Kes Hospital Besar Melaka Covid 19 jangan sampai PKPB pula nanti.


Lapan anggota perubatan Hospital Melaka disahkan positif Covid-19, dan bukannya 11 sebagaimana yang tular di media sosial hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan lapan anggota perubatan itu kini menerima rawatan di hospital berkenaan, manakala kontak rapat mereka telah disaring dan kini menjalani kuarantin di rumah masing-masing, dan bukannya di hospital.

Khabarnya kawasan bukit katil yang melibatkan sebuah sekolah juga terjejas yang ada kaitan dengan kontak rapat kepada sebuah keluarga yang menghantar anak mereka ke sekolah tanpa lebih awal mengetahui beliau telah positif Covid 19. Kini keadaan mulai terkawal dan yang ada kontak rapat telah disaring dan kuarantin.

%d bloggers like this: