Isu ‘pengharaman UMNO’ yang dijangka bakal terjadi juga itu nanti, seolah-olah satu krisis baru parti itu, baru muncul, disebut dalam nada keliru, malahan penyokong setianya menggambarkan sangat terkejut hanya baru beberapa hari ini sahaja?


Usahlah terlalu politiking dan memusingkan fakta kerana anta tentunya telah dinyanyikan akan kemungkinan terjadi pengharaman UMNO boleh terjadi dan telah lama mula berlegar sepanjang kempen menumbangkan Najib lagi dalam pru14.

PAKATAN HARAPAN SUKAR MEMBALING BATU DAN SEMBUNYI TANGAN DALAM KEMPEN MENUNDUKKAN UMNO DISEPANJANG KEMPEN PRU 14 YANG LALU SAMBIL PPBM MENGUKUHKAN KEPIMPINAN PARTI ITU BERSAMA TUN M:

Beberapa orang pemimpin UMNO yang terdesak mengalihkan isu dan meletakkan kesalahan itu dibahu Hamzah Zainudin pula hanya beberapa hari ini pula, sebenarnya hanyalah sebagai muslihat politik terkini bagi meredakan kekecewaan beberapa pemimpin yang telah tidak mendapat perhatian ‘Abah’ dari seluruh ahli umno yang tiada jalan keluar dan terperangkap ditengah-tengah krisis yang lapuk itu.

APAKAH ADIL APABILA NAJIB ‘CASH IS KING‘ ITU BAKAL DIHUKUM BERSAMA BEBERAPA PEMIMPIN TERKEMUKA UMNO YG MASIH BELUM SELESAI PERTUDUHANNYA DI MAHKAMAH? JIKA UMNO TERLEPAS SEDANGKAN PEMIMPIN UTAMA UMNO HURU HARA DIMAHKAMAH ITU JELAS DILIHAT SEBAGAI USAHA MENYELAMATKAN UMNO YG TIDAK DIHARGAI.

Rakyat akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan BN yang telah berkuasa selama lebih 60 tahun di Malaysia dalam kempen besar besaran yang akhirnya nama buruk parti UMNO antara yang ramai mempercayainya akan turut diharamkan.

Najib merupakan bekas presiden UMNO iaitu tetap dilihat oleh dunia jugak umpama ‘banduan’ bersejarah tetapi seorang Perdana Menteri (Najib Razak) yang sangat berkuasa ketika itu tetapi akhirnya diputuskan kini seorang ‘bakal banduan’ yang amat memalukan kita juga itu.

Isu terhadap mungkin UMNO menjadi haram akhirnya sekiranya Najib sah disebut ‘penyamun’ oleh Tun M tentulah akan sensasi besar resiko UMNO

Sebagai orang Melayu yang tahu cerita donging ‘Si Tanggang’ yang akhirnya termakan sumpahan menjadi batu usahlah bermain wayang, tarik tali begitulah juga dengann Najib sendiri; bukankah keputusannya kini adalah sebagai pesalah?

Usah semakin melampau anda main wayang. Keputusan mahkamah dibawah Akta SPRM dengan nama buruk terhadap Najib itu kini tetap kekal terpahat dalam senarai pesalah yang sukar diterima oleh rakyat.

Eloklah kita cipta sahaja sejarah yang baik baik bukan sejarah ‘penyamun kleptokrasi’.

Ianya amatlah memalukan sebuah kerajaan Islam menurut perlembagaan Malaysia, ianya juga adalah suatu kesalahan sangatlah mengejutkan rakyat serta sukar untuk dijelaskan kepada anak cucu kita nanti.

Semoga bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 06 November ini akan diluluskan di Dewan Rakyat. Semoga Ahli Parlimen kita terus dihormati oleh rakyat sebagai MP yang mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bukannya sekadar ,’dapur sendiri sahaja yang berasap’.

Beberapa itilah yang ditulis ini adalah mengambil ungkapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menumbangkan Najib dalam PRU14.

%d bloggers like this: