Advertisements

ANTARA RAHIMIN BANI DAN RUSLIN HASAN, SIAPAKAH YANG BERJASA KEPADA MELAKA

Ogo 25, 2019 Blog, Perkasaan Parti

ANTARA RAHIMIN BANI DAN RUSLIN HASAN, SIAPAKAH YANG BERJASA KEPADA MELAKA

Keajaan Melaka juga dinasihatkan untuk tidak bersifat double standard dalam melaksanakan Enakmen Islam. Selagi kita menjalankan kuasa atau amanah yang diberikan maka rakyat beranggapan bahawa kita menjalankan tugas menurut peruntukan yang diberikan.

Enakmen Islam di sesebuah negeri itu diluluskan menggunakan asas pendekatan bahawa sesuatu isu itu untuk melindungi umat Islam dalam memenuhi keperluan dan amanah rakyat kerana Enakmen itu telah melalui proses membentuk peraturan yang ditetapkan iaitu telah diperincikan melalui Dewan Undangan Negeri khususnya Melaka. Ianya bukan kuasa Persekutuan.

Jika Penguatkuasa JAIM menjalankan tugasnya menurut Enakmen yang sah berkuatkuasa seperti memberikan ceramah agama di Masjid di seluruh Melaka, maka orang orang politik khususnya wakil rakyat tidak berhak campurtangan dalam urusan Ketua Penguatkuasa untuk bertugas menghalang pendakwah bebas yang tidak diberi kuasa atau tiada permit ceramah atau tiada tauliah untuk meneruskan ceramahnya.Ini kerana ianya menyalahi Enakmen yang anda iaitu wakil rakyat samada tidak kiralah di Durian Tunggal atau dimana mana masjid sekalipun untuk melanggar peraturan itu.

ZAKIR NAIK TIDAK ADA KEBENARAN BERCERAMAH DI MELAKA

Jika Zakit Naik dijemput berceramah di Melaka, anda telah menghalangnya selaku Ketua Negeri yang menjadi Pengerusi JAIM, maka tiada sebab munasabah anda tidaklah kelihatan tidak menyokong tindakan Datuk Rahimin Bani selaku Ketua Penguatkuasa juga untuk bertindak atau menghalang mana mana penceramah yang tidak memenuhi prasyarat itu, atau untuk berbuat perkara yang serupa di Melaka. Bukan Rahinin yang membuat undang undang itu, anda semualah yg meluluskannya tetapi mengapa pula anda dilihat seumpama double standard? dalam isu tertentu sehingga dituduh sebagai menyalahguna kuasa dalam memenuhi keperluan undang undang negeri.

Jika anda tidak bersetuju sekali pun maka anda perlu membiarkan sahaja sehinggalah anda perlu meminda peraturan tersebut di Dewan semula dengan meletakkan sesuatu kuasa tertentu itu menyebabkan dan membolehkan Ketua Menteri adalah menjadi pemutusnya. Selaku Ketua anda boleh menasihatkan wakil rakyat anda, manakala perbuatan untuk bersifat berkecuali sekalipun akan membawa persepsi buruk dimata masyarakat, melemahkan tidak secara langsung PH dan merenggangkan hubungan antara pihak eksekutif dan pembuat undang undang.

TIADA SIAPAKAH YANG MERUNDINGKAN RAHIMIN DISERAP MASUK KE JAWATAN TETAP DAN BERPENCEN, ATAU DIA MENGAMBIL OPTION KWSP?

Rakyat sangat tertanya tanya mengapakah Rahimin tidak mempunyai taraf pencen dalam status perkhidmatannya apa tah lagi apabila kontrak beliau tidak juga disambung diatas alasan yang nampak mengarut. Sedangkan dalam satu masa yang hampir sama tugas Datuk Roslin selaku Penyelaras DUN Ayer Limau boleh terus disambung, padahal sebahagian dari ahli BERSATU Masjid Tanah menolaknya. Ianya juga disahkan sendiri oleh Ketua Pimpinan Bersatu Melaka. Apakah Roslin lebih hebat dan berjasa ketika bertugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur itu dahulu, bukanlah besar jasanya itu berbanding Rahimin kerana ianya menyandang jawatan tak lebih 2 tahun di DBKL

Persoalan yang timbul ialah bagaimana anda bertindak memikirkan antara 2 isu yang berbeza ini tetapi prinsip asasnya sama sahaja. Mungkin banyak yang saya tidak mengerti bagaimana ada orang lain yang akan mengambil alih tugas Rahimin itu dalam pada beliau dikatakan bukan penjawat awam berstatus Tetap dan Berpencen.

Begini lama beliau tidak diserapkan jawatan beliau ke Tetap dan Berpencen? Roslin pula besar pula jasanya sedangkan SUK Melaka sendiri mempersoalkan prestasi kerja Roslin sebelum Roslin melepaskan jawatan CEO PKNM kerana kecewa dengan sikap Exco Perindustrian dan Pelaburan anda iaitu Datuk Rafiq yang juga Timbalan anda di PKNM ketika itu.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: