Di Semenanjung Rumah sudah siap pahat berbunyi

Menang 14 dari 32 yang BN bertanding – Bung Mokhtar
“Kita sudah lama belajar dari tradisi samada rakyat di Sabah apatah lagi di Sarawak, meja rundingan menjadi amalan sebagai tempat yang digunakan untuk menyelesaikan sebarang isu kritikal”
– Jelaslah kelihatan bahawa tiada rakyat Sabah yang biasa-biasa itu kini menyentuh isu sensitif yang timbul selepas Pilihanraya PRN Sabah, khususnya siapakah akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru. Janji anak Sabah. Hajiji pun juga anak Sabah yang luas pengalaman politiknya disini.
Perpaduan bagi mereka (rakyat Sabah) akan memberikan kekuatan untuk mempastikan ianya memberikan ruang kepada pemimpin yang mereka pilih kini terus fokus untuk jaminan mencapai kejayaan dalam pembangunan Sabah.
Kerjasama dan rundingan meja bulat antara semua pemimpin negeri khususnya Bung Mokhtar (BN) dan Hajiji Noor (Bersatu) telah memperjelaskan sendiri dan mereka akan terus memberikan tumpuan kepada janji-janji pilihanraya PRN Sabah.

Semuanya telah menjadi sejarah, apa yang lebih utama ialah bagaimana YB terpilih perlu menggalas amanah yang dipikul serta kerjasama rapat dengan Perdana Menteri Malaysia bagi meneruskan usaha memakmurkan Sabah seperti yang dijanjikan.
Isu kononnya Sabah akan dikawal oleh Semenanjung hanyalah cakap cakap politik untuk mengeruhkan suasana, hubungan itu perlu ujud agar Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Kami sangat yakin ianya akan terjalin kerana hubungan rapat Bung Mokhtar dan Hajiji Noor sudah terlalu lama terjalin.
- (no title)
- Bukan mereka sahaja PN juga
- Meeting with NAZRI
- Ayuh rakyat Malaysia kita bersama ratakan lengkung jangkitan Covid 19
SANTAI