen seperti yang diperlukan oleh ROS untuk diamalkan oleh Setiausaha dan Bendahari boleh dimuat turun dari ‘play stores strim’ untuk dijadikan rujukan.

Ayer Keroh 29 September Mereka yang dikehendaki hadir kali ini dan hari ini ialah pemegang jawatan utama Pertumbuhan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sahaja. Sesebuah pertubuhan yang aktif dan mematuhi peraturan dengan baik apabila 3 jawatan utama ini memberikan komitmen dengan baik secara aktif demi kemajuan Persatuan.

Di Melaka sahaja ada sebanyak 2,500 persatuan berdaftar dan persatuan yang tertua ialah telah berdaftar semenjak tahun 1927 lagi.

Suka diingatkan bahawa perkara yang dibenarkan dipinda ialah seperti apabila ada berlaku kekosongan mana-mana jawatan, seperti Pengerusi atau Bendahari yang meletak jawatan, maka bolehlah dipinda atau diubah jawatan tersebut melalui keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa; tetapi tidak kurang dari 60 hari dari tarikh mesyuarat itu.

Perkara-perkara lain hanya boleh dipinda melalui Mesyuarat Agung Tahunan atau Dwi Tahunan selain borang kosong.

Kepada mana-mana persatuan yang menetapkan Mesyuarat Agung perlu diadakan setiap tahun, maka persatuan itu bolehlah mulai mengadakan AGM agar mematuhi Perlembagaan yang persatuan sendiri yang buat.

Pengerusi, Setiausaha dan Pen Setiausaha Persatuan Khidmat Sukarelawan Sungai Rambai disamping Pengerusi Koordinator Acara Teguh Negeri Melaka.

Jika berlaku kekosongan jawatan AJK kerana meninggal dunia, meletakkan jawatan, dipecat atau digantung dan lain sebab maka undi ke dua tertinggi bolehlah menggantikan mereka yang berhenti. Jika tiada, maka AJK bolehlah melantik bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sebarang pembubaran yang sukar dielakkan oleh persatuan, hendaklah diadakan mesyuarat AJK dengan korum yang mencukupi terlebih dahulu, seperti arahan mengikut keperluan Perlembagaan.

Sukacita saya ingin mengingatkan diri saya agar menyusun semula sistem pengurusan persatuan kita sebaik sahaja balik dari mendengar taklimat ini kerana ‘kerja yang bertangguh tidak akan menjadi’ manakala tugas baru akan membuatkan kita meninggalkan pesanan yang nampak mudah tetapi penting.

Tajuk ceramah tadi mungkin nampak asas sahaja yang telah disampaikan secara jelas Tetapi jika ianya gagal dipraktikkan dalam tugasan persatuan, boleh mengakibatkan persatuan kita dibekukan manakala wang persatuan boleh dilucut hak dan diletakkan di Jabatan Insolvensi.

Diakhir program yang telah mencapai objektifnya itu, setiap wakil pertubuhan diberikan sijil kehadiran oleh Pendaftar. Penyampaiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Menurut Pengarah ROS Negeri Melaka, kursus ini adalah dibawah program ROS CARE kali yang merupakan sesin ke-11 dari 16 sesi yang akan dicapai penghujung tahun 2020 ini. Selain dari Kursus ini, kursus lain juga berjalan mengikut jadual jika tiada kekangan Covid 19; antaranya yang boleh dipohon oleh ahli pertubuhan ialah Kursus eROSES dan Kursus Penyediaan Penyata Kewangan.

Sebarang pemakluman tentang aktiviti Jabatan akan ditularkan melalui Facebook rasmi ROS Melaka dan website ROS Melaka.

Sebarang kemusykilan dan keraguan dalam pengendalian pertubuhan bolehlah mendapatkan maklumat dari situ. Nombor Whatsapp yang dicatatkan itu juga perlulah digunakan.

Sijil dan nota rujukan untuk peserta.

Semua kemudahan itu untuk kemudahan orang ramai tentang sebarang isu dalam usaha menjadikan pertubuhan masing-masing itu sebuah pertubuhan yang mantap dan berwibawa. Insyaallah. Jumpa lagi di lain siri kursus.

Saudara Marzuki Bakar menerima sijil kehadiran Kursus Asas Pengendalian Pertubuhan Koordinator Acara Teguh Negeri Melaka daripada Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

Wassallm.

Esok 10.30 pagi Hajiji mengangkat sumpah Ketua Menteri di Istana


Video: Jika menjadi Ketua Menteri tanpa berkuasa untuk apa? Shafie tidak mengiktiraf kemenangan GRS? Lain kali kerja lebih kuat. Kekalahan Warisan Plus dalam memegang kuasa Kerajaan Negeri bolehlah dianggap lemah dan tidak bertenaga.

Muhyiddin dan Hajiji ketika hari penamaan calon PRK Sabah. Beliau hanya mencadangkan Hajiji Calon Ketua Menteri Sabah jika GRS bersetuju.

Biarlah Hajiji mengetuai Sabah tanpa ada tekanan dalaman dan isu peribadi yang lain yang menjadi senjata kepada pembangkang bagi mengganggu tugasan sebagai Ketua Menteri.

Kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan negeri ini selepas berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang bersiap-siap untuk mengadakan pilihan raya umum awal pada hujung tahun ini bagi  mengakhiri keraguan terhadap mandatnya di tengah-tengah tuduhan bahawa pemerintah Perikatan Nasional (PN) adalah “pintu belakang” Kata Muhyiddin selepas angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia. Ketika kempen di Sabah juga beliau berpendirian yang sama tentang kemungkinan PRU15 lebih awal.
Kami yakin Sabah akan pulih. Kita akan mulakan langkah kita untuk memastikan rakyat dibela, tidak lagi main politik. Kita mahu tumpukan usaha membangunkan negeri,” kata Bung Mokhtar
Pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dibuat secara konsensus atas semangat kebersamaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Tan Sri Annuar Musa. Menurut Annuar, semua pihak terutama pemimpin perlu menghargai mandat rakyat.
Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama. “Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membelakepentingan rakyat Sabah, sebagai mana termaktub dalam aku janji GRS,” katanya lagi mengulas bila Hajiji dilantik Ketua Menteri Sabah yang baru.

Tiada siapa yang mengkotak-katikkan UMNO atau menjerit leher UMNO, eloklah berfikiran panjang sedikit dan letakkan kepentingan rakyat mengatasi kehendak jawatan yang dikejar.

Dalam keadaan Warisan Plus mendapat 32 kerusi, jika tersalah catur siapa yang wajar jadi CM, mungkin kemenangan yang tidak cukup besar itu boleh menggugat GRS menamatkan tempuh penggal seperti juga yang terjadi kepada Warisan sebelum ini.

SEMUA PIHAK HENTIKAN MAIN POLITIK

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau juga mahu semua pihak berhenti bermain politik dan menumpukan kepada kebajikan rakyat.

BN bersama GRS komited menyegerakan usaha memulihkan negeri ini dan memberi perhatian kepada agenda membantu rakyat selepas berjaya mengambil alih kerajaan daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Apabila selesai sahaja esok majlis angkat sumpah Ketua Menteri, kita akan memulakan langkah bagi memastikan rakyat mendapat perhatian daripada kerajaan.

Kita mahu semua rakyat tidak lagi bermain politik dan menumpukan perkara penting memikirkan masalah negeri Sabah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bung yang juga Ketua UMNO Sabah turut memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor jika dinamakan sebagai Ketua Menteri baharu.

Dalam pada itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menyokong individu yang dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kesimpulannya, meski menang PRN Sabah, kemudian berbalah tentang jawatan Ketua Menteri, tetapi siapa pun yang terpilih mengisi jawatan itu, Muhyiddin tetap diasak dan terasak yang akan menjadikan kedudukannya semakin tergugat serta tidak selamat”

– Komen Blog Shahbudin.com Lagi

Samada mengadakan lebih awal atau memberikan ruang lebih lama hampir 3 tahun lagi itu, yang manakah akan memberikan kelebihan kepada Muhyiddin untuk memenangi pilihanraya umum Ke-15 nanti. Mungkin anda yang bijak menekannya.

Datuk Seri Hajiji Md Nor menang di Sulaman


Beliau telah menang di Sulaman dalam PRN Sabah

Beliau telah disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baru oleh Muhyiddin pada hari penamaan calon PRK Sabah tempuhai.

Ketika ini Gabungan Rakyat Sabah GRS telah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru Sabah, meninggalkan Pakatan Harapan Plus dan Shafie Afdal.

Keputusan ini menguatkan lagi yang Pilihan Raya Umum Ke 15 akan diadakan tahun ini juga. Ianya bagi memberikan mandat kepada Perikatan National yang mana Tan Sri Muhyiddin Yasin merupakan Perdana Menteri yang baru.

Kita Prihatin Cubit Peha Kiri Peha Kanan Terasa


Muhyidin Yasin mengumumkan bantuan Kita Prihatin antara lain tambahan sebanyak RM 1,000 lagi kepada rakyat kumpulan B40 yang sebelum ini telah juga menerimanya.

Saya merayu agar saudara saudari menolak pemimpin yang sengaja ingin menyebabkan ketidaksetabilan ekonomi dan politik negara dalam kita mengurus Covid 19″

– YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ketika mengumumkan Pakej Prihatin tambahan.

Kepada saudara yang masih belum sempat mendengar tentang pengumuman semua bantuan Kita Prihatin itu bolehlah terus menontonnya.

Semoga ianya mampu meringankan bebanan rakyat.

Insya-Allah hujung bulan Oktober akan dibayar, manakala sekali lagi pada Januari 2021.

Kerajaan Perikatan National yang prihatin dengan masalah yang ditanggung oleh rakyat ketika ini bersama barisan jemaah menteri bekerja kuat untuk memulihkan ekonomi serta bertanggungjawab bagi menangani wabak maut penyakit Covid 19 sehinggalah ianya bebas di Malaysia.

Muhyiddin PM Malaysia. Peliwat tidak mungkin menjadi PM ke-9?


Janganlah perbodohkan rakyat Malaysia lagi dan menganggap bahawa kamu pandai berselindung? manakala rakyat tidak mengetahuinya atau berdiam diri.

Apakah ini sebab mengapa YDPA tidak mahu berjumpa Anuar brahim? Sudah-sudahlah Abang Anuar istana nak cakap terus terang bunyinya kasar. Orang Melayu sangat halus bahasanya. Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mungkin tergugat memimpin kerajaan YDPA. Jika zahid memberikan komen yang berbentuk sebegitu bunyinya, kita perlu ingat bahawa beliau juga tertakluk lagi kepada keputusan mahkamah. Ingat baik-baik itu. Usah lari dari realiti sebenar untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Sebaik selepas pengumuman Anuar sebelum pun YDPA mengumumkannya, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula seakan senada dengan Anwar apabila kenyataannya memberi bayangan terdapat Ahli Parlimen daripada UMNO yang akan menyertai kem Anwar untuk membentuk kerajaan baharu tersebut. Ada ‘deal’ awal ke Zahid?

Kerana Kau Isteri


Tidak semudah yang kita janjikan.. kerana engkau seorang isteri; agaknya lah..

Atok


https://wordpress.com/wp-login.php

Anda mencari juru elektrik untuk membuat pendawaian elektrik?


Harga boleh kita rundingkan

Anda sedang mencari juru elektrik bagi mendapatkan sambungan bekalan elektrik dirumah yang sedang dalam pembenaan? Hubungilah kami until kami tawarkan harga yang sesuai dengan bajet anda.

Call: 0112717 1911 iwan
info@melakaonline.org

(Sekitar Negeri Melaka)

Semua kerja pendawaian elektrik telah disempunakan berakhir dengan mengujian


Pemeriksaan semua suis, lampu dan plug 3 pin

Kerja-kerja pendawaian elektrik boleh disiapkan antara lima hingga tujuh hari bergantung kepada keluasan bangunan dan jumlah mata lampu, kipas angin dan plug 3 pin.

Iwan Yahya – kontraktor elektrik.

<span>%d</span> bloggers like this: