Dr Mahathir Mohamad sangat hebat apabila menjawab pertanyaan isu antarabangsa, tetapi bagaimana PH boleh tumbang?


Video: Tun M berada di Colombia. Tempoh setahun PH memerintah, Tun M hanya mengumpul anugerah antarabangsa kerana negara luar kagum dengan kemampuan beliau . Jadi bilakah PH sempat fokus untuk membangunkan negara sendiri?

KERAJAAN PH BUKAN TIDAK BIJAK TETAPI BELUM MATANG

Kehandalan beliau menjawab sebarang isu yang dikemukakan, memberi pandangan secara berfakta apabila melibatkan forum diperingkat antarabangsa setakat ini tidak nampak siapakah yang boleh menandingi dan menggantinya kehandalannya itu. Tempoh awal PH memerintah, banyaklah anugerah yang beliau terima bagi mengenagkan jasa Tun Mahathir Mohamed (Tun M).

Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.

Kenapa kehebatan itu tidak mampu memperkukuhkan kedudukannya? sehinggalah kerajaannya tumbang hanya selama tempoh 22 bulan sahaja mereka memerintah?

Kenapa pula team Pakatan Harapan (PH) tidak dapat membantu Tun M dengan berkesan dalam mengukuhkan kekuatan PH itu sendiri?. Jelaslah team PH sebenarnya tidak menyangka akan memenagi PRU14 ketika itu. Oleh itu tiada persediaan rapi yang dapat PH lakukan bagi mengurus sebuah kerajaan, jika ianya dibandingkan dengan parti UMNO yang telah mempunyai pelapis yang baik dan matang kerana telah berkuasa menjadi kerajaan melebihi 60 tahun; satu tempoh yang sangat lama.

KERAJAAN SEPENGGAL

Ramai rakyat yang berang dengan Pakatan Harapan (PH) dari awal ianya memerintah negara dan menjuluk PH sebagai Kerajaan Sepenggal, ianya semakin meluap-luap sehinggalah ke kampung-kampung dan kedai-kedai kopi dengan mengajuk PH adalah Kerajaan Sepenggal dan ianya menjadi-jadi lebih-lebih lagi setelah PH tumbang dibeberapa Pilihanraya Kecil (PRK).

Walaupun populariti PH semakin menurun bulan demi bulan, rakyat terus melihat seolah-olah tiada juga perubahan yang dibawa oleh kepimpinan PH. Semacam mereka ini langsung tidak mendengar keluhan akar umbi yang sebelum ini telah membantu mereka menumbangkan UMNO dan Najib Razak dalam Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu.

Malangnya belum pun sempat menggenapkan tempuh sepenggal pemerintahnya di Malaysia, Tun M pula meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) ke-8 Kenapa beliau bertindak sebegitu serius sekali?

Tiada lain jalankan kepada Tun M untuk menyelamatkan kerajaan PH itu dari terus berkuasa? selain dari PM yang disokong dalam gabungan parti-parti PH itu bertindak meletak jawatan? Kenapa beliau tidak langsung berbincang dengan sekutunya dibawah PH sebelum bertindak meletakkan jawatan?

Tindakan beliau yang tidak melantik Anuar Ibrahim yang selama ini disebut-sebutnya sebagai pengganti beliau sangatlah menghairankan banyak pihak.


Post sebelum ini

RAKYAT KELIRU DIATAS PELETAKAN JAWATAN TUN M SEBAGAI PM

Tindakan Tun M itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapakah ianya terjadi dan kenapa sebegitu kritikal seorang Perdana menteri (PM) PH itu membuat keputusan sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia?

Orang ramai seluruh Malaysia gempar dan mengikuti secara rapat wayang kulit politik yang tiba-tiba dimainkan diseluruh media perdana dan media sosial. Aksi yang paling hangat ketika itu tentulah di istana negara, rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setiap saat menunggu bagi mendapatkan liputan media yang terbaik untuk sajian rakyat Malaysia.

Pelbagai reaksi orang ramai sehingga ke kedai-kedai kopi yang membahaskan isu sensasi itu. Kebanyakannya memberikan pendapat bahawa Tun M semenjak akhir-akhir ini semakin membenci dan sudah tidak mampu mengawal perangai wakil parti DAP dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinannya.

Yang lainnya pula melihat dan mentafsir sendiri bahawa menterinya sendiri dalam kabinet Tun M sukar dikawal dan diajar, tidak fokus dalam kerja-kerja masing masing malahan ramai yang baru belajar berpolitik tetapi terpaksa juga menjadi menteri persekutuan dan exco di negeri-negeri. Ada juga berpendapat bahawa lantikan menteri tanpa timbalan menteri amatlah membebankan dalam menyusun gerak kerja menyantuni rakyat bawahan. Tidak kurang juga membuat persepsi negatif bahawa menteri-menteri baru ini tidak mendapat kerjasama mantap dari Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) di negeri-negeri.

Gelagat yang membosankan oleh ketua-ketua agensi baru dibawah anak syarikat kerajaan Persekutuan dan Negeri, GLC dan jabatan-jabatan persekutuan atau negeri yang secara tiba-tiba berubah perangai dan menjadi asing kepada rakyat yang menyokong kemenangannya dalam PRU14 juga dikritik setelah mendapat ‘lombong emas’ serta setelah mulai belajar mengenakan tali leher dan baju kot di pejabat tempat mereka bertugas. Walaupun isu nampak remeh tetapi itulah realiti yang dilihat dan disembangkan oleh orang awam.

Selain itu ada juga menteri yang dilihat lebih kuat berangan mat jenin sahaja, projek dan isu yang dibawa dan diketengahkan tidak relistik, tersasar dari keperluan semasa rakyat Malaysia yang ketika itu sedang dirundung isu kegawatan ekonomi. Tetapi membawa projek pembangunan R&D kereta terbang pula sedangkan apa yang lebih mustahak didahulukan ialah bagaimanakah perlu membawa pembangunan bagi menjana pendapatan bagi mengsejahterakan rakyat dalam jangka pendik?.


Ke Post Lain

Sementara itu menteri yang lainnya pula dianggap tidak berpengalaman dalam pengurusan sebuah organisasi kerajaan dan belum sempat melatih jentera politik dibawah PH agar bijak mengurus sumber ekonomi, mengkoordinasi bersama jentera dan kakitangan kerajaan dibawah kelolaannya.

Keadaan menjadi semakin meruncing apabila pemimpin yang memegang jawatan atasan dirasakan gagal mengambil berat akan ahli partinya sendiri, sementara itu ada juga telah meninggalkan pejuang awal yang telah bersama berusaha memenangkan mereka itu dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

Institusi pendidikan politik yang sebelum ini ujud secara tidak langsung juga belum sempat dibangunkan oleh PH dan ada pula yang dihapuskan oleh PH seperti JASA yang sekian lama menjaga kepentingan politik UMNO; tetapi PH menganggap ianya adalah satu pembaziran sumber. serta menguntungkan pihak UMNO.

ARAHAN (MUNGKIN TIDAK RASMI) SUPAYA WAKIL RAKYAT DAN MENTERI TIDAK MENYOKONG DALAM DOKUMEN TERHADAP MANA-MANA PROJEK KECILAN DI NEGERI DAN KAMPUNG

Asas berparti politik ialah saling sokong menyokong antara pemimpin dan penyokongnya. Arahan supaya tiada menteri yang boleh menyokong mana-mana permohonan dari rakyat termasuk ahli parti sendiri di era PH sebenarnya terus membunuh sokongan orang bawahan terhadap pemimpinnya sendiri.

Surat yang dibawa untuk perhatian wakil rakyat atau menteri tidak dapat disokong kerana arahan pihak atas adalah cara berpolitik paling bodoh yang pernah kami jumpa. Bukan kelulusan yang dipinta, hanya sokongan sahaja pun adalah dilarang.

Sedangkan pengundi yang beratur panjang ketika membuang undi di pusat pusat mengundi SPR itu adalah tanda sokongan rakyat kepada pemimpinnya. Bagaimana mungkin apabila rakyat memohon sokongan pula wakil rakyat dilarang menyokongnya. Sebab itulah PH jadi tidak popular dan tewas sebelum genap penggalnya.

Oleh kerana mendapat kemenangan PRU14 secara mengejut dan tiada barisan pelapis telah akibatkan pemegang jawatan politik ini tidak memelihara hubungan politik akar umbi dengan baik, mencari teman baru dengan mwninggalkan pejuang lama yang selama ini membantu mereka menumbangkan Najib Razak.


IKLAN

PRODUK TFN BROWNIE 0 TUDUNG MUSLIMAH 0 MADU KELULUT 0 KURMA NAJWA

Kedudukan pemimpin DAP dalam kerajaan yang tidak membantu secara berkesan tentang pembangunan bangsa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, padahal menjaga Kementerian Kewangan, menyentuh isu isu sensitif seperti keagamaan dan institusi pembangunan Islam menyebabkan orang orang Melayu semakin membenci Tun M.

Akhirnya semua PRK telah dimenangi oleh BN kembali yang memberikan nafas baru kepada kebangkitan BN ketika ini.

Semoga UMNO dan BN belajar dari kelemahan mereka yang lalu dan untuk ianya diperkukuhkan maka sesiapa sahaja yang menjadi libaliti kepada UMNO kerana telah dituduh di SPRM kerana rasuah dan salah guna kuasa hendaklah disisihkan. Barulah ada sinar baru dalam kebangkitan UMNO.

Sekiranya tiada perubahan dan keberanian ahli UMNO untuk berubah, ramai berpendapat bahawa PRU 15 nanti belum tentu membawa kemenangan mantap dengan majoriti besar melebihi dua pertiga.

UMNO USAH MULAI SOMBONG, RAKYAT MEMERHATI; BELUM TENTU MEJORITI RAKYAT AKAN MEMILIH MEREKA DI PRU 15 NANTI

PRU15 kali ini nanti kemungkinannya UMNO tidak semestinya dipilih oleh rakyat kembali dan menjadi sebuah parti politik yang kuat seperti di zaman era pemerintahan Tun M.Beliau ketika itu hebat dan kekal sebagai PM selama tempoh 22 tahun; serta diyakini rakyat serta bangsa Melayu sendiri.

KITA SOKONG MUHYIDDIN

Melalui kesetabilan politik akan menyebabkan ekonomi negara dapat dipacu dengan baik dan berkesan demi kearah kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Sudahkah anda membuat semakan melalui portal LHDN secara online tentang kelulusan ini?

Tiada siapapun mampu menjalankan kerja seperti ‘Superman’ kerana tempuh 6 bulan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) itu adalah masih sangat singkat untuk membawa sebarang perubahan positif untuk kesejahteraan rakyat. Berikan masa yang mencukupi untuk Muhyiddin Yassin menyusun jenteranya bagi menangani isu Covid 19, politik dan menjana ekonomi di Malaysia.

Kesukaran dan kerumitan pasti timbul ketika ini untuk menyusun semua jentera kerajaan dan agensinya untuk bergerak secara pantas dan efektif demi kestabilan ekonomi Malaysia, kerana kekangan wabak Covid 19 ketika ini telah mengancam nyawa seluruh dunia. Seluruh dunia amatlah terkesan ekonominya ketika ini termasuklah juga di Malaysia.

TERSALAH PILIHAN BURUK AKIBATNYA

Tiada siapapun pemimpin yang ada ketika ini yang mempunyai ciri-ciri terbaik yang boleh kita harapkan berbanding Muhyiddin untuk menjadi PM, ramai yang ada ialah mereka yang tamak, gila kuasa, perompak wang rakyat, itu semua akan memusnahkan agama, bangsa dan tanahair kita.

Mereka ini bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa, kualiti peribadi yang kurang baik, kurang pengalaman mengurus negara dan tidak berkalayakan kerana taraf pendidikan yang rendah. Sebahagiannya pula kesnya belum selesai dan masih di bicarakan di mahkamah.

Calon-calon PM seperti itu tidak wajar kita pilih kerana kualiti peribadi yang buruk itu boleh mengancam negara. Kepentingan diri sahaja yang tinggi serta pentingkan perebutan jawatan PM sahaja yang dilakukan akhirnya rakyat diketepikan dan menjadi mangsa.

Permohonan Geran Prihatin Nasional bagi yang belum memohonnya atau ditolak sebelum ini bolehlah kembali memohonnya secara dalam talian LHDN.

Ianya tidak boleh membantu negara dan rakyat untuk menangani ekonomi dan kesukaran rakyat masa kini. Perubahan kepada kebaikan tidak boleh direalisasikan dalam masa singkat. Jadi bersabarlah.

JAGA DIRI ANDA DARI COVID 19

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: