Advertisements

Kategori: Pemilihan Parti

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan dijangka bertanding untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Jasin dalam pemilihan parti itu Februari tahun hadapan.

Rahim bergambar bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah serta Ketua Pimpinan Bersatu Negeri Melaka

Mejar (B) Muhammad Rahim bin Osman iaitu Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dijangka akan bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Jasin itu yang telah dijadualkan akan berlangsung pada bulan Febuari tahun hadapan.

Setiausaha Cawangan BERSATU Parit Putat, Nazri Adan ketika mengumumkan perkara tersebut kepada kru media menyatakan, pengesahan pertandingan Ketua Bahagian Jasin tersebut pagi tadi bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan ketua bahagian Jasin yang masih kosong kini kerana Ketua Bahagian (lantikan) yang disandang sebelum ini telah meninggalkan jawatan tersebut kira-kira setahun yang lalu.

Nazri Adan – Setiausaha Cawangan Parit Putat, Sungai Rambai yang ditemui kami di Pejabat Pendaftaran Negara, Cawangan Sungai Rambai semalam

Menurun Nazri lagi jawatan Ketua Bahagian itu kini telah dipangku oleh Saudara Anuar Mat Seh, sementara jawatan tersebut dapat diisi semula oleh sesiapa sahaja yang akan bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian Jasin pada pemilihan parti itu yang dijangka berlaku awal tahun 2020.

Anwar Mat Seh – Pemangku Ketua Bahagian Jasin ketika ini

Muhammad Rahim yang telah dipilih selaku Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat DUN Sungai Rambai dalam Mesyuarat Penubuhan Bersatu itu baru-baru ini, adalah merupakan muka lama dan pejuang awal parti itu semenjak Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM telah ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun yang lalu.

Advertisements

Cikgu Juman dipilih selaku Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat.

Seri Mendapat Jasin, 03 OKT – Malam tadi baru sahaja berlangsung Mesyuarat Penubuhan Cawangan Seri Mendapat. Cikgu Juman secara sebulat suara telah dilantik menerajui BERSATU cawangan tersebut. Tahniah diucapkan.

“Kita bercadang merubah misi anak muda (Armada) agar memberi fokus untuk berjaya meneruskan usaha masing masing dalam menjadi usahawan yang dinamik dan mentransformasi minda mereka agar berjaya sebelum mencapai usia 45 tahun lagi” ujar Juman ketika berucap dihadapan mejoriti penyokongnya malam tadi.

Juman (pesara guru) yang kini berlatarbelakang sebagai usahawan dan pemimpin dibeberapa gerakan koperasi berucap selepas diisytiharkan sebagai Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat

Semoga barisan kepimpinan baru ini dengan daya kepimpinan korporat, melalui Ketua Cawangan baru ini nanti berupaya mertabatkan masyarakat agar menyokong PPBM sekaligus membawa anak muda kearah bidang usahaniaga dan keusahawanan; demi kesejahteraan masyarakat di Felcra Seri Mendapat.

Menurut Haji Mutalib Cheman, Timbalan Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat yang turut hadir dan ketika diminta memberikan pendapatnya bagi mengulas mengenai mesyuarat penubuhan Cawangan Seri Mendapat itu pula berkata, “Saya bagi pihak Ketua Cawangan saya iaitu Tuan Mejar (B) Mohamad Rahim Osman mengucapkan tahniah kepada barisan AJK yang telah diberikan mandat serta amanah oleh rakyat di Felcra Seri Mendapat malam ini agar terus berusaha memperkasakan parti serta melaksanakan agenda demi kesejahteraan rakyat”.

Laungan Hidup Pak Wan
Mutalib tekun mendengar ucapan penangguhan mesyuarat oleh wakil Cawangan Seri Mendapat
Tetamu yg datang memberikan sokongan terhadap Penubuhan Cawangan Seri Mendapat
Santai selepas mesyuarat ditangguhkan

“Barisan AJK baru ini juga dilihat akan terus memberikan sokongan jitu kepada kepimpinan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Ketua Pimpinan BERSATU Negeri Melaka” ujar saudara Mahathir Manan pula apabila ditanya tentang kehadirannya sebagai pemerhati sahaja dan ingin melihat perkembangan mesyuarat ini walaupun masih ahli di Cawangan BERSATU Parit Putat dan kini menjadi Ketua Penaja di Cawangan Merlimau Utara pula; iaitu Cawangan pertama yang cuba dibuka di DUN Merlimau akibat desakan dan semangat ingin melihat BERSATU bertambah mantap di Melaka.

Saudara Kalah Husin pula berkata, beliau ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah dipermudahkan urusan ini walaupun perancangan awal mesyuarat telah ditunda ke tarikh 03 Oktober, manakala tempat mesyuarat juga telah terpaksa juga berubah dari Balai Raya Kg Seri Mendapat kelokasi lain akibat masalah teknikal disaat akhir, sebelum mesyuarat penubuhan cawangan Seri Mendapat ini dapat dimulakan dalam semangat kekeluargaan BERSATU.

DUN SUNGAI RAMBAI
PARLIMEN JASIN

SETIAUSAHA POLITIK MENTERI TERPILIH SEBAGAI KETUA CAWANGAN PPBM DI KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

Mejor (B) Mohamad Rahim Osman kini adalah Ketua Cawangan BERSATU Sungai Rambai

SETPOL MENTERI SECARA RASMI DILANTIK SEBAGAI KETUA CAWANGAN BERSATU PARIT PUTAT, DUN SUNGAI RAMBAI, MELAKA:

SUNGAI RAMBAI – politik BERSATU telah mengambil alih secara demokrasi di Cawangan Parit Putat, Sungai Rambai Melaka dalam mesyuarat penubuhannya baru baru ini.

Ketua Cawangan yang telah dilantik secara sebulat suara tanpa bantahan ialah Tuan Mejar (B) Mohammad Rahim Osman.

Sehingga kini hanya Cawangan Parit Putat sahaja yang secara rasmi telah ditubuhkan di DUN Sungai Rambai dan tersenarai dalam sistem; selain dari 10 Cawangan lain di BERSATU Bahagian Jasin, Melaka.
Rujuk: https://pribumibersatu.org Dalam sistem permohonan keahlian baru BERSATU di Malaysia.

Antara barisan AJK yang telah dilantik adalah:

√ Ketua Cawangan – Mejor (B) Mohamad Rahim Osman.

√ Timbalan Ketua Cawangan – Tuan Hj Abdol Mutalib Che Man.

√ Setiausaha – Nazri Adan (Atok)

Senarai penuh AJK Kg Parit Putat dan agenda yang telah dibincangkan bolehlah dirujuk melalui laman web berikut:

https://melakaonline.org

Selamat maju jaya dan usahakanlah untuk kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di DUN Sungai Rambai, Melaka.

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambuat ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia pada 31 Ogos ini.

Semasa negara diperintah oleh Jepun dahulu rakyat katanya sangat susah tidak seperti semasa kita dijajah oleh Barat. Ketika itu emak ayah kita hanya dapat makan ubi kayu dengan dicecah sambal belacan sahaja, minum pun sekadar kopi O manalah ada nescafe. Jika kita masih sedar diri lagi tak mengapalah, maknanya sudah tentu minda kita tidak mungkin dijajah lagi manakala dengan kekuatan ekonomi Malaysia kini berbanding sezaman Tengku Abdul Rahman, sepatutnya kini lebih berperinsip atau bukan mudah dijolok atau dibeli dengan wang ringgit.

Keutamaan kita adalah untuk memastikan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Barat, yang membodohkan emak bapak kita dahulu. Ramai pula yang kena makan penampau Jepun ketika itu, kenapa mereka takut sangat dengan bangsa Jepun yang kurang tinggi itu?, malangnya sekarang ini pantang silap sikit sahaja sesama Melayu Islam pula tu, mungkin contohnya ahli parti yang tidak dijemput, bukan sengaja cuma terlepas pandang dalam menghadiri mesyuarat dan penilihan Cawangan itu pun, boleh jadi sehingga boleh putus saudara atau anak beranak pun sampai bertahun lamanya tidak lagi bertegur sapa.

Setiap hari kita boleh dapat membaca dari FB, asyek nak berkelahi sahaja, bukanlah kes serius sangat, mugkin sekadar kerana ayam yang dipelihara secara tidak beradap telah terberak dianjung rumah jiran, sehingga hari raya pun mereka belum tentu mohon maaf bagi pihak Ketua Pimpinan meek.sesama Melayu pun lagi kuat berperangnya.

Panjang atau rendang Si Samurai itu, mereka tidak kira, semangat mereka kental, berani mati, sehingga tercatat juga namanya di negara kita kerana kejayaan mereka itu dapat menawan Tanah Malaya walaupun tempuh mereka menjajah kita tak berapa tahun, tidak lama. Diceritakan oleh orang Melayu dimana mereka itu lebih pendik dari ketinggian askar Melayu.

Tetapi tetap kuat semangat dan berani walaupun untuk berperang, kenalah kita sadar diri sikit.

Dalam berbual bual bersama penggerak awal dan pimpinan yang baru menyertai kita tu, sempat juga dalam bergurau dia orang kata betul kah , buah dah nak jatuh????? Manalah aku faham kalu cakap berkias ini. Ada juga yang tanya bila agaknya Pak Wan nak datang Sungai Rambai???, dia orang dah rindulah agaknya tuh.

Dalam pada senyap sunyi bila dak Mat menyebut, semenjak janji tak jadi datang dalam Raya Puasa, Raya Haji pun dia banyak di Masjid Tanah, bunyi macam melenguhhh…., agaknya musim buah nak jatuh ni, adalah banyak sikit manalah tahu tak kan musim durian yang gugur pun dah penghujung musim, pasal dulu Dak Mat kata anak anak tak dapat makan buah juga pasal anak ramai yang bersekolah, bapak susah, terpaksa dipajak kebun durian tu dengan Hj Dolah atau Dak Kuan; Tawkey Cina yang sanggup hidup hanya sekeluarga atau dua sahaja pun tetapi tetap jadi tokeh membeli getah keeping dan lantun dari kita. Pada hal hanya menumpang di atas tanah orang Melayu yang mereka pajak untuk tempuh yang lama kalau tak silap lebih 20 tahun agaknya.

Kita ketika itu tinggal sekampung dengan aman damai bersama masyarakat Melayu di Kampung Warisan Kg Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai itu. Tetapi kini masa telah berlalu begitu pantas tanpa dirasakan. Tokey Kuan dan Ah Bah dah cukup kaya dengan rumah macam Istana dan ada keupayaan membeli dan membina banglo di kampung sebelah.

LAIN DAHULU LAIN SEKARANG

Kalau dahulu ada juga YB Asan, jika sesak sesak pun boleh kuit colet dia dapat gak 50 pun kira ok kata Kamal yang tak genti genti nyanyi buah nak jatuh dah, tiba tiba Ustaz Talib mencelah, Atuk Asan kan ke tengah susah tiap bulan nak jumpa Toyah, jangan kau mengharaplah Kelah, celah Ustaz Talib seraya menunjukkan surat terbang dalam phone yang dia beli di zaman Perang Gokam dulu tuh. Si Kelah bawak surat pajak Ustaz sampai sekarang ni dah jam 5.30 pm pun terus dah ghaib pulak !, aduh itu aja nampaknya bolehlah buat penahan napas yg rasanya cepat boleh pakai.

Sabau sabau kata Ustaz Usop, Menteri Sungai Gambai tu ko tak risik ke? katanya. Ehh Menteri mana pulak aku kata. Tu yg selalu datang UTC sama Mak Tiri kau lah ! tambah Usop. Usah buat cerita mengabunglah Ustaz !, aku ni nyanyi kompang dah kuat meleetop letop kompang tu aku kerja kan. Lain citer tak ada ke? tambah aku tutup gulung mesyuarat kedai sempang malam tadi.

Bahagian Masjid Tanah mendahului jumlah pembukaan Cawangan PPBM berbanding Bahagian BERSATU lain di Melaka

Sehingga kini lebih 11 Cawangan parti BERSATU telah sah dibuka di Bahagian Masjid Tanah. Sementara itu 4 lagi Cawangan iaitu di Bahagian Tangga Batu juga telah mengadakan Mesyuarat Cawangan mereka pada minggu lalu. Bahagian Jasin; 1 Cawangan iaitu Cawangan Parit Putat, yang telah bersidang beberapa bulan yang lalu,

Gambar ketika mesyuarat 6 cawangan di Japerun Lendu hari semalam

– dikatakan berkemungkinan telah terbatal akibat masalah dokumen yang tidak lengkap yang diserahkan ke Bahagian Jasin.

Gambar kenang kenangan semalam bersama Pak Wan

Kami dimaklumkan adalah menjadi prasyarat agar semua Bahagian BERSATU digalakkan menambah jumlah ahli serta Cawangannya. Hanya Bahagian yang mempunyai 10 atau lebih Cawangan yang sah menurut ROS Pendaftar Pertubuhan sahaja yang akan layak dikategorikan sebagai Pemilih dalam Perhimpunan parti itu nanti. Jika sebaliknya mereka hanya akan menjadi pemerhati sahaja.

Persiapan Terakhir oleh Urusetia Pemilihan di Dewan Japerun Lendu, Majid Tanah

Sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan lanjut tentang penubuhan Cawangan dari Bahagian BERSATU yang lain seperti Bahagian Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Kota Melaka. Kami akan kemaskini maklumat sekiranya mendapat perkhabaran sahih dari Bahagian berkenaan. Kami jangka ada Cawangan di Bahagian yang telah bermesyuarat beberapa bulan yang lalu.

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika merasmikan mesyuarat tersebut pada 04 Ogos 2019 yang lalu

Momentum bagi Mesyuarat Cawangan agak sejuk sebelum ini walaupun kebanyakan Bahagian telah menerima kelulusan dari pihak ROS, sebahagian besarnya kelulusan tersebut dahulu telah tamat tempuh hayatnya kerana tidak mengadakan mesyuarat. Masalah ini timbul akibat proses pemilihan peringkat Bahagian dan Pusat telah ditangguhkan beberapa kali, menurut beberapa orang ahli BERSATU yang kami hubungi.

Arahan Perhimpunan yang bertukar tukar inilah mengakibatkan proses penubuhan Cawangan dilengahkan, yang sepatutnya masa yang lama itu sebaiknya digunakan untuk mengumpul lebih ramai ahli dan juga memberikan masa kepada Ketua Ketua Bahagian (Lantikan) agar dapat menubuhkan lebih banyak cawangan.

Kami juga difahamkan bahawa Tun M sering memberikan teguran kepada ahlinya terutama penggerak awal agar tidak menyekat kemasukan ahli baru tidak kira dari UMNO atau lain lain parti. Ini terjadi akibat ahli yang lama dalam BERSATU cuba menghalang ahli baru dari menguasai Cawangan dan Bahagian serta menolak kepimpinan ahli lama yang sedia ada.

Ini khususnya bagi mereka yang telah berjuang sebelum PRU14 lagi yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan UMNO BN ketika itu. Menurut Tun M seseorang pemimpin BERSATU perlulah mempunyai ramai pengikut dibelakangnya. Tanpa pengikut maka seseorang itu tidak sesuai dipanggil pemimpin.

Bersambung..

Amalan Demokrasi Tetap Segar Diamalkan parti BERSATU di Bahagian Masjid Tanah.

Mesyuarat untuk 6 buah Cawangan BERSATU lagi akan diadakan pada hari ini. Manakala dimaklumkan sebelum ini beberapa cawangan telah bermesyuarat lebih awal termasuk di Cawangan Kampung Pinang dimana Ketua Bahagian Masjid Tanah (Lantikan) iaitu YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan, dan beberapa AJK lainnya telah terpilih di Cawangan tersebut ketika itu.

Beberapa orang calon dan muka baru telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan di peringkat cawangan, malahan ada diantara mereka telah mulai menonjolkan diri ke peringkat Bahagian. Selain itu kami menjangkakan ramai akan dicalonkan dan mencuba nasib masing masing seawal pagi ini.

Antara calon dijangka popular yang disebut orang ramai mungkin akan bertanding ialah Saudara Khatib Salam, beliau adalah penggerak awal yang telah membawa masuk ramai ahli baru BERSATU khususnya dari Cawangan Sungai Baru Hulu, Masjid Tanah.

Menurut orang ramai, beliau berkemungkinan akan ditentang oleh Team B yang mungkin menjadikan persaingan 3 penjuru termasuklah Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah sendiri iaitu Saudara Nazri Ramli. Apapun dan siapakah yang sebenarnya akan bertanding, kita perlu tunggu sehingga diakhir Mesyuarat Cawangan Cawangan itu nanti.

Jadual Aturcara pemilihan pagi ini adalah seperti berikut:

Pendaftaran & pencalonan : jam 9 – 11 pagi

Perasmian : jam 11 – 11.30 pagi

Pemilihan : jam 11.30 pg – 2.30 ptg

Sebarang perkembangan lanjut mengenai program ini akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.

Setakat ini terdapat sedikit masalah teknikal tentang senarai daftat nama ahli ahli BERSATU di Bahagian Masjid Tanah yang berlaku banyak pertindihan sehingga seorang ahli mempunya 2 hingga 4 nombor ahli seperti tercatat dalam daftar keahlian yang dikemukakan kepada urusetia acara. Semoga ianya tidak menjadi halangan terhadap kelancaran mesyuarat Cawangan ini nanti.

Tiada rahsia lagi.