Kebaikan Kurma Ajwa Madinah

Adapun Ajwah adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis tamar (kurma). Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. [Lihat : al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (36/284)]
Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwah adalah daripada jenis kurma yang baik. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3)] Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah.
Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyatakan bahawa kurma Ajwah termasuk di dalam kategori kurma yang sederhana saiznya. Dan Ibnu al-Athir pula menyatakan di dalam kitabnya al-Nihayah bahawa kurma Ajwah merupakan sejenis kurma daripada Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma (al-Soyhani) dan warnanya kehitam-hitaman. [Lihat : Fath al-Bari (10/238), dan Mirqah al-Mafatih (7/2705)]
.. Diringkaskan bahawa Kurma Ajwah dapat menghindar dari racun dan sihir kepada badan kita ..
Sumber laman web Mufti Wilayah Persekutuan
Pesanan Pembelian

Kurma Ajwa Madinah
Berat: 1000gram (1 kg) termasuk kos penghantaran
RM 65.00