Advertisements

Kategori: Sambutan Ambang Merdeka 2019

Saranan pembangkang berkelahi dengan bukan Melayu bukan caranya. Tempalah kejayaan dan kecemerlangan.

Intergriti…

Utk menebus kedudukan Melayu dlm pelbagai dimensi BUKANLAH dgn cara memboikot, menyimpan perasaan dendam kesumat atau berkelahi dgn bukan Melayu spt disarankan pembangkang atau macai2 mrk.

Kedudukan Melayu boleh ditebus dan direstorasikan hanya dgn mempastikan terlaksananya kejayaan dan kecemerlangan Melayu dlm semua bidang dan jurusan !
Kejayaan dan kecermelangan ini hanya boleh dicapai jika Melayu memiliki keazaman, ketekunan, rajin, fokus, amanah, mampan, berdisiplin serta berintergriti dlm apa saja amanah, tugasan dan tanggung jawab yg dipikul atau yg diberikan kpdnya.

Tak kira apa pun tanggung jawab itu samada politik, ekonomi, perkhidmatan awam, pengurusan, penyelidikan, pendidikan, sosial, agama, bertani atau nelayan, perniagaan, keusahawanan dll, yg krusial dan strategiknya adalah Melayu menyempurnakan tanggung jawab itu melalui penghayatan nilai2 unggul saperti yg disebutkan diatas!

Inilah yg dimaksudkan oleh PM bila beliau menyatakan Melayu belum sedar dan masih enggan bekerja. Sabenarnya bukannya Tun M menghina atau memperlekeh bangsa Melayu TAPI ianya satu cabaran atau ledakan utk berubah, sebagai “pembuka mata” kpd bangsa Melayu yg masih ramai lagi sedang terlena dan khayal.

Lihat saja dgn mudah apa yg berlaku di negara ini…. lebih setengah juta warganegara yg masih menganggur kebanyakannya generasi muda sedangkan Malaysia berjuta2 pekerja asing dibawa masuk utk merembat peluang2 kerja dlm bidang pembinaan, peladangan, hospitaliti dan pekerja2 domestik. Bukan salah ibu menandung…

Pemimpin dulu walaupun sedar situasi dan kerenah pekerja tempatan yg lemah ini, yg suka melepak, merempet dan terlalu memilih kerja ( nak kerja dlm bilik ada aircon saja) tidak pun berazam utk merubah situasi, mindset dan mentaliti yg lemah longlai ini tetapi sebaliknya mengeksploitasinya utk kekayaan diri sendiri. Mereka jadikan peluang ini sebagai satu jambatan menghimpunkan kekayaan luar biasa, yg tidak masuk akal sama sekali banyaknya kekayaan yg dihimpunkan itu sehingga rakyat menjadi jijik dan marah lalu menghumban mereka ke luar koridor kuasa sebagai pengkhianat !

Malangnya kejatuhan trajik dan jijik ini pun masih belum menyedar dan menginsafkan mereka ini. Mereka masih bertungkus lumus nak memimpin bangsa Melayu lagi yg mereka sendiri telah musnahkan dan khianati!

PM Tun M dlm satu ceramah perdananya di PWTC anjuran GABEM pd satu ketika dulu telah mengingatkan kpd semua pemimpin ekonomi dan perniagaan serta usahawan Bumiputra yg penuh sesak dlm dewan itu tentang pentingnya DISIPLIN dlm membina kejayaan ekonomi bangsa Melayu. Disiplin adalah asas INTERGRITI dan tanpa intergriti, Melayu akan kekal ditakok lama!!

Dan INGAT ! Mungkin dlm masa 20 tahun akan datang atau 4 pru lagi, baru Melayu sedar, insaf dan kesal sekesal2nya kerana tanpa intergriti ditambah pula dgn sifat suka bergaduh dan berpecah, Melayu bukan saja akan hilang kerusi2 parlimen yg mereka miliki skrg malah hilang bersamanya adalah kuasa eksekuitif utk negara !!! Jadilah Melayu pengemis di tanahair sendiri….

Dulu bila Tun M mengingatkan ahli2 Umno bahawa Umno akan lebur dan hancur sebelum tahun 2020 kerana amalan rasuah yg melempah ruah, dari atas hingga ke bawah, hampir kesemua pemimpin Umno ketika itu tersenyum sinis dan mempersenda ramalan Tun M malah yg mentertawakan peringatan Tun itu seolah2 satu “ joke of the century”! Dgn kehendak Allah, kebanyakan pemimpin yg sama inilah yg kini pucat lesi, menangis tidak berlagu, menanti hari pembalasan masing2…

RTC

Advertisements

Kg Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka sambut baik kempen sambutan Hari Kebangsaan seperti selalu.

“Alhamdulillaah. Rumah rumah di Kg Parit Sidang Seman, Perkampungan Warisan di Sungai Rambai, Negeri Melaka mulai mengibarkan bendera Malaysia sempena bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang tahun 2019 bertemakan Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih”

Kata Tuan Hj Rosnan semalam melalui sebuah laman Kumpulan WhatApp. Beliau juga merupakan anak jati kampung Sungai Rambai itu juga merupakan Pengerusi Surau dan Madrasah Kampung Warisan tersebut.

“Mari kita bersama sama meraikan hari bersejarah negara yang kita cintai. MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!”, tambah Hj Rosnan lagi.

Tinjauan kami mendapati kampung Warisan ini sedang giat memasang bendera disepanjang jalan jalan kampung itu secara bergotong royong bersama anak anak penduduk kampung, ianya wajarlah dicontohi oleh kampung yang lain di Sungai Rambai; begitu juga hendaknya dengan kampung yang lain di Melaka.