Advertisements

Kategori: Pilihanraya

BERSATU Perlu mengatur strategi rapi agar kekalahan didalam beberapa PRK yang lalu ditebus kembali oleh PH

PONTIAN-22 Sep 2019: BN pastinya mengambil peluang kali ini untuk menawan kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai kerana kematian Datuk Dr Md Farid yang memenanginya pada PRU14 yang lalu dengan majoriti sekitar 21,255 undi itu. Pelbagai strategi akan digunakan oleh BN bagi menunjukkan bahawa sokongan rakyat telah berubah kepada Barisan Nasional.

Terdahulu jenazah Arwahyarham Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Ahmad Chokoh di sini, petang tadi dan Tun M sendiri telah hadir kelihatan sebak dan menyifatkan ianya satu kehilangan besar kepada negara.

Semoga Arwahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman

“BERSATU kali ini pastinya tidak mahu terus membiarkan Pakatan Harapan tewas seperti yang telah berlaku didalam beberapa Pilihanraya Kecil yang telah sudah.” ujar beberapa orang kuat Bersatu yang kami temui tetapi tidak mahu ditulis namanya. Beliau telah diajukan beberapa persoalan dan pertanyaan semasa pengkebumian allahyarham.

Ujarnya lagi serta menyifatkan bahawa, sebarang tindakan yang tidak rapi terhadap strategi kali ini bagi memenangi pilihanraya kecil PRK ini mungkin menyebabkan BERSATU juga turut tewas akibat pelbagai isu yang dimainkan pembangkang kebelakangan dan hangat pada masa kini.

Dr Farid yang telah memenangi kerusi Parlimen dalam PRU14 yang lalu itu juga telah menerima darjah kebesaran tahun lalu dari Melaka, yang turut membawa gelaran Datuk itu, tidak boleh dianggap BERSATU sebagai mudah oleh jentera pilihanraya kecil kali ini sama ada jentera dari Johor sendiri, mahupun bantuan yang akan diterima bagi membantu mengekalkan kembali bagi memenangi PRK kali ini, dari semua negeri-negeri termasuk jentera bantuan pilihanraya kecil yang akan datang dari Melaka juga.

Jentera bantuan dari negeri Melaka diharapkan agar menggunakan pendekatan yang jauh berbeza berbanding kaedah yang digunapakai dalam membantu memenangi kembali serta mengekalkan akan kemenangan BERSATU di Tanjung Piai agar mencapai kemenangan lebih bergaya.

Kekalahan dalam PRK di Negeri Sembilan tempoh hari patutlah dijadikan pengajaran agar pemilihan ketua jentera bantuan serta ahlinya wajib dipilih dari mereka yang mempunyai ‘track record’ yang baik dalam kerja-kerja khusus bagi memastikan strategi baru perlulah digunapakai serta menggunakan individu yang boleh diyakini memacu kemenangan. Elakkan menggunakan individu yang dilihat tidak kompiten dan tidak jujur dalam membantu sepenuhnya proses kemenangan kali ini di Tanjung Piai dalam proses pilihan raya berbanding pencapaian dalam 3 PRK yang lalu.

BERSATU Johor sendiri perlulah serius dalam memastikan bahawa seseorang Pengarah Pilihanraya Kecil kali ini dilantik dari kalangan mereka yang berpengalaman, berkebolehan menyelaras organisasi, serta telah dibuktikan berkemampuan mengkoordinasikan bantuan jentera pilihanraya PKR dari semua negeri yang akan datang termasuk dari negeri Melaka sendiri.

Kekalahan 3 PRK yang lalu dan pada PRK DUN Rantau beberapa bulan lalu dari calon PH, dengan berkeputusan iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menang dengan majoriti 4,510 undi selepas memperoleh 10,397 undi berbanding Streram yang hanya mendapat 5,887 undi boleh menjadi pengajaran dan landasan dari post mortem yang telah sudah itu sepatutnya dikaji kembali oleh BERSATU.

Kemenangan tipis BERSATU yang hanya dengan mejoriti 524 undi sahaja mengatasi undi calon berbangsa Cina dari BN dan Pas akan menjadikan cabaran paling utama terhadap PH. Apatah lagi BN dan PAS telah pun berpasangan ketika ini.

BERSATU perlu mengembeling tenaga habis habisan jika ingin menunjukkan kepada rakyat yang sokongan kepada BN telah berkubur kini. Antara faktor yang dikenalpasti ialah peranan media sosial perlu dikembalikan sepenuhnya seperti strategi berkesan ketika menentang Najib dalam PRK14 dahulu. Bagaimana ianya boleh dilakukan sudah pasti ianya terletak kepada penyelarasan dan gerakan media sosial secara bersepadu ketika kerajaan mempunya kelebihan dan kapasiti dalam pelbagai sumber ditangan ketika ini.

Fungsi Ketua Ketua Penerangan hendaklah digunakan sepenuhnya bagi membantu pihak media menyampaikan berita sungguh dan benar kepada orang ramai dan pengundi Tanjung Piai.

Pengundi baru khususnya golongan muda berumur 18 tahun yang jumlahnya mencapai lebih 20% ketika ini adalah golongan yang sangat penting bagi penentu kemenangan PRK kali ini. Persoalannya yang timbul ialah apakah pengundi ini telah disahkan boleh dicalonkan dan memilih dalam PRK ini sedangkan pekeliling terakhir dari SPR menunjukkan bahawa proses kerja dan SOP pagi pengundi kelas ini masih dalam kerja kajian sebelum dilaksanakan. Apakah pula strategi BERSATU untuk menarik minat pengundi 18 tahun ini memilih PH sekiranya mendapat pengesahan rasmi SPR?

Faktor paling utama memastikan kemenangan BERSATU sudah tentu berlainan dengan situasi PRU14 dimana orang ramai ketika itu dilihat meluat dengan perangai BN dengan isu utama ialah 1MDB. Keadaan ini turut berbeza akibat keputusan mahkamah masih dilihat sukar diputuskan oleh pihak perundangan, manakala isu rasuah dan penyelewengan yang digembar gemburkan disemua negeri termasuk di Melaka sendiri masih dalam proses mahkamah lagi.

Rakyat juga melihat benerpa kes berprofil tinggi sehingga kini dianggap rakyat sebagai dongengan sahaja, sedangkan ada beberapa kes pula melibatkan orang orang penting dalam PH atau BERSATU sendiri seperti kes seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka sendiri yang terpampang dimuka akhbar berkaitan dengan kes melibatkan SPRM itu yang akhirnya dianggap tiada kes.

Antara pendekatan terbaik dan mudah ialah mencari suatu pendekatan berimpak tinggi iaitu kerjasama Media Sosial, Ketua Penerangan dan Ketua Jentera PRK dari Perlimen Tanjung Piai dan dari semua negeri dengan menggunakan personal baru yang berpengalaman untuk dipilih sebagai Pegawai pilihanraya Johor dan Negeri Negeri. Mereka yang sebelum ini terbukti memberikan kegagalan kepada 3 PRK yang lalu tidaklah wajar dicalonkan semula sebagai Ketua Jentera bantuan dari negeri negeri.

Masih ada masa bagi BERSATU Pusat memanggil semua yang berkenaan untuk duduk semeja bagi membincangkan isu ini secara serius, bantuan secara sukarela tidak boleh lagi dimasukkan sebagai agenda, program dan aktiviti penting bagi memastikan kemenangan BERSATU di Tanjung Piai. Kelebihan PH sebagai kerajaan yang memerintah dan mempunyai kapasiti terbaik dalam melaksanakan strategi berkesan telah dilihat ramai sebagai perkara sangat mustahil berlakunya kekalahan dalam 3 PRK yang telah sudah.

Memandangkan PH merupakan kerajaan yang sangat baru, kurang berpengalaman melaksanakan dan menyelaras Pilihanraya PRK secara kompiten dan berkesan berbanding UMNO BN PAS, maka keupayaan seseorang personal itu bolehlah diukur dan dijangka melalui proses pemilihan yang sedang dan telah berlaku ketika proses penubuhan Cawangan BERSATU disemua Bahagian di negara kita kini, mereka yang secara jelas telah gagal dan hanya menggunakan kekuatan orang lain yang bukan kapasiti dirinya sendiri tidaklah patut dipilih membantu kemenangan besar kepada BERSATU di Tanjung Piai kali ini.

Advertisements