Advertisements

Kategori: Negara Usahawan

Tun M perjelaskan isu kekeliruan istilah tidak patut diperbesarkan oleh pembangkang

Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

 Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

Sila perbetulkan persepsi tentang istilah ‘kereta terbang’

Langkawi semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun meminta rakyat Malaysia terutama parti pembangkang memperbetulkan persepsi mereka berhubung istilah projek dron besar – di bawah pemudah cara Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diketuai Datuk Mohd Redzuan Yusof.

Hanya kerana kekeliruan isu istilah, projek dron tersebut dikritik hebat oleh pembangkang sehingga sering diuar-uarkan mereka sebagai `kereta terbang’.

Padahal, kata Perdana Menteri, istilah sebenarnya adalah dron besar atau super drone (air mobility) yang boleh membawa penumpang.

Ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah itu, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan Mohd Redzuan dalam membangunkan projek super drone berkenaan.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima,” kata Perdana Menteri.

Kita akui, mana-mana pembaharuan di sesebuah negara biasanya akan menempuh kritikan daripada pembangkang di negara berkenaan. Tetapi tidaklah seteruk penangan pembangkang di Malaysia, yang akan sentiasa memperlekeh atau memutarbelitkan kebaikan dan manfaat sesuatu pembaharuan.

Namun bak kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, Menteri yang mengetuai MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini pun telah membetulkan istilah `kereta terbang’ berkenaan kepada super dron. Malangnya dek terikut-ikut propaganda parti pembangkang, mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) peliknya turut menghentam rakan sendiri.

Memasuki tahun baharu 2020 tidak sampai sebulan ini yang penuh cabaran getir dalam daya saing kerajaan untuk meletakkan kembali ekonomi negara di landasan kukuh, pembangkang terutamanya haruslah bersikap terbuka dan positif kepada sebarang idea pembaharuan.

Lagipun dalam projek dron besar (super drone) ini, MED hanya menjadi pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri terutama dalam aspek sokongan industri dan kapasiti syarikat tempatan dalam membangunkan industri ini.

Kerajaan atau MED sendiri tidak memberikan sebarang dana dalam projek super drone ini dan ia adalah 100% dibiayai oleh syarikat tempatan tersebut iaitu Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

Seperti yang dinyatakan juga oleh Kamarul A Muhamed iaitu pemilik syarikat AVSB, tiada dana langsung diberikan oleh kerajaan untuk projek Air Mobility ini. Malah, AVSB turut mengalu-alukan sebarang audit untuk projek tersebut.

Juga, MED bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam sektor yang sama. Bukan hanya AVSB. Sebab itu, MED hadir memberi sokongan kepada syarikat tempatan lain seperti EastCap Bhd (syarikat tempatan yang sedang bekerjasama dengan EHang Intelligent Equipment) untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di negara ini.

Dalam hal ini, ramai juga yang keliru dan menyangka EastCap Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan super dron pertama anak tempatan. Walhal, tidak sama sekali. Yang betul dan dimaksudkan itu adalah Aerodyne Ventures Sdn Bhd.

Bahkan, dalam projek super drone ini, MED menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 bagi memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Advertisements

Fitnah boleh merosakkan masa depan bangsa dan menjejaskan kesejahteraan negara – Melakaonline.org

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian dron dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI) tempatan, Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed, berkata perbincangan awal yangmelibatkan pihaknya dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada awal tahun ini menegaskan inisiatif itu adalah semata-mata untuk menyumbang dalam pembentukan masa hadapan negara.
“Saya tidak jangka ia akan jadi sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi tadi.

Beliau turut menegaskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah memanggil mana-mana wakil Aerodyne untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan mobiliti udara.
Bagaimanapun, katanya, syarikat itu menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun pelaburan tersebut adalah adalah 100 peratus bagi pembangunan perniagaan dron.

Katanya, pembangunan UAM juga ditangguhkan sejak Ogos 2019 untuk memberi fokus dan tumpuan penuh kepada teras perniagaan Aerodyne di peringkat global.

Dialog Rakyat dan Jabatan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Sungai Rambai 10 NOV 2019 Dialog antara penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Melaka telah diadakan bagi membincangkan halatuju negara dan peranan orang ramai dalam merealisasikan Dasar Agromakanan Negara.

Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Melaka telah hadir bersama Pegawai Pertanian Merlimau telah memberikan penjelasan kepada hadirin tentang peranan yang dimainkan oleh Jabatan dalam memenuhi tuntutan Dasar tersebut serta aktiviti terkini yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Pelbagai persoalan telah dikemukakan oleh orang ramai antaranya ialah berkaitan dengan isu dan masalah dalam melaksanakan projek pertanian masing masing. Setiap isu telah dijawab dan diterangkan oleh Encik Abdul Razak. Moderator bagi majlis dialog ini ialah Saudara Nazri Adan iaitu Setiausaha kepada Persatuan Sukarelawan Komuniti Sungai Rambai.

Persatuan Petani Muda Kg Sungai Rambai, Melaka; Kampung Parit Sidang Seman Kampung Warisan berusaha menjana ekonomi pemuda di desa.

Sungai Rambai 12 OKT Pemuda Kampung Warisan itu kini dalam perancangan penyatuan tenaga anak muda bagi mengukuhkan kembali ekonomi Kampung khususnya memberi fokus kepada anak-anak muda bagi menyatukan mereka di dalam satu pertubuhan yang dipanggil Persatuan Tani Anak Muda Kampung Sungai Rambai.

Projek pertanian yang kini diusahakan di Kampung Warisan, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai.

Persatuan yang baru ditubuhkan itu terbuka kepada seluruh penduduk kampung khususnya pemuda dan antara aktiviti utama mereka ialah dalam menjana ekonomi penduduk kampung antaranya ialah projek berkelompok tanaman nenas hybrid.

Projek pengeluaran bahan bahan pertanian lain ialah dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita yang kebanyakannya masih sangat rendah kadar sara diri negara iaitu sekitar 20-30 peratus sahaja.

Di samping itu Persatuan ini juga akan memfokuskan tentang industri asas tani IAT lainnya seperti pengeluaran minuman diproses dari nanas; dan buat masa ini telah menjadi diantara projek utama ‘up stream’ dan ‘juga down team’ aktiviti dari bahan makanan pertanian yang sedang dimajukan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia MoA dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita.

Pak Abu menunjukkan baka halia Bentung yang juga akan dikembangkan selain tanaman nanas kepada anak muda di kampung beliau

“Anak muda boleh dijadikan tulang belakang kepada kemajuan kampung dalam bidang pertanian yang ketika ini kurang mendapat sambutan berbanding industri pembinaan, pembuatan dan pelancongan di Melaka” kata Abdul Rashid Bahari ketika dihubungi pihak media yang ingin mengetahui tentang perkembangan terbaharu aktiviti ARMADA di DUN Sungai Rambai.

Pemuda menjadi tulang belakang dalam memperkasakan ekonomi pertanian di Sungai Rambai pada masa akan datang

Tanaman nanas dipilih menjadi projek perintis Pemuda di Sungai Rambai dengan bantuan khidmat nasihat penanaman nanas dan pemasarannya melalui pengalaman dan ilmu perniagaan yang diwar-warkan oleh Cikgu Jumat Mat Lani iaitu Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat; yang dicadangkan menjadi peneraju kepada industri tanaman nanas Bumiputra di Daerah Jasin dan Melaka.

Cikgu Jumat ketika memberikan penerangan tentang peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada pemuda di desa
Khidmat nasihat dari peneraju Cikgu Jumat dan pengembangan oleh Jabatan Pertanian dijangka akan melonjakkan penawaran nanas di Melaka

Kembali ke skim lembu pawah tahun 60-70’an menjelang sambutan seabad suku (125 tahun) Veterinar Malaysia

ALOR GAJAH 26 Sept. – Skim Rezeki Ternak yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dijangka memberi manfaat kepada 1,000 openternak baharu, khususnya dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Lembu dan kambing skim pawah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, skim penambahbaikan daripada ‘Sistem Lembu Pawah’ yang digunakan pada tahun 1960-an dan 70-an itu diyakini mampu menarik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.

“Kita percaya skim baharu ini akan merancakkan lagi industri ruminan dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu meningkat kepada 30 peratus kerana ketika ini industri daging hanya mencapai kadar sekitar 23 peratus SSL (kadar sara diri).

Menerusi skim tersebut pihak kementerian akan membekalkan lima ekor lembu atau 10 ekor kambing kepada setiap keluarga atau peserta dan kita akan melatih mereka menjadi penternak yang berkemahiran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan ke-125 tahun Veterinar Malaysia di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Salahudin berkata, pada peringkat awal 1,000 orang peserta baharu akan dipilih dan diberikan latihan yang secukupnya berdasarkan modul yang bakal disediakan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan institut latihan pertanian di bawah kementerian.

“Pertubuhan Peladang Kawasan pula akan berperanan memantau aktiviti penternak baharu ini supaya kita dapat lahirkan pengusaha yang terlatih pada masa depan sekali gus mengurangkan nilai import daging yang pada masa kini bergantung hampir 77 peratus dari negara luar.

“Bagaimanapun ianya bergantung kepada peruntukan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan bulan depan,” katanya. – BERNAMA

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan melawat projek pertanian DRambai Tani ENT di Kg Sungai Rambai, Melaka

Abdul Rashid Bahari memberikan penerangan tentang kualiti baja siraman yang beliau jual dan digunakan di ladang pertanian yang diusahakannya

Dalam suasana ekonomi di kampung Sungai Rambai sekarang ini, Mejor (B) Mohamad Rahim Osman yang merupakan Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat, Sungai Rambai, Melaka juga berpendapat bahawa aktiviti ekonomi kepada rakyat di desa-desa sementara kini, eloklah juga difokuskan kepada pengeluaran dan usaha meningkatkan kuantiti hasilan produk pertanian sebagai sumber bahan mentah bagi hasilan makanan tempatan, ianya adalah dalam usaha menambah jumlah pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan negara kepada kuantiti makanan yang di import.

Menurutnya lagi bahan pertanian sebagai sumber makanan mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat setiap tahun akibat peningkatan populasi rakyat penduduk negara kita semenjak dahulu lagi. Kadar sara diri negara Malaysia kepada kebanyakan bahan mentah dari petani tempatan masih rendah termasuklah dalam pengeluaran halia seperti yang sedang diusahakan oleh saudara Abdul Rashid kini.

Mohamad Rahim meninjau penanaman pelbagai jenis hasilan pertanian seperti halia, cili dan lain lain tanaman yang sedang diusahakan di Kg Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka

Pendekatan petani yang dengan melibatkan lebih ramai usahawan tani secara berkoperasi di kampung-kampung seperti di DUN Sungai Rambai ini juga sangatlah digalakkan dan diyakini boleh berjaya dalam usaha menyatukan sumber modal yang diperolehi.

Pendapatan akan juga turut meningkat jika usaha dilakukan dengan keluasan tanah yang yang ekonomik; ditambah pula jika usahawan tani itu mengaplikasilan teknologi baru serta mendapat sentuhan bantuan kepakaran bertani cara terbaharu dari mereka yang jelas ada kepakaran yang telah dibuktikan.

Pengurusan koperasi yang mantap boleh diujudkan dengan budaya pengurusan koperasi yang baik dan jujur dalam membentuk rantaian pemasaran yang kompetatif harga pasarannya, berusaha mempelbagai hasil jualan produk termasuk juga pemprosesan produk tambah nilai; serta mengujudkan rantaian serta jaringan sumber input dan kontrak pemasaran yang meyakinkan.

Berbekalkan usaha yang gigih dan bantuan modal seperti dari Tekun National (jika layak) seperti yang dikatakan sedang dipohon oleh Abdul Rashid kini itu akan turut membolehkan sesuatu perniagaan itu menjadi lebih cekap dan berkembang dengan baik, berkemampuan mengaplikasikan teknologi jentera terkini dan menggunakan jentera ladang secara optimum dan yang sesuai itu pula dapat digunakan bagi mengurangkan kos operasi buruh dan sekali gus menambah kecekapan penggunaan kos buruh kerja diladang beliau.

Insyaallah ianya akan membuahkan kejayaan kepada usahawan dan menjanjikan pulangan yang baik kepada pelaburan yang dikeluarkan oleh usahawan atau dalam peegerakan sesebuah koperasi yang menjadi engin ke-3 terpenting dalam memangkin ekonomi negara kita.

Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat mengambil kesempatan meninjau tanah pertanian yang berpotensi lagi ditanam dengan sayuran samada halia, cili dan nanas di DUN Sungai Rambai
Membincangkan usaha usaha ekonomi yang lain dengan Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat

Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pembangunan Usahawan akan bersama penduduk Sungai Rambai dalam program Ziarah Kasih petang ini.

Parit Putat -27 September 2019, selepas Jumaat hari ini beliau akan mengadakan beberapa siri lawatan kerja dan politik ke projek usahawan di sekitar Kampung Parit Sidang Seman, Parit Putat iaitu di DUN Sungai Rambai, Parlimen Jasin.

Perbincangan juga akan diadakan dengan Biro Biro di bawah Cawangan BERSATU Parit Puntat bagi mendepani dan menangani isu rakyat yang berkaitan dengan kebajikan, ekonomi, sukan dan lain-lain yang akan dikemukakan oleh masyarakat di dun tersebut.

Jejak Usahawan Tekun Serkam, Melaka mendapat sambutan diluar jangkaan.

Usahawan Tekun memberikan layanan kepada para tetamu sambil mempromosi hasil keluaran mereka

Serkam- 21 Sep 2019. Program jejak usahawan yang telah diadakan tengah hari tadi yang telah menampilkan Puan Najwa iaitu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia selaku Timbalan CEO Tekun Nasional serta Ahli Lembaga Pengarah Tekun Nasional, Tuan Anuar Mohamad Seh telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan.

Turut hadir juga ialah Pemangku Ketua Bahagian Jasin yang turun kepadang bagi sama-sama memeriahkan Program Jejak Usahawan Tekun tersebut.

Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Jasin

Orang ramai telah diberikan penerangan tentang peranan Tekun dalam membantu mengembangkan perniagaan seseorang usahawan melalui bantuan kewangan dan khidmat nasihat perniagaan. Program bertambah bermanfaat kepada orang ramai apabila Usahawan Jaya dalam bidang-bidang tertentu turut diberi kesempatan menyampaikan ceramah dan khidmat nasihat melalui penerangan yang telah diadakan sebelum majlis berakhir.

Sesi motivasi kepada usahawan tentang ‘kisah benar’ dari usahawan jaya.

Terdahulu dari itu majlis turut mendapat motivasi tentang bagaimana kaedah serta cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya oleh artis yang telah dipilih oleh pihak Tekun Nasional.

“Program yang berlangsung bermula sekitar 12 tengah hari dan telah berakhir dalam jam 2.00 petang ini saya yakin telah mencapai impak yang baik. Saya sendiri merasakan tempoh masa beberapa jam tu tidak mencukupi kerana sepanjang tempoh yang singkat itu telah di penuhi dipenuhi dengan satu cara yang menarik yang dilakukan oleh Tekun Nasional dan dibantu oleh jentera politik dari BERSATU Bahagian Jasin” ujar Puan Fatimah yang pertama kali dijemput untuk hadir dalam program anjuran Tekun itu.

Program bertambah manfaat kepada pengunjung yang hadir apabila ramai usahawan yang mempamerkan pelbagai produk seperti barang kecantikan makanan dan minuman yang berkaitan dengan industri asas tani dan bahan pemprosesan menjurus kepada produk halal.

Promosi bahan makanan minuman tambah nilai
Produk keluaran Bumiputra
Pelbagai produk yang kini telahpun berada di pasaran tempatan
Keluaran tempatan yang berpotensi memasuki pasaran export
Pengusaha barangan kecantikan dari Usahawan Bumiputra juga setanding dengan pengusaha lain di Malaysia
Beliau berpuashati dengan perniagaan yang dijalankan sehingga kini
Puan Najwa yang mesra dengan dipanggil sebagai Wawa telah menyampaikan cenderamata kepada usahawan contoh dalam pelbagai bidang keusahawanan.
Timbalan CEO Tekun National telah menyampaikan hadiah hamper kepada usahawan contoh dalam bidang masing masing
Tahniah dari Tekun kepada kesah benar usahawan tersebut
Read More

Siaran Media: Pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan Pembukaan Semula Pendaftaran Kontraktor Kerja Kelas G1 Bumiputera.
Pak Wan

Banyak juga perkara yang YB Menteri telah buat yang terakhir yang banyak memberikan impak terutamanya kepada golongan B40 untuk menumpang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia.

Pembentukan Dasar Keusahawanan National 2030 juga juga dengan beberapa kerangka penting serta strategi dan inisiatif yang telah diumumkan baru baru ini menjadi haluan untuk rakyat Malaysia membina ruang perniagaan dalam memperbaiki ekonomi keluarga, masyarakat dan negara kita.

Terima kasih kepada,

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Kunjungan Hormat ahli PPBM DUN Sungai Ramai terhadap YB Menteri Pembangunan Usahawan (SETPOL Menteri) di Ames Hotel Ayer Keroh, Melaka.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian BERSATU Jasin dan Ketua Penerangan Jasin.

OBJEKTIF KUNJUNG HORMAT

Perjumpaan ini telah dapat membincangkan beberapa perkara penting bagi menambah kekuatan jentera parti khususnya melibatkan penubuhan Cawangan Parit Putat, Cawangan Batu Gajah dan Cawangan Kg Sebatu. Penggerak DUN juga perlulah beusaha agar Cawangan Parit Perawas dan Cawangan Seri Mendapat juga turut bergerak cergas seiring serta berusaha menyempurnakan penubuhan rasmi Cawangan masing masing nanti.

Proedur mesyuarat wajiblah mengikut semua syarat syatat yang diperlukan oleh PPBM Pusat. Dokumen yang telah lengkap itu kemudiannya bolehlah disahkan oleh KB sebelum dihantar kembali ke Pihak SUA Pusat PPBM, dan juga perlu melalui dan pengesahan dari Ketua Bahagian Jasin.

SUB Bahagian Jasin telah meminta agar diselaraskan semula kerja kerja parti dengan mengarahkan ahli di cawangan Parit Putat agar mengadakan (ulang mesyuarat) dan mengemukan sekali lagi selepas itu suatu dokumen dan lapuran lengkap menyempurnakan Mesyuarat penubuhan Cawangan Parit Putat.

PROSEDUR PENUBUHAN CAWANGAN

Pertimbangan bagi mendapatkan kelulusan dalam mengesahkan akan penubuhan mana mana Cawangan parti tersebut itu akan diuruskan hanya apabila semua syarat wajib telah dipenuhi dan semua dokumen mesyuarat diserahkan kepada SUB dengan lengkap, iaitu melalui suatu prosess yang biasa sepertmana prosedur wajib yang telah diarahkan oleh SUA. Jika segalanya dokumen diisi dengan lengkap, tidak melanggar mana mana prosedur standard dan dalam kedudukan yang teratur; maka bolehlah ianya diserahkan melalui Bahagian ke SUA, sebelum akhirnya ianya akan mendapat pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan ROS.

Keputusan dan perakuan penubuhan sesuatu Cawangan BERSATU kemudiannya akan diserahkan kepada Ibu pejabat parti BERSATU oleh ROS.

Untuk makluman semua, arahan dan notis mengadakan mesyuarat kali ke 2 bagi penubuhan Cawangan Parit Putat ini adalah bagi kali ke 2, ini kerana mesyuarat itu pernah diadakan sebelum ini, tetapi pihak AJK Bahagian terpaksa menolaknya diatas sebab mesyuarat itu telah dibuat tetapi AJK Parit Putat yang pernah dipilih tidak berjaya mengemukakan dokumen dan pengesahan Mesyuarat Cawangan tersebut mengikut peraturan dan garis panduan yang diperlukan oleh SUA.

KEPUTUSAN

  • Mesyuarat perlu diadakan semula di Cawangan Parit Putar.
  • SUB Bahagian Jasin akan mengeluarkan notis bertulis mengenainya.
  • Pengerusi Penaja (YBhg Tuan Mejor Mohd Rahim Osman) diminta mengaturkan semula agar proses penempatan semula cawangan kepada Ahli BRRSATU Parit Putat dilakukan kembali agar Mesyuarat Ulangan berjalan lancar.
  • Setiausaha Penaja (Nazri Adan) dipinta utk mengatur urusan mengadakan semula urusan mengadakan Mesyuarat Penubuhan kembali Cawangan Parit Putat tersebut mengikut SOP yang ditetapkan.
  • Jawatankuasa baru yang akan dilantik semula dikehendaki menyediakan dokumen dan lapuran mesyuarat Cawangan selengkapnya mengikut SOP dan diserahkan kepada SUB Bahagian Jasin.

CAWANGAN PARIT PUTAT TIDAK DAPAT DISAHKAN

Diatas justifikasi itu maka Cawangan Parit Putat sehinggalah kini masih gagal disahkan akibat tidak menghantar dan menyempurnakan lapuran lengkap Mesyuarat Cawangan tersebut; menurut panduan yang telah di tetapkan dan dokumen yang diserahkan oleh AJK terdahulu tidak dapat memenuhi prasyarat yang dikehendaki oleh parti.

PENUTUP

Beberapa orang wakil dari PDM DUN Sg Rambai yang telah dapat hadir kali ini juga telah melapurkan perkembangan semasa proses bagi melengkapkan penubuhan Cawangan ditempat masing masing, juga isu semasa keahlian mengikut peemasalaha dan cabaran dihadapi di beberapa PDM di DUN Sg Rambai, Melaka, Parlimen Jasin.

Bagi memperbaiki ekonomi di DUN sebuah koperasi dicadangkan akan diujudkan bagi melibatkan ahli yang akan didaftarkan mengusahakan pembangunan tanah untuk aktiviti perniagaan yang berupaya menyatukan sumber input pengeluaran untuk diusakan secara berekonomi.