Advertisements

Kategori: Dasar Pertanian

Persatuan Petani Muda Kg Sungai Rambai, Melaka; Kampung Parit Sidang Seman Kampung Warisan berusaha menjana ekonomi pemuda di desa.

Sungai Rambai 12 OKT Pemuda Kampung Warisan itu kini dalam perancangan penyatuan tenaga anak muda bagi mengukuhkan kembali ekonomi Kampung khususnya memberi fokus kepada anak-anak muda bagi menyatukan mereka di dalam satu pertubuhan yang dipanggil Persatuan Tani Anak Muda Kampung Sungai Rambai.

Projek pertanian yang kini diusahakan di Kampung Warisan, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai.

Persatuan yang baru ditubuhkan itu terbuka kepada seluruh penduduk kampung khususnya pemuda dan antara aktiviti utama mereka ialah dalam menjana ekonomi penduduk kampung antaranya ialah projek berkelompok tanaman nenas hybrid.

Projek pengeluaran bahan bahan pertanian lain ialah dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita yang kebanyakannya masih sangat rendah kadar sara diri negara iaitu sekitar 20-30 peratus sahaja.

Di samping itu Persatuan ini juga akan memfokuskan tentang industri asas tani IAT lainnya seperti pengeluaran minuman diproses dari nanas; dan buat masa ini telah menjadi diantara projek utama ‘up stream’ dan ‘juga down team’ aktiviti dari bahan makanan pertanian yang sedang dimajukan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia MoA dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara kita.

Pak Abu menunjukkan baka halia Bentung yang juga akan dikembangkan selain tanaman nanas kepada anak muda di kampung beliau

“Anak muda boleh dijadikan tulang belakang kepada kemajuan kampung dalam bidang pertanian yang ketika ini kurang mendapat sambutan berbanding industri pembinaan, pembuatan dan pelancongan di Melaka” kata Abdul Rashid Bahari ketika dihubungi pihak media yang ingin mengetahui tentang perkembangan terbaharu aktiviti ARMADA di DUN Sungai Rambai.

Pemuda menjadi tulang belakang dalam memperkasakan ekonomi pertanian di Sungai Rambai pada masa akan datang

Tanaman nanas dipilih menjadi projek perintis Pemuda di Sungai Rambai dengan bantuan khidmat nasihat penanaman nanas dan pemasarannya melalui pengalaman dan ilmu perniagaan yang diwar-warkan oleh Cikgu Jumat Mat Lani iaitu Ketua Cawangan BERSATU Seri Mendapat; yang dicadangkan menjadi peneraju kepada industri tanaman nanas Bumiputra di Daerah Jasin dan Melaka.

Cikgu Jumat ketika memberikan penerangan tentang peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada pemuda di desa
Khidmat nasihat dari peneraju Cikgu Jumat dan pengembangan oleh Jabatan Pertanian dijangka akan melonjakkan penawaran nanas di Melaka
Advertisements

Kembali ke skim lembu pawah tahun 60-70’an menjelang sambutan seabad suku (125 tahun) Veterinar Malaysia

ALOR GAJAH 26 Sept. – Skim Rezeki Ternak yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dijangka memberi manfaat kepada 1,000 openternak baharu, khususnya dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Lembu dan kambing skim pawah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, skim penambahbaikan daripada ‘Sistem Lembu Pawah’ yang digunakan pada tahun 1960-an dan 70-an itu diyakini mampu menarik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.

“Kita percaya skim baharu ini akan merancakkan lagi industri ruminan dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu meningkat kepada 30 peratus kerana ketika ini industri daging hanya mencapai kadar sekitar 23 peratus SSL (kadar sara diri).

Menerusi skim tersebut pihak kementerian akan membekalkan lima ekor lembu atau 10 ekor kambing kepada setiap keluarga atau peserta dan kita akan melatih mereka menjadi penternak yang berkemahiran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan ke-125 tahun Veterinar Malaysia di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Salahudin berkata, pada peringkat awal 1,000 orang peserta baharu akan dipilih dan diberikan latihan yang secukupnya berdasarkan modul yang bakal disediakan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan institut latihan pertanian di bawah kementerian.

“Pertubuhan Peladang Kawasan pula akan berperanan memantau aktiviti penternak baharu ini supaya kita dapat lahirkan pengusaha yang terlatih pada masa depan sekali gus mengurangkan nilai import daging yang pada masa kini bergantung hampir 77 peratus dari negara luar.

“Bagaimanapun ianya bergantung kepada peruntukan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan bulan depan,” katanya. – BERNAMA