Bersatu Jasin telah lumpuh? Negeri Melaka pula semakin tenat?


Benarkah hubungan Bersatu Melaka semakin tidak berdaya seperti yang diperkatakan ketika ini mungkin menjadi kenyataan? Sekiranya UMNO Pusat menolak kepimpinan Perikatan Nasional (PN) apabila syarat yang UMNO nyatakan itu tidak dapat dipenuhi maka sudah jelas beberapa pemimpin akan kehilangan jawatan mereka dalam Kerajaan Negeri Melaka.

Ketika ini dilihat jawatan yang disandang oleh YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Ketua Bahagian Bersatu Tangga Batu dan YB Datuk Afendi yang tewas pula dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian Kota Melaka baru-baru ini akan menjadi pertaruhan. Kemungkinan UMNO akan menyingkirkan keduanya amatlah tinggi seandainya syarat-syarat yang ditetapkan oleh UMNO mendapat tentangan besar ahli Bersatu diperingkat Pusat.

CAWANGAN ‘MAGIC’ BATU GAJAH DAN SEBATU YANG UJUD KINI DILIHAT DI JASIN SENDIRI IANYA TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN LAGI

Apakah Bersatu boleh lumpuh seperti semangat 46 suatu ketika dahulu?

Sekiranya ianya terjadi maka 2 orang ADUN Bersatu ini nasibnya seumpama telur dihujung tanduk dan jawatan exco mereka kemungkinan digugurkan oleh UMNO.

Ahli Bersatu Sungai Rambai semakin keliru dengan permainan KB Jasin yang baru itu yang dilihat tidak kompiten dan tidak profesional apabila Cawangan ‘Magic’ Batu Gajah dan Sebatu tiba-tiba muncul.

Bagaimanakah nasib dan masa depan ahli Bersatu seluruh Melaka khususnya Bersatu Jasin? Ianya yang semakin menyepi kini hanya akan ditentukan beberapa hari sahaja lagi oleh UMNO Pusat.

Jumlah ahli Bersatu yang kecil itu kini berikutan perpecahan yang telah berlalu kerana sebagiannya telah menyokong Tun Mahathir Mohamed yang mendaftar sebagai parti Pejuang pula dilihat akar umbi Bersatu sebagai terumbang ambing dan tidak menentu.

%d bloggers like this: