Cawangan ‘Magik’ Bersatu Kampung Batu Gajah atau Kg Sebatu jika telah dilakukan dipohon bermesyuarat kembali akibat notis mesyuarat yang tidak menyeluruh.


SURAT PENGIKUT MELAKAONLINE ORG

NAIB PRESIDEN PPBM KALI INI DARI MELAKA:

KB berkepak lah? lebih power dari MPT kan. Sekarang Timbalan Ketua Pimpinan Negeri, kira besaulah, bolehlah buat ‘magik’ di Batu Gajah. Sebab orang Batu Gajah bodoh2 agaknya dan MPKK pun tak layak. Apatah lagi CM Sabah?.

Mohd. Rafiq bin Naizamohideen adalah ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sejak Mac 2020 dan dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Ketua Menteri Adly Zahari dari Mei 2018 hingga kejatuhan pentadbiran negeri PH pada Mac 2020. Dia juga anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Naib Presidennya sejak Ogos 2020.

Aku juga faham rakyat sangat marah ni, YDPA pun tegur. Aku pun sama naik muak mual citer politik, berebut jawatan sedangkan Covid 19 dah memuncak lebih 800 kes.

Aku pun benci dengau dan baca kisah politik nih. Nak tolong Covid 19 MKN tak panggil aku. Nasib baik ‘KITA PRIHATIN’ 26 hb Okt boleh cocok 600, tq boss Presiden.

BILA HAL KERJA BERI AKU, JAWATAN UTAMAKAN PERUT SENDIRI

Yang demand jawatan ialah yg 222 orang tu aja. Aku tak terlibat, jadi citer politik tak payah nak marah, elaun tak ada orang politik beri aku pun. Aku bukan hebat atau baik body hingga tak pernah desak kpd boss pasal jawatan semenjak PH berkuasa dan kini PN pula .

Aku memerhati je tinguk perangai buruk politik ni. Tak caya tanya Pak Wan ada aku tanya jawatan Pegawai Khas kepada Menteri, tidur baring di bilik gerakan dengan Pak Wan dan Mejar Rahim. Rasanya aku layak kalau berminat. SETPOL Tun M pun ada master ke?

PJK PUN AKU TAK PERLU, DAH BERCUCU AKU NI

Patut2 lah kalu bekas Pengarah Bilik Gerakan PRU14, Ketua Unit Media dan AJK Bahagian Masjid Tanah lah, walaupun P134 tewas hari tu, ehh surat tawaran sebagai Pemeriksa Kira-Kira selaku MPKK Batu Gajah pun tak ada orang sorong kek aku? bukan layak aku pun, pasal itu BN tak tawar kot. Dua puluh lapan tahun dalam kerajaan agak2 apa yg aku tak tahu nak urus? Buka pesen aku nak sarung baju kot semula dengan name tag. Muak…

Jika prestasi Kerja dalam jabatan, kita tak boleh tipu kerana rekod masih disimpan oleh JPA atau Jabatan lama kita. Pingat Khidmat Cemerlang sampai aku menolak tak mahu ambil kerana dah banyak kali aku terima. Naik malu macam orang lain tak pandai buat kerja pengurusan organisasi.

AKU SEMBANG BUKANNYA NAK MEMBANGGAKAN DIRI

Yang aku coretkan sekadar perkongsian orang tua kepada orang muda yg baru belajar pakai tali leher, supaya beringat sedikit agar sejarah PH yg gagal itu usah diulang lagi. Selain itu tradisi politik yang lebih suka staff lebih bodoh dari anda juga perlu diubah.

Dari segi perlembagaan, tiada peruntukan dalam Tatacara Tetap (Standing Orders) yang boleh menghalang usul ini daripada dibentang di dewan yang mulia ini sebagai suatu keutamaan mendesak.
“Dengan hormatnya, saya mohon jaminan agar Usul Tidak Percaya ini akan dibentang di Dewan Rakyat sebagai suatu keutamaan pada persidangan akan datang.

Besar kemungkinan Tengku Li dijemput keistana negara kerana YDPA ingin mendapat penjelasan mengenai cadangan Tengku Li mengenai undi tidak percaya ini. Ianya kerana akan memberikan implikasi sehingga PM boleh tewas dan memaksa Pilihanraya Umum terpaksa diadakan yang boleh mengancam kesihatan orang ramai terhadap Covid 19.

Orang ramai menjangkakan bahawa ianya tidak ada kena mengena dengan spekulasi untuk melantik beliau sebagai PM 9. YDPA mungkin ingin menyatakan implikasi terhadap isu yang hangat ketika ini itu. Senario yang berlaku ini kita boleh menjangkakan bahawa sekiranya Muhyiddin tewas dalam undian November ini nanti, ini akan lebih memaksa YDPA terpaksa juga melantik Muhyiddin sebagai PM Interim untuk suatu tempuh yang paling selamat bagi memberikan laluan kepada PRU 15.

MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) PERNAH TERJADI AKIBAT PERISTEWA 13 MEI 1969

Penularan Covid 19 akibat PRN Sabah baru-baru ini sehingga mencapai angka melebihi 800 kes sehari sudah tentulah merubah keputusan YDPA untuk meneruskan PRU 15 ketika jumlah penyakit itu sedang memuncak. Titiga orang PM dalam tempuh setahun tidak akan menggambarkan setuasi terbaik kepada kesetabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Walaupun jika YDPA sanggup menilai dan meneliti kembali 222 SD seperti yang dilakukannya sebelum ini, YDPA boleh menjangka bahawa kaedah itu telah berlaku dan kemungkinan PM yang berjaya dengan mempunyai mejoriti yang lebih ketika ini juga boleh sekali lagi ditolak oleh MP sekali lagi. Oleh itu adakah sekali lagi YDPA akan melakukan tidakan yang sama berkali-kali dan melantik PM ke 4 pula dalam setahun?

Darurat langkah terakhir, reda kemelut politik negara – Pakar perlembagaan

Perlantikan orang lain juga tidak mungkin menjadi pilihan YDPA kerana justifikasi perlantikan individu lain tidak berapa kukuh diatas dasar tahap sokongan MP yang lainnya diragukan juga atau kurang mempunyai pengalaman menjawat jawatan PM walaupun seseorang MP itu berpengalaman lama menjadi MP atau sebagai menteri sekali pun; belum tentu boleh mengurus dengan berkesan apabila memegang jawatan nombor 1 pula kali ini yang terpaksa membuat keputusan sendiri berbanding dengan tugas menteri dibawah; yang membolehkan rujukan keputusan boleh dibuat kepada menteri yang lebih kanan.

Nampaknya pilihan terbaik hanyalah perlu mengadakan pilihanraya umum juga. YDPA tiada banyak pilihan kerana individu yang berpengalaman menjadi PM pula telah hilang sokongan mejoriti biarpun mempunyai pengalaman menjadi PM beberapa kali. Maka kita jangkakan Muhyiddin akan menjadi PM sementara untuk tempuh beberapa tahun juga atau Mageran perlu dikuatkuasakan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Siapakah yang untung? FIKIR-FIKIRKAN LAH.

UCAPAN TAHNIAH

Tahniah kepada semua yang telah memenangi perebutan jawatan dalam politik dari Cawangan, Bahagian, Srikandi dan Armada. Begitulah juga Presiden, Timbalannya dan MPT. Ketua Pimpinan Negeri dan barisan AJK beliau.

Sementara tidak terlupa tahniah Azalina, hati hati tentang pencabar Ketua Srikandi Jasin itu, angka tidak besar. Tahniah juga kepada Ketua Cawangan Bersatu Batu Gajah ‘MAGIK’. Siapa dia eh? Bila mesyuarat Cawangan?. Siap atur?
Bersambung/..

Nukilan,


MENCARI PENGALAMAN
DALAM POLITIK.

LEO 1963.
NO AHLI: 4402


Terima kasih dari,
MELAKAONLINE ORG
Tunggukan coretan akhir,
dan bersambung.


MAKLUMAN:

Surat yang dihantar kepada MELAKAONLINE ORG seperi ini dan dimuat naik untuk perkongsian antara penulis dan pembaca adalah pandangan dari penulis sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendapat MELAKAONLINE ORG terhadap sebarang isi yang dikupas.

%d bloggers like this: