Persiapan akhir persatuan dalam urusan menyediakan laporan prestasi dan koordinasi percambahan fikiran AJK bagi menyelaras halatuju baru 2021 serta aktiviti sokongan berkaitan.


Persatuan dan peranan ahli dalam penyatuan Melayu

Persatuan dalam gerakerja memperkemaskan kerja menyediakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang lalu seperti yang diarahkan oleh Pihak pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tempohari.

Program Taklimat yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, melalui kursus yang telah dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari persatuan kami beberapa minggu yang telah memberikan penerangan tentang kaedah pengurusan persatuan dan tanggungjawab pemegang jawatan utama dalam pengurusan organisasi kami.

Dalam menyambut saranan Puan Pengarah ROS Melaka itu juga maka kami bersama sama dan berkumpul kecil sedang berada di Tanjung Bidara, Melaka; maklumat kursus itu perlu dipanjangkan kepada ahli yang lain pula agar semuanya memahami akan tanggungjawab dan melakukan perkara perkara penting seperti dikehendaki dalam Akta Pertubuhan.

Kami harapnya ianya dapat pula dikembangkan akan segala maklumat berguna yang kami belajar dari ROS Melaka itu dalam kursus tempohari itu kepada AJK kami yang lainnya pula.

Semoga usaha kami minggu ini itu dipermudahkan dan juga dapat menyiapkan dokumen yang diperlukan oleh ROS sambil bertukar-tukar fikiran dalam pengurusan persatuan sesama AJK Pertubuhan yang lain yang sedang beroperasi di Sungai Rambai dan Masjid Tanah setelah ianya berdaftar secara rasmi di Sungai Rambai dan melakukan aktiviti sekitar Melaka itu seperti yang dinyatakan menurut Perlembagaan Persatuan kami itu.p

%d bloggers like this: