Politik matang Anuar Musa sebagai SUA diyakini mampu memacu dan membawa kesetabilan Malaysia


Siapapun sebagai Setiausaha Agung (SUA) dalam Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN) wajiblah mempertahankan prinsip yang telah digariskan untuk Perikatan Nasional (PN)

“Kebelakanan ini ada ahli UMNO mempertikaikan kenyataan dan tindak-tandul Anuar Musa samada menjaga kepentingan UMNO dan BN atau telah hanyut dengan agenda Perikatan Nasional?”

Dari Saudara Zamani Zaman, Bangi – Surat Pembaca EDITOR MALAYSIA.

Ianya kerana 10 prinsip-prinsip itu yang dipakai untuk PN telah diputuskan oleh parti maknanya ianya adalah dasar BN sendiri serta arahan pucuk pimpinan parti. Maka sellagi dasar itu tidak dipinda maka Tan Sri Anuar Musa yang diamanahkan selaku Setiausaha Agung (SUA) ketika ini wajiblah melaksanakan dasar (10 prinsip) itu.

Kenyataan Anuar Musa itu jelas dan selagi tiada pelanggaran kepada prinsip yang diputuskan oleh BN sendiri terhadap PN maka SUA wajib mempertahankan dan menjalankan kerja-kerja selaras dengan dasar yang dipersetujui bersama.

Oleh itu tiada sebab untuk BN tidak mempertahankan an Sri Muhyidin asin untuk terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, manakala BN dan MN perlulah terus menyokong Muhyiddin tanpa berbelah bahagi. Pada kami kenyataan Anuar Musa itu mudah difahami dan tiada sebab jika ada pemimpin yang mempersoalkan mengapa BN terus berdiri teguh menyokong Muhyiddin.

“PAS sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas” – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan

Bagi kami tidak usah dilayankan sangat dua tiga kerat pengkritik dan citro yang membidas kepimpinan Muhyiddin mahupun mengkritik Anuar Musa yang dilihat menyebelahi Perdama Menteri Ke-8 itu. Kalaupun ada yang terus mengkritikpun itu hanyalah untuk melepaskan geram untuk menarik perhatian Muhyiddin atau Anuar Musa, jadi panggil-panggillah mereka ni sekali sekala minum kopi bersama.

Dalam situasi Covid 19 ini sebenarnya cubalah dan sebaiknya elakkan perkara-perkara sensitif yang akibatkan telinga mudah menjadi panas. Mungkin ianya akan mencetuskan hilang pertimbangan terhadap kepentingan Kesihatan Awam yang memerlukan suatu Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU 15) terpaksa juga diadakan segera. Maka terlalu bessarlah resiko yang terpaksa kita ambil.


Antara Kesihatan Awam dan politik kedua-duanya pada situasi tertentu menjadi lebih penting manakala dalam situasi lain pula antara satunya pula menjadi lebih mustahak diselesaikan. Jangan ingat bahawa politik di Malaysia ini perkara remeh. Jika benar remeh masakan sehingga Perdana Menteri sebelum ini boleh ditumbangkan oleh rakyat sehingga disabitkan kesalahan dalam isu SRC International. Hukumnya berat kerana boleh dipenjarakan. Covid 19 itu boleh dikawal dengan kepakaran, pengalaman lalu, kerjasama mematuhi SOP dan sumbangan dana dalam mengekang dan memperbaiki kembali ekonomi rakyat sahaja.

Waemah apapun isu yang negara kena tempuhi sesungguhnya kepimpinan yang ada kini dilihat mempunyai kekuatan dan kompetensi yang jauh lebih baik berbanding dengan negara maju. Jadi patuhilah SOP, jika kita sendiri tidak patuh ketika menguruskan kehidupan seharian, maka resikonya bakal kita hadapi. Ibarat gopoh ketika memandu dilebuhraya maka ramai yang menjadi mangsa seperti kematian yang jumlahnya mendadak ketika dimusim perayaan. Mati itu wajib maka berdoalah dan berusaha mengawalnya.

Video: Inilah politik tidak memasal Hisyamudin pula masuk percaturan

Sememangnya ada kita dengar keluhan natizen dan kritikan disana sini tentang pemimpin yang ingkar, natizen pun ramai yang ingkar mematuhi SOP; jadi seeloknya kita pertimbangkan dengan hati terbuka tentang peranan mereka dan kita sendiri. Dalam mencari jalan tengah jika boleh kita cuba elakkan memperbesarkan tak sudah sudah perkara kecil yang tidak menjadi kudis hanya kerna kepuasan diri mendapat like dan komen yang ramai di media sosial.

Menang jadi abu kalah jadi arang, apa gunanya. Tetapi jika yang mengkritik itu adalah pembangkang, faham-faham sudahlah walaupun tiada siapapun dari kluster politik yang meninggal dunia, tetapi malangnya semacam hendak pecah cawan gelas dan meja dikedai kopi. yang terjadi.

Macam kita juga sebuk dari pagi sampai malam, orang politik pun macam itu juga banyak yang hendak diselesaikan. Siapapun menjadi PM ketika mejoriti Dewan Rakyat yang tipis, belumpasti pengganti PM yang baru boleh hadapi dan tangani isu rakyat. Silap haribulan jauh lebih buruk yang akan terjadi, begirulah yang kita sangkakan ketika membantu Tun M berkempen menumbangkan Najib.

Apabila BN tumbang, apa yang kita harapkan tidak pun berlaku malahan lebih memedihkan. Selagi mejoriti Dewan Rakyat tenggelam dan timbul, maka bukan mudah untuk mendapatkan sokongan untuk membawa kebaikan dan perubahan.

Pada pandangan saya jika pemimpin yang berkuasa itu dilihat menjalankan tugas dengan baik, maka alhamdulillah, tiada apa nak kita rebutkan dari mereka ni. Jika diberikan semangat, mungkin hasil kerja mereka bertambah terbaik. Sebab seorang pemimpin itu bukan hanya perlu mempunyai kualiti peribadi yang baik sahaja, tetapi juga perlu dilihat oleh orang ramai sememangnya amanah, berwawasan, berketrampilan dan tidak rasuah.

Pada hemat saya pemimpin yang dilantik kini bolehlah diharap-harapkan menjalankan tugas dengan penuh didikasi, jika kita sendiri pun belum tentu lagi hasil kerja kita itu lebih baik. Tetapi kalau sudah rezeki saudara ianya tidak kemana. Kita sama-sama doakan dan berikan bisik-bisikkan pandangan yang positif jika ada secara berhemah serta berserah kepada ketentuan selepas diusahakan sebaik mungkin.

INSYAALLAH YANG BAIK ITU AKAN TERBUKTI JUGA SELAGI YANG TELAH JELAS MUNGKAR TIDAK PULA KITA SORAK DAN SOKONG. SEMOGA ANAK-ANAK GENERASI BARU NANTI BERUPAYA MENILAI MANA SATU YANG RASUAH YANG WAJIB DIBENCI DAN ELAK DARI MENDEKATINYA DAN YANG MANA PULA KEBAIKAN YANG PATUT KITA GALAKKAN.

Video: Pandangan penganalisis politik bebas di Malaysia.
%d bloggers like this: