Najib Razak telah menyenaraikan ketidakpuasan hati ahli UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN)


Apa yang rakyat sedang perhatikan gelagat pemimpin UMNO kini (terutamanya yang ada kes di mahkamah) adakah sebenarnya, mereka (pemimpin atasan UMNO) yang diatas itu yang berlebihan tidak berpuas hati terhadap PN.

Sebenarnya bukan ahli UMNO dibawah yang bising, tetapi meletakkan kononnya ahli bawahan yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati. Yang lebih lagi tidak berpuas hati sebenarnya ialah mereka yang tidak berjawatan dalam kabinet Muhyiddin Yassin.

Tidak berpuas hati kebanyakannya kerana jawatan yang diperuntukkan kepada UMNO kini ialah jawatan yang tidak setaraf, ini adalah kerana mejoriti kerusi UMNO adalah yg paling banyak di Dewan Rakyat.

Yang peliknya ialah orang yang bersalah di bawah Akta SPRM dengan nama terpampang di portal SPRM pula yang bersuara. Awak tu bukankah pesalah?

Rakyat naik muak dengan sikap pemimpin atasan UMNO kini yang mempertikaikan tentang jawatan yang besar-besar itu sahaja. Yang kecil kecilan di kampung tidak pula disentuh. Mengapa ya?

Kini langsung rakyat tidak dengar tentang cadangan memperbaiki taraf hidup rakyat, kawalan kenaikan kos sara hidup dan usaha mengawal Covid 19 khususnya dari pemimpin kanan UMNO.

Semua media membuat liputan tentang perkara ini (politik dan jawatan besar) sedangkan perjuangan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus hilang dari mulut pemimpin.

Jawatan yang direbut itu adalah semuanya jawatan besar-besaran yang melibatkan menteri dan ketua menteri.

Tiada siapa pun khususnya Ahli Bersatu akar umbi yang menyentuh tentang jawatan dibawah. Yang dibawah pun perlu ditinjau. Atau itu anda telah berpuas hati?

Tidak bolehkah mereka yang berebut jawatan ini sedikit bersabar? pada hal selama 22 bulan sebelum ini mereka adalah team pembangkang, bukannya kerajaan seperti Parti Bersatu.

Bukankah baik belajar bersabar sedikit sehingga Pilihanraya Umum Ke 15 nanti. Hendak lawan dipersilakanlah, apa nak buat? Bukannya lama lagi.

Jika tidak kerana tertubuhnya PN, tentulah UMNO masih kekal sebagai parti pembangkang, tetapi telah menjadi kerajaan lebih awal lagi, itu juga perlu disyukuri.

Tak habis habis mempersoalkan tentang jawatan seolah olah penyakit Covid 19 yang sedang melanda negara bukannya perkara penting untuk diperkatakan dengan lebih serius.

Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: