Advertisements

Kategori: Dayasaing

Persatuan Petani Muda Kg Sungai Rambai, Melaka; Kampung Parit Sidang Seman Kampung Warisan berusaha menjana ekonomi pemuda di desa.

Sungai Rambai 12 OKT Pemuda Kampung Warisan itu kini dalam perancangan penyatuan tenaga anak muda bagi mengukuhkan kembali ekonomi Kampung khususnya memberi fokus kepada anak-anak muda bagi menyatukan mereka di dalam satu pertubuhan yang dipanggil Persatuan Tani Anak Muda Kampung Sungai Rambai.

Projek pertanian yang kini diusahakan di Kampung Warisan, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai.

Persatuan yang baru ditubuhkan itu terbuka kepada seluruh penduduk kampung khususnya pemuda dan antara aktiviti utama mereka ialah dalam menjana ekonomi penduduk kampung antaranya ialah projek berkelompok tanaman nenas hybrid.

Projek pengeluaran bahan bahan pertanian lain ialah dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita yang kebanyakannya masih sangat rendah kadar sara diri negara iaitu sekitar 20-30 peratus sahaja.

Di samping itu Persatuan ini juga akan memfokuskan tentang industri asas tani IAT lainnya seperti pengeluaran minuman diproses dari nanas; dan buat masa ini telah menjadi diantara projek utama ‘up stream’ dan ‘juga down team’ aktiviti dari bahan makanan pertanian yang sedang dimajukan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia MoA dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita.

Pak Abu menunjukkan baka halia Bentung yang juga akan dikembangkan selain tanaman nanas kepada anak muda di kampung beliau

“Anak muda boleh dijadikan tulang belakang kepada kemajuan kampung dalam bidang pertanian yang ketika ini kurang mendapat sambutan berbanding industri pembinaan, pembuatan dan pelancongan di Melaka” kata Abdul Rashid Bahari ketika dihubungi pihak media yang ingin mengetahui tentang perkembangan terbaharu aktiviti ARMADA di DUN Sungai Rambai.

Pemuda menjadi tulang belakang dalam memperkasakan ekonomi pertanian di Sungai Rambai pada masa akan datang

Tanaman nanas dipilih menjadi projek perintis Pemuda di Sungai Rambai dengan bantuan khidmat nasihat penanaman nanas dan pemasarannya melalui pengalaman dan ilmu perniagaan yang diwar-warkan oleh Cikgu Jumat Mat Lani iaitu Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat; yang dicadangkan menjadi peneraju kepada industri tanaman nanas Bumiputra di Daerah Jasin dan Melaka.

Cikgu Jumat ketika memberikan penerangan tentang peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada pemuda di desa
Khidmat nasihat dari peneraju Cikgu Jumat dan pengembangan oleh Jabatan Pertanian dijangka akan melonjakkan penawaran nanas di Melaka
Advertisements

Kembali ke skim lembu pawah tahun 60-70’an menjelang sambutan seabad suku (125 tahun) Veterinar Malaysia

ALOR GAJAH 26 Sept. – Skim Rezeki Ternak yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dijangka memberi manfaat kepada 1,000 openternak baharu, khususnya dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Lembu dan kambing skim pawah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, skim penambahbaikan daripada ‘Sistem Lembu Pawah’ yang digunakan pada tahun 1960-an dan 70-an itu diyakini mampu menarik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.

“Kita percaya skim baharu ini akan merancakkan lagi industri ruminan dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu meningkat kepada 30 peratus kerana ketika ini industri daging hanya mencapai kadar sekitar 23 peratus SSL (kadar sara diri).

Menerusi skim tersebut pihak kementerian akan membekalkan lima ekor lembu atau 10 ekor kambing kepada setiap keluarga atau peserta dan kita akan melatih mereka menjadi penternak yang berkemahiran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan ke-125 tahun Veterinar Malaysia di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Salahudin berkata, pada peringkat awal 1,000 orang peserta baharu akan dipilih dan diberikan latihan yang secukupnya berdasarkan modul yang bakal disediakan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan institut latihan pertanian di bawah kementerian.

“Pertubuhan Peladang Kawasan pula akan berperanan memantau aktiviti penternak baharu ini supaya kita dapat lahirkan pengusaha yang terlatih pada masa depan sekali gus mengurangkan nilai import daging yang pada masa kini bergantung hampir 77 peratus dari negara luar.

“Bagaimanapun ianya bergantung kepada peruntukan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan bulan depan,” katanya. – BERNAMA

Saranan pembangkang berkelahi dengan bukan Melayu bukan caranya. Tempalah kejayaan dan kecemerlangan.

Intergriti…

Utk menebus kedudukan Melayu dlm pelbagai dimensi BUKANLAH dgn cara memboikot, menyimpan perasaan dendam kesumat atau berkelahi dgn bukan Melayu spt disarankan pembangkang atau macai2 mrk.

Kedudukan Melayu boleh ditebus dan direstorasikan hanya dgn mempastikan terlaksananya kejayaan dan kecemerlangan Melayu dlm semua bidang dan jurusan !
Kejayaan dan kecermelangan ini hanya boleh dicapai jika Melayu memiliki keazaman, ketekunan, rajin, fokus, amanah, mampan, berdisiplin serta berintergriti dlm apa saja amanah, tugasan dan tanggung jawab yg dipikul atau yg diberikan kpdnya.

Tak kira apa pun tanggung jawab itu samada politik, ekonomi, perkhidmatan awam, pengurusan, penyelidikan, pendidikan, sosial, agama, bertani atau nelayan, perniagaan, keusahawanan dll, yg krusial dan strategiknya adalah Melayu menyempurnakan tanggung jawab itu melalui penghayatan nilai2 unggul saperti yg disebutkan diatas!

Inilah yg dimaksudkan oleh PM bila beliau menyatakan Melayu belum sedar dan masih enggan bekerja. Sabenarnya bukannya Tun M menghina atau memperlekeh bangsa Melayu TAPI ianya satu cabaran atau ledakan utk berubah, sebagai “pembuka mata” kpd bangsa Melayu yg masih ramai lagi sedang terlena dan khayal.

Lihat saja dgn mudah apa yg berlaku di negara ini…. lebih setengah juta warganegara yg masih menganggur kebanyakannya generasi muda sedangkan Malaysia berjuta2 pekerja asing dibawa masuk utk merembat peluang2 kerja dlm bidang pembinaan, peladangan, hospitaliti dan pekerja2 domestik. Bukan salah ibu menandung…

Pemimpin dulu walaupun sedar situasi dan kerenah pekerja tempatan yg lemah ini, yg suka melepak, merempet dan terlalu memilih kerja ( nak kerja dlm bilik ada aircon saja) tidak pun berazam utk merubah situasi, mindset dan mentaliti yg lemah longlai ini tetapi sebaliknya mengeksploitasinya utk kekayaan diri sendiri. Mereka jadikan peluang ini sebagai satu jambatan menghimpunkan kekayaan luar biasa, yg tidak masuk akal sama sekali banyaknya kekayaan yg dihimpunkan itu sehingga rakyat menjadi jijik dan marah lalu menghumban mereka ke luar koridor kuasa sebagai pengkhianat !

Malangnya kejatuhan trajik dan jijik ini pun masih belum menyedar dan menginsafkan mereka ini. Mereka masih bertungkus lumus nak memimpin bangsa Melayu lagi yg mereka sendiri telah musnahkan dan khianati!

PM Tun M dlm satu ceramah perdananya di PWTC anjuran GABEM pd satu ketika dulu telah mengingatkan kpd semua pemimpin ekonomi dan perniagaan serta usahawan Bumiputra yg penuh sesak dlm dewan itu tentang pentingnya DISIPLIN dlm membina kejayaan ekonomi bangsa Melayu. Disiplin adalah asas INTERGRITI dan tanpa intergriti, Melayu akan kekal ditakok lama!!

Dan INGAT ! Mungkin dlm masa 20 tahun akan datang atau 4 pru lagi, baru Melayu sedar, insaf dan kesal sekesal2nya kerana tanpa intergriti ditambah pula dgn sifat suka bergaduh dan berpecah, Melayu bukan saja akan hilang kerusi2 parlimen yg mereka miliki skrg malah hilang bersamanya adalah kuasa eksekuitif utk negara !!! Jadilah Melayu pengemis di tanahair sendiri….

Dulu bila Tun M mengingatkan ahli2 Umno bahawa Umno akan lebur dan hancur sebelum tahun 2020 kerana amalan rasuah yg melempah ruah, dari atas hingga ke bawah, hampir kesemua pemimpin Umno ketika itu tersenyum sinis dan mempersenda ramalan Tun M malah yg mentertawakan peringatan Tun itu seolah2 satu “ joke of the century”! Dgn kehendak Allah, kebanyakan pemimpin yg sama inilah yg kini pucat lesi, menangis tidak berlagu, menanti hari pembalasan masing2…

RTC

Siaran Media: Pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan Pembukaan Semula Pendaftaran Kontraktor Kerja Kelas G1 Bumiputera.
Pak Wan

Banyak juga perkara yang YB Menteri telah buat yang terakhir yang banyak memberikan impak terutamanya kepada golongan B40 untuk menumpang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia.

Pembentukan Dasar Keusahawanan National 2030 juga juga dengan beberapa kerangka penting serta strategi dan inisiatif yang telah diumumkan baru baru ini menjadi haluan untuk rakyat Malaysia membina ruang perniagaan dalam memperbaiki ekonomi keluarga, masyarakat dan negara kita.

Terima kasih kepada,

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Wahai Melayu, anda ingin jatuhkan Cina?

Tinguklah diri hang dalam dalam. Kenapa anda patut untuk jatuhkan Cina?

Mengapa hang tidak boleh lihat orang lain lebih sedikit dari diri anda? Cubalah anda berkawan dahulu dengan mereka, barulah anda mengenali mereka.

Siapakah diantara kawan dan musuh kita? Kenapa Cina pula?

Dahulu ramai orang Cina di Parlimen dan sehingga kesemua rantaian dalam perniagaan, keusahawanan, industri export, pengeluaran makanan, perladangan komoditi, perkhidmatan dalam pelbagai produk pengilangan kepada orang ramai dari juga dari segala hasil mahsul bumi, sangatlah ramai Cina terlibat untuk mengaut keuntungan dalam kegiatan ekonomi ini berbanding Melayu.

Apa yang peliknya?

Ketika dahulu kala cubalah anda ingati kembali tentang bagaimana lebih ramai orang Cina berbanding melayu yang terlibat dalam bidang perniagaan di Malaysia. Cina lebih berminat berniaga berbanding Melayu, tetapi kini ianya telah di perbaiki melalui pelbagai dasar yang secara tidak langsung dan keutamaan kerajaan kepada Bumiputra biarpun ianya tidak disedari berjalan dengan teratur perlaksanaan bagi mengikuti apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan itu, walaupun kaum pribumi tidak menyedari keutamaan itu tetap dinikmati seadanya agar Melayu maju seiring bangsa Cina.

Secara pandangan mata kasar kita pun dan pandangan ramai rakyat Malaysia sendiri ketika itu, maka tentulah ianya diakui, ditambah pula kita sering mendapat banyak kritikan dari Barat secara terang terangan bahawa seolah oleh malaysia tidak cukup demokrasi serta rasis kepada isu Cina berbanding Melayu didalam kebanyakan hal.

Persoalannya apakah Melayu semenjak dahulu lagi tidak rasis dalam kerajaan UMNO BN? Iaitu suatu tempahan penguasaan yang panjang selama lebih 60 tahun itu?

Kita cuba ingatkan kembali dan kemudiannya kita bandingkan pencapaian di era zaman PH kini dan BN dahu lagi. Khususnya dalam kebanyakan bidang keberhasilan keushawanan bersama antara Cina – Melayu .

Sekadar hanyalah seorang Menteri Kewangan berbangsa Cina iaitu Lim Guan Eng berbanding begitu ramai Cina di Era BN dahulu, kenapalah anda jadi seperti fibia, meragam berpanjangan, mencari kesilapan tidak henti henti itu kini, dan dengan mengutuk macamlah rakyat suka sangat hentaman berlebihan itu kepada LGE?

Isu B40 yg lebih utama itu akhirnya tenggelam, apabila LGE berjaya dihentam dan dikutuk oleh sebahagian ahli pembangkang itu kini, penting sangatkah hanya seorang LGE berbanding lebih ramai Cina di Era BN?

Kami fikir LGE walaupun hanya seorang sahaja tetapi akhirnya dilihat oleh rakyat sangatlah berjaya memainkan peranannya dalam Parlimen berbanding Melayu, biarpun sebenarnya Melayu jumlahnya sangat ramai.

FAHAM FAHAM
TAK FAHAM SUDAH.