Advertisements

Hampir semua pindaan perlembagaan BERSATU diluluskan dalam Perhimpunan Khas di MAEPS Serdang

Jul 22, 2019 Blog

Hampir semua pindaan perlembagaan BERSATU diluluskan dalam Perhimpunan Khas di MAEPS Serdang

PERHIMPUNAN AGUNG KHAS BERSATU LULUS HAMPIR SEMUA PINDAAN PERLEMBAGAAN:

SERDANG: Perhimpunan Agung Khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini meluluskan hampir semua usul dikemukakan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BERSATU 2019.
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata antara pindaan perlembagaan dipersetujui termasuk mewujudkan keahlian bersekutu dalam kalangan bukan Melayu dan Bumiputera.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, hampir 900 perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Khas berkenaan menolak satu usul berkaitan membenarkan kaum bukan Melayu/Bumiputera terbabit pemilihan atau memegang jawatan dalam BERSATU.

Kebanyakan perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Khas hari ini bersetuju dengan semua usul dibentangkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan kecuali satu perkara saja tidak dipersetujui iaitu membenarkan ahli bersekutu dalam kalangan bukan Melayu/Bumiputera terbabit pemilihan dan memegang jawatan tertentu dalam parti.

“Disebabkan itu pendapat majoriti perwakilan yang hadir, maka kita (pucuk pimpinan tertinggi parti) menerima bahawa golongan bukan Melayu/Bumiputera atau ahli bersekutu tidak boleh memegang jawatan dalam jawatankuasa tertentu BERSATU,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Khas BERSATU di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau percaya pindaan perlembagaan berkenaan akan menjadikan BERSATU sebuah parti lebih kemas dan mantap.

Dr Mahathir berkata, beliau juga berharap pindaan berkenaan membolehkan BERSATU mengadakan pemilihan pertama parti berkenaan seawal menjelang akhir tahun ini.

“Perwakilan juga membangkitkan soal sistem satu undi untuk pemilihan nanti, tetapi kita tegaskan secara praktikalnya ia amat sukar dilaksanakan ketika proses pemilihan peringkat majlis pimpinan tertinggi BERSATU.

“Bagaimanapun, sistem berkenaan akan diguna pakai pada proses pemilihan pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian BERSATU,” katanya.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: