Advertisements

Hari ini jam 2.30 PM Pak Wan di Seksyen 15 Shah Alam dan siaran langsung mengenai DKN2030.

Hari ini jam 2.30 PM Pak Wan di Seksyen 15 Shah Alam dan siaran langsung mengenai DKN2030.

Rakyat Malaysia perlu lah ambil tahu tentang dasar keusahawanan Negara ini. Ambil mudah maknanya anda akan rugi sekiranya dasar ini tersasar dari keperluan anda yang mungkin berlainan dari apa yang anda harapkan.. Usahawan mencuci kereta keperluannya belum tentu sama dengan usahawan yang mengeksport manggis ke Melbourn. Sementara masih diawal perlaksanaannya maka dapatlah ditarik semula kelaluan yang anda harapkan.

Sebagai perbandingan, Dasar Agro Makanan Negara sudah sampai kepenghujung tempuh perlaksanaannya, anda tahu tak berapakah nilai impak kepada dasar yang akan tamat pada tahun hadapan itu? Anda sendiri perlu cari sendiri sebelum anda pula gelak. Apakah anda tahu berapa ramai usahawan tani yang setiap hari membanting tulang mencari rezeki sekarang ini? Jika saya katakan laluan yang dibawa itu ramai tidak sedar rupanya sesat, tetapi malangnya mereka yang bijaksana kononnya itu lah yang memimpin dan dipandang tinggi sebagai orang yang Berjaya mencapai 100% kpi serta dianugerahkan perkhidmatan cemerlang setiap tahun.

Jauh lebih malang jika pelaksana yang telah mencanang itu dilihat seolah oleh dasar itu telah Berjaya dan mencapai objektif yang diharapkan dan berimpak. Petani pun gelak sahaja, walaupun sepatutnya patut menangis. Jadi elok anda usah gelak, cuba dengar betul betul dan kemukakan soalan yang biar Nampak bijak yang perlu diajukan kepada ahli penel yang dihadiri sendiri oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Ketua Jabatan Agensi beliau. Jangan sudah terantuk baru nak terngadah, sebab nasi sudah jadi bubur.

Tahukah anda sesungguhnya di negara maju dalam bidang seperti pertanian baik Australia, New Zealand dan Belanda sekarang ini, jawatan paling tinggi dinegara itu yang sentiasa menjadi pengerusi dalam mana mana mesyuarat pembuat dasar dan memantau perjalanan dasar ialah penternak sahaja, bukannya PTD. Gelak lah lagi !!!

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: