Jika ‘Muhyiddiout’ siapa pula pengganti beliau?


Video: Telah ditularkan selepas sidang khas Covid 19 baru-baru ini.

Ramai melihat Malaysia sedang menghadapi krisis kepimpinan dimana tiada seorang calon pun ketika ini berupaya menggantikan Muhyiddin sekiranya beliau berjaya ditumbangkan.

Sudah tentulah YDPA juga turut sama berfikir tentang calon yang lebih layak menggantikan Muhyiddin dengan kemungkinan untuk mendapatkan jumlah undi majoriti di Parlimen. Tiada juga yang layak, siapa yang ada sebagai calon terdekat?



Mahathir sendiri tempuhari telah menolak jawatan itu ketika Pakatan Harapan memerintah.

Tidak ada kemungkinan beliau akan dipilih semula. Mahathir sendiri telah menyatakan beliau tidak mahukan jawatan itu kembali lebih-lebih lagi Pejuang merupakan parti yang terlalu kecil dan terlalu mentah untuk diterima oleh rakyat Malaysia. Kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS pun masih belum diperolehi sehingga kini.

Shafie Afdal? lebih tidak diyakini kerana beliau sendiri tumbang di Sabah. Bagaimana pula kemampuan beliau untuk diterima di Semenanjung? Juga tidak masuk akal.

Maka jelaslah bahawa Muhyiddin juga yang paling layak sehinggalah satu Pilihanraya Umum Ke 15 PRU15 perlu diadakan dan biarlah rakyat Malaysia sendiri yang menentukan Calon nya.

Najib? atau Zahid? atau mungkin juga Tuan Guru Hadi? atau Abang Mat Sabu sendiri yang dilihatkan cukup popular kini? Anda sendiri boleh memberikan jawapannya.

Video: Masih fake news. Mengeksploitasi YDPA?

Azmin sedang menjalani kuarantin dirumahnya, dan sihat walafiat.


Lim Guan Eng kena jawab dahulu kes di mahkamah. Boboi? jagailah anak sendiri dahulu baik-baik, biarlah jadi orang.

Anuar? Masakan YDPA hendakkan bekas banduan pula menjadi PM kita? Dia juga manusia biasa malu menjawab tentang kesnya di Mahkamah dahulu itu kes apa ya? Boleh jadi PM ? Rakyat Malaysia mengiktiraf perbuatan terkutuk itu?


Video: Kerajaan Halimunan Anuar dan YDPA akan berjumpa Anuar Selasa nanti?

Tapi diberitakan bahawa beliau ‘popular’ sebagai pengganti Muhyiddin? Dia hanya popular kepada mereka yang ada kes di mahkamah sahaja. Kononnya Anuar akan dilepaskan dari kesnya dan kes orang politik lain yang sedang dalam perhatian pihak mahkamah. Itu tidak masuk akal, buat sedap cerita bolehlah.


Video: Macau Scam menipu wang rakyat Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: