Advertisements

Minggu Usahawanan 2019 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan

Ogo 27, 2019 Blog, Negara Usahawan

Minggu Usahawanan 2019 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan

http://www.med.gov.my/mun2019

https://youtu.be/aQeSA_0tfzs

Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 merupakan satu program susulan hasil daripada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2019.

Penganjuran MUN 2019 secara julung kalinya oleh MED ini akan bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

MUN 2019 merupakan inisiatif MED untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti/program keusahawanan merentasi kementerian/agensi serta pihak swasta dalam satu platform atau ekosistem yang menyeluruh. Di samping itu, penganjuran MUN 2019 ini juga akan bertindak sebagai pemangkin serta roadmap ke arah mencapai Negara Keusahawanan Unggul 2030.

Secara idealnya, penganjuran MUN 2019 adalah untuk menyokong peranan utama MED dalam memacu pembangunan keusahawanan negara di mana program ini bertindak sebagai tapak mengukuhkan lagi lanskap keusahawanan sedia ada. Selain itu, MUN 2019 juga berperanan sebagai program utama berorientasikan keusahawanan di peringkat nasional yang diselaraskan oleh MED melalui kerjasama jabatan dan agensi kerajaan serta pihak lain yang berperanan besar dalam menyumbang kepada industri keusahawan negara.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: