Advertisements

Kategori: Ahli BERSATU

Menjelang Pemilihan BERSATU; 3 Ciri Utama Perlu Ada Pada Pemimpin Yang Dipilih

MEMPERKENALKAN:

  • Bakal Calon: AJK BAHAGIAN JASIN
  • Nama Bakal Calon: Lihasrizad Bin Ismail
  • Alamat: Jalan SRM 3, TAMAN Sungai Rambai Mutiara, 77400 Sungai Rambai, Melaka.
  • Umur: 37 tahun
  • Cawangan Kini: BERSATU Cawangan Parit Putat.

TAHAP PENDIDIKAN:
Level: PHD (Sedang menyempurnakan)
Bidang Pengajian: “Faculty of Technical & Vocational Education”
Major: New Media & TVET
Nama Institusi: University Tun Hussein Onn (UTHM)
Lokasi: Batu Pahat, Johor Bahru.
Sedang menuntut: Disember 2014 – sehingga kini

Ijat adalah nama yang biasa disebut oleh penduduk Kampung Sungai Rambai; beliau juga merupakan Pengerusi MPKK Sungai Rambai. (Gambar: Bersama Nazri Adan, Setiausaha BERSATU Cawangan Parit Putat ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit yang terlantar di Kampung Parit Putat tempuhari

Sungai Rambai 13 Jan 2020 Kita sendiri boleh lihat tentang daya kepimpinan seseorang atau ‘kem’ mereka melalui gerakerja politik yang dilakukan didalam ruang lingkup Negeri, Bahagian, Cawangan atau Lokaliti. Apakah yang selama ini ‘kem’ mereka lakukan semenjak menerajui kepimpinan dipelbagai peringkat organisasi sebelum ini?

Lebih mudah jika diri pemimpin yang dicalonkan itu bagaimanakah dilihat oleh ahli parti dan orang ramai? Kenapa pula selama ini ianya tidak berjaya mengukuh dan memantapkan serta menggerakkan organisasi yang mereka atau ‘kem’ mereka kelolakan.

Rata-rata apa yang di perkatakan tentang tidak perubahan, tidak mengambil berat anak buah dibawah, tidak menghormati pemimpin yang diatas, mementingkan diri sendiri, tidak sensitif terhadap sebarang desakan orang bawah, tiada gerakerja menyantuni rakyat, berdiam diri tanpa berbuat sesuatu sedangkan beliau sedang berkuasa (penyandang jawatan); yang jelas mereka ini hanya kelihatan ketika sampai masa pemilihan parti sahaja (ketika tempoh kempen). Pemimpin atau ‘kem’ ini perlu ditolak dan tidak wajar diberikan ruang atau dipilih semula untuk memegang apa apa jawatan dalam parti untuk tempoh sesi pemilihan yang baru.

Kem dan Wang dalam politik

Sebaiknya ‘kem’ baru perlu diberi peluang untuk menerajui organisasi itu agar lebih banyak idea baru, gerakerja parti, program menyantuni ahli dan masyarakat yang benar-benar berimpak boleh dilakukan tanpa dipengaruhi oleh ‘orang lama’ dalam parti sedia ada.

Wang bukanlah merupakan penghalang kejayaan gerakerja parti kerana apa sahaja aktiviti boleh dilakukan melalui dayausaha tanpa melibatkan wang yang banyak lebih-lebih lagi parti BERSATU kita adakah sebahagian dari komponen Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan baru Malaysia.

Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.

Dalam konteks Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT adalah aspek penting, sekali gus menjadi satu kekuatan apabila diuji dengan pelbagai cabaran. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asas atau cepat mengalah kerana yakin Allah SWT sentiasa bersamanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya mengenai apa yang dilakukannya.” (Surah al-Israk, ayat 36)

Selain itu, pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan diyakini.

Kesemua ciri atau nilai itu sekali gus melambangkan keperibadian dimiliki Rasulullah SAW yang mempunyai prinsip wawasan masa hadapan, musyawarah dan mempunyai kepemimpinan dengan teladan atau uswatun hasanah.

Tiga ciri utama

Terdapat tiga ciri utama dalam kepemimpinan Rasulullah SAW iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan.

Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri.

Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

Sehubungan itu, wajar kita melatih generasi muda supaya mempunyai nilai dan ciri kepemimpinan yang mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di sekelilingnya. Untuk itu kita perlu melatih generasi muda supaya belajar daripada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu, mereka juga hendaklah didedahkan kepada sirah Rasulullah SAW supaya menerapkan dalam diri sifat bertanggungjawab, amanah, seperti ditunjukkan Baginda SAW untuk menjadi pemimpin hebat di masa depan.

Kerja berpasukan

Membabitkan diri dalam organisasi dapat memupuk nilai kepemimpinan generasi muda dalam masyarakat. Ini dilakukan oleh Rasulullah SAW, ketika berumur 20 tahun Baginda aktif sebagai anggota Hilful Fudhul iaitu organisasi masyarakat Makkah yang menjaga daripada gangguan musuh dan penganiayaan pihak asing.

Melalui pembabitan dalam bidang sukan akan melatih anak muda erti perjuangan, kemenangan, kekalahan serta tidak mudah mengaku kalah. Persaingan hidup dalam semua perkara dan bidang hari ini semakin sengit, justeru mereka perlu bersedia.

Dalam sukan atau pertandingan juga ditanamkan semangat bekerjasama secara berpasukan atau hidup berjemaah kerana kekuatan dan saling bekerjasama berpasukan penting untuk memperoleh kemenangan.

Hakikatnya, banyak nilai positif dalam kepemimpinan perlu didedahkan kepada generasi muda kerana kita tidak mahu meninggalkan generasi yang lemah untuk menghadapi cabaran lebih hebat terhadap Islam serta umatnya pada masa hadapan.

LATARBELAKANG PENDIDIKAN CALON:

Level: Master’s Degree
Field of Study: Art & Design
Major: New Media
Name of Institution: Mara University of Technology (UiTM)
Location: Malaysia, Jalan Othman Petaling Jaya
Graduation Date: 11/2011

Level: Bachelor’s Degree
Field of Study: Art & Design
Major: Graphic design & Multimedia
Name of Institution: Mara University of Technology (UiTM)
Location: Malaysia, Malacca
Graduation Date: 11/2001

MAJOR SUBJECT (Master of New Media)

  1. 3D Animation and T B/Media A
  2. Thesis (New Media)
Advertisements

DIY – BELAJAR BUAT BEG SENDIRI:

Mazliah bakal Calon Ketua Srikandi Bahagian Jasin sedang membuat pelan beg ketika bersama menghadiri kursus petang tadi

Parit Putat 12 Jan 2020 BERSATU Cawangan Parit Putat, DUN Sungai Rambai, Melaka dengan kerjasama pihak KEMAS bentar tadi mengambil inisiatif bagi menganjurkan kursus membuat beg, ianya merupakan inisiatif Ketua Srikandi disitu dengan melibatkan seramai 20 orang Srikandi sekitar Cawangan Parit Putat.

Menurut Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman iaitu Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat; event itu telah dilaksanakan secara bersama yang bertujuan untuk memberi ruang kepada kaum wanita tempatan untuk menambah sumber pendapatan mereka dengan mempelajari kemahiran baru yang telah dikendalikan oleh guru KEMAS bertempat di Balai Raya, KgTambak Merah, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Terima kasih,
Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman
Ketua Cawangan BERSATU
Parit Putat.

√ PENYELARAS EVENT: Puan Fatimah – Ketua Srikandi bersama Puan Mazliah (Pembantu)
√ Cikgu Hariany.

Puan Mazliah Abdul Rahman merupakan anak jati dari Kg Batu Gajah, DUN Sungai Rambai disebut menjadi pencabar utama kepada penyandang Ketua Srikandi sebelum ini iaitu Puan Azalina
20 orang pelatih kursus DIY yang turut sama mempelajari kaedah membuat beg pelbagai guna siang tadi

 

Hari Penamaan Calon Pemilihan BERSATU Melaka ditetapkan pada 13 Januari 2020 di Ames Hotel Ayer Keroh.

BILA SISTEM ONLINE TIDAK SEMESTINYA MENJADI CEKAP, MALAHAN JADI BERGARUK:

Sungai Rambai 11 Jan 2019 Pada prinsipnya semua ahli perlu ada cawangan masing masing (ada rumah).Sebahagian besar ahli telah dipindahkan ke cawangan yg hampir tetapi berhak memindahkan semula jika memilih cawangan yang lain.

Jika Bahagian atau petugas tidak dapat menempatkan pada tempoh yang ditetapkan, maka pihak Pusat akan menempatkannya sahaja ke lokasi yang difikirkan sesuai.

Apapun dari awal lagi kita lihat sistem ini tidak benar benar secure dan tanpa LOGIN DAN KATALALUAN; manakaka Katalaluan juga tidak dapat ditukar akan menyebabkan ramai yang boleh log masuk tanpa sekatan.

Apa nak buat? Tanggunglah aja berkecamuk tuh. Buat dan sediakan sistem agak cincai sahaja. Maka hasilnya yang kita dapat juga cincai. Apapun penamaan calon bagi Pertandingan Peringkat Bahagian tetap pada 13 Januari 2020 ini. Selamat menamakan Calon Bahagian masing-masing.

ANDA YG DESIGN & RANCANGKAN SISTEM, KAMI PULA DIPERSALAHKAN AKIBAT AMBIL MUDAH YG ANDA LAKSANAKAN. ADA BETUL KAH???

Program CSR@MED KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN ‘BACK TO SCHOOL’ DILAKSANAKAN SERENTAK DI MELAKA

BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK – BACK TO SCHOOL CSR@MED – TEKUN NASIONAL; SEDERHANA TETAPI MERIAH HARI INI.

Sungai Rambai 22 Dis Tahniah semua pihak yang bersama menghulurkan subangan. Penerima kali ini ialah dari kawasan Umbai, Sekam, Berangan Enam; termasuk dari Taman Pertam, Jalan Datuk Nawar, Sebatu, Ayer Tawar dan Seri Mendapat, Parit Perawas, Parit Penghulu, Benteng, Parit Sidang Seman, Parit Putat, Tambak Merah, Batu Gajah, Parit Alai, Merlimau Utara, Merlimau Pasir dan dari pelbagai kawasan yang terpilih kali ini.

Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman berucap bagi menyempurnakan pelancaran program ‘back to school’ di Cawangan BERSATU beliau sebagai Ketua Cawangan

“Lebih ramai pelajar akan menerima bantuan persekolahan ini” ujar Penyelaras Acara DUN Sungai Rambai serta keluarga bakal penerima yang akan datang agar bersabar sedikit masa lagi kerana akan disempurnakan kepada ibu bapa terhadap anak anak mereka dalam SIRI KE-2 nanti yang dijangkakan pada 26 Disember 2019 atau tarikh lain pula di sekolah yang sama. Sebarang maklumat akan disampaikan melalui media sosial Parti Pribumi Bersatu Malaysia – Parit Putat atau layari laman web https://melakaonline.org sebagai media utama BERSATU Cawangan Parit Putat.

Walaubagaimanapun penerima akan datang akan difokuskan kepada kumpulan sasar lain dari B40 yang perlu dibantu bagi merengankan bebanan ibu bapa menjelang pembukaan persekolahan tahun 2020 seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Pihak keluarga yang menerima bantuan kasih itu merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.

Pelaksanaannya mulai jam 8.30 pagi tadi telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik beliau sendiri iaitu Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, beliau juga merupakan Ketua BERSATU Cawangan Parit Putat,
DUN Sungai Rambai, Melaka.

“Pengagihan bantuan yang dilakukan serentak disemua Parlimen di Melaka semenjak pagi tadi telah melibatkan seramai lebih 1800 orang murid mendapat manfaat, manakala seramai lebih 7000 orang pelajar diseluruh negara telah dan dalam proses penyampaian bantuan ini kepada pelajar diperingkat sekolah rendah dan menengah” menurut Mohamad Rahim ketika berucap dihadapan keluarga penerima bantuan itu.

Antara keluarga yang mendapat manfaat diluar Parlimen Jasin hari ini
Antara pelajar yang bersedia mendapatkan bantuan pakaian sekolah

Menurutnya lagi mereka yang menerima bantuan ini juga tidak mengira fahaman politik masing masing, sebagai rakyat mereka sememangnya layak dibantu disaat ibu bapa terpaksa berbelanja besar untuk menyempurnakan kemasukan pelajar anak jagaan mereka agar dapat bersekolah dan belajar dengan baik sama seperti anak anak lain yang berkemampuan menanggung perbelanjaan persekolahan anak mereka.

Penghargaan juga disampaikan oleh
Guru Besar dan PIBG Sek Rendah
Kebangsaan Batu Gajah kerana telah memilih sekolah beliau sebagai tempat pelaksanaan event ‘back To school’ kali ini. Sedikit sumbangan juga turut disampaikan oleh Mohamad Rahim kepada pihak sekolah bagi membantu menyempurnakan pembinaan bangunan bacaan yang telah 80% siap kini diatas inisiatif guru guru dan pentadbir sekolah tersebut.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Melaka berucap bagi menjelaskan konsep bantuan kepada murid sekolah

Disamping bantuan kewangan yang disediakan oleh Tekun Nasional melalui Syarikat Canggih dengan dibantu oleh pentadbiran Tekun Sungai Rambai dalam melaksanakan event tadi; AJK BERSATU Cawangan Parit Putat juga turut sama menyelaraskan kerja kerja agihan pakaian sekolah, kasut, bag sekolah serta menyediakan perkhidmatan percuma gunting rambut kepada murid lelaki juga.

Majlis Back To School disekitar Melaka siang tadi

Sambutan program ‘Back To School’ di DUN Sungai Rambai esok dijangka lebih meriah.

Sungai Rambai 22 Disember Sambutan program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan tahun ini dengan menyediakan ‘Bantuan Kasih’ untuk seramai sekitar 7,000 orang murid yang menuntut disekolah rendah dan menengah telah mendapat sambutan luar biasa dari ahli keluarga masing masing.

Redzuan bersama murid sekolah dalam gimik pelancaran BTC di MITC Melaka

Pelancaran yang telah diadakan pada 17 Disember yang lalu di MITC, Melaka telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof iaitu Menteri Pembangunan Usahawan. Dalam ucapan ringkas beliau melaksanakan inisiatif ini dibawah program CSR@MED Tekun Nasional dan Bank Rakyat; bermatlamatkan untuk membantu meringankan bebanan keluarga khususnya yang ramai anak untuk masuk kesesi persekolahan tahun 2020 nanti.

Lebih 1,800 murid sekolah telah mendapatkan bantuan ini di Negeri Melaka. Gimik pelancaran bersama anak anak yang telah menerima sendiri bantuan tersebut dari Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan. Keluarga penerima bersama anak anak mereka juga turut diraikan dalam majlis makan malam bersama wakil penerima setiap Parlimen di Melaka sambil beramah mesra dengan Redzuan dan isteri.

Wakil-wakil penerima di Peringkat Parlimen di Melaka
Keluarga penerima bantuan bersama murid-murid sekolah diraikan oleh Redzuan dalam majlis makan malam Kementerian Pembangunan Usahawan

Seorang keluarga penerima dari Masjid Tanah yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Samad dan isterinya Puan Timah berkata;

“Ini adalah pertama kali 2 orang cucunya diberikan peluang oleh kerajaan PH sebagai penerima baju, seluar, bag serta kasut sekolah dan setokon serta lain alatan yang lengkap; saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada Ketua Cawangan BERSATU Kampung Pinang kerana saya tidak menyangka dihubungi oleh wakil cawangan parti itu untuk datang ke MITC bagi menerima bantuan persekolahan cucu saya.

“Saya bukanlah ahli parti bunga, tetapi hairan bagaimana nama saya turut tersenarai juga” ujar Pak Samad yang kelihatan bersyukur dengan bantuan yang beliau terima malam itu.

“Pengagihan bantuan turut dilakukan kesemua parlimen di Melaka dan setiap wakil parlimen akan menyenaraikan Pendik nama murid dan akan menyerahkan bantuan itu mengikut jadual program yang disusun oleh Penyelaras masing masing” menurut Encik Rosdi ketika ditemubual oleh wartawan media sosial melakaonline ketika pelancaran tersebut.

Unit Siaraya memasang banner program bagi Parlimen Jasin bagi pengagihan bantuan DUN Sungai Rambai dan Umbai pada 22 Disember 2019 ini

Bagi Parlimen Jasin khususnya DUN Sungai Rambai dan Umbai, pengagihan ‘Bantuan Kasih’ tersebut akan diadakan pada 22 Disember 2019 bermula jam 8.30 pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau, Melaka. Sekitar 400 orang murid akan mendapat manfaat bagi membantu bagi meringankan bebanan keluarga masing masing.

Pelancaran di DUN Sungai Rambai juga dijangka akan disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat. Program ini juga telah mendapat sokongan serta kerjasama baik dari Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, DUN Sungai Rambai.

Pihak Media Melakaonline juga yakin hubungan baik yang terjalin antara pihak Ketua Setiausaha Kementerian, Pengerusi Agensi CSR@MED, Setiausaha Sulit Kepada YB Menteri serta wakil penyelarasan disetiap Parlimen telah ada menjadikan program ‘Back To School’ kali ini adalah yang paling berjaya dan bermakna.

Tun M perjelaskan isu kekeliruan istilah tidak patut diperbesarkan oleh pembangkang

Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

 Dr. Mahathir pertahan Redzuan, istilah sebenar `super drone’

Sila perbetulkan persepsi tentang istilah ‘kereta terbang’

Langkawi semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun meminta rakyat Malaysia terutama parti pembangkang memperbetulkan persepsi mereka berhubung istilah projek dron besar – di bawah pemudah cara Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diketuai Datuk Mohd Redzuan Yusof.

Hanya kerana kekeliruan isu istilah, projek dron tersebut dikritik hebat oleh pembangkang sehingga sering diuar-uarkan mereka sebagai `kereta terbang’.

Padahal, kata Perdana Menteri, istilah sebenarnya adalah dron besar atau super drone (air mobility) yang boleh membawa penumpang.

Ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah itu, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan Mohd Redzuan dalam membangunkan projek super drone berkenaan.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima,” kata Perdana Menteri.

Kita akui, mana-mana pembaharuan di sesebuah negara biasanya akan menempuh kritikan daripada pembangkang di negara berkenaan. Tetapi tidaklah seteruk penangan pembangkang di Malaysia, yang akan sentiasa memperlekeh atau memutarbelitkan kebaikan dan manfaat sesuatu pembaharuan.

Namun bak kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, Menteri yang mengetuai MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini pun telah membetulkan istilah `kereta terbang’ berkenaan kepada super dron. Malangnya dek terikut-ikut propaganda parti pembangkang, mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) peliknya turut menghentam rakan sendiri.

Memasuki tahun baharu 2020 tidak sampai sebulan ini yang penuh cabaran getir dalam daya saing kerajaan untuk meletakkan kembali ekonomi negara di landasan kukuh, pembangkang terutamanya haruslah bersikap terbuka dan positif kepada sebarang idea pembaharuan.

Lagipun dalam projek dron besar (super drone) ini, MED hanya menjadi pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri terutama dalam aspek sokongan industri dan kapasiti syarikat tempatan dalam membangunkan industri ini.

Kerajaan atau MED sendiri tidak memberikan sebarang dana dalam projek super drone ini dan ia adalah 100% dibiayai oleh syarikat tempatan tersebut iaitu Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

Seperti yang dinyatakan juga oleh Kamarul A Muhamed iaitu pemilik syarikat AVSB, tiada dana langsung diberikan oleh kerajaan untuk projek Air Mobility ini. Malah, AVSB turut mengalu-alukan sebarang audit untuk projek tersebut.

Juga, MED bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam sektor yang sama. Bukan hanya AVSB. Sebab itu, MED hadir memberi sokongan kepada syarikat tempatan lain seperti EastCap Bhd (syarikat tempatan yang sedang bekerjasama dengan EHang Intelligent Equipment) untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di negara ini.

Dalam hal ini, ramai juga yang keliru dan menyangka EastCap Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan super dron pertama anak tempatan. Walhal, tidak sama sekali. Yang betul dan dimaksudkan itu adalah Aerodyne Ventures Sdn Bhd.

Bahkan, dalam projek super drone ini, MED menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 bagi memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Setiausaha Politik Menteri ‘ziarah Kasih’ ke Kg Barangan Enam

Diiringi oleh Puan Wada Ketua Cawangan BERSATU Umbai

Umbai 08 Dis 2019 Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Mejar (B) Mohamad Rahim Osman telah mengadakan lawatan ke Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka petang tadi.

Beliau bersama Ketua Cawangan UMBAI iaitu Puan Wada telah menyampaikan sumbangan peribadi dari YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.

Mahathir Manan otai awal BERSATU mulai aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilancarkan di DUN Sungai Rambai.

Mahathir Manan bersama SETPOL Menteri ketika pelancaran event tersebut

“BELADIRI WANITA” DILANCARKAN OLEH SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI DUN SG RAMBAI:

Majlis pelancaran Event Beladiri Wanita telah disempurnakan oleh Mejar (B) Mohamad Rahim Osman, Ketua Cawangan Parit Putat, pagi tadi di Kg Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Mohamad Rahim menerima plug program Biladiri Wanita dari Ketua Jurulatih Mahathir Manan sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parit Putat, Cikgu Hj Mutalib Che Man

Turut hadir ialah Srikandi BERSATU dan AJK Cawangan di DUN Sungai Rambai. “Program ini dilihat sangat menarik dan penting dipelajari oleh semua wanita bagi mempertahankan diri ketika menerima ancaman, elok kita sediakan payung sebelum hujan” ujar Mak Yam, wakil Srikandi dari Bahagian Masjid Tanah yang terpanggil untuk hadir bagi meninjau tentang event yang diadakan hari ini.

Event TOT Jurulatih Beladiri sehari yang paling terhampir pula dijangka akan diadakan di RTC Sungai Rambai pada 20 Oktober 2019 ini. Ianya bagi mencari bakal jurulatih untuk persiapan menjalankan aktiviti dibanyak tempat secara sukarela itu.

Borang permohonan untuk menjadi pelatih sedang diedarkan kepada yang berminat, jumlah peserta sangat terhad dan akan bergantung kepada siapa yang awal memohonnya.

Penaja yang berminat membantu mengembangkan aktiviti kemasyarakatan ini bagi membantu kaum hawa mempelajari teknik pertahanan diri ketika diancam dan membentuk jatidiri dan kesetiaan bolehlah juga menghubungi pihak penganjur melalui;

Nazri Adan, Setiausaha BERSATU Cawangan Parit Putat – Nombor Talipon 019-8895503

Anda juga digalakkan dengan meninggalkan komen di webpage ini atau Facebook MediaP134mt dan lain lain webpage hebahan kami atau bolehlah juga whatapp kami di nombor 0139335503 ini juga untuk mendapatkan keterangan lanjut dan kami akan hantarkan borang permohonan penajaan atau menyertai event-event anjuran program kemasyarakatan kami yang akan diadakan secara berterusan dipelbagai lokasi seluruh Malaysia.

Ketua Cawangan Parit Putat yang juga Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Jasin ketika melancarkan program yang dijangka akan berterusan itu

Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pembangunan Usahawan akan bersama penduduk Sungai Rambai dalam program Ziarah Kasih petang ini.

Parit Putat -27 September 2019, selepas Jumaat hari ini beliau akan mengadakan beberapa siri lawatan kerja dan politik ke projek usahawan di sekitar Kampung Parit Sidang Seman, Parit Putat iaitu di DUN Sungai Rambai, Parlimen Jasin.

Perbincangan juga akan diadakan dengan Biro Biro di bawah Cawangan BERSATU Parit Puntat bagi mendepani dan menangani isu rakyat yang berkaitan dengan kebajikan, ekonomi, sukan dan lain-lain yang akan dikemukakan oleh masyarakat di dun tersebut.

Permohonan Menjadi Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM

Sila klik pautan dibawah:

Bayaran secara online kad kredit atau debit RM 2 Pendaftaran dan RM 2 Yuran setahun

Permohonan Ahli BERSATU

Sila gunakan pautan yang sama bagi menghidupkan semula yuran yang telah tamat tempoh.

Memandangkan sistem keahlian bukannya diaktifkan sepanjang masa, sila ambil peluang sementara diberikan masa permohonan secara mudah dihujung jari anda.

Maklumat yang diperlukan ialah Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Ahli masing masing. Jika nombor ahli terlupa, anda perlu merujuk kepada Bahagian, Negeri atau Pusat semula.