Advertisements

PSM ni parti apa ya? Ini parti apa ya? Bila ikut perkembangannya 2 bulan ini nampak jelas banyak yg mereka lakukan dan berimpak. Tanya aja.

Ogo 28, 2019 Blog, Perkasaan Parti

PSM ni parti apa ya? Ini parti apa ya? Bila ikut perkembangannya 2 bulan ini nampak jelas banyak yg mereka lakukan dan berimpak. Tanya aja.

20190828 - AATC02.jpg

Isu pelajar AATC selesai: Pemecatan pemimpin kesatuan pelajar dibatalkan, pelajar akan dapat pinjaman PTPK

PUTRAJAYA – 28 OGOS 2019: Setelah berlaku penangkapan polis terhadap pelajar-pelajar pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) pada dua hari yang lalu, isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar AATC telah mendapat penyelesaian dalam satu pertemuan yang diadakan di pejabat Kementerian Sumber Manusia pada hari ini.

Mesyuarat rundingan antara pelajar-pelajar AATC dengan pihak pengurusan AATC hari ini dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran. Mesyuarat dihadiri oleh 22 orang wakil daripada Kesatuan Pelajar AATC dan 4 orang wakil pihak ibubapa.

Hasil rundingan tersebut adalah:

  • Pihak pengurusan AATC menarik balik surat pembuangan pelajar terhadap Pengerusi dan Setiausaha Kesatuan Pelajar AATC;
  • Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan diusahakan dalam masa terdekat untuk pelajar-pelajar AATC.

Kesatuan Pelajar AATC turut meminta pada Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bekas pelajar AATC yang “keciciran” kerana tidak mampu bayar yuran dapat menyambung semula pengajian mereka di AATC.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: