Lantikan baru AJK Bersatu Bahagian Jasin.


Surat Pemakluman untuk jawatan lantikan. Barisan AJK Bahagian Jasin telah ada edaran sebegini kah? Maklumat tak sampai juga?

Jasin 06 Oktober 2020 Lantikan Datuk Nazari Azim baru-baru ini yang sememangnya berpengalaman yang sangat lama dalam politik UMNO di Melaka itu sebagai AJK baru Bahagian Jasin Melaka, dilihat mampu menggerakkan semula Bahagian itu pada masa akan datang.

Tahniah dari semua ahli BERSATU Sungai Rambai. Semoga dengan lantikan ini walaupun nombor ahli berjela, tetapi memberikan semangat kepada beliau untuk terus memberikan khidmat bakti. Bukan hanya memegang jawatan atau mengumpul jumlah jawatan yang berjaya ditambah.

Ketika ini ianya (Bersatu Jasin) kelihatan sejuk dan hampir membeku. Ahlinya pula semakin melompat lompat ke UMNO, atau juga senyap sunyi kerana keliru. Jika hanya ahli yang keliru, itu biasa sahaja. Tetapi jika Bahagian yang ‘kompius’ itu adalah luar biasa.

KINI AHLI BERSATU TAMBAH KELIRU

Alasan untuk terus tiada perancangan yang rapi, tiada penyaluran maklumat kepada cawangan secara efektif, ahli gagal mengakses data dan maklumat dari Cawangan dan Bahagian, ahli tidak menggunakan saluran yang betul ketika berurusan, hebahan telah dilakukan melalui media sosial tetapi ahli tidak mencapainya; manalah boleh dijadikan alasan ketika Malaysia antara negara termaju dalam dunia teknologi maklumat kini.

Apakah misi, visi, objektif, program, aktiviti dan impak setiap satunya itu? tentulah telah disediakan oleh Setiausaha setelah ianya dilantik memegang jawatan dalam cawangan atau Bahagian.

Atau semua jawatan itu masih belum dilantik sekian lama ini? Covid 19 juga menjadi alasan? Sedangkan semasa anda dilantik jawatan dalam politik atau dalam kerajaan, alasan itu tidak pula anda timbulkan. Dok diam sahaja apabila elaun diterima?

Mungkin juga mesyuarat peringkat pimpinan tertinggi baru sahaja berakhir? dan ketika itu anda masih menunggu keputusan pertandingannya? Tanpa anda tahu menang atau kalah, kerja-kerja parti tidak boleh dijalankan? Maka sememanglah anda hanya gilakan jawatan sahaja. Kerja tak payahlah dibuat.

NAIB PRESIDEN ORANG MELAKA

Alasan itu tidak kena tempatnya, kerana ianya boleh dilakukan. Pemilihan peringkat atasan boleh dibuat pula manakala PRK Sabah juga sudah tamat. Alasan Covid 19 tidak pula mereka katakan sebagai alasannya. Janganlah cari alasan. Jika anda masih sayangkan jawatan yang anda sandang. Biarlah ianya berimbang. Bukankah Naib Presiden pun juga dari Melaka?

Pertembungan orang Melaka dalam pemilihan Naib Presiden Bersatu, Rafiq berjaya tempohari.

Cubalah lihat ke Masjid Tanah, kenapa mereka aktif dalam aktiviti Bersatu? Berapa orang telah dijangkiti oleh virus Corona ? Bukan memuji tetapi ianya realiti.

Berapa ramaikah telah terjangkit Corona virus semenjak beberapa bulan lalu diadakan program untuk ahlinya di Masjid Tanah?

Malaysia didalam zaman Teknologi Informasi (ICT) ini tidak dapat diterima jika penyaluran maklumat dijadikan alasan untuk terus sunyi dalam pergerakan Bersatu. Ketua Penerangan belum ada lagikah? Biro-Biro pula gagal menjalankan tugas kah?

Atau tiada bajet? Itu semua juga bukan alasan apabila jawatan telah lengkap diisi. Menteri dari bersatu pun cukup ramai, ada Exco dalam Kerajaan Melaka, ramai menteri orang Bersatu. Manakala Naib Presiden dan Ketua Pimpinan Melaka kita kali ini dari Melaka. Siapa pula Timbalan Ketua Pimpinan Melaka?

PM dari UMNO kah? itu kita tidak dikira yang telah diagihkan jawatan dalam GLC dan Agensi Kerajaan yang lain. Lantikan politik dalam kementerian dan kerajaan Melaka Bersatu tidak dapat kah?

Atau anda masih menunggu siapakah yang akan disahkan sebagai PM yang baru? Itu kerja anda? Atau Pak Wan atau mungkinkah Mejor Rahim ‘tidak mahu dengar cakap’ seperti yang selalu kita dengar sebelum ini juga lah yang dikatakan tidak memberikan bajet yang diperlukan?

Pak Wan lagi yang bersalah? Mejar jugalah yang tak betul? Bagaimana dengan anda yang sengaja kan elaun dibayar ke nombor akaun bank anda sendiri, tidak pula anda pertikaikan? buat senyap sahaja.

KALAU BUKAN SEKARANG DIBANGKITKAN KEMUDIAN PUN ANDA TIDAK BELAJAR

Ini adalah Siri pertama yang ditulis oleh mereka yang ingin mendapatkan jawapan dari 3 siri yang telah dihantar ke melakaonline untuk perhatian follower laman blog ini.

Pihak editor melakaonline akan mengeluarkan Siri 2 dan 3 jika tiada perubahan yang dilakukan dalam Bahagian. Semoga perubahan anda itu nanti boleh memberikan kekuatan untuk menghadapi PRU15 manakala jumlah ahli yang keluar dari Bersatu dan kembali ke UMNO semula semakin terkawal jumlahnya.

Semoga masih ada sinar untuk anda terus benar-benar mendokong slogan BERSATU BERAMANAH BERMARUAH.

Tulisan,

AHLI BERSATU YANG BELUM LOMPAT KE UMNO ATAU PEJUANG.

Kita kekal macam ini, Sungai Rambai ni Pemeriksa Kira-Kira pun kalau ujud jawatan tu dalam MPKK, sudah habis semua UMNO kebas. Lepas itu nak bising yang Sabah CM nya dari BERSATU.

%d bloggers like this: