Advertisements

Duda Janda dicekup di Kota Melaka, Ketua Bahagian Bersatu yang juga ADUN berkaitan perlu mengambil berat isu yang menjejaskan nama baik dan keharmonian Pakatan Harapan di tempatnya.

Ogo 25, 2019 Blog, Perkasaan Parti

Duda Janda dicekup di Kota Melaka, Ketua Bahagian Bersatu yang juga ADUN berkaitan perlu mengambil berat isu yang menjejaskan nama baik dan keharmonian Pakatan Harapan di tempatnya.

Duda anak tiga sorok dalam almari elak dicekup

YB Fendi Ahmad Ketua Bahagian Kota Melaka yang merupakan ADUN Telok Mas

SEMABOK 19 Ogos- Duda dan janda dipercayai sepasang kekasih dicekup dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan baru-baru ini di Kampung Semabok.

Tidak logik Baik Ustaz Rahimin Bani juga hemdak dikaitkan dengan isu soal itu walaupun pihak Pakatan Harapan telah menasihatkan pihak beekuasa agar tidak sehingga mengetuk pintu rumah orang lebih lebih lagi diwaktu malam, ini kerana ada banyak pendekatan dakwah yang lain yang lebih molek bagi membawa penganut Islam supaya mengamalkan perintah Allah bukan hanya melalui aktiviti penguatkuasaan enekmen didunia. Pastilah ada rasional hujah yang disarankan itu.

Tiada sebab YB Fendi perlu menjawab semua isu yang belaku swhingga dalam kain pun YB peelu bertanggungjawab seperti tujahan politik penyokong UMNO BN melakui media sosial yang sedang tukar ketika ini. Kes yang melinatkan orang kuat UMNO BN juga banyak yang yang terjadi di Kota Melaka iaitu orang ramai wajib tahu kawasan itu iakah merupakan kawasan bandar Melaka.

MEREKA YANG DITANGKAP DISYAKI ORANG KUAT KETUA BAHAGIAN BERSATU DIKAWASAN KOTA MELAKA

Pasangan yang masing-masing berusia 38 dan 33 tahun itu, ditahan dalam rumah sewa perempuan oleh sepasukan anggota pencegah maksiat terdiri daripada beberapa pegawai syarak Masjid Al-Abrar, Semabok kira-kira jam 3.15 pagi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani, berkata ketika pemeriksaan dibuat, pihak berkuasa agama menemui seorang lelaki dalam almari di bilik tidur utama.

“Kejadian berlaku selepas diketuk beberapa kali, pintu rumah berkenaan dibuka oleh wanita beranak tiga itu sebelum pihak berkuasa agama terbabit menjalankan pemeriksaan di rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan, kedua mereka bukan suami isteri, sebaliknya berstatus duda dan janda serta masing-masing mempunyai tiga anak,” katanya ketika dihubungi.

Rahimin berkata, lelaki berkenaan cuba melepaskan diri dengan memberi alasan tidak munasabah iaitu hanya ingin berehat sekejap kerana ‘tidak sedap badan’.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kandang, di sini sebelum ke pejabat penguatkuasaan JAIM untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Rahimin turut menasihatkan supaya pasangan duda dan janda terbabit menyegerakan proses pernikahan mereka.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau keduanya sekali.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dalam operasi berasingan, satu lagi pasangan melibatkan remaja dipercayai pasangan kekasih masing-masing berusia 21 tahun ditangkap khalwat dalam sebuah rumah sewa di Kampung Ayer Pa’abas, Alor Gajah, di sini.

Menurutnya, operasi kira kira jam 2.15 pagi itu dilakukan oleh beberapa anggota penguatkuasa agama.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan berkunjung dan bermalam rumah sewa lelaki itu, sebelum diserbu pihak berkuasa agama,” katanya.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: