Advertisements

Kembali ke skim lembu pawah tahun 60-70’an menjelang sambutan seabad suku (125 tahun) Veterinar Malaysia

Kembali ke skim lembu pawah tahun 60-70’an menjelang sambutan seabad suku (125 tahun) Veterinar Malaysia

ALOR GAJAH 26 Sept. – Skim Rezeki Ternak yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dijangka memberi manfaat kepada 1,000 openternak baharu, khususnya dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Lembu dan kambing skim pawah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, skim penambahbaikan daripada ‘Sistem Lembu Pawah’ yang digunakan pada tahun 1960-an dan 70-an itu diyakini mampu menarik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.

“Kita percaya skim baharu ini akan merancakkan lagi industri ruminan dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu meningkat kepada 30 peratus kerana ketika ini industri daging hanya mencapai kadar sekitar 23 peratus SSL (kadar sara diri).

Menerusi skim tersebut pihak kementerian akan membekalkan lima ekor lembu atau 10 ekor kambing kepada setiap keluarga atau peserta dan kita akan melatih mereka menjadi penternak yang berkemahiran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan ke-125 tahun Veterinar Malaysia di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Salahudin berkata, pada peringkat awal 1,000 orang peserta baharu akan dipilih dan diberikan latihan yang secukupnya berdasarkan modul yang bakal disediakan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan institut latihan pertanian di bawah kementerian.

“Pertubuhan Peladang Kawasan pula akan berperanan memantau aktiviti penternak baharu ini supaya kita dapat lahirkan pengusaha yang terlatih pada masa depan sekali gus mengurangkan nilai import daging yang pada masa kini bergantung hampir 77 peratus dari negara luar.

“Bagaimanapun ianya bergantung kepada peruntukan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan bulan depan,” katanya. – BERNAMA

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: