Advertisements

Walaupun sudah setahun berlalu, BERSATU wajar diperkasakan kerana parti itu adalah diantara parti yang jiwa asalnya hampir bersamaan dengan jasat UMNO satu ketika dahulu.

Jul 23, 2019 Perkasaan Parti

Walaupun sudah setahun berlalu, BERSATU wajar diperkasakan kerana parti itu adalah diantara parti yang jiwa asalnya hampir bersamaan dengan jasat UMNO satu ketika dahulu.

BERSATU MEMERTABATKAN MELAYU DITEMPATNYA:

Ahli baru BERSATU

BERSATU TIDAKLAH DINAFIKAN BERKOCAK JUGA, PARTI MANA YANG TENANG SENTIASA? ITU ADALAH SITUASI BIASA BAGI SESEBUAH PARTI YANG SANGAT MENGAMALKAN DEMOKRASI KHUSUSNYA BILA HAMPIR DEKAT TEMPOH PEMILIHAN PARTI:

Sebenarnya umno lebih parah masalahnya tetapi sekarang ini telah ramai kembali kepangkal jalan. Jangan terlalu ego dan akuilah kelemahan sendiri. Kita juga tidak ingin kes salah guna kuasa seperti di Sungai Rambai sehingga melibatkan 34 kes, mungkin ianya juga akan tempias pula kediri anda sendiri kerana tidak sedar diri dilepaskan bebas, kita sentiasa memerhatikan dan mengikuti gerak langkah anda yang anda fikir anda telah selamat? Kesalahan pasti menerima hukuman. Manakala yang bersubahat juga sama nilaiannya.

TAHNIAH

Intan Payung
Biro Keahlian BERSATU
P134 Parlimen Masjid Tanah

Diatas pengiktirafan tidak langsung kepada anda ketika berfungsi menyelaras ahli baru paling ramai di Kg Solok Duku bersama Tuan Khatib Salam seperti yang disebut oleh YB Pak Wan beberapa hari yang lalu. Dalam politik jangan diharap kerja boleh bergerak jika anda menggunakan telunjuk dan ringgit semata mata. Resiko bukan hanya tugasan tidak bergerak malahan anda mungkin menjadi calon yang tidak popular. Untuk popular, anda sendiri perlu mempunyai sentuhan terus kepada orang ramai.

Kepada pejuang yang sebenarnya berjuang untuk parti dan seruan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya, kita tidaklah patut memikirkan sebarang ancaman, arahan, SOP yang kononnya ada, ketua ketua penyelarasan dimana sekalipun yang berada disekeliling kita, apabila mereka berada di peringkat yang ‘tewas’; iaitu tewas yang tidak menyedari kelemahan diri untuk berubah.

Ahli baru BERSATU

Kini matlamat kita untuk menumbangkan Najib telah dimakbulkan, apalagi tanggungjawab pejuang?

Mereka yang boleh disebut sebagai pejuang ialah mereka yang tidak gentar sebarang ancaman disekelilingnya, meneruskan perjuangannya dengan tabah, tidak memburu seperti amalan ‘pemburu’ yang menagih hasil pemburuan mereka setiap kali ke hutan. Itu adalah rezki, kalau ada yang sesuai diambilnya, jika tidak pun mungkin esok lusa yang bukan manusia yang menentukannya .

‘You are our fighter”;

Semangat pejuang Bersatu sudah tentu kuat dan terus konsisten, iaitu tidak tenggelam timbul sejajar dengan tugasan yang dipikul saban hari. Tidak seperti kebanyakannya mereka yang mudah patah semangat, berdiam diri kerana kecewa. Kekecewaan yang boleh membawa kemurungan mudah terjadi jika individu itu tidak dapat apa yang diingini. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh Tun M sepanjang menundukkan Najib?

Seseorang pejuang dalam BERSATU tidak menunggu habuan sampai ke mulutnya, ibarat ikan yang kelaparan, akan mudah kecundang dimata pemancing yang mengharapkan hasil buruannya .

Seseorang yang mempunya semangat juang yang tinggi, bukannya mudah putus asa, ketika beliau tdak mendapat apa yang diingini, samada jawatan, tertinggal dalam kumpulan yang kehilangan hala tuju, atau tidak mendapat perhatian positif oleh rakan-rakan lama. Yang sudah lama, lusuh dan tewas biarkan dia ‘terjun dengan lagi labunya’

KEKUATAN & KELEMAHAN

Semakin lama BERSATU meningkat usianya kita boleh lihat pelbagai ragam rakan rakan. Ada diantaranya boleh dianggap kes terpencil, mereka kecewa diawak peejuangan lagi, sehinggakan ketika kempen pru14 pun sudah tenggelam timbul dan hanya mementingkan poket sendiri, rakyat memerhati tentang gelagat puak ini yang berpura pura melakunkan wajah panglima, tetapi tiada kemampuan melaksanakan tugasan yang diberikan sepanjang kempen itu.

Ada juga yang kecewa semasa demam kempen, muncul kembali selepas PH menang, tetapi kembali membawa diri entah kemana, tidak aktif akibat desakan kehidupan tetapi akhirnya muncuk pula dan kembali aktif. Kita doakan agar selepas ini ada perubahan yang parti harap harapkan. Ramai faham masakah untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya seharian yang memerlukan banyak sumber kewangan, lebih lebih lagi apabila semua sumber yang sedikit itu telah dibelanjakan sebelum pru lagi .

KRONOLOGI PERJUANGAN

Tidak kurang pula jenis yang kecut, penakut dan menyembunyikan kepala ketika berjuang ibarat seekor kuda juga yang takut badannya dicederakan oleh UMNO BN, berjuang kadang kadang dimalam hari, memasukkan kepala disiang hari. Yang anihnya selepas pru14 beliau ini berdiri gagah dihadapan pejuang yang kononnya dungu yang akhirnya menerima sahaja apa hasil buruan yang dianugerahkan kepadanya. Mereka juga antara penerima ‘bintang seolah oleh sebagai ‘Sarjan Hasan’ di Bukit Kepong. Mereka jenis ini sangatlah tidak bermaruah dan wajar dianugerahkan anugerah cemerlang kerana berjaya menyusup masuk kedalam kumpulan ‘komunis’ khabarnya kini.

KENAPA MALU DISEBUT PEJUANG

Sebagai penggerak awal yang jangan segan silu dipanggil pejuang yang kita tahu merupakan penggerak dari awal BERSATU yang ditubuhkan di Masjid Tanah, perlulah kekal menjaga maruah diri. Apabila dipinjamkan kuasa maka gunakan kuasa itu secara bijaksana, jangan sekalipun mengambil habuan rasuah, jika anda berhutang maka jelaskan hutang tersebut dari sumber yang halal dan jangan pula dilihat UMNO lebih tamak haloba dari kebanyakan ahli politik BN ketika dahulu. Inilah punca sebenar suara sumbang yang kita dengar saban hari dari mulut mulut hancing mereka iaitu politik PH hanya dipenggal.

Jangan anda semua fikir bahawa anda sudah cukup hebat, sangat berpengaruh dan disukai oleh orang ramai dan pengundi anda kekal mempercayai dan tidak tahu perbuatan buruk anda jika anda sebenarnya menjadi tukang karut yang sangat tamak serta tidak melihat rakan rakan yang selama ini memberikan sokongan kepada anda. Elakkan selagi mampu dilihat berkroni secara politik sempet dan jangan cepat megah apabila dipanggil ‘bos’, saya yakin ianyanya pembawa bencana.

Kita semua tahu apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh anda ketika menyandang jawatan. Usah rakus apabila terpilih, bersyukurlah, kerana kuasa anda tidak mungkin kekal selamanya.

Oleh itu pihak media suka menulis mengenai perkembangan beliau, mengingati diri sendiri, mengkritik pemimpin yang terpesong jauh, tidak tegas herana ‘dibeli, manakala terpaksa memberi sentuhan panas untuk ingat mengingati sesama kita agar BERSATU semakin kukuh, utuh dan diterima ramai dan dihormati oleh kawan dan lawan. Muhasabahlah diri sendiri.

PEMIMPIN PERLU TAHU SIAPA MUSUH

Ganjaran yg diatas adalah lebih penting dari gaji dan elaun Jkkk. Insyaallah rezeki berada dimana mana. Janji Allah adalah benar. Jom tambah ahli BERSATU. Pemimpin yang bijak perlu tahu keperluan anak buahnya. Anak buah pula usahlah bermuka 10 demi poket anda sendiri. Apakah anda dihormati? Sesiapapun yang makan gaji pasti ada bos yang memformat gerak kerja mereka, ada KPI yang perlu dicapai jadi jangan mudah percaya data mereka sebelum ada pihak menguji dan ‘verified’. Apakah Najib yakin beliau tewas semasa pru14? Benarkah tepat maklumat yang diterima oleh mereka yang menerima gaji bulanan ketika itu? Manapun Bos Ku.

“MODAL BUKAN HANYA SEKADAR WANG RINGGIT, SENTUHAN DAN KATA KATA TERUS ANDA ADALAG LEBIH HEBAT – LIDAH IBARAT PEDANG”

☆ BERSATU ☆ BERAMANAH ☆ BERMARUAH ☆

Genap setahun berlalu.

Ikhlas dari,

Pemerhati Cawangan Sebatu BERSATU dan PH Melaka.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: