Advertisements

Pesawah di Sungai Rambai kini jauh berubah dengan pendekatan ilmu penanaman padi, baka padi dan pembajaan yang lebih maju teknologinya pada masa kini.

Sep 25, 2019 Blog, Urusniaga

Pesawah di Sungai Rambai kini jauh berubah dengan pendekatan ilmu penanaman padi, baka padi dan pembajaan yang lebih maju teknologinya pada masa kini.

Teluk Rimba Sungai Rambai 25 September 2019 – dengan 70 orang pesawah iaitu Petani penanam padi di Sungai Rambai menjadikan ianya antara keluasan penanaman padi antara yang berpotensi dikeluarkan pada jumlah pengeluaran yang ekonomik.

Untuk mendapatkan tambahan ilmu pengetahuan dalam bidang penanaman padi, pada hari ini pihak jawatankuasa pesawah telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Merlimau, MPKK dan kepimpinan di peringkat cawangan dan desa serta penanam padi membincangkan mengenai langkah terkini dalam penggunaan beberapa baka padi kaedah aplikasi baja terkini dan jadual penanaman padi.

Pesawah dicadangkan menanam padi dengan baka-baka yang disyorkan oleh pihak penyelidik MARDI. Pegawai pertanian kawasan iaitu Encik Syukri menyarankan agar hanya baka tertentu sahaja seperti 320 digunapakai bagi mengawal biosekuriti ladang. Benih yang tidak tulin yang diambil dan digunakan oleh petani boleh mengakibatkan biosekuriti ladang tidak dapat dikawal dengan baik menyebabkan berlakunya penyakit seperti bena perang dan lain lagi.

Pegawai Pertubuhan Peladang kawasan Merlimau juga mengesyorkan menggunakan baja siraman yang dikeluarkan sendiri oleh Pertubuhan Peladang Pontian Johor.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: