BERSATU sentiasa membuka pintu untuk UMNO menjadi ahli Bersatu.


Jika undi tidak percaya itu berjaya di Dewan Rakyat sekalipun, belum tentu UMNO akan memerintah Malaysia. Kemungkinan parti lain yg ada mejoriti besar; makanya UMNO perlu bersyukur kerana berjaya menjadi pemerintah semula setelah rakyat benci ketika itu.

Tajudin dan UMNO wajarlah juga bersyukur kerana masih berpeluang menjadi kerajaan semula setelah ditumbangkan di PRU14 oleh Bersatu dan PH.

Video: Kes positif Covid ¹9 yang luar biasa jumlah kes hariannya. Apakah anda yakin kita mampu menangani jika sehari telah menjangkau lebih 800 sehari? Apakah kita terus mengejar jawatan sedangkan ramai yang menderita? Apakah patut Malaysia mempunyai 3 Perdana Menteri hanya dalam tempuh setahun?

Apakah patut Malaysia mempunyai 3 Perdana Menteri hanya dalam tempuh setahun? Apakah pelabur sanggup melabur dalam situasi sebegini nanti?

UMNO tewas akibat kebangkitan rakyat menentang UMNO dan BN yang dilihat terlibat dengan skandal besar seperti 1MDB.

Tajudin mengajak Muhyidin kembali kepada UMNO, Presiden Bersatu pernah ditanya tentang kemungkinan itu diawal perjuangan bersatu, Presiden Bersatu menafikannya 4 tahun yang lalu.

Banyak kes SPRM masih belum selesai yang melibatkan pemimpin parti itu termasuk pemimpin di negeri.

Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan ‘kleptokrasi’, bukannya tidur sebantal. Tajudin orang lama UMNO seharusnya sedar.

Usahlah untuk memujuk Muhyiddin seorang untuk kembali kepangkuan UMNO, kita tidak fikir kepentingan diri mengatasi kepentingan parti juga ianya turut ada dalam Bersatu.

Tajuddin berkata Umno tidak bermusuh dengan Bersatu mahupun menjauhkan daripada PN, sebaliknya mahu parti itu menghargai jasa Umno sebagai parti yang membentuk kerajaan PN.

Sifat berpecah belah sesama melayu bukannya semudah boleh diselesaikan dengan Muhyiddin masuk UMNO, ketika ini pun rakyat lihat UMNO sendiri menunjukkan keretakan antara yg menyokong Anuar dan penyokong Muhyidin.
Bukankah majoriti jawatan di kampung DUN dan negeri kini dimonopoli oleh UMNO? Tuduhan bersatu tidak seimbang dan anak tirikan UMNO itu tidak betul.
Tamak tanpa mementingkan hal jangkitan Covid 19, kini pengundi semakin membenci pemimpin politik.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: