Tahniah kepada Ketua Menteri Sabah yang baru dilantik.


Persatuan Usahawan Wanita Unggul Negeri Melaka.

Persatuan Sukarelawan Komuniti Sungai Rambai, Melaka.

Persatuan Koordinator Acara Teguh Negeri Melaka.

“Pengerusi dan barisan kepimpinan Persatuan-Persatuan Berdaftar di Kampung Sungai Rambai, Melaka ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan YAB Datuk Seri Hajiji Bin Noor serta barisan Menteri-Menteri Kerajaan Negeri Sabah”

– Semoga rakyat Sabah sejahtera dibawah pimpinan Ketua Menteri yang baru sahaja dilantik.

Kota Kinabalu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah baharu selepas mengangkat sumpah, 10.32 pagi, semalam.

Jasin 01 Oktober 2020 Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan-persatuan kami sangat yakin dengan kemampuan Datuk Seri Hajiji untuk meneraju Kerajaan Sabah serta membawa Sabah di ambang kemajuan.

Melalui pengalaman yang sangat lama sebagai Ahli Yang Berhormat Wakil Rakyat kawasan semenjak tahun 1990 lagi sehinngalah kini, Setiausaha Politik kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba serta ketika menjawat pelbagai jawatan dalam pentadbiran Awam Kerajaan Malaysia, maka sudah tentu akan dapat mencurahkan khidmat bakti beliau demi kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sabah Insyaallah.

Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Turut mengangkat sumpah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Manakala, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Dua serta jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Tiga dipegang Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam selain dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun dipilih memegang jawatan Menteri Kerja Raya Sabah dalam Kabinet negeri manakala Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

TAHNIAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: