PENAANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT BAGI KEMASUKAN OKTOBER 2020


Sidang media Khas PM Malaysia semalam

Kerajaan tiada pilihan dalam keputusan menangguhkan pendaftaran fizikal anak-anak dan pelajat akibat penularan Covid 19 yang berisiko besar dijangkiti kepada mereka pada

Aktiviti perkumpulan pelajar seperti program suaikenal boleh mengakibatkan penularan cepat Coronavirus.

Orang ramai menaruh keyakinan kepada kerajaan ‘Kita Prihatin’ akan mengambil kira kesukaran dan kesusahan yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga pelajar terhadap perbelanjaan yang telah mereka keluarkan.

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad yang sebelum ini tampil menenangkan pelajar dan keluarga pelajar.
Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Antara belanja yang telah dikeluarkan tentulah perbelanjaan tambang dan petrol, makan, tol serta sebahagian yang telah mengeluarkan duit bagi membayar deposit sewa bilik di kampus pengajian.

Kenyataan penangguhan itu dibuat oleh Kementerian akibat peningkatan kes kebelakangan ini, kes COVID-19 mencatatkan peningkatan mendadak, dengan yang mencatatkan 260 kes baharu, yang mana 259 kes adalah penularan tempatan yang terjadi 5 hari yang lalu. Kini jumlah kes memuncak yang sangat membimbangkan.

Semalam YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan sidang media khas bagi memaklumkan kegusaran beliau tetapi pelajar dan keluarga diminta bertenang dengan menjaga diri mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pastinya semuanya dalam pertimbangan Muhyiddin kerana ada implikasi kewangan yang perlu sedikit penelitian. Silalah ikuti arahan KPT dan beliau pastinya maklum ramai YB Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat telah mengutarakan isu penting ini khususnya menteri KPT sendiri.

[Lagi]

Peningkatan ketara akan ditangani dan orang ramai harap terus bekerjasama agar penularan wabak yang pendemik Covid 19 ini akan segera diatasi.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah mengumumkan 394 kes daripada 691 kes hari semalam itu dari Kluster Tembok dan di Sabah pula, 219 kes adalah dari zon-zon merah. Hanya 9 daerah dalam zon merah iaitu 7 di Sabah (PKPB telah dan akan dilaksanakan) dan 2 di Semenanjung – Kota Setar (Kluster Tembok) dan Klang.

[Lagi]

%d bloggers like this: