“Usah dikenangkan perkara dah berlalu. Sikit lagi kuat kerja boleh menang tu penggal berikutnya”


DIALOG 1 JAM DENGAN PEGUAM TENTANG SABAH.

Video: Mari kita dengar penjelasan dari peguam Tun M tentang perbezaan Perlembagaan Sabah dan Persekutuan.

Kita tidak mengatakan Shafie tak kuat bekerja bagi membantu rakyat Sabah. Cuma kemungkinan team tak berapa ngam dengan yang lain kot. Prestasi Warisan + dengan 32 kerusi adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana pun parti tunggal yang lain. Tahniah.

Mungkin juga perlembagaan Sabah ada sedikit mengacau perasaan YB mereka. Apa pun sokongan majoriti pakatan dengan kawan sepasukan tidak membawa majoriti yang boleh membentuk kerajaan.

Walaupun Perlembagaan Sabah menekankan bab parti yang mempunyai sokongan terbanyak sahaja, itu tidak boleh membawa jumlah majoriti untuk pastikan semua dasar yang dibawa ke Dewan, akan tiada jaminan mendapat sokongan majoriti dewan.

Jadi untuk apa pegang jawatan tanpa kuasa yang mencukupi?

Papan Carta usahlah ditenung lagi atau disesalkan. Ketentuannya”

– Ramai minta agar Warisan + bawalah berehat dahulu.

Lain kali boleh usaha lebih lagi untuk menjadi CM yang 2/3. Baru power. Perlembagaan Sabah yang secara kebetulan sahaja memihak kepada Warisan, Ianya tidak bermakna apa-apa walaupun diberikan masa untuk berpakat seperti kejadian 2 tahun lalu itu. Rasanya sukar berulang lagi. Shafie dah menang waktu itu.

Tahniah Bersatu. Elakkan Berpecah.

Majoriti lebih penting. Tetapi lebih mustahak ialah supaya rakyat yang dibantu agar sejahtera. Bukannya pemimpin sahaja yang mencapai kejayaan.

Disitulah ada sedikit perbezaannya antara Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Sabah. Tak mengapa, biarkan ianya kekal pun tak jadi masalah. Yang mustahak pakat pakat baik baik dengan komponen parti lain. Sedikit lebih kurang sahajalah asalkan rakyat gembira. Pemimpin tak usah berduka sangat, banyak kerja yang sedang menunggu tu.

Tahniah Bung !! Pemimpin Hebat.

%d bloggers like this: