Advertisements

Hari: Ogos 28, 2019

PSM ni parti apa ya? Ini parti apa ya? Bila ikut perkembangannya 2 bulan ini nampak jelas banyak yg mereka lakukan dan berimpak. Tanya aja.

20190828 - AATC02.jpg

Isu pelajar AATC selesai: Pemecatan pemimpin kesatuan pelajar dibatalkan, pelajar akan dapat pinjaman PTPK

PUTRAJAYA – 28 OGOS 2019: Setelah berlaku penangkapan polis terhadap pelajar-pelajar pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) pada dua hari yang lalu, isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar AATC telah mendapat penyelesaian dalam satu pertemuan yang diadakan di pejabat Kementerian Sumber Manusia pada hari ini.

Mesyuarat rundingan antara pelajar-pelajar AATC dengan pihak pengurusan AATC hari ini dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran. Mesyuarat dihadiri oleh 22 orang wakil daripada Kesatuan Pelajar AATC dan 4 orang wakil pihak ibubapa.

Hasil rundingan tersebut adalah:

  • Pihak pengurusan AATC menarik balik surat pembuangan pelajar terhadap Pengerusi dan Setiausaha Kesatuan Pelajar AATC;
  • Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan diusahakan dalam masa terdekat untuk pelajar-pelajar AATC.

Kesatuan Pelajar AATC turut meminta pada Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bekas pelajar AATC yang “keciciran” kerana tidak mampu bayar yuran dapat menyambung semula pengajian mereka di AATC.

Advertisements

Program Kementerian Pembangunan Usahawan ini akan berlangsung sehingga 01 September 2019

Penglibatan ramai pihak dari segenap agensi ini memberikan ruang agar pencapaian semua usahawan disegenap pelusuk masyarakat dapat mula dibiasakan.

Melalui program sebegini akan mengujudkan hubungan baik dalam pelbagai agensi, ianya dengan satu Matlamat saja iaitu untuk kemajuan seluruh Usahawan. Semoga usahawan dapat ditransformasikan samada dari dalam negara begitulah juga usahawan kita yang mengusahakan sesuatu output tetapi menetap di luari negara.

Jom beramai ramai kita meriahkan suasana di tapak expo sambil meninjau serta mengambil serius isu kandungan yang dituliskan oleh jaguh politik.