Advertisements

Tidak Kahwin Adalah Rahsia Umur Kita Mampu Mencecah Lebih 100 Tahun, Itu Pengalaman Louise Jean Signore

Ogo 22, 2019 Blog

Tidak Kahwin Adalah Rahsia Umur Kita Mampu Mencecah Lebih 100 Tahun, Itu Pengalaman Louise Jean Signore

Mungkin lain pula halnya dengan orang Sungai Rambai, khabarnya kubur merah lagi sudah ada rundingan untuk cari pengganti. Ustaz Parit Putat yang cakap, jika betul betullah itu.

Untuk mempunyai kekuatan pada usia 100 tahun adalah perkara sukar.

Namun ia tidak mustahil bagi sesetengah individu yang begitu menjaga kesihatan di peringkat awal lagi.

Louise Jean Signore, seorang wanita warga emas baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-107.

“Saya rasa rahsia untuk 107 ialah saya tak pernah berkahwin. Saya rasa itulah rahsianya,” kata Louise ketika ditemubual media antarabangsa.

Louise turut berkata, adik perempuannya sendiri sering meluahkan rasa kesal kerana telah mendirikan rumahtangga.

Dan nampaknya kebolehan Louise untuk hidup lama bukan disebabkan oleh tuah.

Sebaliknya ia mungkin keturunan kerana adiknya juga panjang umur usianya 102 tahun!

Dilahirkan pada tahun 1912 di Harlem, Manhattan, Louise kemudiannya berpindah ke Bronx, Manhattan ketika berusia 14 tahun.

Di situlah kediamannya sampai sekarang.

Selepas bersara, dia menari hampir setiap hari dan boleh bermain permainan Bocce dengan mahir.

Daripada dulu lagi Louise hidup bersendirian, dan dia mendedahkan itulah sebab hidupnya kurang stress.

Louise juga memberitahu bahawa dia mengamalkan pemakanan asas sahaja, tiada minuman gas dan kek yang manis.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: