Advertisements

Kategori: Perkasaan Parti

Tun M perjelaskan isu kekeliruan istilah tidak patut diperbesarkan oleh pembangkang

Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

 Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

Sila perbetulkan persepsi tentang istilah ‘kereta terbang’

Langkawi semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun meminta rakyat Malaysia terutama parti pembangkang memperbetulkan persepsi mereka berhubung istilah projek dron besar – di bawah pemudah cara Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diketuai Datuk Mohd Redzuan Yusof.

Hanya kerana kekeliruan isu istilah, projek dron tersebut dikritik hebat oleh pembangkang sehingga sering diuar-uarkan mereka sebagai `kereta terbang’.

Padahal, kata Perdana Menteri, istilah sebenarnya adalah dron besar atau super drone (air mobility) yang boleh membawa penumpang.

Ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah itu, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan Mohd Redzuan dalam membangunkan projek super drone berkenaan.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima,” kata Perdana Menteri.

Kita akui, mana-mana pembaharuan di sesebuah negara biasanya akan menempuh kritikan daripada pembangkang di negara berkenaan. Tetapi tidaklah seteruk penangan pembangkang di Malaysia, yang akan sentiasa memperlekeh atau memutarbelitkan kebaikan dan manfaat sesuatu pembaharuan.

Namun bak kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, Menteri yang mengetuai MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini pun telah membetulkan istilah `kereta terbang’ berkenaan kepada super dron. Malangnya dek terikut-ikut propaganda parti pembangkang, mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) peliknya turut menghentam rakan sendiri.

Memasuki tahun baharu 2020 tidak sampai sebulan ini yang penuh cabaran getir dalam daya saing kerajaan untuk meletakkan kembali ekonomi negara di landasan kukuh, pembangkang terutamanya haruslah bersikap terbuka dan positif kepada sebarang idea pembaharuan.

Lagipun dalam projek dron besar (super drone) ini, MED hanya menjadi pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri terutama dalam aspek sokongan industri dan kapasiti syarikat tempatan dalam membangunkan industri ini.

Kerajaan atau MED sendiri tidak memberikan sebarang dana dalam projek super drone ini dan ia adalah 100% dibiayai oleh syarikat tempatan tersebut iaitu Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

Seperti yang dinyatakan juga oleh Kamarul A Muhamed iaitu pemilik syarikat AVSB, tiada dana langsung diberikan oleh kerajaan untuk projek Air Mobility ini. Malah, AVSB turut mengalu-alukan sebarang audit untuk projek tersebut.

Juga, MED bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam sektor yang sama. Bukan hanya AVSB. Sebab itu, MED hadir memberi sokongan kepada syarikat tempatan lain seperti EastCap Bhd (syarikat tempatan yang sedang bekerjasama dengan EHang Intelligent Equipment) untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di negara ini.

Dalam hal ini, ramai juga yang keliru dan menyangka EastCap Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan super dron pertama anak tempatan. Walhal, tidak sama sekali. Yang betul dan dimaksudkan itu adalah Aerodyne Ventures Sdn Bhd.

Bahkan, dalam projek super drone ini, MED menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 bagi memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Advertisements

Setiausaha Politik Menteri ‘ziarah Kasih’ ke Kg Barangan Enam

Diiringi oleh Puan Wada Ketua Cawangan BERSATU Umbai

Umbai 08 Dis 2019 Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Mejar (B) Mohamad Rahim Osman telah mengadakan lawatan ke Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka petang tadi.

Beliau bersama Ketua Cawangan UMBAI iaitu Puan Wada telah menyampaikan sumbangan peribadi dari YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.

Fitnah boleh merosakkan masa depan bangsa dan menjejaskan kesejahteraan negara – Melakaonline.org

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian dron dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI) tempatan, Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed, berkata perbincangan awal yangmelibatkan pihaknya dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada awal tahun ini menegaskan inisiatif itu adalah semata-mata untuk menyumbang dalam pembentukan masa hadapan negara.
“Saya tidak jangka ia akan jadi sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi tadi.

Beliau turut menegaskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah memanggil mana-mana wakil Aerodyne untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan mobiliti udara.
Bagaimanapun, katanya, syarikat itu menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun pelaburan tersebut adalah adalah 100 peratus bagi pembangunan perniagaan dron.

Katanya, pembangunan UAM juga ditangguhkan sejak Ogos 2019 untuk memberi fokus dan tumpuan penuh kepada teras perniagaan Aerodyne di peringkat global.

Antara gabungan Pakatan Harapan di DUN yang sangat mantap dalam usaha memperkasakan hubungan antara komponen pakatan itu kini.

Umbai 26 Oktober 2019 Petang tadi bersama rakan PH, BERSATU komuniti Umbai serta Puan Wada, Ketua Cawangan BERSATU Berangan Anam & lain-lain rakan BERSATU dan Pimpinan PH; bersama menghantarkan sumbangan ikhlas dan meninjau aktiviti yang mereka lakukan saban tahun disetiap kali hari kebesaran pelbagai bangsa khususnya ketika menyambut hari raya masing-masing.

Hari ini mereka yang menyambut Deepavali tidak dilupakan oleh pimpinan PH, apabila mereka juga turut menerima hadiah berbentuk hamper dan sumbangan tunai; agar sama sama dapat menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan terutama kepada mereka yang memerlukannya.

Mahathir, Kamal dan Nazri juga sempat bersama kali ini dengan pimpinan komuniti Umbai dan Japerun Serkam

“Amalan ini sentiasa dilakukan melalui Pejabat JAPERUN Kawasan, wakil pimpinan parti komponen dan Penyelaras DUN kami sebelum setiap kali perayaan tidak kira samada perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Raya Aidilfitri”, ujar Puan Wada ketika mengulas pertanyaan pihak Krew Media Melakaonline sebentar tadi.

Puan Wada, Ketua Cawangan BERSATU Berangan Anam dan pimpinan PKR menyampaikan sumbangan ikhlas parti
Sama sama bergembira dalam perayaan Deepavali tahun ini
Pimpinan PH bersama krew Media Melakaonline yang membuat liputan penyampaian sumbangan petang tadi

Event BERSATU Parit Putat, Beladiri Wanita akan berada di Merlimau

Sungai Rambai -26 Okt 2019 Program Beladiri Srikandi ini nanti akan diadakan di Kolej Komuniti, Merlimau, Jasin, Melaka pada 16 November 2019 ini. Seramai 50 orang peserta akan hadir bagi mempelajari tentang pelbagai teknik menyelamatkan diri apabila menerima ancaman dari penjenayah, perogol, pencuri atau kaki ragut.

Pelancaran Beladiri Wanita Srikandi yang telah disempurnakan oleh Tuan Mejar (B) Mohamad Rahim, Setiausaha Politik, Menteri Pembangunan Usahawan (Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat), baru baru ini di Kampung Warisan Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai, Melaka baru baru ini.

Jenayah ini dilakukan oleh penjenayah yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap wanita kaum hawa yang dianggap lemah serta boleh diperlakukan sesuka hati mereka. Dalam situasi tertentu, orang yang terdekat dengan kita seperti bekas suami, saudara terdekat dan kenalan biasa kita sering kita dengari menjadi penjenayah yang mencederakan wanita; ianya lazimnya berlaku dalam situasi yang tidak dijangkakan oleh mana mana wanita yang malang itu.

Emi sedang bersedia memecahkan sekeping papan dengan tangan sahaja, satu aksi antara pelbagai gerak kerja kurus yang terdapat didalam kursus sehari itu yang baru dilakukan iaitu pada 20 Oktober 2019 yang lalu di R&R (RTC) Sungai Rambai.

Menyedari hakikat itu Cikgu Mahathir Manan telah mengambil inisiatif bagi menyediakan pakej pembelajaran Beladiri Wanita yang telah 20 tahun dilakukannya bersama sekumpulan jurulatih berpengalaman bagi menyediakan kursus sehari yang sangat berguna itu.

Kini pakej kursus itu diteruskan kembali selepas lebih setahun Pakatan Harapan memerintah. Program ini bermula kembali dengan mendapat sentuhan Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman, Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat, DUN Sungai Rambai dan diselaraskan oleh Setiausaha Cawangan beliau buat masa ini.

Pihak Penyelaras Program Beladiri Wanita, Nazri Adan ingin menyarankan agar lebih banyak pihak tampil kehadapan bagi membuat dan menjayakan kursus yang berguna ini kepada organisasi syarikat masing masing.

Ianya samada di dalam Jabatan Kerajaan, atau pihak swasta serta mana mana pertubuhan NGO sekalipun bagi membawa program ini kedalam organisasi mereka serta menaja aktiviti ini agar keselamatan anak buah dan pekerja mereka lebih terjamin dari menerima ancaman dari si prilaku jenayah dipersekitaran mereka.

Ini merupakan aktiviti kebajikan penting yang wajar diberikan perhatian untuk dianjurkan oleh pihak majikan ditempat kerja.

Permohonan menganjurkan event ini bolehlah dibuat melalui personal berikut:

Inisiatif,
Mahathir Manan
(Ketua Cawangan BERSATU Merlimau Utara)
Proses penajaan – sila daftar keahlian anda di Merlimau Utara.

Call: 017-377 8616
(Cikgu Mahathir – Ketua Jurulatih- Daftar)

Penghargaan Khas,
YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka

Info:

Penyelaras Event
SU CAWANGAN PARIT PUTAT
Whatapp: 019-889 5503
E-mail: info@melakaonline.org
Web: https://melakaonline.org

Program Beladiri Wanita Srikandi di R&R Sungai Rambai berjaya mencari jurulatih Beladiri untuk program akan datang

Jurulatih dan peserta BELADIRI Wanita TOT bergambar selepas mengakhiri kursus semalam

Sungai Rambai 20 Okt 2019 Selesai sudah dan kami menghargainya. Event BELADIRI WANITA yang diadakan sehari bagi mencari jurulatih Beladiri bagi event yang akan datang nanti.

Tahniah dan Terima kasih kepada;

•Ketua Jurulatih Cikgu Mahathir Manan – Chedet Melaka
• Semua Cikgu Jurulatih program TOT ini.
• Semua Urusetia ptogram
• Ira Asha Ibrahim – Ketua Srikandi Kota Melaka – Menyampaikan sijil TOT (Majlis Penutup)
• Dr Yadzir Yaakob – TKB Bahagian Jasin – Telah menyempurnakan Acara Perasmian

  • Datuk Anuar Mohamad Seh – Ketua Bahagian Jasin – Turut datang meninjau event ini disebelah petang.
  • Semua AJK Bahagian Jasin dan AJK Cawangan Parit Putat.
    • Cikgu Jumat Mat Lani – Ketua Cawangan Seri Mendapat.
    • Ketua Ketu Komponen Pakatan Harapan (Ketua Amanah dan PKR) – turut hadir memeriahkan majlis kami.
    • Semua Ketua Cawangan BERSATU yang juga turut sama.
    • Semua Ketua Srikandi, AJK dan ahli masing masing yang hadir sebagai peserta program ini

Terima Kasih Khas;

Mejar (B) Mohamad Rahim Osman,
Ketua Cawangan Parit Putat,

Setinggi Tinggi Penghargaan;

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Ketua Pimpinan BERSATU Melaka.

Ira Ibrahim – Ketua Srikandi Kota Melaka menyampaikan sijil kejurulatihan dan sijil penyertaan dari Ketua Pimpinan BERSATU Melaka
Ketua Jutulatih, Mahathir Manan menyampaikan taklimat dan tunjuk ajar kepada pelatih kursus

DUN SG RAMBAI – CAWANGAN BERSATU SERI MENDAPAT MENJADI TUMPUAN ARMADA SELURUH MELAKA HARI INI DALAM AKTIVITI & SEMANGAT KESUKANAN

Sukan membawa rakyat Malaysia kepada bersatupadu tanpa prasangka

ARMADA DUN SUNGAI RAMBAI BERJAYA MENYATUKAN MEREKA DIPANDANG BOLA SEPAK DI CAWANGAN SERI MENDAPAT:

Seri Mendapat 19 OKT 2019 Sedang berlangsung kini ialah event Bolasepak Penalti Armada Seri Mendapat DUN SUNGAI RAMBAI, MELAKA. Jumlah penyertaan seramai 70 team dari pelbagai Cawangan dan pemain seluruh Melaka.

Terima kasih dan tahniah kepada barisan ARMADA DUN Sungai Rambai dan Bahagian Jasin yang telah mengelola program ini dengan baik.

Program telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha Bahagian Jasin (Pak Uban) pagi ini tadi.Tahniah Cikgu Jumat Mat Lani, Ketua Cawangan BERSATU SERI MENDAPAT dan Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, Ketua Cawangan BERSATU PARIT PUTAT diatas kejayaan mengumpul sekitar 700 orang pemuda ARMADA samada menjadi pemain atau penyokong sempena Hari Sukan Negara ini.

Pertandingan mewarna juga turut memeriahkan program kali ini

Selain aktiviti bersukan, anak anak pula mengambil peluang mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan mewarna yang turut diadakan di tapak pertandingan yang sama di padang bola Kampung Seri Mendapat, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Persatuan Petani Muda Kg Sungai Rambai, Melaka; Kampung Parit Sidang Seman Kampung Warisan berusaha menjana ekonomi pemuda di desa.

Sungai Rambai 12 OKT Pemuda Kampung Warisan itu kini dalam perancangan penyatuan tenaga anak muda bagi mengukuhkan kembali ekonomi Kampung khususnya memberi fokus kepada anak-anak muda bagi menyatukan mereka di dalam satu pertubuhan yang dipanggil Persatuan Tani Anak Muda Kampung Sungai Rambai.

Projek pertanian yang kini diusahakan di Kampung Warisan, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai.

Persatuan yang baru ditubuhkan itu terbuka kepada seluruh penduduk kampung khususnya pemuda dan antara aktiviti utama mereka ialah dalam menjana ekonomi penduduk kampung antaranya ialah projek berkelompok tanaman nenas hybrid.

Projek pengeluaran bahan bahan pertanian lain ialah dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita yang kebanyakannya masih sangat rendah kadar sara diri negara iaitu sekitar 20-30 peratus sahaja.

Di samping itu Persatuan ini juga akan memfokuskan tentang industri asas tani IAT lainnya seperti pengeluaran minuman diproses dari nanas; dan buat masa ini telah menjadi diantara projek utama ‘up stream’ dan ‘juga down team’ aktiviti dari bahan makanan pertanian yang sedang dimajukan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia MoA dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita.

Pak Abu menunjukkan baka halia Bentung yang juga akan dikembangkan selain tanaman nanas kepada anak muda di kampung beliau

“Anak muda boleh dijadikan tulang belakang kepada kemajuan kampung dalam bidang pertanian yang ketika ini kurang mendapat sambutan berbanding industri pembinaan, pembuatan dan pelancongan di Melaka” kata Abdul Rashid Bahari ketika dihubungi pihak media yang ingin mengetahui tentang perkembangan terbaharu aktiviti ARMADA di DUN Sungai Rambai.

Pemuda menjadi tulang belakang dalam memperkasakan ekonomi pertanian di Sungai Rambai pada masa akan datang

Tanaman nanas dipilih menjadi projek perintis Pemuda di Sungai Rambai dengan bantuan khidmat nasihat penanaman nanas dan pemasarannya melalui pengalaman dan ilmu perniagaan yang diwar-warkan oleh Cikgu Jumat Mat Lani iaitu Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat; yang dicadangkan menjadi peneraju kepada industri tanaman nanas Bumiputra di Daerah Jasin dan Melaka.

Cikgu Jumat ketika memberikan penerangan tentang peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada pemuda di desa
Khidmat nasihat dari peneraju Cikgu Jumat dan pengembangan oleh Jabatan Pertanian dijangka akan melonjakkan penawaran nanas di Melaka

Program kejurulatihan ‘Beladiri Wanita’ akan diadakan di RTC Sungai Rambai.

Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan ketika Majlis pelancaran program beladiri wanita yang telah diadakan di DUN Sungai Rambai baru-baru ini

RTC SUNGAI RAMBAI – Program yang julung kalinya ini akan diadakan di RTC Sungai Rambai pada 20 Oktober 2019. Seramai 30 orang pelatih bela diri telah didaftarkan oleh pihak urusetia program dan akan menjalani latihan untuk diiktiraf menjadi jurulatih bertauliah pada penghujung program sehari yang bermula dari jam 8 pagi itu.

Proses mendaftar bakal pelatih sedang giat dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pelatih agar berupaya memenuhi keperluan minimum seperti disyaratkan oleh urusetia program; YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof iaitu Ketua Badan Pimpinan PARTI Bersatu Negeri Melaka akan menganugerahkan sijil penyertaan dan sijil kompetensi kepada mereka.

Jurulatih beladiri menunjukkan pelbagai teknik pertahanan diri ketika berhadapan dengan musuh

Program di TOT ini bukan berakhir pada tarikh tersebut sahaja kerana beberapa Siri program berkaitan dengan beladiri wanita akan diadakan setiap bulan melibatkan ahli srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta orang ramai yang berminat mengetahui tentang selok-belok mempertahankan diri ketika secara terdesak mendapat ancaman oleh mereka-mereka yang berniat untuk menganiaya mana-mana wanita yang dianggap lemah dan merasakan mudah bagi mereka mengambil kesempatan terhadap kaum hawa ini.

Orang ramai masih boleh menghubungi pihak urusetia program bagi mendapatkan tempat bagi menyertai latihan pada 20 Oktober ini atau pada mana-mana tarikh yang telah dijadualkan yang akan diadakan nanti. Sila berhubung dengan nombor;

0173778616 – Encik Mahathir bin Manan,

Beliau merupakan ketua jurulatih bagi program beladiri wanita ini, atau boleh juga memohon menghadiri program melalui Ahli Jawatankuasa Bersatu Cawangan Parit Putat, DUN Sungai Rambai.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon manakala makanan di sepanjang program sehari tersebut disediakan oleh pihak penganjur. Pemohon bolehlah mendapatkan borang permohonan menyertai program beladiri wanita dengan menghubungi nombor yang tersebut di atas.

Pelbagai berita mengenai program bela diri wanita yang pernah dianjurkan oleh pihak urusetia program

Mahathir Manan otai awal BERSATU mulai aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilancarkan di DUN Sungai Rambai.

Mahathir Manan bersama SETPOL Menteri ketika pelancaran event tersebut

“BELADIRI WANITA” DILANCARKAN OLEH SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI DUN SG RAMBAI:

Majlis pelancaran Event Beladiri Wanita telah disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, Ketua Cawangan Parit Putat, pagi tadi di Kg Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Mohamad Rahim menerima plug program Biladiri Wanita dari Ketua Jurulatih Mahathir Manan sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat, Cikgu Hj Mutalib Che Man

Turut hadir ialah Srikandi BERSATU dan AJK Cawangan di DUN Sungai Rambai. “Program ini dilihat sangat menarik dan penting dipelajari oleh semua wanita bagi mempertahankan diri ketika menerima ancaman, elok kita sediakan payung sebelum hujan” ujar Mak Yam, wakil Srikandi dari Bahagian Masjid Tanah yang terpanggil untuk hadir bagi meninjau tentang event yang diadakan hari ini.

Event TOT Jurulatih Beladiri sehari yang paling terhampir pula dijangka akan diadakan di RTC Sungai Rambai pada 20 Oktober 2019 ini. Ianya bagi mencari bakal jurulatih untuk persiapan menjalankan aktiviti dibanyak tempat secara sukarela itu.

Borang permohonan untuk menjadi pelatih sedang diedarkan kepada yang berminat, jumlah peserta sangat terhad dan akan bergantung kepada siapa yang awal memohonnya.

Penaja yang berminat membantu mengembangkan aktiviti kemasyarakatan ini bagi membantu kaum hawa mempelajari teknik pertahanan diri ketika diancam dan membentuk jatidiri dan kesetiaan bolehlah juga menghubungi pihak penganjur melalui;

Nazri Adan, Setiausaha BERSATU Cawangan Parit Putat – Nombor Talipon 019-8895503

Anda juga digalakkan dengan meninggalkan komen di webpage ini atau Facebook MediaP134mt dan lain lain webpage hebahan kami atau bolehlah juga whatapp kami di nombor 0139335503 ini juga untuk mendapatkan keterangan lanjut dan kami akan hantarkan borang permohonan penajaan atau menyertai event-event anjuran program kemasyarakatan kami yang akan diadakan secara berterusan dipelbagai lokasi seluruh Malaysia.

Ketua Cawangan Parit Putat yang juga Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Jasin ketika melancarkan program yang dijangka akan berterusan itu