Advertisements

Kategori: Media

Mahathir Manan otai awal BERSATU mulai aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilancarkan di DUN Sungai Rambai.

Mahathir Manan bersama SETPOL Menteri ketika pelancaran event tersebut

“BELADIRI WANITA” DILANCARKAN OLEH SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI DUN SG RAMBAI:

Majlis pelancaran Event Beladiri Wanita telah disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, Ketua Cawangan Parit Putat, pagi tadi di Kg Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Mohamad Rahim menerima plug program Biladiri Wanita dari Ketua Jurulatih Mahathir Manan sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat, Cikgu Hj Mutalib Che Man

Turut hadir ialah Srikandi BERSATU dan AJK Cawangan di DUN Sungai Rambai. “Program ini dilihat sangat menarik dan penting dipelajari oleh semua wanita bagi mempertahankan diri ketika menerima ancaman, elok kita sediakan payung sebelum hujan” ujar Mak Yam, wakil Srikandi dari Bahagian Masjid Tanah yang terpanggil untuk hadir bagi meninjau tentang event yang diadakan hari ini.

Event TOT Jurulatih Beladiri sehari yang paling terhampir pula dijangka akan diadakan di RTC Sungai Rambai pada 20 Oktober 2019 ini. Ianya bagi mencari bakal jurulatih untuk persiapan menjalankan aktiviti dibanyak tempat secara sukarela itu.

Borang permohonan untuk menjadi pelatih sedang diedarkan kepada yang berminat, jumlah peserta sangat terhad dan akan bergantung kepada siapa yang awal memohonnya.

Penaja yang berminat membantu mengembangkan aktiviti kemasyarakatan ini bagi membantu kaum hawa mempelajari teknik pertahanan diri ketika diancam dan membentuk jatidiri dan kesetiaan bolehlah juga menghubungi pihak penganjur melalui;

Nazri Adan, Setiausaha BERSATU Cawangan Parit Putat – Nombor Talipon 019-8895503

Anda juga digalakkan dengan meninggalkan komen di webpage ini atau Facebook MediaP134mt dan lain lain webpage hebahan kami atau bolehlah juga whatapp kami di nombor 0139335503 ini juga untuk mendapatkan keterangan lanjut dan kami akan hantarkan borang permohonan penajaan atau menyertai event-event anjuran program kemasyarakatan kami yang akan diadakan secara berterusan dipelbagai lokasi seluruh Malaysia.

Ketua Cawangan Parit Putat yang juga Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Jasin ketika melancarkan program yang dijangka akan berterusan itu
Advertisements

50 Kejayaan Pakatan Harapan

Peruntukan dana sebanyak RM1 bilion menerusi dasar perumahan untuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) membeli rumah antara pencapaian kerajaan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ia antara 50 pencapaian sejak kerajaan mengambil alih tampuk pentadbiran negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) setahun lalu yang ditonjolkan dalam klip video berdurasi lima minit.

Klip video khas bertajuk ’50 Pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan Dalam Masa Setahun’ itu mengetengahkan pencapaian, prestasi dan kejayaan kerajaan secara ringkas.

Antaranya, peruntukan RM3 bilion untuk melaksanakan tujuh projek di Kedah antaranya pembinaan Lapangan Terbang Kulim, lebuh raya koridor utara, Taman Perindustrian Petrokimia, hub Taman Industri Pembuatan dan Logistik dan perpustakaan digital.

Kerajaan juga tidak mengetepikan pembangunan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang apabila menyediakan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk Kelantan bagi melaksanakan lima projek iaitu menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail, menyiapkan Central Spine Road, jajaran baharu jalan raya Pasir Puteh, Machang, Jeli, Lebuhraya Rakyat 3 dan projek jambatan Palekbang yang terbengkalai sejak 23 tahun lalu.

Turut ditonjolkan pelaksanaan program i-suri, rebat bil elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih.

Kerajaan juga menetapkan harga siling RON95 pada harga RM2.08 seliter, ini bermakna jika harga pasaran melebihi harga siling, kerajaan akan mensubsidikannya.

Bayaran bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan juga antara yang dilaksanakan di bawah pentadbiran PH.

Selain itu, kerajaan menetapkan semula harga minimum getah sekerap pada kadar RM2.50 sekilogram berbanding sebelumnya RM2.20.

Turut dibantu, pekebun kecil RISDA yang menerima bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 dan dibayar dua kali pada Disember dan Januari lalu.