Advertisements

Kategori: Bulan Kemerdekaan 2019

Azalina disaran agar kembali ke kampung halamannya di Cenderah.

03 Sep – Parit Putat. SISTEM Demokrasi di Malaysia yang telah diamalkan semenjak negara kita Malaysia yang kini berdaulat dan merdeka selepas dijajah oleh negara kuasa asing pertama kalinya membentuk sebuah kerajaan melalui kompromi pelbagai parti yang disebut sebagai Kerajaan Baru Pakatan Harapan.

Selepas memenangi PRU14 dengan menumbangkan parti UMNO BN dan kini melaksanakan pemerintahan kerajaaan Persekutuan dengan komponen parti PPBM, PKR, AMANAH dan DAP, banyak perubahan telah dilakukan menerusi kepimpinan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Muhammad.

Peringkat awal penubuhan Parti dengan serba kekurangan, Parit Putat telah tersenarai sebagai diantara Cawangan di Bahagian Jasin dan telah mengadakan Mesyuarat pertama penubuhannya tetapi tidak dapat diangkat untuk kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan akibat dokumen yang tidak mencukupi.

Apabila sampai masanya maka sistem demokrasi menghendaki seseorang pemimpin berhadapan dengan ahli yang layak di Cawangan dan Bahagian masing masing untuk menentukan siapakah yang sepatut mewakili mereka dalam sesebuah kerajaan.

“Apakah kali ini juga Cawangan ini akan menerima nasib yang serupa akibat campurtangan orang luar di Parit Putat? Apa yang sebenarnya mereka rebutkan disitu? Mungkin juga ramai memberikan tumpuan diatas alasan YB Kawasan Sungai Rambai iaitu Datuk Hasan A Rahman iaitu ADUN UMNO BN kini sedang dihadapkan ke Mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia?”

“Maka sudah tentulah ianya memberikan ruang untuk calon BERSATU sebelum ini iaitu Azalina A Rahman yang tewas dengan mejori yang besar kepada Hasan di PRU14 itu kini berusaha untuk mendapatkan perhatian agar dapat kembali bertanding di DUN Sungai Rambai seandainya PRK terpaksa diadakan semula nanti?” Ujar Kalah Husin yang hairan tentang kedudukan Cawangan Parit Putat yang sering dikacau ganggu oleh Ahli dalaman parti tetapi dari luar Kg Parit Putat itu sendiri.

Tambah beliau, beberapa nama kedengaran juga selain Azalina (Ketua Srikandi Melaka) iaitu dari Bahagian Jasin sendiri tetapi bukan penduduk Kampung Parit Putat atau dari DUN Sg Rambai yang disebut sebut berminat atau akan ditonjolkan selaku calon disitu. Bagaimanapun semuanya bukan anak tempatan dan dilihat sebagai calun yang tidak popular kepada penduduk Sg Rambai kerana bukan anak jati tempatan, me urut Kalah lagi.

Kelah
KALAH HUSIN

“Orang di Cawangan Parit Putat merangkumi Kg Parit Sidang Seman, Pekan Sungai Rambai dan Kg Pengkalan Samak untuk komuniti cawangan itu sahajalah iaitu untuk Cawangan Parit Putat” menurut En Kamal iaitu orang lama di Cawangan Batu Gajah, katanya lagi Cawangan Batu Gajah sendiri sehingga kini seperti dianak tirikan oleh kepimpinan Bahagian. Oleh hal demikian berikanlah kepimpinan di Parit Putat kepada anak jadi kampung tersebut, bukannya orang luar samada dari Cenderah atau Merlimau Pantai, tambahnya.

“Bagi kawasan lain seperti Parit Penghulu itu dibawah Komoniti Parit Perawas manakala Cenderah duduklah di Cenderah, bukankah dia itu mengundi pun di sana manakala jelas alamat beliau bukan di Parit Putat. Jika betul dia itu orang Parit Putat, anak siapa? Siapa saudara mara dia di Sungai Rambai. Semenjak bila dia berpindah dari Cenderah, Jasin yang tiba tiba muncul pula di Parit Putat? ” Tambah Kamal sinis.

“Awak nak cari apa di Parit Putat? Selama ini pun ada anda jenguk orang dikomoniti Parit Putat dan Parit Sidang Seman dan juga kawasan lain termasuklah Kg Sebatu, Ayer Tawar dan Felcra Seri Mendapat? Apa guna jadi pengacau sahaja, sedangkan tempohari semasa penubuhan Cawangan telah dilakukan (tidak dapat pengesahan) anda terus jadi jadi pengacau di Parit Putat sehingga sekarang”.

KAMARULZAMAN

“Nak jadi penyebuk di kampung halaman orang ini sampai bila? Dahulukan kami sudah beri peluang untuk jadi calon dan diarak ke serata Sg Rambai, malangnya dia tewas, kalah teruk. Kita nak pilih orang lain pula agar dapat bawa perubahan untuk kesejahteraan rakyat Sungai Rambai”

” Semua tahu dia itu orang Cenderah yang tak mungkin boleh memberikan perhatian di kampung kami. Apa yang kami nampak ialah asyek sebuk menguruskan program perniagaan di RTC Sg Rambai dan program karaoke pada malam hari. Apa kami dapat? Ambil bahasa kepada orang lama pun tiada” ujar Kalah dengan suara yang marah marah.

8Elok balik dan berjuanglah ditempat sendiri. Buat sebùk aja, baik ke masjid bila ada program keugamaan atau orang meninggal dunia pun kami tak pernah nampak dia atau macai belai, mungkìn menyebuk kerja tidak berkaitan dengan Penyelaras DUN, Orang Sungai Rambai tidak memerlukan dia. Ahli BERSATU sudah banyak pilihan” tambah Usop selamba.

Menurut Atuk dia tu manalah tahu malu, pengikut dia pun yang ada kebanyakannya sudah berpecah akibat pendekatan beliau sehingga sanggup menghentam lumat Ketua Pimpinan BERSATU Melaka yang banyak memberilan ruang dan peluang kepada beliau, sehingga menyokong untuk Azalina bertandung di Sungai Rambai.

Biarpun itu bukan kampung halamannya yang jelas berpolitik tidak kenang budi, tidak hargai jasa ketua BERSATU Melaka sendiri ibarat kacang lupakan kulit. Membuat sidang media dan ke hentam melalui media sosial bersama sekutunya.

Melayu jenia mudah lupa akan bantuan jentera pilihanraya termasuk dari Parti AMANAH Sebatu ketika itu sehingga menyebabkan SUJ beliau sendiri dari AMANAH telah meninggalkan JAPERUN. Ada yang tidak kena dan jenis tidak tahu malu, nak Atok siapkan permaidani merah lagi macam di rumah Mizan ketika mula mula memperkenalkan beliau dengan jentera Sebatu bersama rakan rakan yang lain ketika kempen PRU14 yang lalu.

” Tidak usah nak pertikaikan kami orang Sungai Rambai, kami tahu urus sendiri kampung halaman kami” menurut Atok mengakhiri perbualan mengenai desas desus mesyuarat Cawangan Parit Putat kali kedua yang akan dilakukan pada bila bila masa sahaja seperti ditetapkan oleh Perlembagaan BERSATU.

Advertisements

Siaran Media: Pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan Pembukaan Semula Pendaftaran Kontraktor Kerja Kelas G1 Bumiputera.
Pak Wan

Banyak juga perkara yang YB Menteri telah buat yang terakhir yang banyak memberikan impak terutamanya kepada golongan B40 untuk menumpang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia.

Pembentukan Dasar Keusahawanan National 2030 juga juga dengan beberapa kerangka penting serta strategi dan inisiatif yang telah diumumkan baru baru ini menjadi haluan untuk rakyat Malaysia membina ruang perniagaan dalam memperbaiki ekonomi keluarga, masyarakat dan negara kita.

Terima kasih kepada,

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Dataran Pahlawan, Melaka dibanjiri orang ramai bersama Tun M dan Adly Zahari

Lebih 30,000 membanjiri padang Dataran Pahlawan Megamall bagi memeriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

Program tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi bersama Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019, Gobind Sigh Deo.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’, program tersebut bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotisme.

Pelbagai program telah disusun bermula dari hari ini (3 Ogos) sehingga 16 September depan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.